Anda di halaman 1dari 6

WUJUDKAH PERLUMBAAN SENJATA

Pada 17 Disember 2007, Parlimen Malaysia telah membahaskan usul berkaitan penambahan
senjata yang telah diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang merangkap Menteri Pertahanan pada ketika itu. Persoalan mengenai kebimbangan
wujudnya perlumbaan senjata dalam kalangan negara Asia Tenggara ini telah pun muncul
semenjak awal 1990-an lagi. Ini kerana masih terdapat masyarakat dan negara tertentu yang
tidak faham dengan konsep perlumbaan senjata dan ia telah memandang serong terhadap
perkembangan pembangunan dan pemodenan angkatan bersenjata yang dijalankan oleh
negara di Asia Tenggara.
Kemajuan ekonomi yang pesat di Asia Tenggara pada awal era 1990-an telah
membolehkan negara Asia Tenggara membangunkan dan memodenkan angkatan bersenjata
masing-masing. Rata-ratanya negara Asia Tenggara yang lahir dalam era 1950-an dan 1960-
an mula bergerak aktif membangunkan ketenteraan dan angkatan bersenjatanya seiring
dengan keperluan pertahanan negara dan kemajuan ekonomi negara masing-masing. Justeru,
semenjak 1990-an, rantau Asia Tenggara telah muncul sebagai antara destinasi utama negara-
negara pengeksport senjata bagi mengeksport senjata-senjata terkini dan moden.
Proses pembangunan dan pemodenan ketenteraan ini telah menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara dan antarabangsa antaranya
Singapura. Kebimbangan ini dapat kita lihat apabila Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
terpaksa menjelaskan mengenai kedudukan dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu
pembangunan, pembelian dan perolehan senjata yang dilakukan. Dalam menterjemahkan
terma dan fenomena perlumbaan senjata, kita sepatutnya perlu memahami konsep
perlumbaan itu sendiri agar ia tidak disalahgunakan dalam menilai pembangunan ketenteraan
yang dilakukan. Apakah yang dimaksudkan dengan perlumbaan senjata?
Menurut pendapat sarjana strategik dan keselamatan, Barry Buzan (1987) dalam
bukunya An Introduction to Strategic Studies: Military Technology and International
Relation, beliau menjelaskan bahawa perlumbaan senjata terjadi apabila terdapatnya
persaingan yang kompetitif antara dua atau lebih negara untuk meningkatkan perhubungan
keselamatan di antara satu sama lain dengan membangun dan meningkatkan kekuatan
ketenteraan yang ada. Berdasarkan pendapat ini, idea persaingan yang kompetitif adalah idea
asas dalam mengukur fenomena perlumbaan senjata.
Manakala menurut Samuel Huntington pula, beliau menjelaskan bahawa perlumbaan
senjata sebagai satu bentuk saingan yang progresif ketika era keamanan dalam proses
persiapan untuk berperang di antara dua buah negara atau gabungan utama parti-parti politik
hasil daripada konflik dan saling mengancam antara satu sama lain. Colin S. Gary (1971)
dalam artikelnya Arms Race Phenomenon menegaskan salah satu ciri utama dalam
menjelaskan perlumbaan senjata adalah terdapatnya peningkatan yang pantas dalam kuantiti
atau perubahan dalam kualiti yang ketara. Perlumbaan senjata juga turut berkaitan dengan
peningkatan dalam peruntukan belanjawan ketenteraan dan pertahanan pada kadar
pembangunan yang tidak normal.
Persoalannya, adakah Malaysia mencetuskan atau terlibat dalam aktiviti perlumbaan
senjata dengan Singapura? Sekiranya dianalisis, proses pembangunan ketenteraan Malaysia
dan negara Asia Tenggara lain adalah pesat membangun antara tahun 1990-1995 iaitu ketika
era rantau Asia Tenggara mengecapi kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang pesat.
Dengan kemakmuran ekonomi yang mencatatkan kadar pertumbuhan antara 6-9 peratus, ia
adalah era yang membolehkan negara Asia Tenggara khususnya Malaysia untuk mengambil
tindakan bagi menilai semula kemampuan pertahanan yang sedia ada.
Pembangunan dan pemodenan ATM pada hakikatnya adalah tertakluk kepada
kemampuan kewangan dan perkembangan kestabilan serantau. Sekiranya kita membuat
perbandingan dengan negara jiran, Malaysia memperuntukkan perbelanjaan pertahanan
AS$2.25 bilion (2004), AS$2.47 bilion (2005) dan AS$3.08 bilion (2006) berbanding dengan
Singapura yang memperuntukkan AS$5.10 bilion (2004), AS$5.57 bilion (2005) dan
AS$6.16 bilion (2006). Ini bermakna perbelanjaan negara jiran melebihi satu kali ganda
berbanding perbelanjaan pertahanan Malaysia. Di sini ia menunjukkan Malaysia tidak
memperuntukkan perbelanjaan pertahanan yang besar dan bersifat luar biasa.
Malaysia bercita-cita untuk membeli jet pejuang generasi kelima seperti Sukhoi SU-
30MKM daripada kerajaan Rusia serta pakej penaikan taraf jet pejuang MIG-29N Tentera
Udara Diraja Malaysia dan melanjutkan tempoh perkhidmatan jet pejuang MIG-29N
sehingga 40 tahun. Negara seberang tambak itu terus membalas dengan melihat kepada
kelebihan itu dengan memandang kepada Amerika Syarikat iaitu jawapannya F-15 Eagles.
Sedangkan dalam masa yang sama Singapura sudah mempunyai jumlah pesawat F-16 yang
banyak malahan masih mengoperasikan pesawat A4 dan F5 Tigernya.
Pada Disember 2005 Singapura telah membuat keputusan untuk mendapatkan
sejumlah 12 buah pesawat tempur F-15 Eagle dan menyatakan kehendaknya untuk
berkemungkinan memperolehi lapan lagi pesawat sama sebagai tambahan dikemudian hari.
Kos sebenar proses perolehan ini tidak didedahkan kepada umum, namun sebahagian
pemerhati berpendapat, ianya bernilai antara USD1.4 hingga 1.8 billion.
Perolehan ini adalah bagi menggantikan pesawat skuadron A-4SU Super Skyhawk
yang telah dianggap terlalu usang yang telah diperolehi dari Amerika Syarikat pada tahun
1970an. Pada peringkat akhir pembidaan, dua lagi jenis pesawat turut diambilkira bagi
menggantikan pesawat Super Skyhawk, iaitu pesawat Rafale buatan Perancis dan pesawat
Typhoon yang dihasilkan oleh konsortium Eurofighter. Pada bulan Oktober 2007, Singapura
mengumumkan bahawa ia bakal menambah 12 buah lagi pesawat sama menjadikan jumlah
keseluruhan pesawat yang dipesan berjumlah 24 buah menjadikan jumlah kos perolehan
meningkat kepada lebih USD3 billion. Kos sebenar sepertimana sebelumnya tidak
didedahkan kepada umum.
Pada bulan Disember 2008, pesawat pertama F15 dengan designasi F15SG sebagai
menandakan ia adalah presawat yang memenuhi spesifikasi perolehan Tentera Udara
Republik Singapura atau RSAF (Republic Singapore Air Force) telah diserahkan secara
rasminya kepada pasukan tersebut. Pesawat pertama atau kumpulan pertama yang diperolehi
ini tidak diterbangkan terus ke Singapura sebaliknya diserahkan kepada detasmen RSAF
yang berpangkalan di Pangkalan Udara Mountain Home, di wilayah Idaho, Amerika Syarikat.
Detasmen ini yang terdiri dari kitra-kira 250 individu yang terdiri dari juruterbang, pegawai
persenjataan serta krew permukaan, digabungkan sebagai sebahagian dari Skuadron Tempur
428 Tentera Udara Amerika Syarikat. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menjadi perintis
kepada krew dan juruterbang pesawat tempur tersebut bagi pihak RSAF.
Pesawat F15SG dikatakan antara pesawat versi eksport yang paling berkemampuan
dengan RSAF telah memperolehi pelbagai sistem berkaitan yang terkini. Pada peringkat awal
perolehan lagi, iaitu pada tahun 2005, RSAF telah memohon sejumlah sistem persenjataan
serta latihan bagi pesawat tersebut dengan kos yang dianggarkan bernilai USD741 juta. Ini
termasuklah sistem peluru berpandu udara ke udara AIM-9X Sidewinder dan AIM-120C
AMRAAM selian dari bom pintar AGM-154 JSOW dan JDAM beserta peluru meriam ringan
berkaliber 20mm. Perolehan sebenar berkaitan sistem persenjataan telah dibuat pada 2008
apabila RSAF telah memesan sejumlah 200 peluru berpandu Sidewinder AIM-9X, 200 peluru
berpandu AIM-120C AMRAAM, 50 bom JDAM GBU-38 dan 60 bom JSOW AGM-54,
selain dari latihan dan versi bom latihan, sengaraan serta peralatan sokongan yang
kesemuanya dipercayai bernilai kira-kira USD962 juta.
Seterusnya dipetik daripada kata-kata Lee Kuan Yew bahawa sesiapa sahaja dialu-
alukan untuk menyerang Negara tersebut berikutan pembelian 100 peluru berpandu udara ke
udara jarak sederhana AIM-120C dari Amerika Syarikat (Mingguan Malaysia, 15/10/2000).
Kenyataan ini benar-benar mengguris hati rakyat Malaysia dan kenyataan ini seolah-olah
Singapura teus ingin menjadi negeri bayangan Israel di rantau ini. Pembelian senjata ini
sudah tentu untuk menandingi kekuatan Malaysia yang juga mempunyai peluru berpandu
yang hampir sama dan hampir hampir menandingi kekuatan peluru berpandu Singapura
walaupun dari jenis yang berlainan iaitu peluru berpandu jenis R-27 buatan Singapura.
Manakala meningkatkan keupayan tentera laut Malaysia, kerajaan telah membeli
kapal selam jenis Scorpene sebanyak 2 biji bagi dengan syarikat Perancis. Kapal selam
Scorpene ini merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan
membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api. Kapal selam Scorpene ini lengkap dengan
6 tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal
permukaan dan torpedo anti kapal selam. Ciri-ciri kapal selam ini mampu beroperasi untuk
mengawal perairan Malaysia pada kedalaman 100-200 meter. Kapal selam ini menggunakan
diesel-elektronik generasi baru dan berkelajuan 20 Knot. Ianya dilengkapi dengan system
navigasi canggih dan system tempur yang dikenali sebagai SUBSTIC. Kedua-dua kapal
selam ini beroperasi di Teluk sepanggar di Sabah. Kejayaan Malaysia memiliki dua buah
kapal selam yang telah lama diimpikan namun akibat kekangan faktor ekonomi yang
menyebabkan kapal selam ini baru diperolehi setidak-tidaknya mampu menyaingi kekuatan
kapal selam yang dimiliki oleh Singapura. Menurut bekas Panglima Tentera Laut Malaysia,
Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Malaysia memerlukan lebih banyak kapal
selam iaitu sebanyak enam buah dan paling kurang 3 buah bagi mengawal keselamatan
perairan dan mengimbangi kekuatan kapal selam negara jiran terutama Singapura.
Berbanding kekuatan kapal selam Singapura yang dianggap terbaik di Rantau
ini,mereka telah menerima kapal selamnya yang keenam pada April 2013 hanya untuk
menjaga sebuah Negara kepualauan yang kecil. Kekuatan terbaru ini sungguh
membimbangkan Malaysia dan perlu diimbangi. Menurut statistik Semua kapal selam
Singapura dibeli dari Sweden dalam dua batch yang berbeza. Empat kapal selam Singapura
merupakan variasi kelas Challenger. Dibeli dari Sweden pada tahu 1990 dan baru dikirim
antara 1995-1997 mampu melakukan perjalanan bawah air dengan kecepatan sekitar 20 knot.
