Anda di halaman 1dari 16

SENI TAMPAK DAN PEMAHAMAN MAKNA MELALUI ILMU SEMANTIK

1. Pengenalan

Perkaitan semantik dalam seni tampak adalah jalinan makna yang banyak membantu
menjelaskan lagi maksud di sebalik sesuatu permaknaan dalam sesebuah karya.
Setiap perkataan yang dijadikan laras bahasa tampak boleh ditafsir maknanya melalui
bantuan semantik. Ini jelas menunjukkan suatu haluan yang memudahkan pemerhati
memahami dengan lebih dekat maksud-maksud yang terselindung di sebalik bahasa
tampak.

Perlu dijelaskan peranan semantik ini menjadi mudah apabila setiap karya seni
tampak itu dilapisi oleh simbol-simbol sebagai perwakilan. Melalui perwakilan, segala
bentuk simbol, imej, metaphora akan ditafsir dengan sedekat mungkin bagi membantu
pemahaman audien. Perwakilan itu sama ada dipinjam atau telah diterima sejagat
adalah hal utama yang diberi perhatian. Keseluruhannya dalam setiap hasil karya seni
tampak menghadirkan elemen tertentu sebagai wakil yang mendekatkan permaknaan
antara tema, konsep karya dengan persekitaran. Ingin dijelaskan bahawa seni tampak
berasaskan ilustrasi, pengolahan grafik, bentuk, warna dan lain-lain elemen seni yang
bersesuaian sebagai bahan-bahan visual boleh dibaca dan ditafsir sekiranya ia
menggunakan perwakilan.

Dalam perbincangan ini beberapa hujah diketengahkan yang dapat menguatkan


kesimpulan bahawa ilmu semantik semakin hampir dengan kita. Perlu disedari, seni
tampak begitu sarat dengan representasi iaitu suatu penggambaran semula yang
disalin, diadun, ditiru dan dijelmakan kembali. Tanpa diragui imej yang mudah untuk
diterima sebagai suatu perwakilan ialah bahan ilustrasi, imej, simbol, bentuk untuk
mengisi ruang yang diwarnai mengikut mood, gaya dan teknik.

Artikel ini akan menumpukan pada hujah bagaimana aturan dan cara yang sesuai
terhadap tuntutan dalam seni yang diterima sebagai perwakilan bergambar yang
menjadi bentuk perwakilan semantik. Beberapa contoh hujah yang diberikan dalam
bahagian ini, seperti pandangan tentang imej yang selama ini tersingkir oleh fahaman
lama dikutip kembali, elemen budaya sebagai petanda perwakilan semantik diterima
menjadi sebahagian pandu arah dalam menilai karya seni. Gaya seni yang berubah dan
contoh terdekat dalam kemunculan hasil seni Avant-Garde telah menukar tafsiran
makna estetik menjadi suatu kefahaman baru.

2. Gambar dan Mood

Salah satu alasan kuat telah diberikan bahawa seni tampak perlu perwakilan semantik.
Sama ada dirakam semula yang menggambarkan mood tertentu dalam komposisi
perwakilan boleh diterjemah semula secara mudah. Lukisan yang dihasilkan dari satu
peringkat pada asasnya menggunakan warna yang terhad, dapat menyempurnakan
gambar yang dilukis itu melalui himpunan beberapa elemen seni antaranya mainan
garisan. Secara umum, mood bergambar itu boleh ditafsir melalui semantik dengan
adanya wakil asas iaitu warna dan garisan. Komponen bergambar itu dapat dihuraikan
secara terperinci.

Apabila gambar dijadikan perwakilan bergabung dalam suatu komposisi dan


membawa mood tertentu maka semantik dapat berfungsi mengawal makna. Misalannya
gambaran pekerja menggali lubang dirakamkan sebagai bahasa komunikasi tampak
dan dibantu oleh beberapa perkataan. Makna semantik menjadi mudah menyatakan
gambar itu bermaksud menjelaskan jalan sedang dibaiki. Gambar ini adalah simbol
dan imej komunikasi tampak yang sejagat dan lazim dipakai serta boleh diterima
sebagai normal. Konvensi seni yang kukuh dapat diterima apabila ada gambar yang
sesuai dan berfungsi bersama beberapa perkataan. Konvensi diterima untuk setiap
gambar jika seni bergambar pada dasarnya adalah saranan bersama kenyataan-
kenyataan tertentu yang mempercepatkan audien mentafsirnya. Dalam grafik
penampilan simbol berserta tipografi menjadi kebiasaan untuk kita mentafsirnya. Dalam
poster sama ada bertujuan pengiklanan atau ekspresif diri juga menggabungkan dua
kekuatan iaitu gambar bersama kenyataan. Sekiranya hanya gambar dalam jumlah
yang tidak terbatas tanpa sokongan ayat atau lain-lain simbol makna, kegagalan
semantik untuk membantu agak terhad namun masih boleh difahami pada peringkat
kematangan audien.
Satu makna dan tafsiran yang terhad memungkinkan orang ramai membuat
kesimpulan terburu-buru atau menyuarakan pandangan dari berbagai perspektif.
Gambar semata-mata, dalam beberapa kes, akan digunakan untuk membuat laporan
namun agak terbatas dalam situasi tertentu. Kadang-kadang, gambar dalam konteks
tertentu boleh berfungsi sebagai sebuah kenyataan. Biasanya, foto sebagai karya
estetik atau filem tanpa dailog boleh mewakili kenyataan sebagai perwakilan semantik.
Gambar dan mood itu dimainkan bagi menarik mata audien dan memanipulasikan
emosi. Dalam hal ini bukanlah suatu hukum untuk menghalang fungsi semantik
sekiranya imej dalam perlukisan tidak disokong oleh frasa ayat.

