Anda di halaman 1dari 2

Mengumumkan ketibaan Encik..

Terima kasih diucapkan kepada Encik kerana


datang untuk merasmikan program Reka Cipta Pakaian dan Aksesori kita pada hari
ini.

Selamat datang dan selamat pagi diucapkan kepada Encik.......... ibu bapa, kanak-
kanak dan semua hadirin yang disayangi!

Pergi ke kedai membeli bunga

Bunga dibeli cantik sekali

Alam sekitar perlu dijaga

Agar hidup sentiasa harmoni

Betul tu, alam sekitar kita perlu dijaga dengan amalan kitar semula. Biarlah kanak-
kanak kita diterapkan nilai menyayangi alam sekitar sejak kecil agar hidup kita
sentiasa aman dan harmoni.

Sekarang, Kami hendak mengumumkan bahawa Program Reka Cipta Pakaian Dan
Aksesori dengan bahan buangan bermula sekarang!

Sebelum aktiviti kita bermula, marilah kita sama-sama melihat peraturan-peraturan


aktiviti hari ini.

1. Kanak-kanak akan menjadi model fashion designer bagi ibu bapa pada hari
ini hari ini!
2. Bahan-bahan kitar semula akan diedarkan pada permulaan aktiviti. Sekiranya
ibu bapa memerlukan bahan lagi, boleh meminta daripada kami di sudut
bahan terbuang dengan syarat sekali sahaja.
3. Masa untuk reka cipta adalah selama 30 minit. Sekiranya alarm dibunyikan,
semua peserta perlu berhenti kerja.
4. Pakaian yang direka akan dinilai oleh panel semasa fashion show. fashion
show akan diadakan selepas pertandingan.

Kanak-kanak yang comel dan Ibu bapa yang kacak cantik sila ambil tempat masing-
masing, Pertandingan bermula sekarang!

(Alarm dibunyikan...)

Semua peserta sila berhenti kerja. Pertandingan kita sudah tamat. Semua peserta
sila mengemaskan tempat bersama-sama.
Ibu bapa dipersilakan duduk. Tempat duduk telah disediakan di belakang.

(Model beratur di sudut)

Fahshion show kita akan bemula sekarang!

(Music start)

Model nombor 1, adik Syasya, sila berikan tepukan kepada adik yang comel ini.

Dipersilakan model nombor 2, adik Fawwaz, wow, kreatifnya pakaian Fawwaz ni!

Sekarang, marilah kita berikan tepukan kepada model nombor 3 kita, Adik Fifi.

Berikan tepukan kepada model-model ini sekali lagi! Terima kasih kepada kanak-
kanak yang mempersembahkan fashion show kepada kita!

(Muzik...)

Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan! Keputusan pertandingan akan


diumumkan.

Model pakaian paling Kreatif ------------ Siapakah dia? Adik ......! Ibu bapa adik.... sila
tampil ke depan untuk mengambil gambar. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Model pakaian paling Cantik---------- Adik ......! Ibu bapa adik...... sila tampil ke depan
untuk mengambil gambar. Terima kasih! (pastikan dulu ibu bapa ada datang tak)

Model pakaian paling kemas------------- Adik.....! Ibu bapa adik... sila tampil ke depan
untuk mengambil gambar. Tahniah!

Jangan risau, jangan kecewa, model kita yang lain pada hari ini juga akan mendapat
hadiah sebagai sagu hati!

Sekarang ialah sesi penggambaran, semua ibu bapa dipersilakan untuk


menampilkan diri ke hadapan untuk menangkap gambar dengan kanak-kanak.

Terima kasih atas kedatangan semua ibu bapa yang dikasihi dan selamat tinggal.

Anda mungkin juga menyukai