Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR

C 2007 / UNIT 1 / 1

PENGENALAN

OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami jenis-jenis daya dan jenis penyokong beserta tindakbalas.

OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mentakrifkan Mekanik Struktur. Mentakrifkan jenis-jenis daya luaran dan dalaman. Membezakan bebanan graviti, tekanan dan tindakbalas. Mentakrifkan struktur kejuruteraan awam. Membezakan jenis penyokong, tindakbalas dan arah. Mengenalpasti jumlah anu pada titik hubung dan tupang.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 2

INPUT 1

1.0

PENGENALAN Tubuh manusia terdiri dari beberapa anggota badan dan setiap anggota badan ini mempunyai peranan masing-masing. Setiap satu dari anggota badan ini dihubungkan dengan tulang. Bolehkah anda bayangkan keadaan tubuh badan manusia tanpa sokongan tulang. Lemah? Longlai? Mungkin juga tidak mampu untuk berdiri dengan tegak. Lihat rajah 1.0 (a) & 1.0(b).

Rajah 1.0 (a) : Tubuh manusia dengan sokongan tulang

Rajah 1.0 (b): Tubuh manusia tanpa sokongan tulang

Begitu juga halnya jika dikaitkan dengan binaan dalam bidang Kejuruteraan Awam (e/g: bangunan dan jambatan). Sesebuah bangunan tidak dapat berdiri dengan kukuh tanpa sokongan daripada anggota struktur (e/g: rasuk, tiang dan papak). Malah sesebuah binaan juga perlu mempunyai struktur yang kuat bagi menampung bebanan yang diterimanya. Oleh yang demikian, analisis perlu dibuat untuk mendapatkan saiz, bentuk dan bahan sesuatu struktur yang paling optimum; mencakupi aspek keselamatan dan ekonomi. o

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 3

1.1

MEKANIK STRUKTUR Takrifan mekanik :-- kajian tentang gerakan benda ( daya yang menyebabkan gerakan). Takrifan struktur :- sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian hingga menjadi bentuk tertentu. Dari segi istilah, Mekanik Struktur dikaitkan dengan kajian/analisis terhadap terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila ia dikenakan beban atau daya. Secara rasionalnya, apabila sesuatu jasad/objek dibebankan, ia akan mengalami ubahbentuk bergantung kepada magnitud dan arah beban tersebut. (lihat rajah 1.1)
Beban bertindak dari atas ke bawah

Papan melendut ke bawah

Rajah 1.1 : Ubahbentuk struktur lantai

Dengan itu, sebelum sesuatu anggota struktur boleh digunakan, mesti dipastikan ianya kukuh dan selamat supaya dapat menanggung beban seriwayat hidupnya.

Mekanik struktur sangat sinonim dengan perkataan beban/daya. Seterusnya kita akan melihat dengan lebih lanjut mengenai daya. Alih ke mukasurat yang selanjutnya sekiranya anda telah faham konsep yang diterangkan sebelum ini.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 4

1.2 DAYA-DAYA LUARAN DAN DALAMAN Apakah itu daya? Bagaimana daya bertindak? Apakah kesan daya terhadap struktur?
Semua persoalan di atas akan terjawab,, sila ikuti penerangan selanjutnya.

Daya adalah faktor yang penting di dalam bidang sains kejuruteraan. Ia didefinisikan sebagai suatu agen yang menghasilkan atau cenderung menghasilkan; memusnahkan atau cenderung memusnahkan pergerakan. 1.2.1 Daya Luaran Daya luaran dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia meliputi berat struktur itu sendiri dan beban luaran yang dikenakan ke atas struktur. Tindakan daya luaran ini menghasilkan tindakbalas untuk memberi keseimbangan kepada struktur. Merujuk kepada rajah 1.2 (a), sebatang rod AB dikenakan daya luaran dengan magnitud P Newton (seolah-olah ditarik arah ke luar di kedua-dua hujung).
A B

P
Rajah 1.2 (a): Daya Luaran

1.2.2

Daya Dalaman Daya dalaman adalah daya yang terdapat pada bahan struktur untuk menanggung beban yang dikenakan. Daya dalaman bertindak berlawanan arah dengan daya luaran. Merujuk kepada rajah 1.2(b), suatu struktur kerangka mempunyai 3 anggota; iaitu AB, BC dan AC yang dikenakan daya luaran dengan magnitud W Newton pada titik B. Apabila daya luaran dikenakan, anggota struktur AB, BC dan AC mempunyai daya dalaman yang menentang daya luaran, W.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 5

Sambungan.....