Gambar sebagai imej tampak dalam mood tertentu boleh ditafsir dari perspektif
tertentu. Dalam karya seni lukis, keadaan yang sangat berbeza kerana setiap imej,
simbol, warna, garisan, jalinan dan ruang merupakan kebebasan yang dilahirkan dari
konteks emosi, ekspresif dalaman. Mungkin beberapa karya seni sebagai suatu
penggambaran yang mewakili pengalaman tertentu atau apa yang terjadi di sekitar
mereka perlu diambil kira sebagai ruang untuk diisi oleh fungsi semantik. Karya
tersebut akan menjadi tidak biasa kepada orang lain dan mereka pasti memerlukan
suatu perwakilan yang diterima sejagat. Elemen budaya, keadaan sosial boleh diterima
sebagai perwakilan semantik. Apa pun dalam hal ini, suatu perwakilan yang
bergantung pada nilai semantik dapat diterima menjadi kefahaman sejagat. Sekali lagi
beberapa foto boleh membuat kenyataan dalam konteks komunikasi tampak, seperti
beberapa foto membuat kenyataan berdasarkan atas kesesuaian elemen yang mewakili
semantik. Dalam keadaan ini ada pengecualiannya tersendiri kerana banyak karya seni
tidak membawa bersama perwakilan semantik.

3. Elemen Budaya

Kesimpulan tentang jenis perwakilan dalam seni bergambar boleh diperkuatkan dengan
hujah lain. Fungsi semantik dalam mentafsir karya seni tampak bergantung pada
kaedah penyampaian dan maklumat yang tersimpan. Ertinya, suatu kenyataan yang
menepati kehendak semantik dikumpul sebagai maklumat. Jika karya seni tampak
sudah menyimpan banyak perwakilan semantik memudahkan dalam penghantaran
maklumat. Agak malang juga ada gambar yang tidak sesuai untuk simpanan dan
penghantaran maklumat tetapi boleh diterima kerana ada elemen budaya di dalamnya.
Dengan demikian, kegagalan untuk mentafsir boleh dirumuskan bahawa bukan semua
imej dan simbol seperti gambar dalam karya seni lukis dapat diterima sebagai
perwakilan semantik. Apabila hujah yang menyatakan peranan elemen budaya dalam
pengkaryaan seni tampak dianggap sangat penting maka kenyataan di atas boleh
dinafikan. Ada artis yang mahukan karya mereka difahami oleh audien dengan melihat
terlebih awal elemen-elemen budaya yang diterap ke dalam komposisi. Suatu tarikan
selain membuka respon emosi di sebalik elemen budaya telah berjaya menangkap
maksud sebenar di sebalik karya tersebut. Idea-idea budaya diberi kemuliaan oleh
sesetengah artis kerana dari budaya itu satu masyarakat terbentuk dan saling
mempengaruhi secara asimilasi. Masalah silang budaya juga semakin kecil ruang
pemisahnya apabila dalam dunia globalisasi ini perkongsian budaya telah menjadi
setiap etnik semakin dekat. Sehinggakan banyak elemen budaya luar sudah menjadi
kelaziman untuk dilihat dan difahami. Segalanya menjadi pembelajaran untuk dilatih
membaca simbol-simbol budaya dan diserap menjadi bahasa mudah di kalangan kita.
Meletakkan simbol budaya menjadi bahasa tampak, percaya atau tidak akhirnya audien
dapat memahami dan membacanya. Elemen budaya mendekatkan audien dengan
makna semantik untuk menterjemah setiap elemen bahasa tampak dan mentafsirnya
secara menyeluruh.

Paling penting dalam elemen budaya apabila ianya merujuk pada persekitaran
kehidupan. Secara sedar kita mengamati dari bahagian atas iaitu mata, beralih pada
muka, tangan dan pakaian. Mesej yang hendak disampaikan itu berkait dengan budaya
rupa wajah, budaya pakaian, budaya persekitaran, geraklaku dan setiap komposisi itu
membantu bahasa tampak menjadi perwakilan semantik.

4. Maklumat sebagai Pengantara Perwakilan Semantik

Sebelum kita memutuskan apakah gambar yang boleh mewakili sesuatu maklumat,
kita perlu tahu apakah jenis maklumat itu. Menurut maksud yang standard, maklumat
adalah komoditi yang mampu menghasilkan pengetahuan. Maklumat yang boleh
diterima sejagat dan boleh dijadikan sebahagian dari konvensi seni. Definisi standard,
tuntutan bahawa imej komunikasi tampak itu mengandungi maklumat yang tidak
menimbulkan kontroversi dan menghasilkan pengetahuan. Lukisan karya Canaletto
dapat menghasilkan pengetahuan yang San Marco adalah kubah. Lukisan yang
mengandungi maklumat dan boleh digunakan untuk membuat tafsiran akan dibantu
oleh semantik.

Pada pandangan umum, konsep maklumat yang berkait rapat dengan konsep
pengetahuan. Kita biasanya akan berkata, bahawa nilai budaya yang diterapkan dalam
hasil karya berbentuk catan, arca, batik dan sebagainya membawa nilai etnik yang
tersendiri. Maklumatnya kita perolehi melalui pengetahuan asas tentang budaya
pribumi, sejarah sosio-budaya dan kehidupan seharian. Pengetahuan ini diterjemahkan
dalam bentuk objek, simbol dan menjadi imej visual. Ketika kita berbicara tentang
maklumat dalam pengertian ini kita berbicara tentang data yang disimpan dalam bentuk
dokumentasi atau disimpan dalam bentuk yang boleh ditransformasikan ke dalam
bentuk maklumat. Maklumat dalam pengertian ini adalah pengetahuan yang membantu
dalam berkarya.

Alasan konseptual yang baik dapat diberi untuk mendefinisikan konsep maklumat
dalam hal pengetahuan yang perlu diterjemah menjadi sebuah karya seni. Untuk
memulakannya bukan sekadar pengetahuan malah perlu ada kajian, penyelidikan yang
menerokai setiap sudut menjadi maklumat untuk dikaitkan dalam bentuk makna
perkataan yang sangat diperlukan oleh semantik.

Dengan menganalisis maklumat dan dijadikan konsep dalam berkarya, kita dapat
kembali kepada soalan apakah gambar boleh mengandungi maklumat dan menjadi
perwakilan semantik. Ketika ini artis dan pembuat seni sudah bersedia dengan alasan
untuk menjadikan maklumat yang boleh disimpan dalam bentuk gambar. Refleksi
pada sifat maklumat yang akan mendedahkan banyak hal yang tersurat dan tersirat
dalam proses apresiasi ke atas sesuatu karya seni tampak.
Dengan menggunakan pengamatan dari objek-objek semulajadi, pengalaman diri
dan persekitaran sesuatu hasil karya seni itu bernilai estetik. Kesan tampakan yang
lebih mendalam itu dirasai apabila saduran pengalaman berbentuk emosi itu digabung
bersama. Kita boleh mula melihat bahawa karya itu mengandungi maklumat ketika kita
menyedari bahawa kita mendapatkan maklumat daripada persekitaran dalam cara yang
sama seperti kita mendapatkan maklumat dari objek-objek semulajadi. Namun
demikian, maklumat dalam karya yang dihasilkan itu ada bukti untuk dijadikan
hipotesis. Pengamatan, kepekaan dari setiap sudut dirakam untuk menyokong
kesimpulan bahawa beberapa imej dan mainan elemen seni itu boleh mewakili nilai
estetik dan konvensi sejagat.

Hujah lain yang menguatkan kesimpulan bahawa sesuatu hasil karya itu
bermaklumat melalui simpanan nota, kajian, dokumentasi, lakaran-lakaran awal,
gambar foto, kumpulan yang turut disertai, zaman ketika karya itu dihasilkan,
persamaan dengan zaman ketika budaya itu berkembang adalah semua fakta yang
berguna dalam semantik. Ianya disimpan di dalam memori pelukis, dikumpul kembali
dan disebarkan dalam bentuk katalog pameran, dairi, buku, makalah dan sebagainya.
Ini akan dilakukan mengikuti kaedah yang sistematik yang perlu disimpan dan
diceritakan kembali oleh sejarawan seni, pengkritik seni, kurator dan penulis yang
mahukan makna setiap hasil karya itu hidup dalam sejarah seni. Dalam hal ini,
peraturan menetapkan bahawa tarikh karya itu dihasilkan, bahan yang digunakan,
teknik, saiz karya dan beberapa biodata diri pelukis atau pembuat seni terakam sebagai
fakta yang sah. Begitu juga, maklumat yang disimpan dalam grafik atau jadual boleh
diubah menjadi bentuk yang mudah sebagai kenyataan.

Refleksi pada simpanan maklumat ini, sangat penting dilakukan oleh pembuat seni
sewaktu ia masih hidup. Siapa individu atau sekumpulan manusia yang penting ketika
karya ini dihasilkan. Sumber inspirasi dan idea itu dijelmakan membawa perkaitan
dengan pemikiran dan falsafah hidup ketika itu.

