Anda di halaman 1dari 17

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

PENDAHULUAN Rancangan Makanan Tambahan(RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaannya menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Surat Perkeliling Kewangan Bil.7 tahun 2002 RMT di Sekolah Rendah). Rancangan ini bertujuan untuk memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, ini disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang secukupnya dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 1

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

1.0 Rasional RMT Rancangan Makanan Tambahan di sekolah adalah suatu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah. Di antara rasional Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah rendah ialah:1.1 Di antara 15% -20% daripada jumlah murid yang datang ke sekolah tanpa sarapan (sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang) dan 1/6-1/3 mengalami 'kelaparan tersembunyi'. 1.2 1.3 Lebih kurang 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan. Salah pemakanan dan kesan bersama yang diakibatkan oleh salah pemakanan (malnutrition) dan serangan penyakit ( infection), menimbulkan pelbagai masaalah dari segi pertumbuhan badan (growth), pencapaian dalam pelajaran (learning) serta kelakuan penyesuaian diri (adaptive behaviour).

2.0 Objektif Selain dari objektif am RMT seperti memberi makanan tambahan kepada murid sekolah rendah, objektif khusus RMT ialah : 1.1 1.2 1.3 Memberi makanan tambahan berzat dan seimbang kepada murid yang berkenaan. Menyelenggarakan program pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah. Memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta pelaksanaanpelaksanaan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 1.4 Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha sekolah.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 2

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

2.0

Pentadbiran/ Organisasi

En Mohammad b Awang mengetuai Ahli Jawatankuasa RMT sebagai Guru Besar. Pengerusinya Puan Fatimah bt Musa (Pk Hem). Penyelaras RMT sekolah adalah Puan Suria bt Abd Wahab (Setiausaha). Beberapa orang guru dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Tugas ahli jawatankuasa RMT adalah memastikan pelaksanaan RMT berjalan sebagaimana yang dirancangkan dan mencapai objektif Rancangan Makanan Tambahan sebagaimana yang dinyatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pekelilingnya KP(BS/HEP) 9614/048 JLD 4(28) bertarikh 14 Disember 2007. Penubuhan Jawatankuasa: Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah bertanggungjawab dalam menguruskan penetapan menu, penentuan kaedah pembekalan makanan serta penyimpanan rekod harian, bulanan dan tahunan. Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekolah perlu mengeluarkan surat rasmi sekolah ibubapa murid yang layak menerima peruntukan RMT dan juga mengadakan system edaran untuk mengesan karenah murid semasa mengambil makanan yang disediakan. Seterusnya mengedarkan makanan kepada murid RMT di tempat khas/sudut RMT 3.0 Sumber Kewangan diperoleh untuk program RMT Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun. Rancangan makanan Tambahan ini di biayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Malaysia. Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang kerajaan

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 3

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

(KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akuan Khas di PPD berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menghantar surat kepada JPN dan PPD untuk memaklumkan peruntukan disalurkan ke akaun bank sekolah. Sekolah perlu menyemak dengan bank untuk memastikan peruntukan telah dimasukkan atau tidak. 4.0 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Peserta RMT Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut: 4.1 Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan 4.2 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja. 4.3 Hanya murid Warganegara Malaysia daripada keluarga berpendapatan RM 400.00 dan kurang serta perkapita RM 80.00 dan kurang sahaja yang layak mendapat RMT 4.4 Pemilihan murid layak RMT 2010 adalah berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SSM) yang terkini Bilangan penerima RMT (Sekolah) Bilangan peserta RMT di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang adalah seramai seratus enam puluh enam (177) orang dimana terdiri dari muris-murid tahun satu hingga enam . Berikut adalah pecahan murid-murid RMT mengikut kelas:-

Firdaus

Adnin

Naim

Makwa Salam Husna

JUMLAH

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 4

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

6 4 2 2 6 5

6 5 4 2 3 3

6 5 7 3 3 3

4 6 6 4 9 6

5 7 8 7 10 8

2 2 4 6 3 5

29 29 31 24 34 30

Jumlah 5.0 Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT

177

Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang memilih Perkhidmatan Kantin Sekolah untuk mengendalikan RMT. Pemillihan ini bergantung kepada beberapa kriteria:5.1 Mematuhi menu RMT yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah mengikut garis panduan KPM 5.2 Mutu makanan yang disediakan menepati piawaian yang telah ditetapkan seperti segar, berkhasiat, kualiti dan kuantiti tanpa mementingkan keuntungan semata-mata 5.3 Kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah dan menjaga kebajikan murid RMT serta mempunyai sikap ikhlas dan jujur dalam menyediakan makanan kepada ,murid miskin.

