Anda di halaman 1dari 34

BAHAGIAN A

PENGANALISISAN ARTIKEL

( oleh Zainudin Sharif &NorAzimah Mohamad Roslan)

A. Tujuan Kajian

Masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini amat


membimbangkan semua pihak. Gejala sosial ini akan
mempengaruhi masa hadapan Negara yang memerlukan generasi
muda untuk dijadikan pemimpin masa hadapan. Kajian yang
dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di sebuah
sekolah dalam Negeri Melaka. Di samping itu pengkaji juga
menumpukan kepada latarbelakang sosial yang menyebabkan
gejala sosial ini berlaku. Fakutor- faktor yang dikaji termasuklah
faktor latar belakang diri, faktor latar belakang keluarga, bentuk
pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran dari
sekolah.

Kajian yang dijalankan juga bertujuan mengenalpasti faktor


latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah
sosial. Dengan kajian terhadap latar belakang remaja itu sendiri,
pengkaji akan dapat menyelami dan mengetahui sejauh mana
masalah moral remaja itu berpunca dari diri sendiri. Langkah-
langkah membendung gejala moral daripada berterusan dapat
dirangka oleh pengkaji untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Kajian yang dijalankan juga berobjektif untuk mengenalpasti faktor
latar belakang keluarga remaja yang terlibat. Apakah punca
masalah keluarga menjadi pokok utama terhadap masalah moral di
kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kaji selidik yang dijalankan juga
untuk mengumpul data-data tahap masalah moral yang berlaku
pada masa kini.

1
Tumpuan kajian lebih bertumpukan kepada masalah dan
faktor-faktor yang memungkinkan pelajar terlibat dalam masalah
moral di kalangan pelajar. Adakah faktor-faktor yang dikaji ini benar-
benar mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial yang
semakin kritikal

B) Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan


data.

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan


kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Kajian
ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi remaja yang ditempatkan di sekolah pemulihan
akhlak yang terletak di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka
terlibat dalam gejala sosial dalam empat aspek iaitu faktor latar
belakang diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk
pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran
sekolah. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Manakala maklumat yang diterima
akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah
berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan,
angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi
penyelidikan yang menggunakan instrumen soal selidik dan ujian
untuk mendapatkan maklumat kajian (Mohamad Najib, 1999).

Skop kajian

Skop kajian ini hanya fokus kepada faktor-faktor yang


mendorong remaja di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh,
Melaka terlibat dengan masalah sosial mengikut empat faktor
iaitu faktor diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, faktor

2
pengaruh rakan sebaya dan faktor permasalahan persekitaran
sekolah.

Populasi dan sampel kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah remaja yang terdapat di


sekolah pemulihan akhlak iaitu Sekolah Tunas Bakti, Sungai
Lereh, Melaka iaitu seramai 110 orang. Manakala jumlah
sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 86
responden.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik


sebagai instrumen kajian yang merangkumi beberapa item
berdasarkan objektif kajian. Soal selidik yang disediakan oleh
pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Pada bahagian A, responden dikehendaki menjawab
beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi responden.
Skala empat mata pula digunakan pada bahagian B di mana
responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang
sesuatu kenyataan.

Bahagian A :

Mengenai demografi responden seperti jantina, umur, tahap


pendidikan, bilangan adik beradik, pendapatan bersih bulanan
ibu bapa/penjaga, pekerjaan ibu bapa/penjaga, tahap pendidikan
bapa dan tahap pendidikan ibu.

Bahagian B :

Bahagian ini mempunyai 40 soalan bagi mendapatkan dan


mengenal pasti objektif kajian. Pecahan item terbahagi kepada
empat bahagian iaitu :

1. Faktor latar belakang diri sendiri.

3
2. Faktor latar belakang keluarga.

3. Bentuk pengaruh rakan sebaya.

4. Permasalahan persekitaran sekolah.

Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan


menggunakan skala empat mata untuk memperoleh jawapan
daripada responden. Skala empat mata ini terdiri daripada
pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju
dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang
ditunjukkan pada Jadual 1.

4
C. Teori BioSosial

Hall (1904) kenalkan konsep storm and stress yg melihat


zaman remaja sebgai tempoh masa yang penuh huru-hara,penuh
cabaran, pemberontakan terhadap orang dewasa dan perubahan
fizikal, intelektual dan sosial. Beliau berpendapat bahawa ibu bapa
mestilah berlembut dan mengambil berat terhadap remaja.
Kelakuan yang dilakukan oleh remaja bertujuan untuk melegakan
emosi mereka. Segalanya akan hilang apabila ianya dewasa. Dari
pandangan ini masalah sosial menjelaskan atau menerangkan
masalah akan berlaku jika tidak ditangani dengan baik kerana dalam
teori ini menegaskan bahawa pada tahap remaja pelbagai konfliks
jiwa akan dihadapi oleh remaja. Sekiranya tidak dibendung maka
berlaku lah masalah sosial di kalangan remaja

3
Bincangkan dapatan umum kajian ini.

Apakah faktor latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah
sosial?

Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam bab IV, didapati faktor utama
responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Analisis menunjukkan aspek ini
mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding aspek-aspek lain. Penyelidik
berpendapat, pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi
peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Ketika melalui proses-proses
perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak
pernah mereka lihat atau alami. Oleh itu, remaja akan mempunyai keinginan untuk
mencuba perkara-perkara yang tidak pernah mereka alami. Kajian lepas yang
dilakukan oleh Asmak (2006) mengenai salah laku sosial remaja masa kini
menunjukkan faktor ingin mencuba juga tinggi iaitu sebanyak 48%.

Kajian Asmak selari dengan Zainal dan Sharani (2006) yang


menjelaskan, pada peringkat usia remaja, mereka mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka
akan mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri mereka. Menurut Zainal
dan Sharani juga, keadaan ini membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu, perasaan ingin tahu yang wujud
diri mereka akan mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan
baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.

Sebilangan besar responden dalam kajian ini adalah remaja yang


berumur 17 tahun. Penyelidik berpendapat, responden ketika usia ini berfikiran lebih
positif berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha mencari
sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas mereka
akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri mereka
terjawab. Ini dibuktikan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan,
keghairahan mencari sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini
suka mencuba perkara-perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari
pengalaman baru walaupun mereka terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran.

3
Menurut Arieff dan Wardah lagi, situasi ini adalah suatu
keadaan yang baik apabila mereka mengarahkan sifat ini lebih positif.
Akan tetapi, kajian mendapati responden lebih menggunakan sifat ini
kepada perkara yang merugikan iaitu mencuba perkara-perkara yang tidak
elok untuk mengetahui sebab musababnya. Dapatan kajian juga
mendapati, responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan
aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Faktor ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.

Penyelidik berpendapat, ketika usia remaja, mereka akan mula


merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan mereka tidak
mahu dikongkong dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya
keinginan mereka dapat dicapai. Ketika ini, mereka akan mula melalui
peringkat perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual
dan emosi. Dapatan kajian ini disokong oleh Suzana (2002) yang
menyatakan pada usia remaja, mereka mula mempunyai keinginan
kebebasan dalam pelbagai perkara dan pada masa yang sama juga, mereka
mengalami perkembangan fizikal dan mental yang cepat.

Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan Noraini (2000)


yang menyatakan remaja memerlukan kebebasan dalam membuat
keputusan yang dapat memenuhi citarasa mereka. Selain aspek
keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan kebebasan dalam
setiap perkara yang dilakukan, responden terlibat dalam masalah sosial
adalah kerana mereka inginkan perhatian dalam setiap perkara yang
dilakukan. Aspek ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.

Penyelidik berpendapat, umumnya remaja mempunyai jiwa yang


sensitif. Mereka sentiasa ingin dibelai dan diberi perhatian dalam setiap
perkara yang dilakukan walaupun kadangkala ibu bapa merasakan perkara
tersebut adalah sesuatu yang biasa dan remeh. Dapatan kajian ini dapat
dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Shamsaadal dan Abdullah
(2006) yang menyatakan bahawa remaja akan kerap melakukan kelakuan
yang boleh menarik perhatian ibu bapa atau ahli keluarga. Hal ini
kerana, menurut Shamsaadal dan Abdullah, semasa kanak-kanak, remaja

4
mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tetapi, apabila mereka
memasuki alam remaja perhatian dan layanan yang lebih akan berkurangan
dan ini menyebabkan remaja mula rasa terpinggir atau tidak
dipedulikan.

Hasil kajian juga menunjukkan responden terlibat dalam masalah


sosial adalah disebabkan perasaan dalaman diri iaitu seringkali marah dan
tidak puas hati apabila kehendak mereka dihalang. Penyelidik berpendapat,
aspek ini banyak dipengaruhi oleh tekanan yang wujud dalam diri
mereka. Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Suzana
(2002), tekanan semasa akil baligh berlaku disebabkan perubahan fizikal
dan fisiologi. Antara tekanan-tekanan tersebut ialah mudah marah dan
emosional.

Pendapat Suzana dilihat selari dengan Azizi dan Rosnah (2007)


yang menjelaskan remaja yang menghadapi tekanan akan melakukan
tindakan yang diluar kawalan lantaran ingin meluahkan perasaan tidak puas
hati, ingin membalas dendam dan sebagainya. Selain itu, responden terlibat
dalam masalah sosial adalah disebabkan responden selalu berada dalam
gangguan emosi. Dapatan kajian ini disokong dengan Zainal dan Sharani
(2006) yang menyatakan remaja terdorong untuk melakukan tingkah laku
anti sosial akibat daripada kemurungan dan kebimbangan yang lebih
dipengaruhi oleh faktor kekurangan psikologikal.

