Anda di halaman 1dari 2

Jenis Pembelajaran mengikut Gagne

i) Maklumat lisan Mendapatkan semula maklumat yang disimpan.


Maklumat yang diterima ini akan bergantung
kepada keadaan dalaman yang menyokong
termasuk ilmu yang sedia ada dan strategi untuk
memproses maklumat baharu tersebut.

Operasi mental yang membolehkan murid-murid


ii) Kemahiran Intelek
memberi respon kepada pelbagai konsepsi
mereka berhubung dengan persekitaran di mana
mereka berada.
Keadaan dalaman yang menyokong juga akan
membantu perkembangan kemahiran intelek.

iii) Strategi kognitif Pembelajaran juga melibatkan perancangan dan


kawalan diri.
Pembelajaran jenis ini turut membabitkan
pemantauan pemikiran dan pembelajaran oleh
murid-murid termasuk bertindak secara khusus
kepada tugas, umum dan eksekutif.

iv) Sikap Satu keadaan dalaman atau semula jadi yang


mempengaruhi pilihan tindakan seseorang.

v) Kemahiran motor Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal


mengikut urutan.
Tiga tahap:
- Belajar urutan yang berkenaan
- Amalkan pergerakan tersebut
- Murnikan pergerakan berasaskan meklum balas

daripada persekitaran
Prinsip Pembelajaran P.T.Ewell(1997)

Penglibatan aktif:

Murid-murid yang dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan


pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi.

Perkaitan dan corak(konstruktivisme):

Jika dua perkara mempunyai kaitan yang jelas/ berlaku dalam tempoh
yang singkat dan jika sesuatu itu mengagumkan.

Pembelajaran informal:

Pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Pengalaman langsung:

Murid-murid digalakkan menggunakan seberapa derianya untuk belajar


agar lebih ingat dan kekal.

Situasi mendesak(compelling situation):

Melebihi pengalaman langsung di mana situasi pembelajaran melibatkan


kesan sebenar(real consequences), dengan itu, pembelajaran menjadi
lebih mencabar dan menarik.

Maklum balas berterusan:

Peneguhan, pemulihan, latihan dan pengulangan yang diberi oleh rakan-


rakan atau guru perlu berterusan.

Suasana yang menyeronokkan:

Suasana yang menyeronokkan menyebabkan murid belajar dengan lebih


berkesan.

Refleksi:

Melalui refleksi, pembelajaran murid-murid dapat kekal dan mendalam


serta pengetahuan boleh digunakan pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai