Anda di halaman 1dari 6

PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA

Seorang pelukis harus memandang penting pengolahan serta sifat pengujudan warna
secara formal. Harus juga mengetahui bagaimana warna yang ekspresif mempengaruhi
persekitaran dan fenomena-fenomena visual yang membawa kesan pada perubahan
warna. Pelukis-pelukis yang tidak pernah menjadi pakar teori dalam warna belajar untuk
mengenali warna terlebih dahulu. Antaranya Da Vinci mendahului pelukis-pelukis agung
yang lain mengkaji rahsia warna dan kekuatan dalam setiap jenis warna. Di abad ke-19
muncul pula Delacroix, Seurat, Signac, Cezanne dan diikuti oleh Van Gogh. Turut
merasai penting warna itu sebagai pengantaraan penting dalam berkarya menyebabkan
kebanyakan seniman agung begitu teliti dalam mengolah dan memilih warna. Pada
abad ke-20, seniman Kandinsky sebagai contoh telah menggunakan ekspresif warna
dalam hal benda bagi menunjukkan kekuatan warna boleh mengatasi bentuk. Maka
tidak menghairankan dalam waktu yang singkat ramai pelukis muncul dengan memiliki
dua bidang kepakaran iaitu pakar sebagai pelukis dan pakar teori dalam warna.

Warna dapat melahirkan tiga dimensi yang memberi kepaduan pada sifat-sifat warna.
Ewald Hering telah membuat pemerhatian melalui warna secara natural yang dilihatnya
menerusi tiga penjuru. Jawapan yang diperolehi membuktikan warna dapat
mengujudkan tiga dimensi iaitu ketebalan bentuk, bayang dan tona. Bentuk persegi
yang digunakan sebagai carta dalam menyenaraikan pelbagai warna secara natural
telah banyak membantu Ewald mendapatkan data yang sempurna.

Manakala Ogden Rood, Wilhelm Ostwald bersama rakan-rakan yang lain telah
mengesan sejarah asal usul warna. Kewujudan tiga dimensi dalam bentuk padu
menunjukkan warna boleh dihasilkan melalui tiga dimensi lain yang seolah-olah dapat
disentuh, mempunyai kesan imaginasi dan warna juga sangat bermakna dalam
kehidupan.

Ogden Rood telah menulis bagaimana menguruskan warna merah, kuning dan biru
secara titik-titik dalam bentuk tiga persegi. Penulisan beliau ini ditemui pada tahun 1879
yang sebenarnya terdapat maklumat yang lebih awal lagi iaitu pada tahun 1772 hasil
penemuan J.H.Lambert yang berjaya mereka bentuk piramid warna yang mengandungi
warna merah, kuning dan biru.

Lambert seorang ahli fizik dan falsafah telah menyatakan warna menjadi aktif apabila
ada campuran yang menambah kekuatan sesuatu warna. Campuran ke atas sesuatu
warna itu mempengaruhi bentuk yang diwarnakan. Tiga penjuru yang mengandungi
merah, kuning dan biru bersama campuran warna hitam secara naturalnya melahirkan
kepaduan warna yang dikaitkan dengan keaktifan sesuatu warna. Warna hitam
memainkan peranan untuk mengangkat kekuatan warna yang bercampur dengannya.
Manakala putih membuktikan campurannya dengan warna lain membawa jawapan
pada bentuk tiga dimensi. Putih berperanan menyerlahkan kekuatan sesuatu warna dari
segi pencahayaan apabila putih ditambah untuk menghasilkan tiga persepsi warna
yang lain. Warna yang bernisbah kecil dan rendah keaktifannya boleh terserlah apabila
putih yang dicampurkan kepada warna-warna yang ada.

Lambert telah membuat percubaan khususnya dalam warna yang bercampur putih
telah membawa kecerahan walaupun kewujudan putih tidak menonjol namun ianya
sangat penting. Kepentingannya sama dengan warna hitam dan kesimpulannya antara
putih dan hitam ada kekuatannya yang tersendiri apabila dicampurkan dengan warna-
warna yang lain.

Pada tahun 1810, Philip Otto Runge yang mementingkan kerja seni dari hasil
tangannya sendiri telah mengkaji sistem warna. Runge telah menemui suatu konsep
tentang sistem warna yang telah menjadi ikutan kita sehingga kini. Dunia warna-warni
telah mengambil peranan terhadap bentuk dalaman dengan meletakkan warna putih
sebagai satu perioriti teratas berbanding warna hitam sebagai pilihan di bawah. Di
katakan putih itu mempunyai keasliannya dalam lapisan atas yang menonjollan suatu
penemuan warna kelabu-putih atau disebut ‘gray’. Transisi ini sukar dikesan kerana ia
berada pada setiap tangga lapisan sesuatu warna. Ini bererti warna putih hadir dalam
setiap peringkat kewujudan warna tetapi tidak terserlah. Ianya dikesani sebagai satu
perioriti apabila kecerahan cahaya yang menonjol dalam sesuatu warna itu menjadi
bukti kehadiran putih.
Itulah keistimewaan warna putih yang selalunya menjadi warna campuran kepada
warna lain agar nampak ‘solid’ atau padu dan harmoni. Kekuatan warna putih tidak
diadili oleh Ostwald dalam perbincangan kita yang terawal kerana Ostwald lebih adil
daripada Munsell yang mana beliau melihat kekuatan warna itu dari segi sifat superior
dan kekuatan visualisasi psikologi. Walaubagaimanapun pengurusan warna yang
saintifik telah membantu ramai pelukis memahami seni dan warna dalam kerja-kerja
sebagai seorang pelukis. Umpamanya Morgan Russell, Stanton Macdonal-Wright,
Hilaire Hiler dan Ben Cunningham mengakui penemuan teori warna telah banyak
membantu artis mengenali sifat semulajadi sesuatu warna dan boleh mengawal warna
itu mengikut kehendak alam semulajadi.

Dalam menyatakan konsep warna secara naturalnya, Munsell bersetuju kepentingan


warna itu dibina dan diadun supaya ada pertalian dengan persekitaran. Warna itu hadir
di sekeliling dengan nilai warna yang membawa perbezaan dan konflik. Jika warna itu
terlalu kontra maka itulah maksud konflik yang ditimbul oleh warna. Secara ringkasnya
Munsell menyatakan warna boleh difahami melalui kepekaan, kemahiran menilai dan
pengamatan, antaranya ialah:

a) Warna yang dihasilkan melalui kemahiran melihat dari sudut pandangan yang
boleh membezakan kekuatan sesuatu warna itu dari segi perbezaan ton.
Perbezaan ton itu terletak di tahap anggaran antara dua nilai mengikut jarak
objek dengan cahaya.

b) Kekuatan nilai warna ton yang berada sebelah menyebelah dapat menampilkan
nilai warna yang berbeza menerusi pandangan yang setara. Dengan
mempersetujui nilai ton yang dizahirkan dalam warna itu sama berat atau
menghampiri nilai yang sama antara satu warna dengan warna yang lain.

c) Warna cerah dihasilkan membawa perbezaan nilai kekuatan atau sebaliknya


yang membezakan antara bertahap kontra atau harmoni. Hasil kecerahan warna
itu boleh dilihat menerusi pembalikan cermin.

Seorang pelukis yang baik, sekaligus dianggap sebagai pakar dalam memilih warna
yang sesuai untuk menyempurnakan sesebuah karya. Segala kesempurnaan untuk
menjadi seorang pelukis yang mahir dalam menentukan warna yang sesuai untuk
objek, latar belakang dan pencahayaan tidak dilahirkan bertujuan untuk itu sahaja.
Sebalik kemahiran itu mendedahkan seorang pelukis memenuhi kehendak nalurinya
untuk mengawal warna yang perlu dan tidak perlu dalam penghasilan karya.
Pendedahan tentang kemahiran, latihan pengamatan, kefahaman dan kesedaran
menjadikan seseorang itu lebih peka tentang nilai warna. Walaubagaimanapun tidak
menghairankan untuk jangka masa bertahun-tahun baru lahir seorang yang mahir dan
pakar dalam menentukan warna mengikut mood dan konsep dalam berkarya. Mereka
menjadi kreatif dan bebas menunjukkan ada ciri-ciri dalaman yang halus dan berseni
untuk disempurnakan hanya dengan pilihan warna yang sesuai.

Dalam pemilihan warna untuk menyempurnakan sesebuah karya, bukan sewenang-


wenangnya warna yang ada terus diletakkan pada objek dan ruang. Juga tidak
seharusnya terjadi warna itu diambil terus dari tiub dan digunakan. Langkah yang
sedemikian lazim dilakukan secara sedar dan tidak sedar atau sikap yang mahu
bereksprimen. Sikap ini membawa suatu kesan buruk yang lain. Mungkin bentuk dan
paten terhasil dengan uniknya, tetapi kesan warnanya tidak begitu baik dan bernilai.

Dari pandangan psikologi Gestalt boleh dikaitkan bahawa warna akan melahirkan
kesan kepada tingkahlaku manusia. Melalui pemilihan warna yang terus dari tiub itu
adalah kesan dari tingkahlaku dan imaginasi lampau yang ada berkaitan dengan
psikologi. Sudah tentu warna terus dari tiub dianggap oleh kebanyakan kita sebagai
warna tidak matang yang merosakkan keseluruhan mood harmoni dalam sesebuah
karya.

Sebagai alternatif bagi mengelak dari mengambil warna terus melalui tiub maka perlu
dilazimkan suatu amalan melalui pendekatan Philip Otto Runge. Setiap mata ingin
melihat sesuatu yang berwarna-warni dan ini termasuklah warna hitam dan putih.
Walaupun suatu ruang itu berisi atau kosong, warna tetap wujud pada ruang, walaupun
warna itu hanya ’gray’ yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Inilah kepekaan yang
perlu ada pada seseorang pelukis untuk mula mengadun warna-warna semulajadi itu
dengan ‘gray’ dalam mencari kekuatan cahayanya. Langkah ini dapat mengelak dari
terus mengambil warna melalui tiub. Warna ’gray’ itu juga tidak semudah dilihat tanpa
pemerhatian yang teliti kerana kewujudannya tidak begitu terserlah.(Merujuk Wikipedia:
“gray or grey is a color created by mixing white and black in different proportions”).

Pelukis yang mengetahui adunan warna untuk disesuaikan dalam karya juga sedar
akan sifat-sifat warna. Warna dapat menarik kesan emosi dan mampu memberi nilai
pada suatu bentuk walaupun bentuk itu bukan maujud atau abstrak. Sifat warna itu
secara semulajadinya tidak boleh terasing dengan warna lain dan apa yang boleh
dilenturkan sifat warna itu ialah saling tindih menindih menjadikan warna itu kaya
dengan keharmonian. Istilah-istilah seperti warna yang matang atau kurang matang,
warna yang menyerlah, warna menyepi, kemabukan warna, miskin warna, warna dalam
pantang larang, warna dalam budaya dan sebagainya adalah sifat warna yang perlu
dimanipulasikan oleh insan seni.

Sifat warna juga berperanan menggerakkan retina mata, walaupun ianya putih dan
hitam. Retina mata akan memberi respon apabila ada cahaya kerana itu dalam warna
ada cahaya dan pencahayaannya boleh dikawal oleh artis. Kebijaksanaan mengawal
cahaya dalam warna akan menambahkan kekuatan warna. Warna juga bersifat seperti
makhluk hidup iaitu perlu digabungkan (tindih menindih, berlutsinar, bertranformasi,
berlapis-lapis) dengan warna-warna lain di sekeliling, menjadikan ia lebih berkesan,
bertenaga dan memukau mata. Warna tidak boleh berdiri sendiri dengan megah untuk
meneruskan hidup ia saling memerlu untuk menjadikan keseluruhan warna itu harmoni.

Sebagai seorang pelukis yang ingin menjadi kreatif, dinasihatkan terlebih dahulu
membuat perancangan warna sebelum melakukan perkara lain. Dengan memikirkan
warna lebih awal, suatu perasaan dan desakan ke arah memanipulasikan warna akan
terjadi. Pertanyaan seperti, apakah yang patut ditonjolkan dengan penggunaan sesuatu
warna itu? Apakah kesan dari warna yang digunakan dapat megubah suatu makna
yang baru, makna yang tersirat atau jelmaan sesuatu yang tidak diduga?

Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu
kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika
pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk
melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga
warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru. Malahan warna juga cuba
untuk mengajar kita bukan sekadar bagaimana hendak menjawab sesuatu persoalan,
tetapi bagaimana hendak mencari soalan dan persoalan untuk ditanya. Perkara inilah
yang tidak disedari oleh orang ramai iaitu kesedaran untuk mengasingkan dua perkara
iaitu warna dan kekuatannya.

Dengan mengawal kesan warna, kita dapat membawa suatu pendekatan baru.
Penglahiran secara ekspresif dalam seni yang tentunya serba unik menjadi harapan
dalam kita berkarya. Melalui latihan, setiap kita dapat memikul kerja-kerja kreatif ini
dengan sebaiknya. Kepelbagaian akan terserlah dari cara penggunaan warna yang
mengajak audien berfikir, bagaimana dan kenapa warna itu terjadi begitu?

Kejelasan dalam bermain warna dapat membantu artis mengawal sifat warna dan
suasana cahaya. Melalui cahaya boleh menyerlahkan warna, jika warna itu sesuai dan
membawa kekuatan cahaya boleh membantu dalam meningkatkan kualiti karya. Ramai
pelukis Abstrak Ekspresionisme yang dikatakan gagal kerana terkongkong dengan sifat
monotonus warna. Kemiskinan warna nampak terserlah. Manakala yang lain berusaha
mencari kelainan dan ramai yang berjaya. Kesan warna yang tidak dapat membezakan
tekanan cahaya adalah kegagalan memanipulasikan warna.

Mengekspresifkan warna sebenarnya tanpa had dan ia menjadi suatu misteri apabila
tahap persepsi manusia begitu teliti dan mendalam. Ketika ini siapakah sebenarnya
yang menguasai kita sama ada warna atau kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai