Anda di halaman 1dari 2

10 WASIAT IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan


solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk


menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan
jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan
faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana


Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun


kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa
faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa


berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang


berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2
dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki


oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu
perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam


pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apaapa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana


asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada


pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.

Anda mungkin juga menyukai