Maklumat-maklumat ini lebih jelas ketika kita mempertimbangkan apabila sesuatu


karya seni itu membawa kelainan yang tersendiri. Bersandarkan pada hujah
sejauhmana kelainan ini ditonjolkan sama ada suatu kekuatan atau kelemahan, sama
ada ia mendahului zaman, ada pembaharuan inovasi yang ketara dan sebagainya.
Dengan pengesahan ini jika ia suatu kelebihan maka dianggap suatu permulaan dan
kebangkitan gaya baru untuk sesuatu zaman. Mungkin tidak terfikir bahawa lukisan oleh
Canaletto, San Marco mengandungi maklumat yang katedral terlihat dengan cara
tertentu. Jika hal ini terjadi, kita memiliki maklumat yang jelas. Hal ini sering
disarankan, misalnya, Picasso dalam karyanya berjudul Guernica memberikan
wawasan tentang kejahatan fasisme dan kedasyatan perang moden yang mengerikan.
Mungkin betul atau salah tapi bukti maklumat yang fasisme adalah jahat dikaitkan
dengan zaman ketika karya itu dihasilkan. Audien yang tidak memiliki maklumat
terperinci tentang lukisan ini, tidak akan membolehkan mereka untuk mendapatkan dalil
bahawa fasisme adalah jahat. Setidaknya, Guernica boleh dikatakan mengandungi
maklumat bahawa beberapa tubuh manusia telah dipotong-potong. Audien juga tidak
boleh menyatakan sesuatu fakta yang betul sekiranya tidak ada maklumat dari
semantik secara sah untuk membuat kesimpulan bahawa fasisme adalah jahat. Hujah
yang benar tetap benar kerana lukisan yang dihasilkan mungkin tampaknya
mengandungi maklumat.

Ada pihak mungkin berpendapat bahawa karya Syed Ahmad Jamal dalam beberapa
waktu agak muram dan sepi dalam mood warna yang pudar. Maklumat yang tidak sah
tidak dapat diterima kecuali latar kehidupan dan pemikirannya telah disemai dengan
suatu perjuangan yang tulen ketika ia berubah dari satu warna ke warna yang lain.
Kalau dapat disamakan dengan zaman Picasso’s Blue Period (1901-1904) 1 sebagai
satu zaman yang membawa perubahan diri dan watak hingga memberi bekas pada
setiap karya beliau. Manakala perubahan dalam arca Latiff Mohiden membawa
kesatuan diri, pengalaman dan emosinya yang sunyi jika faktor semantik itu dikaitkan
melalui sajak-sajaknya yang berubah nada. A. Samad Said pula sejak kebelakangan ini
sudah mula minat berkarya dalam lukisan-lukisan abstrak-mainan garisan dan sedikit
berbentuk kaligrafi disamping terus bersajak yang memberontak dasar memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Unsur-unsur garisan dalam karya A.Samad

1
Rujuk Philip Ball, Bright Earth, Art and the Invention of Color, New York: Farrar, Straus and Giroux, 2001
(hlm: 231).
Said ada persamaan dengan gaya pelukis Franz Kline 2 masih boleh dijadikan
perbandingan jika makna di sebalik semantik itu dijadikan sandaran. Dalam membela
pandangan ini, ada hujah yang benar bahawa dalam menafsir gambar tertentu ianya
bersandarkan latar masa, pengaruh dan pemikiran pelukis itu yang digunakan sebagai
kajian mencari makna semantik di sebalik sesuatu makna itu.

Percakapan secara jelas barangkali tidak lafazkan tetapi hasil sajak dan sebagainya
yang telah dicipta boleh membantu audien mentafsir kembali setiap karya-karya
tersebut. Mengingat hujah ini, orang boleh membantah, adakah mungkin untuk
mengatakan bahawa lukisan oleh seniman seperti Syed Ahmad Jamal, A.Samad Said
dan arca oleh A.Latiff Mohiden tersebut ada kaitannya dengan masa yang membawa
perbezaan idea. Pedoman kita untuk mentafsir makna dengan fungsi semantik telah
diwakili oleh maklumat yang berasal dari gambar. Begitu juga, kita tahu bagaimana,
dengan mengikuti diri dan pengalaman mereka, dapat kita menyemak imej dan
mendapatkan maklumat daripada mereka. Ini tidak bermakna bahawa imej yang
ditunjukkan melalui lukisan dan arca itu boleh dipandang sambillewa dengan sikap yang
acuh tak acuh sedangkan banyak mengandungi maklumat yang boleh diperincikan. Kita
melihat maklumat berasal dari gambar, sementara data yang membantu kita dari segi
semantik itu diperolehi melalui makna pengucapan masing-masing menerusi sajak,
penulisan dan tingkahlaku. Segalanya menjadi penting dan lebih penting lagi sekiranya
semua jenis maklumat itu diadun bersama, dibuat hepotesis seperti penyiasatan
forensik yang akhirnya bertemu dengan jawapan sebenar tanpa keraguan.

Ada pihak yang mungkin berfikir bahawa lukisan dan arca yang dihasilkan itu tidak
mengandungi maklumat dan tidak konsisten dengan pengakuan bahawa gambar
kadang-kadang boleh berfungsi sebagai laporan. Mengingat kembali di perenggan
awal bahawa gambar seorang pekerja menggali jalan boleh digunakan untuk membuat
kenyataan. Hujah di mana membenarkan gambar untuk berfungsi sebagai laporan.
Dalam hujah ini jelas menyokong bahawa gambar orang menggali jalan menunjukkan

2
Artis yang terkenal dengan minatnya pada aksi spontan secara fizikal menjadikan sebahagian karya-karyanya
bercirikan ekspresif. Gaya dan karektoristik karyanya tergolong dalam Abstrak Ekspresionisme. Rujuk Acvirk,
Stinson, wigg, Bone, “Art Fundamentals Teory and Practice”, New York: Wm.C.Brown Publishers, 1990
(hlm: 248-249).
suatu kegiatan atau perlakuan yang membawa makna dan sebagai mengandungi
maklumat. Mainan warna oleh Syed Ahmad Jamal, sapuan spontan menghasilkan
garisan oleh A.Samad Said dan bentuk-bentuk pagoda oleh A.Latiff dalam konteks ini,
menunjuk maklumat. Kesimpulan ini diperkuat oleh gambar sebagai imej dan mainan
warna dalam konteks makna yang dijelaskan melalui perlakuan, sajak, kata-kata dan
kenyataan yang dibuat dan dilaporkan. Dalam konteks ini, maklumat boleh ditafsir dari
sudut semantik. Syed Ahmad Jamal, A.Latiff dan A.Samad Said tidak membayangkan
mereka terluka, tersisih, sepi dan sebagainya tetapi ditunjukkan secara tersirat melalui
imej-imej yang ada pertalian maklumat ketika dan selepas masa atau tempoh tertentu
kenapa karya itu dihasilkan sedemikian rupa.

Tanda jalan dengan pekerja menggali lubang boleh dikatakan mengandungi


maklumat bahawa “harap maaf atas kesulitan kerana jalan sedang dibaiki”. Jenis
simbol, imej adalah mengandungi maklumat konvensional yang telah diterima dan
difahami kerana ia adalah imej konvensi. Mengingat konvensi sebagai penerimaan
universal, telah dipersetujui dan sah berfungsi menjadi perwakilan semantik. Setiap
variasi dalam perwakilan semantik adalah signifikan. Menggambar semula sebagai
suatu representasi adalah sintaktis penuh. Boleh mewakili variasi elemen garisan
kontur, tebal, dan panjang garis. Begitu juga warna yang membawa mood tersendiri
diterima mewakili semantik dan seni tampak. Di sini, warna dan ketebalan garisan
adalah signifikan, berfungsi mewakili objek yang berbeza. Mewakili negara dan ianya
berfungsi sebagai tanda konvensional.

5. Nilai Semantik dalam Seni Avant-Garde

Pengaruh Avant-Garde dalam seni tampak tidak seberapa dan penampilannya banyak
bergantung makna pada perkataan yang disebut representasi semantik. Dalam
setengah kes, peranan representasi semantik dalam perkembangan seni tidak boleh
dipandang remeh. Konvensi yag diutarakan dalam semantik telah banyak dipakai yang
telah membantu artis-artis Avant-Garde meneruskan hasil karya masing-masing.
Berdasarkan pernyataan artis yang melihat peranan semantik begitu penting dalam
mentafsir makna seni terutamanya karya-karya seni Avant-Garde. Nilai semantik dalam
menafsir makna seni tampak telah memberi sumbangan ilmu pengetahuan baru dan
mengangkat nilai martabat seni tampak.

Satu contoh yang boleh dipetik bagi membuktikan nilai semantik dapat membantu
mentafsir makna dalam seni tampak menerusi karya Cezanne yang menggambarkan
semula “Mont Sainte Victoire”. Karya ini menunjukkan nilai semantik (kajian tentang
makna perkataan) sebagai fakta yang menunjukkan gunung di Perancis. Dalam
beberapa edisi lukisan-lukisan tersebut ianya menonjolkan dominasi warna biru.
Keutamaan warna kebiruan yang disederhanakan sehingga melahirkan berbagai mood.
Elemen seni dalam bentuk warna ini bukan sekadar menonjolkan kesan jalinan malah
mainan warna menampilkan kekuatan bentuk, saiz dan diterima sebagai simbol. Karya-
karya lain juga akan terikut apabila suatu sudut atau elemen seni itu diutamakan
sebagai tumpuan. Dengan penggunaan warna biru bukanlah suatu titik pengenalan
kepada lukisan Cezanne kerana lukisan beliau dari segi lain perlu dirujuk berasaskan
pokok pangkal pengalaman dan emosi yang pernah dilalui. Warna biru itu hanya
elemen simbol yang menjadi petanda untuk mendapatkan titik perkongsian apabila
penilaian semantik digabungkan dalam idealisme keindahan.

