Anda di halaman 1dari 5

KEMAMPUAN GESTALT DALAM PERKEMBANGAN SENI TAMPAK: SATU

KESEDARAN DALAM SENI KONTEMPORARI

1. Pengenalan

Tajuk ini cuba menyangkal dan menyokong kemampuan Gestalt dalam seni tampak
dengan melihat seni yang mengutamakan konsep dan idea, nilai falsafah dan estetika
dalam kesedaran kontemporari. Analisis hujah, mengaitkan kefahaman kontemporari
dalam pendirian beberapa orang seniman yang mencari alternatif kebebasan
meneroka. Adakah ini bererti Gestalt tidak membuka ruang kebebasan?

Gaya kontemporari membuka ruang lebih luas dan dapat diinterpretasi jauh ke
dalam makna. Kerana itu sejarawan dan pengkritik meletakkan seni kontemporari
dengan ciri-ciri kegemilangannya dari kejayaan Avant-Garde dalam sejarah seni
moden.

Analisis dalam bab ini cuba meletakkan perbandingan seni kontemporari untuk
menilai kemampuan Gestalt. Kepelbagaian media diperhalusi secara konsepsual,
menonjolkan sifat media dan makna di sebaliknya. Seni kontemporari meneroka
makna-makna yang tersirat di sebalik bahan, teknik dan hal benda yang lebih ke
hadapan berbanding Gestalt yang terkongkong oleh situasi konvensional. Pendekatan
kontemporari dijadikan analisis, melihat kekurangan dan kelemahan Gestalt.
Penawaran kontemporari dengan konsep baru dalam aliran semasa membolehkan seni
itu berkembang dalam aliran semasa membolehkan seni itu berkembang dengan
signifikan melampaui peraturan konvensional. Sesuatu yang mencabar dalam seni
dapat membantu memperkayakan perbendaharaan kata seni, penerokaan teknik dan
bahan dalam pelbagai dimensi mengikut situasi universal.

Tempoh masa dan sempadan dalam seni membawa kemampuan Gestalt. Masa
menjadi fakta menyokong Gestalt. Masa telah mengesahkan stail dalam sejarah seni.
Kesannya, seniman disendatkan oleh masa yang juga mewajarkan peranan Gestalt.
Seniman dan stail adalah fakta membina watak sesuatu masa.

Gestalt tumbuh bersama masa dalam revolusi Behaviorisme bersama psikologi


dan dimasukkan ke dalam seni sebagai satu pendekatan dalam persepsi tampak.
Seniman yang terus berkarya masih menyakini pendekatan Gestalt itu boleh
menyelesaikan masalah berkarya. Di kalangan seniman ada yang percaya bahawa
masa telah menyempadankan semangat seni dengan arah peribadi dalam karya. Masa
yang menawarkan mereka untuk bersemangat membina seni.

Dalam hal ini, tentu ada di kalangan seniman yang berada dalam sempadan masa
tetapi tidak mengikut guru mereka dalam membuat seni. Pemilihan antara guru mereka
dengan guru-guru lain dijadikan rujukan dalam gaya. Juga antara gambar-gambar
dengan lain-lain gambar yang ada, ternampak kecenderungan untuk membesarkan diri
mengikut citarasa.
Apabila kita bercakap kemampuan Gestalt, kita menekankan tentang fakta yang
boleh difahami. Selepas makna-makna ini diperjelaskan secara evolusinya, makna
yang muncul sebagai kesimpulan boleh mengubah idea-idea. Dalam semangat
mengkaji tahap perkembangan seni bersama Gestalt, kita mencari perbandingan di
dalam seni kontemporari sebagai fakta masa.

Dalam tempoh masa, kualiti yang selama ini dipegang dalam seni didakwa
bercanggah oleh Dadaisme. Sama ada dalam olahan komposisi, konsep kerja seni dan
fungsinya telah mengubah makna seni. Elemen seni yang terbina melalui perubahan
dan ketersengajaan sehingga mengangkat Gestalt sebagai satu gaya juga turut
berubah.

Kritikan yang menyebelahi Gestalt telah cenderung untuk membangunkan semula


seni sebagai gayaan. Gestalt berada dalam sempadan masa, ketika seni mencapai
kecemerlangannya. Gestalt berakhir di suatu penghujung dan tiada lagi daya
tarikannya. Namun citarasa serta tabiat semulajadi dimunculkan kembali, Gestalt
berada dalam setiap zaman dan disebabkan Gestalt itu cemerlang buat beberapa kali
maka resepinya diterima dalam juadah baharu. Tugas kita menulis, mengkaji dan
menyatakan sesuatu tentang Gestalt. Untuk itu segala kemampuannya kita
ketengahkan dan kekurangannya sebagai suatu penyangkalan juga kita dedahkan.
Tujuannya untuk mencuit seniman lain supaya boleh melakukan sesuatu, menyegarkan
kembali sesuatu yang lama. Kelemahannya ialah kurang kekuatan untuk meletakkan
kembali resepi lama ke dalam juadah baharu.

Seniman masuk ke dalam sudut kiri, keluar kembali dan tergesa-gesa masuk ke
sudut yang lain. Jika begitu bagaimanakah kita dapat menonjolkan sesuatu yang baru.
Sebaik sahaja seniman melakukan sesuatu maka lambat atau cepat wujudnya teori
yang diangkat menjadi baru. Ini bermakna kita menyangkal yang lama kerana
kekurangannya dan menerima yang baru kerana kelebihannya.

Tatacara kritikan yang menyentuh nilai indah dalam seni tampak diakui bahawa
tidak ada sebarang data yang kukuh. Hanya yang ada ialah kebenaran mengadaptasi
karya secara perbandingan dengan proses kewujudan masa dan sempadannya.
Keindahan adalah persoalan citarasa yang subjektif mengikut kewujudan masa. Nilai
harmoni dalam Gestalt tidak berubah. Kedudukan yang berubah ialah penampilan
karya seni, berkonsepkan masa dengan idea berimejkan baru sama ada menerima
atau menolak Gestalt.

Tujuan membandingkan Gestalt dengan masa adalah untuk memberi pengetahuan,


konsep dan nilai estetikanya kepada sejarah seni dan sejarah budaya. Dalam
memperkatakan sejauhmana kemampuan Gestalt, kegunaan sejarah seni diambil
sebagai sumber latarbelakang. Ini mengambil kira nilai masa yang bersignifikan
maknanya dalam seni sebagai kefahaman untuk menyakini kewujudan Gestalt amat
diperlukan dalam persepsi tampak.
Makna provokasi yang berlaku antara masa lalu dengan seni masa kini adalah
hubungan yang telah lepas dengan masa depan. Antara Gestalt dengan citarasa masa
depan menjadi hujah yang hendak disangkal atau disokong dengan kegemilangannya
adalah di tangan generasi baru.

Menghitung kembali konsep keindahan dalam gerakan seni tampak moden


seharusnya tidak dibuat dengan menggunakan kesecocokkan bagi menonjolkan
kewajarannya. Ia sewajarnya melalui falsafah seni yang melibatkan penyangkalan nilai
estetik yang berkait dengan akar umbi seni. Maka kewajaran falsafah seni dan edaran
masa meletakkan nilai seni Gestalt dalam persetujuan dan penyangkalan.

2. Kedudukan Gestalt dalam Seni Tampak Masa Kini

Pendekatan Gestalt mengambil waktu untuk diterima sebagai aturan dan prinsip.
Gestalt berpengaruh dalam seni tampak apabila persoalan olahan ruang dan bentuk
menjadi hal benda. Penyelesaian dalam menginterpretasi bentuk-bentuk idea dalam
sejarah seni moden telah berubah corak dan pendekatan. Perubahan ini membawa
kesan dalam pendekatan Gestalt. Contoh yang dapat dikaitkan dalam Avant-Garde
merupakan seni kontemporari yang telah membawa perubahan dalam seni tampak di
abad ke-21. Apabila seni kontemporari diangkat sebagai pilihan kemampuan
mengangkat idea-idea baru telah membawa perubahan dengan sandaran hujah
bahawa seni tidak seharusnya terkongkong dan Gestalt bersama gayanya cuba
mengongkong.

Penampilan Gestalt pada fasa awal perkembangan seni tampak boleh dilihat pada
abad ke-19. Fasa awal ini seni itu berpegang pada hal agama dan sosial. Nilai
estetikanya dikawal oleh kuasa autonomi manusia untuk sesuatu kepentingan. Pada
peringkat ini Gestalt menggunakan seni sebagai saluran untuk mengangkat konsep
persepsi dan psikologi.

Manakala di awal pertama abad ke-20, dominasi seniman ke atas seni dipecahkan
untuk membawa perubahan. Ketika ini tanpa Gestalt karya seni disedari boleh berdikari
sebagai sebuah objek. Tanggapan baru dan kualiti terhadap seni dicabar dengan
falsafah baru yang disebarkan oleh pengaruh seni Dadaisme.

Falsafah baru yang dibawa oleh Dadaisme telah merombak definasi seni kepada
suatu yang segar, ada revolusi dan inovasi. Kedudukanseni sudah dapat ditafsir dalam
interpritasi yang lebih luas. Kemampuan seni ditonjolkan melalui kenyataan bahan yang
bersifat sebenar. Seni itu mampu berkomunikasi dalam bahasa visualnya,
membolehkan hasil seni itu dirujuk kembali ke akar umbi bahan asal, sama ada warna,
bentuknya, sifat asal dan fungsi.

Kemampuan seni kontemporari menjadikan seni itu secara uniknya adalah karya
yang sentiasa mencari-cari sesuatu. Maka seni itu menuju arah yang unik dalam
sigifikannya pada inovatif dan ketulenan. Sebagai benda baru, ruang dibuka untuk
mengajak khalayak menginterpreatsikannya sebagai ejen sosial yang mencabar nilai-
nilai lama, baik secara akademik maupun teorinya (social anti thesis of society).

Keupayaan Gestalt menjadi peraturan, formula dan hukum. Namun di pertengahan


abad ke-20, suatu anjakan bermula, Gestalt perlu dikaji kembali dari sudut sejauhmana
sempadan dan kemampuannya. Seni tidak lagi dirujuk sebagai mainan mata, olahan
bentuk atau mainan persepsi.

Penciptaan imej-imej lama diolah, diperbaharui dan telah mencetuskan persoalan


dan komentar sosial. Aliran seni masa kini, contohnya di Malaysia telah dilihat oleh
pembuat seni muda melalui semangat ingin keluar dari sifat konvensional. Percubaan-
percubaan dibuat sebagai keinginan memecah tradisi dan ada yang mahu meneroka
idea baru. Melalui sorotan karya pemenang pertandingan Bakat Muda (Young
Contemporaries 1997) menjelaskan lagi sempadan masa merubah citarasa dan gaya.
Nilai harmoni yang adadalam Gestalt tidak berubah perubahan hanya pada konsep
masa kev atas idea dan imej. Sebagai contoh, karya arca/instalasi oleh Susyilawati
berjudul “96 & 97 Kedai Ubat Jenun” meletakkan makna Gestalt tidak berubah tetapi
disesuaikan dengan masa, idea dan imej. Fungsinya sebagai suatu alternatif dalam
persepsi tampak bagi menyelesaikan masalah ruang dan objek masih dilihat
bermanfaat kepada pengkarya dan penikmat seni.

Karya ini menonjolkan kepelbagaian bahan adalah semangat untuk mengubah gaya.
Bersama tin-tin ubat tradisi Cina disusun dalam suatu kedudukan vertikal dan
horizontal. Percubaan menghidupkan kesan karat pada permukaan tin dengan tertera
label dalam bahasa Cina membawa tafsiran masa dan budaya. Gaya Gestalt boleh
dikesan dalam komposisi susunan yang mencari pertautan antara sepunya. Penegasan
Gestalt boleh disedari kehadirannya dari susunan bertindih, olahan susunletak yang
matlamatnya menuju keharmonian dan kesatuan.

Dipetik dari katalog Imbasan Bakat Muda Sezaman


yang berlangsung pada 20 Disember – 5 Mac 1999
di Balai Seni Lukis Negara Malaysia. No.2 Jalan
Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 KualaSusyilawati
◄ Karya Lumpur. Sulaiman
TelTajuk
: 603-4025 4990/4989
: “Kedai Fax : 603-4025
Obat Jenun”, 1997 4987
Media campuran
ISBN : 983-9572-29-6
183 x 183 cm
Karya ini terpilih sebagai pemenang
utama keseluruhan Bakat Muda
Sezaman. Sebagai karya instalasi olahan
menggunakan objek asal untuk digubah
kepada objek lain yang mengajak
khalayak berfikir dari imej asal kepada
bentuk yang lain.
3. Kesimpulan

Dalam mengutamakan konsep dan idea, karya seni itu dilihat sebagai proses
kreatif yang bukan peragaan semata-mata, tetapi mengajak pemerhati
menghubungkannya dengan dunia luar melalui pelbagai interpretasi. Makna seni itu
lahir dari cara penggunaannya dan menggunakan seni sebagai salah satu keperluan
masyarakat.

Objek dan elemen-elemen seni yang sebelum menjadi karya adalah dibangunkan
oleh idea, pendekatan, peraturan dan ketentuan ilmu. Kedudukan persepsi Gestalt dan
peranannya boleh kita lihat berada pada kedudukan sebelum objek dan elemen seni
menjadi sebuah hasil karya.

Pendekatan Gestalt yang berperanan mengharmonikan ruang menawarkan persepsi


yang lebih selesa. Olahan elemen-elemen seni dan objek padu menjadi gayaan naratif
dan ia menguatkan idea yang hendak disampaikan.

Rujukan:

J.P.Hodin. Modern Art and the Modern Mind. London: The Press of Case Western
Reserve University, 1972

Kohler W., Dynamics in Psychology. New York: Liveright, 1980

Howard Gardner. The Arts and human Development. New York: A Wiley-interscience
Publication, john Wiley & Son, 1973

Katalog Imbasan Bakat Muda Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1999.

Anda mungkin juga menyukai