Anda di halaman 1dari 18

TEORI ETIOLOGI &

TEORI
PERKEMBANGAN
ROBERT HAVIGHURST
AHLI KUMPULAN :
1) Ranwan Malinkun
2) Ag Mohd Ridhwan Bin Daud
3) Norashikin Binti Norkasa
4) Larry Manikit
5) Ag Mohd Noor Fikri Bin Daud
TEORI ETIOLOGI
Etiologi berasal dari Bahasa Yunani aitiologia yang bermaksud
‘menyebabkan’. Teori Etiologi adalah kajian mengenai punca-
punca, asal-usul atau sebab sesuatu perkara.

Etiologi biasanya digunakan dalam bidang perubatan yang


menerangkan punca sesuatu penyakit. Konsep Etiologi juga
digunakan dalam bidang fizik, psikologi, teologi dan biologi
yang merujuk kepada sebab atau asal-usul pelbagai fenomena.

Dalam konsep perkembangan kanak-kanak, ianya adalah


dipengaruhi oleh persekitarannya sebagai punca tingkah laku
kanak-kanak tersebut.
TEORI PERKEMBANGAN ROBERT
HAVIGHURST
• Robert Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900.
• Beliau merupakan seorang professor, pakar fizik, guru dan pakar penuaan
• Beliau menerbitkan sejumlah jurnal fizik dan kimia struktur atom sekitar
tahun 1924
• Robert Havighurst (1952) merupakan ahli psikologi yang telah banyak
mengkaji tentang perkembangan remaja dalam proses pendidikan
• Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi
oleh persekitarannya yang merangkumi aspek :
1. Nilai-nilai dan norma masyarakat
2. Budaya masyarakat
3. Faktof biologi - baka dan kematangan
4. Faktor social - kawan, keluarga, dan masyarakat
5. Faktor psikologi - keperluan untuk efektif, kasih sayang, dipunyai dan
sebagainya.
• Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas
perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa dalam hidup
individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu
tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-
tugas yang selanjutnya
ENAM PERINGKAT PERKEMBANGAN
ROBERT HAVIGHURST
Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Havighurst Havighurst
(1972) mengenal pasti enam peringkat utama dalam
kehidupan manusia (Ikiugu & Ciaravino, 2007) yang
meliputi kelahiran hingga tua iaitu:
• Bayi & awal kanak-kanak (Kelahiran hingga 6 tahun)
• Kanak-kanak pertengahan (6-12 tahun)
• Remaja (13-18 tahun)
• Awal Dewasa (19-30 tahun)
• Umur Pertengahan (30-60 tahun)
• Kematangan Lanjut (60 tahun ke atas)
Peringkat bayi dan Awal kanak-kanak
(lahir hingga dua tahun)

• Bayi dan kanak-kanak cuba menjalinkan hubungan kasih


sayang dengan ibu bapa, adik-beradik
• Sistem deria dan fungsi motor beransur matang
membolehkan mereka mencapai tugas-tugas perkembangan
yang asa seperti makan, minum, kawalan tandas dan
bercakap.
• Mencapai tugas perkembangan berjalan pada umur Sembilan
hingga 15 bulan
• Pada umur 5 bulan bayi bersedia untuk makan makanan pejal
• Umur 20 hingga 24 bulan kanak-kanak berkeupayaan untuk
menyambung perkataan menjadi suku kata
Peringkat Pertengahan kanak-kanak
“toddlerhood” (dua hingga tiga tahun)

• Kanak-kanak mula melakukan pelbagai pergerakan seperti


turun naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik kereta,
duduk atas kerusi dan sebagainya
• Berkeupayaan berinteraksi dengan orang lain selain daripada
keluarga dengan bahasa yang mudah dan berkebolehan
untuk melafazkan emosi kepada orang lain.
• Terlibat dengan permainan fantasi seperti menjadikan pisang
sebagai telefon, roda atau tayar sebagai steering kereta.
• Bercakap sendirian dan bermain sendiri serta membayangkan
personality mereka dalam situasi
• Belajar membuang air kecil dan air besar dengan kawalan
yang baik.
Peringkat Prasekolah (empat hingga enam
tahun )

