Anda di halaman 1dari 6

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

"Kesihatan melambangkan kekayaan" dan "Badan sihat, otak cerdas' sering


diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita
wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk
mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan
dan ubat-ubatan.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah
dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap han. Justeru, kita
harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul
seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat
termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-
buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus
memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu


beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya
kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat
menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping
itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh
Aktiviti bersenam jugal dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung
dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan
masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada
menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang


adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan
tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi
mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyal rehat yang cukup
tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan
melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh
sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan
untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan


menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen
"Rakyat Sihat, Negara Maju Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktit. Justeru, setiap rakyat
harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan din seperti kata cogan kata
mencegah lebih baik daripada merawat.
"RUMAH IDAMAN SAYA"

Rumah ialah tempat tinggal untuk manusia. Terdapat pelbagai jenis


rumah, antaranya rumah teres, bangle, rumah pangsa dan rumah panjang.
Semua orang mengimpikan sebuah rumah yang selesa. Impian saya adalah
untuk memiliki rumah banglo.

Rumah impian saya ialah rumah banglo yang besar dan cantik. Rumah
impian saya akan menggunakan bahan binaan yang bermutu tinggi supaya
dapat menjamin ketahanan dan jangkahayat rumah tersebut. Rumah idaman
saya dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini yang canggih iaitu televisyen
yang besar, kipas kawalan jauh, lampu yang mewah dan lain-lain lagi.
Teknologi ini memudahkan tugas saya nmenjalani kehidupan seharian.

Di bahagian luar rumah idaman saya pula mempunyai satu halaman


yang luas. Halaman yang luas ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis pokok
bunga dan rumput yang bermutu tinggi. Pada waktu petang, saya dan keluarga
dapat meluangkan masa bermain bersama-sama atau melakukan pelbagai
aktiviti di kawasan yang lapang tersebut.

Bilik tidur saya pula sangat luas dan selesa. Di dalam bilik tidur saya
terdapat katil yang besar, meja solek, sofa, dan televisyen yang bermutu tinggi.
Di setiap bilik di rumah saya juga mempunyai sebuah bilik mandi supaya dapat
menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu giliran untuk menggunakan
tandas dan untuk menjaga privasi setiap penghuni rumah.

Di rumah impian saya juga akan disediakan bilik mengulangkaji


pelajaran. Di dalam bilik tersebut akan delengkapi dengan berbagai jenis buku
bacaan ilmiah. Bilik tersebut juga akan diletakkan pendingin hawa supaya
suasana mengulangkaji pelajaran akan menjadi lebih selesa. Komputer juga
disediakan supaya saya dapat melayari internet untuk mencari maklumat yang
penting.

Saya berharap suatu hari nanti rumah idaman saya ini akan menjadi
kenyataan.saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan
impian saya ini.
KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit
sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama.
Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan
sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pemafasan kita. Persekitaran yang


bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar
sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan
oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita
menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang
baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan
perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam
sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara
daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran
hutan hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air
hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu
tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran
air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian
mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air
di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini
membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang
bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil
seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya,
kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin
kehidupan yang selesa.
PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapan kelas. Aku masih lagi gagal
menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain.
Cikgu Rahman memandangku dengan muka yang merah padam tanda marah.

Tiba-tiba, Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan, Cikgu Rahman


merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan
kesakitan. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi.

Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari sekolah, aku terus masuk ke
bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan
bertanya mengapa aku menangis. Aku menceritakan kepada ibu tentang
peristiwa yang berlaku di sekolah tadi.

Selain itu, aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas
merah akibat dirotan. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-
dua sifir tersebut. Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku
berjaya.

Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke
hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya
menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku
RM5.00.

Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa


itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari
ini. Kini, aku merupakan murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik
dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman. Inilah peristiwa yang tidak dapat aku
lupakan.
PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran
sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan sewenang wenangnya membuang sampah merata-rata
tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan
itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan.

Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi


pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka,
pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu
didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat
penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik.
Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan
sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-
kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan
bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-
mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan
dihasilkan

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,


motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang
kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah


pembakaran secara terbuka. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini
jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi
semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka
yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan
juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada
masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap
pembangunan yang dijalankan.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini


harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. la penting demi memastikan kehidupan dibumi ini
terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya
membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna
untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai