Anda di halaman 1dari 7

Langkah-langkah Keselamatan

Rusty anak roland Muhamad Noor Anas

KESELAMATAN Berbanding dengan bola sepak, risiko kecederaan permainan futsal agak kurang. Ini berkaitrapat dengan peraturan permainan itu sendiri yang mementingkan aspek keselamatan dalampermainan. .

Sebagai contoh: Dalam peraturan futsal menghalang sentuhan fizikal antara pemain terutama sentuhan yang agresif dan mengganggu pihak lain. Ini dapat mengurangkan risiko kecederaan dan antara sebab menjadikan permainan ini lebih diminati

Gawang juga direka untuk mengurangkan kecederaan. Permukaannya lebih rata,licin dan tidak kasar. Penggunaan kayu atau bahan articial adalah digalakkan.Elak kan menggunakan bahan konkrit atau yang diperbuat dari batu tar.

Selain itu juga, gawang juga seharusnya mempunyai sistem kestabilan yang tinggi untuk mengelakkan terbalik ketika permainan. Portable goals atau gawang boleh pindah boleh juga digunakan jika ia mempunyai tahap kestabilan yang baik

Di dalam peralatan permainan, telah diberi panduan bahawa pemain tidak bolehmenggunakan peralatan atau memakai sebarang alat yang berbahaya kepada diri pemain dan pemain lain. Ini bermaksud alat dan peralatan yang berbahaya tidak dibenarkan dibawa ketika permainan.

Begitu juga dengan aspek kasut. Walau bagaimanapun kasut-kasut yang diperbuat dari kanvas dan kasut gymnastic dari getah adalah dibenarkan

Anda mungkin juga menyukai