• Kanak-kanak mula menyedari wujud perbezaan jantina dan


mereka berperanan mengikut jantina. Contoh, kanak-kanak
perempuan akan meniru ibunya memasak, membasuh,
mengemas dan sebagainya.
• Menyedari kewujudan orang lain selain keluarga iaitu rakan
sebaya.
• Dari interaksi dengan rakan sebaya mereka belajar bertolak
ansur, membezakan apa yang salah dan betul dan
sebagainya
Perkembangan Kanak-kanak Secara Holistik
Peringkat sekolah rendah (enam hingga
12 tahun )

• Melibatkan diri dalam permainan kerana perkembangan


fizikal, iaitu tulang dan otot.
• Dapatmencapai tugas-tugas perkembangan membaca,
menulis, dan mengira.
• Kemahiran ini memuncak pada umur 12 tahun.
• Mencapai
tugas perkembangan kendiri yang positif
merangkumi aspek menjaga kebersihan diri, berdikari dan
membentuk konsep kendiri yang positif.
• Membentuk taraf moral yang baik dan belajar memurnikan
nilai-nilai yang dipelajari dirumah dan di sekolah.
Peringkat Awal remaja (12 hingga 18 tahun )

• Mencapai akil baligh dan menyedari perubahan bentuk badan


• Adayang bangga dengan tubuh badan mereka dan ada yang
cuba melindunginya
• Emosi- mengalami ketidakstabilan emosi dan ingin dirinya
diminati oleh orang lain. Menyebabkan seseorang itu mudah
merajuk, melenting dan sebagainya.
• Dari
aspek penyesuaian social, mereka cuba membentuk
hubungan yang matang dengan rakan sebaya
• Remaja akan tertarik kepada rakan sebaya yang berlawanan
jantina, lelaki akan minat pada perempuan.
Peringkat Akhir remaja (18 hingga 22
tahun )

• Remaja akan cuba untuk mendapat otonomi keluarga


• Berusaha membentuk identiti mengikut jantina
• Menerapkan dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat
• Dari
aspek kebebasan ekonomi, remaja ingin memasuki alam
kebebasan dan memikirkan kerjaya yang boleh mereka ceburi
dan memperoleh pendapatan sendiri
• Aspek penyuburan emosi- bersifat bertanggungjawab dan
ingin diterima masyarakat
Peringkat awal dewasa (22 hingga 34
tahun )

• Seseorang mencari individu lain yang akan menjadi pasangan


hidup dan ada yang merancang untuk memulakan kerjaya
mereka.
• Bergiat
dalam profesion atau kerjaya yang diceburi dan ingin
mencapai kejayaan yang tinggi
• Mencari kumpulan-kumpulan sosial yang mempunyai sistem
etika dan nilai-nilai yang sama.
Peringkat Pertengahan dewasa (35 hingga
60 tahun )

• Tugas
perkembangan yang sangat penting ialah
membesarkan anak-anak dengan penuh tanggungjawab.
• Ibu
bapa perlu mengekalkan perhubungan yang positif dan
bersifat penyayang kerana mereka menjadi role-model untuk
anak-anak mereka.
• Perlu
memikirkan cara-cara yang berfaedah untuk mengisi
masa lapang
• Menyesuaikan diri dengan perubahan fisiologikal akibat umur
tua
Peringkat lewat dewasa (60 hingga 75
tahun)

• Penyesuaiandengan usia yang semakin tua dan tenaga fizikal


yang semakin berkurangan
• Penyesuaianemosi terhadap hakikat bahawa suami atau isteri
akan meninggal dunia
• Keperluan untuk membuat perkhidmatan sosial dan
menunaikan tanggungjawab sivik adalah mendadak pada
peringkat ini.
Peringkat tua (75 tahun )