6.0

Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 5

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Pihak sekolah akan membuat pembayaran kepada pihak pembekal setiap akhir bulan, selepas menerima invois dari pembekal. Pembayaran adalah menggunakan Local Order (LO) dan pembayaran menggunakan cek. Peruntukan RMT ini adalah datang sepenuhnya (100%) dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Peruntukan yang tidak di gunakan akan di pulangkan semula kepada Unit Kewangan,Kementerian Pelajaran Malaysia,

7.0

Kaedah pengagihan makanan kepada peserta

Pengagihan makanan dibuat seawall 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Murid beratur mengambil makanan dan minuman. Pemantauan dibuat guru bertugas RMT pada setiap pagi. Seorang peserta dipilih akan membaca doa sebelum makan secara beramai-ramai. Sebelum itu murid akan menanda kad pengesanan sebelum mengambil makanan. Ini adalah bertujuan untuk mengesan peserta yang hadir dan tidak hadir. Murid yang sengaja tidak hadir akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun, guru bertugas terlebih dahulu merasa makanan yang disediakan di ruangan sudut rasa untuk menentukan mutu dan rasa serta kualitinya.. Laporan dibuat pada buku harian tugasan akan di semak serta ditandatangani oleh guru penolong kanan HEM dan di sahkan oleh Guru Besar . Laporan tersebut akan diteliti oleh pihak kantin untuk dibuat penambahbaikkan.

8.0 Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat RMT

Dalam memastikan kualiti makanan terjamin dan tidak tercemar, Pihak Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah mengambil tindakan yang sewajarnya melalui

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 6

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

kenyataan lisan dan arahan bagi memastikan Perkhidmatan RMT(Pihak kantin) memastikan pekerjanya; a) Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan mendapat suntikan T.Y.2 tidak melebihi tempoh satu tahun dari tarikh terakhir suntikan. b) Bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya dan berjangkit c) Sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri yakni tidak berambut dan berkuku panjang . d) Dibekalkan apron, penutup kepala, sarung tangan dan lain-lain kelengkapan keperluan semasa perkhidmatan penyediaan makanan. e) Berdisplin, sopan dan berbudi bahasa.

9.0

Pemilihan bahan-bahan mentah

Pihak pembekal makanan RMT Sekolah kebangsaan Teluk Ketapang sentiasa berwaspada dan penuh ketelitian dalam memilih bahan mentah antaranya: a) Pihak pembekal RMT sentiasa menyediakan bahan mentah yang segar setiap hari. Ikan segar sentiasa dibekalkan memandangkan Sk Teluk Ketapang berhampiran dengan persisiran pantai. Ini menidakkan ianya disimpan sebagai stok dalam peti sejuk. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya keracunan dan makanan yang tidak berkhasiat. b) Pembekal makanan bersedia membekal dan menyajikan jenis makanan bermasak yang lain jika terdapat mana-mana pelajar yang tidak boleh memakan jenis makanan bermasak dalam menu atas sebab-sebab kesihatan atau sebab lain yang munasabah.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 7

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

10.0

Menu makanan RMT yang disediakan

Pihak Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang

mematuhi penyediaan menu

makanan untuk tahun 2010 daripada 20 menu yang yang diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam buku Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Pihak Sekolah telah memilih 5 menu utama yang dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan muridmurid. Menu makanan yang dipilih dipaparkan pada Lampiran 2.

11.0

Cara penyediaan makanan disediakan telah mengambil langkah-langkah sesuai bagi

Pihak pembekal RMT Sekolah

memastikan proses penyediaan makanan berjalan lancar dan sempurna antaranya; a) Pembekal makanan telah mempamerkan menu makanan bermasak di ruangan sudut RMT di kantin sekolah. b) Pembekal makanan telah menyediakan satu sudut rasa bagi guru bertugas dapat merasa makanan yang disediakan bagi menentukan mutu dan kualitinya. c) Menyediakan makanan seawal pagi bermula 7.00 pagi d) Makanan yang disediakan baru dimasak dan masih panas. e) Bahan yang telah dimasak tidak disentuh sama sekali dengan tangan tanpa beralas. f) Makanan yang telah dimasak ditutup dengan tudung salji yang bersih dan terhindar dari sebarang penyakit. g) Menyediakan tempat murid RMT makan. Meja murid RMT di alas plastik yang bersih, kalis air dan mudah dibersihkan h) Sabun pencuci tangan disediakan serta tuala pengesat tangan yang bersih .

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 8

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

B. Sample Kajian
1.0 Latar Belakang Peserta /Sample Kajian RMT SK Teluk Ketapang Latar Belakang Peserta Tahun Tempat tinggal Nama 1.Ahmad Muharram b Embong 2.Ahmad Fitri b Rosli 3.Muhd Ezad b Razali 4.Marzida binti Mamat 5.Siti Aisyah bt Razali 5A 5A 5A 5A 5A Rumah kampung Rumah Kos Rendah Rumah kampung Rumah Kos Rendah Rumah Kampung 6 6 6 7 7

Bil Adik Beradik

1. 1 Latar belakang Bapa/Penjaga Latar Belakang Bapa Pekerjaan Bapa Nama Bapa 1.Embong b Abdullah 2.Rosli b Awang 3.Razali b Daud 4.Mamat b Abd Rahman 5.Razali b Mohd Nordin Nelayan Jaga Nelayan Jaga Nelayan Darjah 6 SRP Darjah 6 SRP Darjah 6 RM600 RM550 RM600 RM550 RM600 Taraf pendidikan pendapatan bulanan

Kelima-lima pelajar (sample) yang dipilih memenuhi kriteria peserta RMT. Majoriti berpendapatan RM600.00 dan kebawah Kebanyakkan taraf pendidikan ibubapa adalah darjah 6 dan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) . Ini melayakkan kesemua murid ini menjadi peserta RMT 2010.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 9

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Keseluruhan sample yang dipilih menunjukkan perubahan dari segi tinggi dan berat. Pertambahan berat majoriti dua hingga tiga kilogram setiap orang peserta membuktikan akan kesan positif dalam pemgambilan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah setiap hari. Pertambahan tinggi bagi setiap peserta adalah konsisten kerana menunjukkan perubahan positif di akhir tahun ( sehingga Oktober 2010). Walaupun perbezaan berat dan tinggi peserta tidak terlalu ketara tetapi, perubahan telah berlaku dan ini suatu petanda yang sangat baik. Pencapaian Akademik Peserta/Sample Kajian RMT SK Teluk Ketapang 1. Ujian Pengesanan awal BIL NAMA PESERTA BMK 1 2 3 4 5 Ahmad Muharram b Embong Ahmad Fitri b Rosli Muhd Ezad b Razali Marzida bt Mamat Siti Aishah Razali 40 54 60 75 65 KEPUTUSAN UJIAN PENGESANAN 2010 BMP BI SAINS 50 65 75 65 45 63 45 57 65 40 45 56 56 45 50

MATE 50 60 68 72 65

2. Peperiksaan pertengahan tahun BIL NAMA PESERTA Ahmad Muharram b Embong Ahmad Fitri b Rosli Muhd Ezad b Razali Marzida bt Mamat Siti Aishah Razali KEPUTUSAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2010 BMK BMP BI SAINS MATE 52 58 65 70 60 60 70 73 62 50 70 50 55 70 48 50 60 58 47 58 56 64 65 80 70

1 2 3 4 5

3. Ujian Akhir tahun BIL NAMA PESERTA KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TAHUN(OKT) 2010 BMK BMP BI SAINS MATE

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 10

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

1 2 3 4 5

Ahmad Muharram b Embong Ahmad Fitri b Rosli Muhd Ezad b Razali Marzida bt Mamat Siti Aishah Razali

50 60 68 73 65

64 73 70 64 50

75 60 58 74 50

45 66 64 55 65

60 68 68 83 76

Keputusan ketiga tiga ujian bulanan menunjukkan adanya perubahan positif. Walaupun perubahan atau peningkatan bagi setiap mata pelajaran teras itu tidak begitu ketara tetapi peningkatannya tetap ada. Perubahan dalam peningkatan markah bagi setiap dalam semua mata pelajaran agak lambat tapi tetap konsisten.Sebagai contoh, peserta bernama Ahmad Muharram b Embong mendapat markah 40, 50, 63, 45 dan 50 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam ujian pengesanan di awal tahun, tetapi dalam ujian bulan pertengahan tahun dia mendapat markah 52, 60, 70, 50 dan 56 untuk mata pelajaran seperti yang dinyatakan. Terdapat peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Sains, markahnya kekal sama. Manakala dalam ujian akhir tahun dia mendapat 50, 64, 75, 45 dan 60 dalam mata pelajaran yang dinyatakan. Kenaikan markah masih berlaku dan ianya sangat konsisten, perubahan begini juga dapat dilihat terhadap kesemua peserta lain. Terdapat perubahan positif dan sangat memberangsangkan. Kesihatan Keseluruhan sample yang dipilih menunjukkan perubahan dari segi tinggi dan berat. Pertambahan berat majoriti dua hingga tiga kilogram setiap orang peserta membuktikan akan kesan positif dalam pemgambilan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah setiap hari. Pertambahan tinggi bagi setiap peserta adalah konsisten kerana menunjukkan perubahan positif di akhir tahun ( sehingga September 2010). Walaupun perbezaan berat dan tinggi peserta tidak terlalu ketara tetapi, perubahan telah berlaku dan ini suatu petanda yang sangat baik. Keyakinan Kendiri pelajar