Daya dalaman bertindak berlawanan dengan arah daya luaran. Oleh demikian, daya luaran dan daya dalaman merupakan tindakan pasangan daya dan masing-masing boleh terbentuk samada sebagai daya mampatan atau daya tegangan.(lihat rajah 1.2 (c))

Daya tegangan

Daya mampatan

Rajah 1.2 (b) : Daya Dalaman

Rajah 1.2 (c) : Arah tindakan daya

1.2.3

Jenis-jenis Daya Luaran dan Dalaman Amnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu:(i) (ii) (iii) (iv) Daya paksi Daya ricih Daya lentur Daya putiran

1.2.3.1 Daya Paksi Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas keratan jasad.

P
Rajah 1.3 (a) : Daya Paksi

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 6

Sambungan ......

Daya ini bertindak samada arah ke dalam (mampatan) atau bertindak arah ke luar (tegangan) dan masing-masing; mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (e/g: tiang yang menanggung beban) - mengakibatkan ubahbentuk pemanjangan (e/g: beban yang digantung pada dawai spring) 1.2.3.2 Daya Ricih Daya yang bertindak berserenjang/selari dengan luas permukaan keratan.

P
Rajah 1.3 (b) : Daya Ricih

Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (e/g: sambungan bolt dan rivet yang menanggung beban)

1.2.3.3 Daya Lentur Dua momen yang senilai dan berlawanan arah pada kedua-dua hujung .

Rajah 1.3 (c) : Daya Lentur

Ia mengakibatkan ubahbentuk lenturan (e/g:- rasuk yang membawa beban)

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 7

1.2.3.4 Daya Putiran/Kilasan Daya yang mengandungi dua momen yang sama nilai yang bertindak pada arah yang berlawanan di kedua-dua hujungnya.
M

Rajah 1.3 (d): Daya Putiran

Ia mengakibatkan putaran (e/g:rod berpusing terhadap paksi memanjang)

Kata Kunci: Tindakan sepasang daya dalaman dan daya luaran menghasilkan keseimbangan supaya sesuatu struktur stabil dan tidak mudah gagal. Sekiranya daya dalaman tidak dapat menanggung/menahan daya luaran, struktur tersebut akan mengalami ubahbentuk dan seterusnya gagal. Lazimnya daya luaran bersifat sahih manakala daya dalaman bersifat maya.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 8

1.3 BEBANAN GRAVITI, TEKANAN DAN TINDAKBALAS Beban graviti, tekanan dan tindakbalas merupakan suatu bentuk tindakan daya. Ketiga-tiganya mempunyai hubungkait dalam menghasilkan keseimbangan dalam tindakan daya. 1.3.1 Bebanan Graviti Rajah 1.4 menunjukkan sebuah kotak yang diletakkan di atas satu satah mendatar. Sekiranya kotak itu mempunyai jisim, m dan tarikan graviti,g ; maka berat daya kotak tersebut adalah hasil darab antara jisim dan tarikan graviti. Daya = Jisim x Tarikan Graviti Atau F=mxg
F = mg R

Unit daya ialah kgms @ Newton, N

-2

Rajah 1.4: Daya dan Tindakbalas

Tarikan Graviti = 9.81 ms-2

1.3.2

Tekanan Sekiranya luas permukaan sentuhan antara kotak dengan satah (rujuk rajah 1.4) adalah A, maka tekanan, p yang di alami oleh permukaan dalam sentuhan ialah daya per unit luas; Tekanan = Daya / Luas Atau p=F/A

Unit tekanan Nm-2

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 9

1.3.3

Tindakbalas Apabila jasad/kotak mengenakan daya sebanyak mg ke atas pemukaan satah yang disentuhnya, maka terdapat daya tindakbalas, R yang sama nilainya bertindak ke atas jasad itu. Tindakan daya tindakbalas ini berlawanan arah dengan daya yang dikenakan ke atas jasad. (rujuk rajah 1.4)

Berat atau daya = jisim x graviti 1 N/m2 = 1 Pascal (Pa) Tekanan = daya / luas 1 kN/m2 = 1 kPa

Pastikan anda hafal formula dan unit di atas

1.4 STRUKTUR Definisi : Struktur merupakan satu sistem sambungan anggota-anggota struktur yang direkabentuk untuk menanggung beban bagi mengekalkan bentuk dan kestabilan. Contoh : Bangunan gabungan beberapa anggota struktur seperti tiang, rasuk, papak dan kerangka. (lihat rajah 1.5)
Kerangka bumbung Tiang Rasuk

Rajah 1.5 : Struktur Bangunan

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 10

1.5 JENIS-JENIS PENYOKONG, TINDAKBALAS DAN ARAH TINDAKAN Terdapat 3 jenis penyokong iaitu (rujuk rajah 1.6): a. Rola/penggelek Ia mempunyai daya tindakbalas yang bertindak bersudut tepat dengan satah penyokong. Lazimnya dalam arah pugak. Fy = 0 b. Pin Ia juga dikenali sebagai sendi dan engsel. Terdapat 2 daya tindak balas yang bertindak iaitu daya pugak dan ufuk. Fx = 0 Fy = 0 c. Hujung terjempit. Ia juga dikenali sebagai ikatan bina dalam Terdapat 3 daya tindak balas iaitu daya pugak, daya ufuk dan momen Fx = 0 Fy = 0 M = 0

Rola

Pin

Hujung terjempit

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 11

Rajah 1.6 : Jenis-jenis Penyokong

1.6 JUMLAH ANU PADA TITIK HUBUNG Bilangan anu iaitu merujuk kepada bilangan nilai yang perlu dikira atau diketahui. Rajah 1.7 menunjukkan daya tindakbalas dan arahnya sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian 1.5.

Rola

Pin

Hujung terjempit

M fx fy fy fy Satu nilai anu Dua nilai anu


Rajah 1.7: Daya tindakbalas dan arahnya

fx

Tiga nilai anu

Pastikan anda hafal daya tindakbalas dan arahnya ia banyak membantu dalam pembelajaran yang seterusnya.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 12

AKTIVITI 1

SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. 1.1 Berikan definisi Mekanik Struktur. 1.2 Berikan definisi daya dalaman dan daya luaran. 1.3 Nyatakan perbezaan di antara bebanan, tekanan dan tindakbalas. 1.4 Nyatakan takrifan struktur dalam Kejuruteraan Awam. 1.5 Lakarkan 3 jenis penyokong.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 13

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1

1.1

Mekanik Struktur adalah kajian terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila ia dikenakan beban atau daya Daya luaran adalah beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia meliputi berat sendiri struktur dan beban luaran yang dikenakan ke atas struktur. Daya dalaman adalah daya tindakbalas anggota struktur untuk menentang daya luaran. Bebanan adalah daya yang dikenakan pada suatu struktur. Tindakbalas adalah daya dalaman yang bertindak menentang arah tindakan daya luaran. Tekanan ialah daya per unit luas permukaan. Definisi : Struktur merupakan satu sistem sambungan anggota-anggota struktur yang direkabentuk untuk menanggung beban bagi mengekalkan bentuk dan kestabilan Jenis-jenis penyokong ialah pin, rola dan hujung terjempit .Rujuk rajah 1.8

1.2

1.3

1.4

1.5

Rola

Pin

Hujung terjempit

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 14

Rajah 1.8

PENILAIAN KENDIRI

SEKIRANYA ANDA YAKIN TELAH MEMAHAMI UNIT 1, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH. SILA HUBUNGI PENSYARAH, SEKIRANYA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN. RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Terangkan dengan bantuan gambarajah, daya dalaman dan daya luaran. 2. Huraikan daya paksi dan daya ricih dengan bantuan gambarajah. 3. Bezakan daya graviti, daya tindakbalas dan tekanan, sekiranya perlu sertakan lakaran bagi membantu penerangan. 4. Dengan bantuan gambarajah, lakarkan jenis-jenis penyokong , arah daya tindakbalas dan bilangan anu.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 15

- SELAMAT MENCUBA -

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1

1.

Daya dalaman adalah daya tindakbalas anggota struktur untuk menentang daya luaran manakala daya luaran dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas struktur.

Arah tindakan daya dalaman anggota struktur Daya tegangan

B
Daya mampatan

A
Rajah 1.9

Rajah 1.9 menunjukkan suatu struktur kerangka berbentuk segitiga. Struktur ini mempunyai 3 anggota, iaitu AB, BC dan AC yang dikenakan daya luaran,W pada titik B. Apabila daya luaran , W dikenakan anggota struktur AB, BC dan AC mempunyai daya dalaman yang menentang daya luaran W. Daya dalaman ini terbahagi kepada dua iaitu daya mampatan dan daya tegangan. Sekiranya daya dalaman tidak dapat menahan daya luaran, struktur tersebut akan mengalami kegagalan.

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 16

2. Daya Paksi Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas permukaan.

P
Rajah 1.10

mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (e/g: tiang yang menanggung beban) mengakibatkan ubahbentuk pemanjangan (e/g: beban yang digantung pada dawai)

Daya Ricih Daya yang bertindak berserenjang dengan luas permukaan keratan.

Rajah 1.11

Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (e/g: sambungan bolt dan rivet yang dibeban)

PENGENALAN MEKANIK STRUKTUR


C 2007 / UNIT 1 / 17

3. Daya graviti, g : bertindak dari atas ke bawah, bernilai 9.81ms-2 Daya tindakbalas, R : bertindak sebagai daya dalaman yang menentang arah daya kenaan/luaran bagi menstabilkan jasad. Tekanan, p: tekanan yang dialami oleh permukaan jasad yang bersentuh dengan permukaan satah daya per unit luas (p = F / A).
R

F = mg Rajah 1.12

4.

Tindakbalas dan arah tindakan. Rujuk 1.13

Jenis Penyokong

Rola

Pin

Hujung terjempit M

Gambar Rajah fy

fx fy

fx

fy

Bilangan Anu

Satu nilai anu

Dua nilai anu

Tiga nilai anu

Rajah 1.13 ______________________________________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN BETUL, SILA BERALIH KE UNIT 2

Anda mungkin juga menyukai