• Penyesuaian dengan usia yang semakin tua dan terpaksa


menangani masalah kesihatan oleh peredaran umur seperti
osteoporosis, nyanyuk, menopaus dan lain-lain
• Membuat refleksi dalam hidup mereka sebelum ini
• Mereka
yang berjaya adalah yang mengalami hidup pada
zaman muda dan dewasa dengan gembira dan berpuas hati.
Implementasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Peringkat awal kanak-kanak Peringkat pertengahan kanak-kanak

Antara aktiviti yang boleh dibuat bagi Cadangan saya untuk peringkat ini pula ialah dengan
mengimplementasikan teori perkembangan Robert menggalakkan mereka bercakap ketika aktiviti
Havighurst pada peringkat ini ialah dengan berkumpulan. Sebagai contoh, guru boleh
menunjukkan mereka video mengenai perkara- memberikan aktiviti lakonan semasa proses
perkara yang boleh dilakukan bagi membantu ibu pembelajaran di kelas. Aktiviti lakonan ini
bapa dirumah. Pada pendapat saya, dengan sebenarnya sangat membantu bagi meningkatkan
menunjukkan video seperti ini, pengetahuan mereka perkembangan kemahiran sosial mereka. Pada
lebih cepat berkembang kerana kanak-kanak sangat waktu inilah perkembangan sosial harus dipupuk
terpengaruh dengan apa yang mereka kerana jika ia tidak dipupuk pada peringkat ini,
lihat. Dengan memaparkan video seperti ini semasa kemungkinan besar ia akan menyukarkan mereka
proses pengajaran dan pembelajaran, perkara ini untuk bersosial apabila melangkah masuk ke
secara tidak langsung akan menyebabkan mereka sekolah menengah nanti. Selain itu, guru juga boleh
dapat mengaplikasikan apa yang mereka lihat di mengambil peluang untuk memperkembang
dalam video tadi dengan membantu ibu bapa kemahiran motor kasar mereka semasa mengajar
mereka dirumah. Sebagai contoh, apabila mereka subjek pendidikan jasmani dengan mengajar mereka
membantu ibu bapa seperti membasuh kereta dan kemahiran menendang, mengelecek dan
memotong cili misalnya, kemahiran motor halus dan menjaringkan bola.
kasar mereka telah berkembang secara tidak
langsung. Malah, perkembangan motor halus dan
kasar ini boleh ditingkatkan lagi apabila mereka
sering membantu ibu bapa mereka di rumah.
Implikasi Teori Perkembangan Robert Havighurst dalam
Proses Pembelajaran di sekolah
• Robert Havighurst menyatakan dalam setiap tugas perkembangan, seseorang akan dapat melakukan fungsi pada
satu masa yang ditetapkan mengikut satu norma atau set nilai yang tertentu. Maksudnya di sini kanak-kanak
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.

• Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga
murid-murid yang lambat menerima. Oleh itu, guru berperanan dalam membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing.

• Murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat
dan bersih serta perasaan yang normal pada peringkat sekolah rendah. Dalam hal ini guru perlulah memahami
fungsi sosiometri di dalam bilik darjah agar murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Contohnya,
keadaan bilik yang bersih dan ceria akan menarik minat murid untuk terus belajar dan tidak akan berasa bosan
sepanjang pembelajaran dilaksanakan.

• Pada peringkat umur 6 – 12 tahun, kanak-kanak akan mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya dan mulai
membina jalinan persahabatan. Di sini guru berperanan dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan
sebaya dalam kehidupan anak-anak tersebut untuk memastikan rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan
ataupun keburukan murid.

• Guru juga perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan agar kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas
3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain itu, guru juga haruslah sentiasa memberikan motivasi
dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing.

• Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain
dari kemahiran guru ketika di dalam kelas. Penerapan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik juga amat
penting bagi membentuk kanak-kanak agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan
buruk.

Anda mungkin juga menyukai