Anda di halaman 1dari 3

Emosi yang berbentuk negatif yang pertama ialah emosi marah.

Emosi marah
merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila Matilda berasa tidak puas hati
terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti
muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan
bercelaru dan kadang-kadang ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan,
kutukan dan dendam.

Emosi negatif yang kedua ialah emosi sedih. Emosi sedih akan timbul apabila
Matilda berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau
muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh
membuatkan dia berasa tertekan dan lama kelamaan menjadi kemurungan sekiranya
tidak diatasi segera. Emosi negatif yang berikutnya ialah emosi menangis. Menangis
juga merupakan salah satu bentuk emosi yang dialami oleh manusia. Menangis
bermaksud tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap kesedihan yang
menimpa. Emosi menangis juga didefinisikan sebagai tingkah laku seseorang individu
dalam menzahirkan perasaan sedih, kecewa dan terluka dengan suara yang tersedu-
sedu.

Terdapat beberapa intensiti emosi atau peringkat emosi yang berlaku dalam diri
manusia. Ada yang berada pada intensiti ringan, intensiti serius dan ada juga
mengalami intensiti penyerakan. Intensiti penyerakan adalah tahap intensiti emosi
yang paling bahaya dan perlu berada di bawah pengawasan seseorang. Intensiti emosi
yang pertama ialah intensiti ringan. Intensiti ini adalah keadaan di mana seseorang
individu berada dalam keadaan berhati-hati atau berjaga-jaga. Sebagai contoh,
seseorang yang menonton cerita seram seperti cerita hantu mengalami intensiti ringan.
Hal ini disebabkan, berlaku perubahan fisiologi seperti peningkatan degupan jantung.
Walaubagaimanapun, intensiti emosi ini mampu dikawal oleh individu yang
mengalaminya. Intensiti emosi yang kedua ialah intensiti serius. Intensiti serius adalah
keadaan di mana seseorang individu berhadapan dengan bahaya yang boleh
mengancam nyawa atau keadaan dimana seseorang itu begitu gembira. Intensiti ini
boleh menyebabkan berlakunya perubahan fisiologi yang ketara seperti kadar
respirasi laju dan tubuh berpeluh secara automatik. Intensiti emosi yang ketiga ialah
intensiti penyerakan. Intensiti penyerakan adalah keadaan di mana seseorang individu
mengalami tekanan hidup yang amat serius yang dialami oleh seseorang individu
dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, askar yang terlibat dalam
peperangan mengalami intensiti emosi penyerakan di mana emosi mereka sangat
terganggu akibat memikirkan terlalu banyak perkara.

Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pengiktirafan


sosial. Ibu bapa, keluarga dan guru-guru berikan pujian dan hargai setiap usaha
mereka. Hal ini dapat meningkatkan semangat dalam diri kanak-kanak ini supaya
mereka lebih mencungkil diri mereka dalam keterlibatan sosial. Mereka rasa bangga
dan gembira apabila mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada ibu bapa, guru
masyarakat dan sebagainya. Contohnya, apabila kanak-kanak melakukan seperti
belajar memasak atau perkara yang baru mestilah memberikan pujian kepada mereka
supaya lebih bersemangat untuk melakukan pada masa akan datang. Semangat dan
dorongan daripada orang sekeliling penting memberikan rangsangan yang positif
kepada mereka.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan dalam perkembangan sosial kanak-


kanak ialah memberikan layanan yang baik kepada mereka. Hal ini kerana, layanan
dan perhatian yang diberikan adalah yang terbaik untuk kanak-kanak. Layanan mesra
daripada orang lain membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk bersosial dan
menghilangkan rasa takut atau gementar. Berikan mereka peluang untuk bercakap dan
berinteraksi, jika melakukan kesilapan mestilah ditegur secara berhemah untuk
mengelakkan daripada berlaku salah faham.

Anda mungkin juga menyukai