Anda di halaman 1dari 4

NILAI KOMERSIAL

Negara-negara Amerika Latin mengeksport produk kelor (merunggai, marungge) ke Amerika Serikat dan Eropah. Perniagaan ini membawa keuntungan luar biasa. Meningkatkan ketahanan alamiah tubuh Menyegarkan mata dan otak Meningkatkan metabolisme tubuh Meningkatkan stuktur sel tubuh Meningkatkan serum kolesterol alamiah Mengurangi kerutan dan garis-garis pada kulit Meningkatkan fungsi normal hati dan ginjal Memperindah kulit Meningkatkan energy Memudahkan pencernaan Berperan sebagai antioksidan Memelihara sistem imunitas tubuh Meningkatkan sistem sirkulasi yang menyehatkan Bersifat anti-peradangan Memberi perasaan sehat secara menyeluruh Mendukung kadar gula normal tubuh

TAHAP KEPUPUSAN POKOK MERUNGGAI

Tahap kepupusan pokok ini boleh dikatakan berada pada tahap yang hampir kritikal di tempat saya. Saya pernah melihat pokok ini tumbuh secara meluas di semua tempat khususnya di tepi jalan raya pada masa persekolahan saya. Apabila saya hendak mengambil gambar untuk kerja kursus ini, saya sedar bahawa hanya tinggal beberpa pokok merunggai yang masih hidup dan digunakan oleh para penduduk. Ini mencerminkan pengetahuan mereka yang kurang terhadap kepentingan dan kegunaan pokok meringgai ini. Saya telah mencari pokok ini di banyak tempat yang menunjukkan bahawa pokok ini semakin pupus. Kepupusan pokok ini ditempat saya disebabkan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab akan alam sekitar. Tambahan pula, ada juga pokok yang diancam oleh mahkluk perosak dan juga penduduk yang tidak prihatin terhadap pokok iaitu tidak menyiram serta tidak membersihkan tempatnya dengan betul. Kegiatan-kegiatan seperti yang saya nyatakan di atas menyebabkan pokok merunggai di tempat saya semikin pupus.

KAEDAH PEMULIHARAAN

Pemuliharaan adalah

proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu spesies.

Kepupusan pokok merunggai di tempat saya dapat dipulihara melalui langkah-langkah berikut :

Meluangkan sebahagian tempat untuk menanam pokok merunggai yang memberikan banyak faedah kepada manusia. Sekiranya pokok ini ditanam di setiap rumah maka, pokok ini dapat diselamatkan daripada kepupusan. Pokok ini boleh ditanam di Botanical Garden agar boleh dijual disamping menyelamatkannya.

KESIMPULAN

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Oleh itu, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab harus memelihara dan memulihara alam sekitar dan juga spesies flora dan fauna yang semakin pupus agar generasi akan dapat menikmati keindahan ini serta mampu mengenali alam sekitar yang tidak ternilai ini. Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai