Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya selesaikan tugasan yang

telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Rosnah bt. Hj Muhamad kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini. Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan. Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat tentang perkembangan kurikulum dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Setelah mengumpul maklumat secukupnya dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya dapat dan juga membuat lakaran pelan lantai bilik seni berkonsepkan futuristik. Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah diberikan. Antaranya ialah dari segi kurikulum pendidikan seni visual, pengurusan bilik seni yang baik, bagaimana pendidikan seni visual ini dapat diaplikasikan di sekolah dengan lebih baik berkonsepkan bilik seni futuristik dan sebagainya lagi mengenai seni pendidikan visual ini.

Anda mungkin juga menyukai