Seni Avant-Garde (Perancis) yang bersifat baru dan progresif telah mempengaruhi
beberapa artis dan mereka telah cuba membangunkan suatu penonjolan bentuk baru.
Antaranya Kandinsky dalam beberapa siri karya beliau telah disokong dengan esei
kritikan yang membangunkan seni itu dalam bahasa melalui semantik yang tersebar
luas. Beberapa esei berkaitan karya Kandinsky telah mengangkat nilai simbol sebagai
penanda artistik. Simbol ini menjadi pemandu arah untuk orang ramai memahami dan
mentafsir kembali nilai seni itu. Penanda-penanda yang dimaksudkan seperti warna dan
bentuk dalam karya beliau telah dijadikan perkataan yang kepentingannya mengangkat
penanda ini berfungsi sebagai elemen penting. Secara ringkasnya Kandinsky
memanggilnya sebagai perkembangan dalam bahasa tampak. Elemen ini menjadi lebih
meluas dan dapat membantu menterjemah kepentingan pelbagai warna dan rupa
bentuk malah diterima sebagai satu indikator yang menjadi garis panduan dalam
memahami elemen-elelem seni. Tentu sekali bahasa tampak sahaja tidak dapat berdiri
sendiri untuk difahami oleh orang ramai tanpa dibantu oleh ilmu bahasa semantik yang
mentafsir makna dari bentuk dan petanda. Jika dalam bahasa tampak itu sukar
difahami kesannya orang ramai tidak lagi menghargai hasil seni. Hasil lukisan dan lain-
lain karya seni memerlukan suatu pernyataan yang boleh dikaitkan melalui tanda dan
simbol.

Telah diakui sendiri oleh Kandinsky tidak semua artis Avant-Garde yang berjaya
menampilkan karya masing-masing dalam bahasa tampak kerana bentuk dan elemen
seni sudah diberi jelmaan baru. Misalannya pokok tidak lagi berbentuk pokok. Merah
dan biru sudah boleh berdiri sendiri tanpa campuran warna-warna lain. Hinggakan
kanvas serba putih itu sudah mendapat tafsiran baru. Objek-objek maujud yang boleh
dipegang dan berfungsi dalam kehidupan seharian boleh ditafsir dengan makna yang
baru. Hanya sebahagian makna yang dapat dibaca dan yang lainnya tidak begitu jelas.
Masalahnya ialah bukan semua karya seni menawarkan petanda yang mudah untuk
ditafsir oleh orang biasa. Ada maknanya tertentu yang menjadi tetap dan diterima pakai
oleh sejagat namun banyak lagi makna yang sukar diterjemah dan memerlukan ilmu
bantu seperti semantik untuk menjelaskannya.

Ada sebahagian karya Avant-Garde boleh diterima bersama kenyataan dalam


bentuk tulisan. Suatu penjelasan berbentuk bahasa dalam laras penjelasan,
penerangan yang mudah. Juga ada sebahagian pemerhati yang peka dalam karya-
karya Avant-Garde boleh menerima dan memahaminya dengan baik.

Gaya artistik dalam karya Avant-Garde sudah difahami melalui manifesto.


Kenyataan-kenyataan ini banyak membantu apa lagi jika adanya penulis yang
berkawan rapat dengan artis Avant-Garde. Mereka saling membantu mentafsir karya
seni melalui penulisan yang jelas cuba membantu pemerhati berfikir, menilai, mengkritik
dan menganalisis.

Satu kebetulan boleh berlaku sewaktu di awal pengaruh gaya Avant-Garde


berkembang. Pernyataan yang dilakukan dalam manifesto diperjelaskan melalui
penulisan dan penyebaran media massa memain peranan aktif. Antaranya oleh
gelombang kebangkitan seni pacsa modenisme seperti karya-karya futuristik,
surealisme telah membantu penulis untuk terus menyebarkan maklumat kepada orang
ramai. Pengaruh kritikan dan apresiasi seni antaranya oleh Clement Greenberg telah
membantu persatuan penulis untuk lebih mengenali karya seni Avant-Garde. Setengah
berpendapat hal ini berlaku bukan secara sengaja sebaliknya telah dirancang dengan
teratur. Banyak pihak telah memainkan peranannya dalam perkembangan seni Avant-
Garde.

Sebelum kebangkitan Avant-Garde, telah ada artis yang menulis tentang seni.
Pelukis-pelukis seperti Leonardo, Reynold, Constable, Horace, Tasso, Sydney, Pope,
Shelley dan Henry James semuanya telah menampilkan penulisan dalam karya seni
masing-masing. Ulasan yang tersendiri dibuat oleh kalangan rakan-rakan artis terhadap
karya seni menjadikan secara umumnya orang ramai telah memahami tentang seni,
nilai artistik dan teknik yang menjadi gaya dalam sesebuah karya seni tampak.
Penulisan yang berkesan ketika itu menjurus pada penghasilan karya dan hal yang
berkaitan dengan latar belakang artis dan karya yang dihasilkan itu membawa
pengaruhnya dalam kehidupan.

Seni dikaitkan dalam kehidupan yang menjadi tarikan untuk orang ramai
menghayatinya. Sehingga menjadi suatu aturan, setiap karya yang dipamerkan
bersandarkan hujah-hujah dan penjelasan yang dibuat melalui penulisan. Audien boleh
mengenepikan penulisan dan dalam masa yang sama masih boleh memahami karya-
karya seni yang dipamerkan namun dengan membaca ulasannya boleh membantu
memahami hasil sesuatu karya itu melalui tahap-tahap penerokaan dan pengalaman
yang berbeza-beza. Nilai apresiasi itu boleh diterima melalu kata-kata dan dengan
adanya ulasan dalam bentuk penulisan, segala fakta itu terkumpul menjadi maklumat
yang sukar dilupakan. Apalagi dalam karya-karya Avant-Garde yang sukar
diterjemahkan dalam nilai biasa yang banyak kontranya bukanlah semudah untuk
diterima kecuali ada hubungkaitnya dengan kata-kata dan ulasan lanjut tentangnya.

Tanpa kesepaduan antara bahasa tampak dengan bahasa literal, audien menjadi
sukar mengenali karya Avant-Garde. Segalanya dengan keyakinan bahawa penjelasan
boleh membantu orang lain menerima dan mendekati gaya Avant-Garde. Penjelasan
dalam laras bahasa yang tertentu boleh digabungkan menjadi suatu penjelasan estetik
bagi menerangkan tafsiran sesuatu karya. Ilmu yang berkaitan psikologi, kajihayat,
geografi, sejarah, sains, kesusasteraan, psikoanalisis dan sebagainya diperlukan dalam
membantu mentafsir seni Avant-Garde.

Ada dua karya Avant-Garde yang terkenal untuk dinilai iaitu berjudul “Fountain”
karya Duchamp dan “Campbell’s Soup” karya Warhol. Pernyatan seni tentang dua
karya ini boleh dikaitkan dengan seni alam semulajadi. Kejayaan karya seni ini dikaitkan
oleh beberapa pengkritik seni yang ada hubungkaitnya dengan seni representasi
semula objek yang sentiasa hampir dalam kehidupan manusia. Timbul berbagai
persoalan kenapa perlunya objek ini disalin semula dan diperagakan seperti objek asal
dan mendapat tafsiran baru dalam definasi seni.

Punca pemafahaman dalam karya-karya sebegini ada kaitannya dengan seni


semulajadi. Contohnya dalam “Fountain” adalah suatu yang ada bersamaan antara seni
dan alam semulajadi. Ianya dikaitkan bersama fakta secara semulajadi yang dibantu
dengan penjelasan semantik melalui representasi atau penggambaran semula di sekitar
kehidupan semulajadi.

Hujah yang lain juga disokong kuat oleh teori seni secara semulajadi adalah
pengalaman masyarakat menggunakan objek mangkuk tandas. Fungsi mangkuk
tandas dalam kehidupan telah ditafsir kembali sebagai suatu objek seni arca.
Berdasarkan pengalaman penanda dalam simbol yang dijelaskan dalam semantik itu
mendekatkan kefahaman kita bahawa suatu penggambaran semula boleh menjelaskan
makna yang banyak dan boleh berkait dengan kehidupan. Secara keseluruhannya
karya Avant-Garde boleh membawa dua kemungkinan dalam tafsiran. Pertama melalui
tafsiran semantik dan kedua melibatkan hasil ciptaan yang dipanggil kenyataan hybrid.

Penjelasan perkataan hybrid3 dalam istilah linguistik ia adalah objek kegunaan


dalam kehidupan. Istilah bukan linguistik mengabungkan imej yang dilihat dengan objek
sebenar yang boleh disentuh dalam seni arca. Istilah hybrid meliputi benda atau objek
bukannya gambar dan bahan yang membentuk objek tersebut. Istilah mangkuk tandas
dalam hybrid boleh juga mengatakan, “Anda boleh menggunakan mangkuk tandas ini
dengan menekan butang atas”. Pengertian istilah mangkuk tandas itu telah membantu

3
adalah makna kacukan atau campuran berbagai bahan sehingga objek itu terbentuk.
semantik menjelaskan kefahaman dari sudut seni Avant-Garde. Kepada Duchamp dan
artis yang lain, mangkuk tandas ini adalah sebahagian dari karya seni yang perlu
dihayati dan dinilai mengikut definasi seni. Dengan mudah mangkuk tandas itu boleh
diterima sebagai ‘is a work of art’.

Dilihat dari segi keaslian karya, mangkuk tandas atau ‘fountain‘ itu bukannya karya
seni. Hujah dan perdebatan ini telah menjadi suatu kontroversi yang panjang. Kesannya
telah mengangkat nama Avant-Garde dalam persada seni. Dalam sejarah tercatat
suatu kenyataan yang ringkas oleh pihak jawatankuasa pameran yang berlangsung
dibandaraya New York pada tahun 1917, menjelaskan sesiapa sahaja antara artis
boleh mempamerkan sebarang bentuk karya selepas bersetuju membayar yuran
pameran. Duchamp telah menyahut cabaran tersebut dan memilih mangkuk tandas
sebagai bahan pameran. Objek ‘fountain’ itu dipilih oleh Duchamp sebagai prob
sindirian terhadap isu-isu politik. Apabila ada dua hujah, satu untuk menolaknya dan
hujah yang lain mempertahankannya yang memihak kepada Duchamp telah diterima
akhirnya sebagai sebuah karya seni. Bahan kritikan dalam bentuk tulisan banyak
menyokong Duchamp dan tulisan dalam istilah semantik itu telah mengangkat karya
Duchamp menjadi karya ‘ready-made’ yang masyur di awal abad ke-20.

Kontroversi ini telah mengangkat karya-karya Avant-Garde yang lain menjadi


terkenal. Dalam karya Warhol berjudul “Campbell’s Soup” ia ditafsir sebagai karya seni
apabila dilihat dari sudut semantik. Sebagai karya seni, Warhol menjadikan imej
makanan produk dalam tin yang dekat dengan kehidupan seharian adalah imej seni
yang perlu dikomersialkan. Imej makanan yang telah menjadi ‘mass-produced’
(penghasilan dalam kuantiti yang banyak dan dikomersialkan) adalah gambaran
homogenious (menyama jenis dan menyebatikan) dalam kehidupan dunia moden yang
setiap hari orang mengguna dan memerlukannya. Apabila imej itu ditampilkan dalam
penggambaran semula suatu tafsiran semantik digunakan. Imej itu menjadi petanda
dalam karya seni. Penerimaan audien yang serupa dan diterima sejagat telah
mengangkat karya seni Avant-Garde sekaligus gambar dan imej yang mewakili
homogeneity dalam kehidupan moden dijadikan penanda dalam semantik.
Menjelang tahun 1960-an, suatu lagi peringkat timbul kesan dari evolusi seni. Karya-
karya Avant-Garde berubah wajah dan bentuk dan memerlukan satu definasi dan
tafsiran seni yang dianggap oleh setengah pihak sebagai seni yang tulin. Ketulinan
yang maksudkan itu ialah seni konsepsual. Lukisan tidak lagi berdiri sendiri sebagai
karya seni sebaliknya idea untuk melahirkan karya itu diutamakan sebagai kenyataan
dari karya yang tulin. Lukisan dianggap suatu dokumentasi semata-mata. Penjelasan
semantik akan diterima sebagai pengesahan selagi belum ada tafsiran dari pernyataan
idea, objek itu masih lagi dianggap terasing secara individu yang belum diiktiraf sebagai
karya seni. Karya seni itu diterima hanya dari beberapa pernyataan yang cuba
menjelaskan kepelbagaian bentuk yang diperagakan. Bentuk tidak menjadi keutamaan
lagi kerana pernyataan dan penjelasan idea dari bentuk huruf menjadi perkataan adalah
utama untuk segala karya itu diterima sebagai karya seni. Beberapa pernyataan juga
dinyatakan dalam kepelbagaian bentuk-bentuk grafik dan huruf-huruf phonetic. Secara
mutlaknya penggambaran semula karya-karya seni disempurnakan secara semantik.
Pengaruh dari gaya Avant-Garde ini telah memeranjatkan banyak pihak.

6. Kesimpulan

Tahap kognetif yang berbeza aras di kalangan pemerhati memerlukan bahasa penanda
sebagai pedoman dalam mentafsir karya-karya seni tampak. Penampilan bahasa
semantik menjadi suatu kenyataan yang boleh digandingkan bersama pengertian dalam
bahasa tampak. Nilai kognetif yang diserapkan dalam ilmu semantik dan dalam bahasa
tampak akan berkembang dan diterima apabila menghayati karya-karya seni tampak
yang dipenuhi dengan simbol dan kelainan dari karya-karya seni yang lain.

Secara evolusinya, nilai kognetif yang menjadi penonjolan dalam karya setiap karya
seni tampak di abad akan datang boleh diperhalusi dari berbagai sudut. Inilah fungsi
semantik yang membantu menonjolkan kefahaman orang ramai pada setiap karya yang
suatu masa nanti akan berubah mengikut nilai sejagat yang ada bahaya dan
mudaratnya.
Rujukan:

Alex Neil, The Philosophy of Art (Readings Ancient and Modern), New York: McGraw-
Hill, Inc., 1995

Acvirk, Stinson, wigg, Bone, Art Fundamentals Teory and Practice, New York:
Wm.C.Brown Publishers, 1990

Crook, J.,& T, Learner, The Impact of Modern Paints, London: Tate Gallery Publishing,
2000

Philip Ball, Bright Earth, Art and the Invention of Color, New York: Farrar, Straus and
Giroux, 2001

Ralph A.Smith, The Sense of Art (A Study in Aesthetic Education), New York:
Routledge, Chapman & Hall, Inc., 1989

Anda mungkin juga menyukai