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 11

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Dari pemerhatian kelima-lima sample pelajar tadi, adalah dapat dikatakan bahawa mereka sememangnya mempunyai sedikit perubahan dalam segi keyakinan kendiri masing-masing. Kelima lima sample pelajar tadi sudah mengikuti program Rancangan Makanan Tambahan ini semenjak darri tahun satu dan jika satu kajian secara menyeluruh dibuat tentang keyakinan kendiri maka boleh dikatakan bahawa telah Berjaya memilikinya walaupun tidak seratus peratus. Contohnya, peserta bernama Marzida bt Mamat adalah merupakan pengawas sekolah dan juga pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu. Muhd Ezad b Razali pula juga merupakan pengawas sekolah dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik sebagai pengawas yang bertugas di kantin sekolah. Ini menunjukkan mereka mempunyai keyakinan kendiri yang tersendiri. Peserta-peserta lain juga sememangnya mempunyai keyakinan kendiri yang pastinya adalah satu pertumbuhan positif dalam diri masing-masing.

C. Cadangan penambahbaikan program RMT

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 12

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Kesimpulan

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 13

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

Daripad kajian yang telah dijalankan, saya dapati program Rancangan Makanan Tambahan terutamnya di sekolah saya, banyak memberi kebaikan kepada semua peserta-pesertanya. Apa yang saya dapati, murid-murid yang hadir ke sekolah dalam keadaan kelaparan tersembunyi berkesempatan untuk menikmati sarapan di sekolah ketika mengambil RMT. Murid-murid ini tidak lagi berada dalam keadaan perut yang kosong semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sudah pasti penumpuan terhadap pembelajaran dapat dilakukan sepenuhnya. Hasil dari pemgambilan RMT, banyak mendatangkan kebaikan kepada murid-murid miskin dan ketidakmampuan ibubapa menyediakan sarapan berzat kepada kanakkanak ini dapat diatasi. Sesungguhnya RMT amat memberi kebaikan kepada muridmurid yang menerimanya. Walaubagaimanapun, program yang telah dilaksanakan lebih 30 tahun yang lampau, mempunyai beberapa kelemahan dan berkemungkinan boleh menjejaskan pencapaian matlamat program RMT. Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah menunjukkan kebanyakan makanan yang disediakan mengandungi kandungan protein dan kalori yang rendah dan tidak mengikuti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, tidak selaras dengan menu yang ditetapkan dan tidak dihidangkan pada masa makan yang sesuai untuk dinikmati oleh murid. Kelancaran dan kejayaan program banyak bergantung kepada perancangan yang betul dan teliti serta faktor pelaksana program yang terlibat. Menurut Boone (1985), suatu pengurusan atau pembangunan program yang berjaya dan berkesan banyak dipengaruhi oleh faktor kewibawaan pelaksana program yang memahami objektif program yang ingin dilaksanakan.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 14

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

RUJUKAN
1. Jabatan Audit Negara (1990). Kajian khas audit ke atas Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah. 2. Kandiah M & Tee ES (1989). Evaluation on the nutritional impact of the School Supplementary Feeding Programme. Proceedings of the Seventh Asean Workshop on Food Habits, 19 - 21 June, Penang. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Usaha Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan taraf pemakanan murid-murid sekolah. Prosiding Bengkel Amalan Makanan Murid-murid Sekolah Rendah. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Rancangan Makanan Tambahan di sekolah. Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur. 5. Suhaime M (1985). Bahan-bahan Tambah didalam Makanan Snek Ekstruksi Tempatan dan Penerimaannya oleh Murid-murid Sekolah Rendah. Tesis Ijazah Sarjanamuda Sains Kepujian, Fakulti Sains Hayat, UKM. 6. 7. 8. www.skpdghiliran.blogspots.com www.pppsetiu.net www.jpnt.com

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 15

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

LAMPIRAN

RMT tetap diteruskan kerana keberkesanannya.

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 16

Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE2103
ISMAIL

EN JALANI B

SAFWAN JAMAL B AZAM 720814-11-5145

Page 17

Anda mungkin juga menyukai