Setiap kapal selam dilengkapi 6 tabung torpedo dan membawa sekitar 10 torpedo Sweden
Tipe 613 dan 4 torpedo Tipe 431.
Seiring dengan semakin berusianya kapal selam ini (kelas Challenger), Singapura
kembali memandang Sweden untuk membangun armada bawah lautnya yang akhirnya setuju
untuk membeli dua buah kapal selam kelas Archer pada tahun 2005. Kapal selam kelas
Archer merupakan versi upgrade dari kapal selam diesel elektrik kelas Vastergotland yang
sejak lama digunakan Angkatan Laut Sweden. Kapal selam Archer memiliki sistem propulsi
udara independen (AIP), yang mampu beroperasi di dalam air selama berminggu-minggu
(tanpa muncul ke permukaan.). Kapal Selam kelas Archer dilengkapi 9 tabung torpedo dan
membawa 12 torpedo Black Shark, 6 torpedo ringan tipe 431/451, serta ranjau. Dan yang
terbaru Singapura telah bersetuju untuk membeli dua buah kapal selam baru daripada
kontraktor pertahanan Jerman. Dalam sebuah kenyataan kementerian pertahanan Singapura
mengatakan Negara itu telah menandatangani kontrak untuk memperoleh dua kapal selam
yang akan diserahkan pada tahun 2020.
Seterusnya perlumbaan senjata boleh dilihat berlaku apabila Singapura mula
mengambil langkah menguatkan tentera lautnya selepas Malaysia mengumumkan enam buah
projek kapal ronda New Generation Patrol Vessel (NGPV) dengan opsyen 21 buah lagi yang
menjadikan keseluruhan sebnayak 27 buah. Satu langkah yang luar biasa diambil sejak dari
awal penubuhan, tentera laut Singapura hanya dilengkapi dengan kapal-kapal dari kelas fast
Attack Craft dan Korvet tetapi selepas tahun 2000 buat pertama kalinya kapal-kapal dari
kelas Friget dimasukkan dan kapal-kapal ini adalah dari kelas Delta.
Akhir sekali boleh dilihat berlakunya perlumbaan senjata antara Singapura dengan
Malaysia ialah apabila Malaysia membeli kereta kebal utama PT91, Negara republik
Singapura menambah kemasukan helicopter Apache dan lebih kurang 90 kereta kebal
Leophard. Seterusnya republic itu turut membeli system roket HIMARS sebagai jawapan
kepada puluhan sistem roket berganda ASTROS II yang dimiliki oleh Malaysia. Pembelian
sitem roket berganda ASTROS II menunjukkan Malaysia tidak teragak agak lagi untuk
menggunakan taktik serangan dan tidak tertumpu kepada bertahan sahaja. Keupayan roket-
roket ini mampu memusnahkan landasan-landasan konkrit. Satu unit sistem Astros dikatakan
mampu memusnahkan kawasan seluas 30 atau 60 ekar dan ATM dikatakan sudah pun
memiliki roket SS80 yang amat berbahaya ini.
Terdapat laporan bahawa pengeluar Astros iaitu syarikat Avibras sudah pun menjual
roket-roket Astros dari jenis TM (Tactical Missile) yang mempunyai kebolehan untuk
dipasang dengan pelbagai jenis peledak dan pakej ini dipercayai sudah pun ditawarkan
kepada Malaysia melalui pembelian Astros II (batch 2) yang bakal tiba tidak lama lagi. Jika
ini menjadi kenyataan, penukul baru ATM ini berkebolehan untuk memusnahkan sasaran
bersaiz kompeni atau pun seramai 200 tentera dari jarak 150 kilometer, sama dengan
kemampuan ATACMS yang boleh dipasang pada Himars Singapura.

Anda mungkin juga menyukai