Arieff dan Wardah (2006) juga menyatakan perlakuan remaja


digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan kadangkala lebih
berpengaruh daripadafikiran. Suka duka kehidupan akan membentuk
perlakuan remaja itu sendiri. Kajian ini juga membuktikan bahawa
penglibatan remaja dalam masalah sosial adalah disebabkan kurangnya
amalan kerohanian seperti menunaikan solat. Penyelidik berpendapat,
pelajar mempunyai asas agama yang lemah dan pemahaman betapa
pentingnya nilai-nilai kerohanian juga lemah.

Kajian Azhar dan Ab. Halim (2005) juga menunjukkan hanya


sekitar 16% pelajar sahaja yang menunaikan ibadah solat lima waktu
sehari semalam. Arieff dan Wardah (2006) juga menyatakan kemantapan

5
agama berlaku agak lewat dalam diri remaja iaitu di antara umur 23 dan 24
tahun. Justeru itu ketika usia remaja, mereka tidak mengambil berat
terhadap tuntutan agama yang wajib dipenuhi.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan responden


mempunyai matlamat hidup yang tinggi walaupun terlibat dalam masalah
sosial. Penyelidik berpendapat, walaupun mereka mempunyai matlamat
hidup, mereka belum mampu berfikir dengan lebih matang
bagaimana caranya untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Pada usia remaja ini, kekuatan kognitif mereka agak terbatas. Arieff dan
Wardah (2006) menyatakan remaja tidak mempunyai keupayaan yang
tinggi dalam meneliti sesuatu perkara atau masalah. Pengalaman
kefahaman terhadap kehidupan mereka masih lagi terbatas dan apa yang
difikirkan oleh remaja hanyalah pada masa sekarang sahaja.

Apakah faktor latar belakang keluarga remaja yang terlibat dalam


masalah sosial?

Dapatan kajian ini gagal menunjukkan pengaruh latar belakang


keluarga terhadap penglibatan pelajar dalam masalah sosial. Oleh itu, dapatan
kajian ini menunjukkan keluarga bukanlah faktor penting pelajar terlibat
dalam masalah sosial.

Walau bagaimanapun, jika diteliti, berdasarkan kepada respon di


dalam kajian ini, terdapat juga keadaan ibu bapa yang kurang
menitikberatkan aspek-aspek tertentu di dalam mendidik anak-anak
mereka. Misalnya, ibu bapa dikatakan tegas dalam memberikan hukuman
kepada anak-anak mereka. Walaupun aspek ini berada di tahap
yang rendah, penyelidik berpendapat, remaja akan bertindak negatif jika
disiplin ibu bapa ketat. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat autokratik
akan menjadikan jiwa remaja memberontak.

Pendapat penyelidik ini disokong oleh Zainal dan Sharani (2004)


yang menjelaskan kesan daripada kaedah pengawalan autokratik akan
menghasilkan gabungan antara pemberontakan dan pergantungan.
Kajian Bronstein (1994) juga menunjukkan ibu bapa yang mesra dan

6
menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif di
kalangan anak-anak, manakala jenis ibu bapa yang suka menghukum
akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif di kalangan anak-anak.

Ibu bapa pelajar dalam kajian ini juga dilihat jarang berada di
rumah dan sering sibuk dengan kerja. Keadaan ini akan menyebabkan anak-
anak bosan untuk berada di rumah. Mereka akan lebih gemar untuk
bersama dengan rakan-rakan mereka bagi mengisi kekosongan.
Keberangkalian untuk mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok
boleh wujud kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa.

Pendapat penyelidik ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang
menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan
antara anak dengan ibu bapa renggang. Apabila anak-anak pulang dari
sekolah, ibu bapa tiada di rumah.

Oleh itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakanrakan


sebelum pulang ke rumah. Apabila ibu bapa jarang berada di rumah,
keadaan ini akan menyebabkan kurangnya komunikasi antara ibu bapa
dengan anak-anak mereka tentang keperluan dan masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka.

Walaupun dapatan kajian menunjukkan aspek ini berada ditahap


yang sederhana, penyelidik berpendapat hubungan interaksi yang lemah antara
ibu bapa dan anak akan menyebabkan remaja hilang tempat mengadu dan
bergantung. Remaja akan merasakan ibu bapa tidak mengambil berat
tentang keperluan mereka terutamanya dari segi psikologikal.

Dapatan kajian di sokong oleh kajian Barnes dan Olson (1985)


yang mendapati komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja akan
menyebabkan hubungan keluarga semakin rapat, wujud kasih sayang dan
proses penyelesaian masalah akan berlaku dengan mudah. Jackson, et
al. (1998) juga menjelaskan komunikasi yang tidak berkesan akan
mendatangkan kesan yang negatif terhadap keluarga dan tingkah laku anak-
anak.

7
Walaupun dapatan kajian menunjukkan ibu bapa pelajar taat dalam
menunaikan perintah Allah dan mengambil berat tentang pelajaran
anak-anak mereka, mereka didapati jarang memberi motivasi dan
sokongan serta pujian terhadap perkara yang dilakukan oleh anak-anak
mereka. Kata-kata peneguhan seperti pujian yang jarang diberikan
kepada anak-anak akan membuatkan remaja merasakan diri mereka tidak
mempunyai kelebihan dan perkara yang mereka lakukan tidak bermakna.

Suzana (2002) menyatakan remaja didapati mahukan sokongan


dalaman seperti galakan, penghargaan, kepercayaan dan kasih sayang.
Sokongan luaran seperti peluk, makan bersama-sama, bercuti juga
diperlukan oleh remaja. Kurangnya sokongan-sokongan ini boleh
mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
sewajarnya.

Ibu bapa pelajar-pelajar ini juga jarang melakukan tabiat yang


kurang baik di dalam rumah, tetapi mereka dilihat sering bertengkar
walaupun tidak kerap dan ini menyebabkan suasana rumah kurang aman.
Peratusan aspek ini juga berada ditahap yang rendah, tetapi penyelidik
berpendapat, pentengkaran yang berlaku di rumah boleh mendorong
remaja melibatkan diri dalam masalah sosial dengan lebih serius jika ibu
bapa sering bertengkar. Ini kerana remaja akan bosan, tertekan dan tidak
suka berada di rumah.

Dapatan kajian ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yang
menjelaskan tiada persefahaman antara ibu bapa akan menyebabkan
konflik berlaku dan mereka akan saling bertengkar dan bergaduh. Keadaan
rumah yang tidak aman seperti ini akan memberikan kesan yang negatif
kepada jiwa remaja. Mereka akan merasa tertekan dan menjauhkan diri
daripada ibu bapanya. Sehingga ada yang lari dari rumah untuk mencari
kedamaian dan ketenangan.

Akhir sekali, dapatan kajian juga mendapati ibu bapa pelajar-


pelajar tidak membeza- bezakan anak anak mereka. Mereka juga
mempunyai pendapatan yang tidak terlalu rendah (sederhana) dan keadaan

8
ini tidak memberi kesan yang besar kepada remaja untuk terlibat dalam gejala
sosial.

9
E. Implikasi kepada Pengajaran Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri


merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung.
Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana
guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak
lanagsung kepada pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T.
Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa remaja
menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh
sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga.
Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar
mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan
harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di


sekolah yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah
tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai dilakukan
berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru
Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan mengembangkan
moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru
dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat
dari sudut sikap guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar
selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu usaha ini akan
memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab
mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut


skema Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral
bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan
tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor
paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan
tingkah laku moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana
individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak

3
berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini.
Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai
moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar
agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral
tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang
matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab


menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai
murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan
sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam
semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pedidikan
Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip
kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu
berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi
mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah
akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini
sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan
dengan pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987)
dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya
tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i)
pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial
yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii)
pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang
patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai
tentang kecenderungan sendiri.

Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang


terkandung dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan
Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP,

4
.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-
penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan
tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan
bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai bagi
menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan
mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah
diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar
tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun
sekolah.

BAHAGIAN B

Isu Moral Semasa di Sekolah Rendah

Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran


sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan
kemajuan di negara-negara maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia
perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi
ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan
sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama
golongan muda di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara
pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah,
cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni

5
kemanusiaan serta agama. Di dalam kupasan kali ini , saya mengupas sedikit
sebanyak berkenaan isu buli di kalangan generasi muda masa kini.

PERBINCANGAN ISU MORAL

Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu


fenomena yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan
dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi
tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula
bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan
pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan
buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik misalnya
bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan.
Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah
definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan
pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap
orang lain secara individu atau secara berkumpulan.

Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh diintrepetasikan


sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya
dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Menurut
Hazler dan Hoover pula yang dipetik di dalam bukunya yang
bertajuk Developmental Psychology Childhood and Adolescence
yang diterbitkan pada tahun 2006, buli bolehlah dimaksudkan
sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu
kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau
psikologi bagi satu jangka masa yang panjang dan dilakukan berkali-
kali terhadap mangsa.

Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu
yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang
cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan
atau lemah (mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah
perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh
seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang

6
penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa
antara pembuli dan mangsa buli.

Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah


dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara
tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka
yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku
agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa,
aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan
perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa
serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Pembuli

Terdiri daripada pelajar senior di tahun 5 dan tahun 6

Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.


Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan
Tidak mudah digertak.

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar junior


mereka ataupun pelajar baru masuk di sekolah itu atau pelajar yang mempunyai
masalah dalam pergaulan.

Bertubuh kecil.
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
Pelajar baru di sekolah.

7
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara
sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah


tingkah laku pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas
hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli.

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa


bersalah apabila membuat kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini


biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang
melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan
orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah
disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa.

Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

Sekadar mahu berseronok.

Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah
satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar
bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

8
Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah
media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku
yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan
sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan
remaja.

KESAN BULI DAN LANGKAH MENGATASI BULI

Gejala buli semakin di sekolah semakin membimbangkan masyarakat


terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan
kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula
melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan
kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan
pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkah-langkah
yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar
yang dibuli akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa
kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika
dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana
takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu
untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul
dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk
membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka
menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa
tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan
tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke
sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara
tidak langsung telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses

9
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka
sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa
memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka akan
menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-
rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan
nasib mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya
tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka
melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas
diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri
daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya
mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli


bertindak untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka
tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma
dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan kajian dan bukti yang diperoleh,
terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli telah membuat keputusan bahawa
satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan
membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah
membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia
telah mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan
bahawa wangnya dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu
pula baju uniform dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan,
hari Jumaat semuanya telah berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan.
Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan
mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak untuk
menamatkan nyawa mereka sendiri.

Gejala buli tidak boleh dibiarkan berleluasa. Sebelum nasi menjadi bubur,
beberapa langkah yang pragmatik dan sistematik untuk mengatasi masalah ini
hendaklah dilakukan. Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala
buli di sekolah adalah dengan memperkukuh peranan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah
menerapkan ajaran agama, moral dan nilai murni kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap saling menghormati

10
dan bertolenransi pada setiap masa. Kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
akan membantu anak-anak mereka membesar dengan sempurna. Anak yang
berkeperibadian terpuji merupakan anak-anak yang membesar dalam sebuah
keluarga yang bahagia. Mereka tidak akan tergamak untuk menyakiti dan membuli
orang lain kerana ibu bapa telah menyemai ajaran-ajaran yang baik dan berguna di
jiwa mereka sejak kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah


diperhebat. Hal ini demikian kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk
membuat kerja lain daripada berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk
menyelesaikan masalah mereka. Pelajar pula tidak mahu berjumpa dengan guru
kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehan guru
tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus memainkan peranan lebih
aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada
pelajar yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah
mereka dengan orang lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling
dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk
melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya, pihak sekolah dapat mengambil tindakan
yang tegas kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Selanjutnya, tindakan disiplin dan undang-undang ke atas pembuli hendaklah


dikaji dan dimurnikan semula. Hal ini demikian kerana tindakan yang dikenakan ke
atas mereka pada masa sekarang tidak menakutkan mereka untuk meneruskan
perlakuan buli. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin boleh bekerjasama
dengan pihak polis untuk menangani masalah ini. Pembuli yang ditangkap mungkin
boleh dipenjarakan atau disuruh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama
beberapa tempoh tertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan pembuli yang lain.
Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti hantar pembuli
ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberikan
kesedaran dan pengajaran kepada pelaku dan orang ramai. Hal ini demikian kerana
terdapat kes buli yang berakhir dengan kematian. Ini menggambarkan betapa kes buli
amat serius jika dibiarkan tanpa tindakan yang sewajarnya. Si pembuli akan terus
bermaharajalela mencari mangsanya. Tindakan mengampunkan pembuli dengan

11
alasan mereka masih muda dan tidak sesuai dikenakan hukuman penjara haruslah
dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstrem kerana zaman berubah dan musim
berbunga.

Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala
ini menjadi semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko
termasuk kehilangan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di
kawasan sekolah yang merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan
yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan
generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk kepentingan dirinya
sendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,
masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.

PERANAN GURU DAN SEKOLAH

Isu buli ini bukanlah satu isu yang baru didengari, namun isu ini telah
menular dan merebak bukan sahaja di negara kita, bahkan di negara lain juga.
Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dalam Utusan
Malaysia, 9 Julai 2005 mendapati masalah buli merupakan satu masalah yang sering
berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada hari ini.Beliau mengulas

12
perkara ini setelah timbulnya isu buli yang berlaku di Sekolah Menengah Agama
(SMA) Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,Pahang. Bukan sahaja di
sekolah tersebut sahaja, malah kes buli ini turut berlaku di sekolah lain. Kes ini sudah
menjadi lali kerana kerap berlaku kepada pelajar sekolah.

Masalah tingkah laku buli di sekolah juga akan menyebabkan timbulnya


pelbagai masalah lain seperti gangsterisme dan ponteng sekolah. Jika dapat
disimpulkan disini, seandainya isu buli ini tidak dapat dibendung, bagaimanakah pula
dengan persepsi ibu bapa yang mahu menghantar anaknya ke sekolah walhal sekolah
adalah sebuah institusi yang amat penting dalam negara dan merupakan tunjang
utama dalam mendidik anak bangsa kita. Ibu bapa juga merasa ragu akan keselamatan
anak mereka sepanjang anak mereka berada di sekolah. Malah, ibu bapa kan berasa
risau sekiranya kes tersebut berlaku di sekolah anak mereka. Sebagai guru, perkara ini
tidak boleh dipandang sambil lewa kerana ianya membabitkan keselamatan para
pelajar.

Selain itu juga, dengan penyebaran kes buli dalam laman web Youtube turut
menimbulkan persepsi yang kurang baik dan secara tidak langsung telah
mencemarkan imej Pendidikan Negara dengan bunyi-bunyi mengatakan bahawa
pendidikan di Negara kita lebih menjurus kepda nilai akhlak pelajar yang semakin
rosak dan tiada usaha kerajaan untuk mencari langkah proaktif untuk menanganinya.
Malangnya, penyebaran cerita yang dibuat oleh sebilangan orang yang hanya tahu
membusukkan nama Negara bukan dari mana-mana pihak musuh tetapi rakyat kita
sendiri. Kemajuan yang dikecapi itu bukannya untuk digunakan ke arah kebaikan
tetapi telah disalahgunakan.

Jika kita bandingkan pendidikan di Malaysia dengan pendidikan di luar


negara, ternyata terlalu jauh berbeza. Pendidikan di luar negara lebih maju. Mereka
banyak mengkaji pendidikan mereka dan menyesuaikan dengan perkembangan
pelajar disebabkan di negara luar mereka mempunyai banyak pengkaji untuk
mengkaji struktur pengajian mereka. Sememangnya, cara pengajian mereka juga
cukup berkesan kepada para pelajar. Mereka turut membantu pelajar yang tidak
berkemampuan untuk mendalami ilmu pengetahuan dan ada satu tabung atau unit
yang akan membantu kanak-kanak ini supaya dapat menuntut ilmu dan meneruskan

13
pelajaran. Justeru itu, mereka ini tidak akan terabai atau terasing daripada orang lain
dan masih dapat belajar bersama pelajar yang lain seperti biasa.

Oleh itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah
harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah. Perkara ini
hendaklah bermula dari kecil mereka dengan lagi kerana sejak dari kecil lagilah
kanak-kanak harus dibentuk. Semasa mereka masih kecil ini, guru-guru dapat
mendidik mereka ketika berada di prasekolah lagi. Prasekolah merupakan sebahagian
daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan
pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada
golongan berpendapatan rendah. Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlulah
menerapkan banyak nilai moral. Hal ini kerana, tahap perkembangan mereka sedang
berkembang. Ianya meliputi perkembangan moral, kognitif, sosioemosi dan intelek.

Bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, moral dapat diterapkan
melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Sivik dan sebagainya. Pembelajaran yang konsisten juga tidak memadai
sekiranya ianya tidak menepati citarasa pelajar tersebut. Selain itu, guru juga boleh
menyediakan visual atau video supaya kaedah pembelajaran dapat dipelbagaikan. Hal
ini kerana murid cepat bosan dan tumpuan sering terganggu. Sebagai seorang pelajar,
kaedah pembelajaran yang pelbagai adalah salah satu cara untuk menarik minat
mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Secara tidak langsung, pendidikan ini
dapat diterapkan dalam diri mereka.

Sukatan pelajaran juga perlu diseseuaikan mengikut tahap umur pelajar di


sekolah. Pihak kerajaan perlulah mengkaji balik dan memantau satu persatu sukatan
pelajaran secara menyeluruh dari segi prospek pelajaran. Sukatan buku yang
merangkumi nilai-nilai moral hendaklah diubah atau dibuat mengikut peredaran masa.
Di samping itu, ianya perlulah menyentuh nilai akhlak pelajar yang semakin runtuh
pada ketika ini. Paparan artikel ataupun jurnal tentang kes moral akan lebih memberi
impak yang mendalam kepada pelajar. Jadi, para pelajar akan lebih mengetahui kesan
atau akibat sekiranya mereka terlibat sama dalam masalah moral. Mereka akan
berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang melulu.

14
Kurikulum di Malaysia juga perlu disemak kembali dan diberi nilai tambah
supaya kurikulum tersebut adalah relavan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai minta yang
berlainan dan tidak semua individu dapat melakukan semua kemahiran. Menurut teori
Howard Gardner, setiap manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Mereka harus
memilih kemahiran yang sesuai dengan diri mereka. Pihak kementerian pelajaran
telah menubuhkan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 1905 bagi pelajar yang
lebih meminati aliran ini. Jadi, para pelajar yang cenderung ke arah bidang ini akan
lebih memberikan tumpuan dan akan berusaha dalam aliran yang diambil.

Guru yang mengajar juga perlulah mengajar dengan baik. Bukannya mengajar
semata-mata menghabiskan sesuatu topik atau silibus pengajian. Hal ini perlu diambil
berat. Guru perlu membiarkan murid dapat menghayati nilai moral yang dipelajari dan
bukannya hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Guru juga perlu
mengaplikasikan pendidikan moral dalam aktiviti mengajar. Dalam aktiviti mengajar,
para pelajar dapat membincangkan topik mengenai nilai moral dengan lebih
mendalam. Mereka akan berkongi pendapat dan pandangan dalam membincangkan
isu tersebut. Guru juga boleh menyelitkan pengajaran atau iktibar daripada kes
moral yang berlaku.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi


pelbagai elemen penting termasuklah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, pendidikan adalah peneraju utama dalam memastikan


seseorang itu memacu arah hidupnya. Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan akan
terus memberi impak secara langsung kepada kehidupan pelajar oleh sebab kesan
daripada ledakan perkembangan masa yang membawa kepada penyelerakan
maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, budaya dan sebagainya.

15
PENGAJARAN DARIPADA KES BULI

Saban tahun media dedahkan tentang isu buli sekolah.


Kejadian ini masih lagi berlaku sehinggalah sekarang. Apakah tiada
jalan penyelesaian untuk buli ini? Hakikatnya, ramai yang tidak
sedar bahawa buli ini adalah isu yang amat berat dan ada
sesetengah pihak individu memandang remeh hal ini. Gejala ini
semakin menjadi-jadi sekarang ini. Jika pada waktu dahulu,
fenomena ragging adalah satu kebiasaan di sekolah terutamanya di
sekolah-sekolah berasrama. Namun ianya telah menular ke sekolah
harian biasa malah kejadian yang berlaku adalah lebih dasyat
sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian terhadap
mangsa buli tersebut.

Seharusnya para pelajar mesti sedar impak yang akan berlaku


sekiranya terlibat dalam kes buli ini. Para pelajar kini haruslah
pandai dalam memilih kawan kerana kawan ketawa senang dicari,
kawan menangis sukar didapati. Kawan itulah yang akan
mendorong kita ke arah kebaikan ataupun keburukan. Dalam
kejadian buli ini, ianya berlaku disebabkan banyak faktor. Tetapi,
para pelajar harus berfikir risiko yang terpaksa ditanggung
sekiranya terlibat dalam isu ini. Ianya melibatkan banyak aspek
contohnya dari segi hukuman yang akan dikenakan. Sesebuah
sekolah akan mengenakan hukuman gantung sekolah ataupun
buang sekolah. Jadi, para pelajar itu akan ketinggalan dalam
pelajaran dan akademik akan merosot. Begitu juga nama pelajar
yang terbabit akan dimasukkan dalam rekod disiplin dan fail polis
sekiranya kes itu adalah kes berat. Jadi, masa depan pelajar
tersebut akan musnah begitu sahaja kerana setitik nila, habis susu
sebelanga.

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu.


Oleh itu, akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian
seseorang individu. Individu yang berakhlak baik akan tiada

16
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak
mempunyai akhlak yang baik akan dicemuh dan dipandang hina
oleh masyarakat. Begitu juga remaja yang terlibat dengan buli ini.
Pelbagai persepsi dan tanggapan yang dibuat oleh masyarakat
tentang diri mereka setelah mereka terlibat dengan masalah ini.
Tidak dapat dinafikan remaja ini hanya mengikut nafsu mereka
tanpa memikirkan kesan yang terpaksa diterima. Banyak kejadian
yang dilakukan oleh remaja pada hari ini sehinggakan masalah
keruntuhan akhlak meningkat setiap tahun. Sedikit sebanyak ia
akan memberi kesan kepada individu tersebut.

Keluarga memainkan peranan yang penting keranan dari


institusi kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmonian sesuatu
masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian dalam
sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Disebabkan remaja tersebut yang melakukan masalah ini,
ianya terbawa-bawa kepada masalah kekeluargaan. Akibat daripada
masalah ini wujudnya ketidakharmonian dalam sesebuah
kekeluargaan. Keluarga akan menjadi porak peranda. Semuanya
berpunca daripada masalah itu. Begitu juga dengan ibu bapa pelajar
tersebut. Mereka terpaksa menanggung malu oleh sebab perbuatan
anak mereka tersebut. Maruah keluarga akan tercemar begitu
sahaja. Mahukah kita mencemar nama baik keluarga? Keluarga
kitalah yang selama ini menjaga kita sejak dari kecil lagi.Maka,
janganlah kita terlibat dalam masalah ini yang akhirnya
menjatuhkan diri kita juga. Selesaikanlah perkara itu dengan sebaik-
baiknya dan janganlah kita terlalu mengikut mengikut perasaan
sendiri. Sekiranya perkara tersebut sudah berlaku, tiada apa yang
perlu dikesalkan. Seperti pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Selain itu, ianya juga memberi impak kepada masyarakat.


Keruntuhan akhlak akan memberi kesan yang sangat besar dalam

17
masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa
dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Sekiranya hal ini
tidak dapat dibendung oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya pihak
kerajaan dan pihak tertentu, maka tidak hairanlanlah pada masa
akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak
remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu,
pihak-pihak anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas
kelemahan bangsa kita sendiri. Musuh-musuh ini sentiasa mengintai
sekiranya peluang sudah ada di depan mata. Namun begitu kesan
yang paling ketara sekiranya tidak dapat dikawal. Masyarakat di
negara ini akan menjadi porak peranda, berpecah belah dan tidak
bersatu padu. Di samping itu, wujud pergaduhan dalam
masyarakat. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan kerana takut
ianya menular dalam kalangan masyarakat kita.Kita hendaklah
elakkan perkara ini daripada berlaku.

Keruntuhan akhlak juga turut memberi kesan kepada negara.


Jatuh bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak
remaja pada waktu sekarang. Remaja sekarang perlu dipantau
kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpin untuk generasi
pada masa hadapan. Mereka ini yang menjadi tonggak untuk
memacu negara kita. Jika perkara ini tidak dibendung dari awal,
negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa
hadapan. Tambahan pula, kerancakan pembangunan negara akan
terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar berkembang
kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi
dalam kalangan masyarakat. Perbelanjaan kerajaan juga turut sama
meningkat akibat berlakunya peningkatan masalah ini. Perbelanjaan
yang sepatutnya dikeluarkan untuk pembangunan negara tersekat
disebabkan masalah yang berlaku. Banyak wang yang dikeluarkan
supaya remaja ini dapat dibentuk seperti mengadakan kempen
pembentukan sahsiah pelajar. Ini adalah salah satu contoh

18
perbelanjaan yang digunakan. Tidak termasuk untuk perkara lain
lagi.

Keruntuhan dan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini


akan memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam
masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
akan datang dan memainkan peranan yang amat penting kepada
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek
pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu
bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Kebijaksanaan serta perancangan yang teliti pastinya akan Justeru,
remaja pada masa kini perlulah berfikir banyak kali sebelum terlibat
dengan masalah ini. Ianya bukan memberi masalah kepada remaja
tersebut sahaja, bahkan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

RUMUSAN

Jika kita bicarakan isu buli, adakah ini merupakan budaya kita
yang sering diagung-agungkan oleh kita selama ini? Kenapa buli
boleh berlaku terutama di sekolah dan dalam kalangan pelajar kita
sendiri? Adakah mereka tidak serik-serik melakukan perbuatan tidak
bermoral tersebut? Timbulnya isu ini menampakkan kita masih tidak
sedar dan mengambil berat akan isu yang acapkali dipaparkan tidak
kira sama ada di media massa, media elektronik atau sebagainya.
Jalan penyelesaian bagaikan tiada di depan mata. Kali ini saya ingin
mengutarakan pandangan saya mengenai buli kerana saya sendiri
bingung memikirkan kekerapan budaya ini sering timbul dalam
masyarakat kita.

19
Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa pembuli
ialah orang yang tidak mempunyai keyakinan diri dan kebolehan
untuk berfikir yang sejati. Pembuli menganggap semua perbuatan
mereka itu sebagai lambang kekuatan mereka. Malah, saya yakin
ada antara pembuli beranggapan tindakan mereka disukai oleh
orang lain. Mereka berpandangan bahawa pelajar-pelajar lain akan
menghormati mereka. Semua anggapan mereka itu salah belaka.
Sebaliknya, pelajar lain akan memandang rendah kepada mereka
ini. Pelajar lain juga akan akan berasa takut untuk berhadapan
dengan pembuli ini disebabkan kesan yang akan dialami oleh
pelajar.

Gejala ini juga amat menarik kerana kesannya begitu


mendalam terhadap mangsa. Sudah banyak kes yang mendedahkan
mangsa menerima rawatan di hospital kerana terlalu teruk dibuli.
Namun, satu perkara yang kita lupa ialah buli juga membawa kesan
psikologi. Mungkin satu kajian terperinci mengenai kesan psikologi
terhadap mangsa buli dilaksanakan oleh kerajaan. Maklumat ini
boleh digunakan untuk menangani masalah yang semakin
serius.Gejala buli ini mula mendapat perhatian kerana sudah ada
beberapa kes buli yang dipaparkan oleh media massa. Malah,
Menteri Pendidikan sendiri sudah memberi komen diikuti oleh tokoh-
tokoh pendidik yang lain. Semuanya mempunyai satu kesimpulan
iaitu budaya buli ini memang wujud dan perlu dikikis terus daripada
sekolah.

20
RUJUKAN

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan
(2007). Faktor-Faktor Mempengaruhi Pelajar Ponteng Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis Ph.D
Universiti Teknologi Malaysia: tidak diterbitkan.

Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang


Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar, Satu
Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah
Sekolah Di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Pendidikan.

http://pontengsekolah.blogspot.com/2012/04/cara-cara-menangani-
ponteng-sekolah.html

http://drghazali.blogspot.com/2011/05/karangan-contoh.html

http://pemonteng22.blogspot.com/2010/08/usaha-menangani-
masalah-pelajar-pon

3
3
3
3

Anda mungkin juga menyukai