Anda di halaman 1dari 8

LANGKAH 1 : PELAKSANAAN

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)


: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan
sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.
: Perancangan merangkumi :

Jadual Kerja

Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)


: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan
dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :

sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian

senarai rujukan

gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)


: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :

Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi
tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.
Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta
menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta
contoh melibatkan kawasan kajian.

Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta
menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh
melibatkan kawasan kajian.

Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan


huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataaan. Masa pelaksanaan PT3 Geografi adalah dari 1 - 18 Julai
2014.
Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-kerangkapelaksanaan.html#ixzz36EBr0hBk

LANGKAH 2 : KAJIAN KES


Tugasan untuk PT3 Geografi :
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam
sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah
calon.
Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar


yang dikaji
Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan
bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi
kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama
pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang
dan sebagainya.
Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu
keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air
juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.
Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh

bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan
kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
pencemaran tanah berlaku.
Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-konsepdefinisi.html#ixzz36ECFLV5c

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam


sekitar tersebut
Untuk mendapatkan markah penuh iaitu 15 markah , calon dikehendaki untuk
menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta
menunjukkan keaslian dan kritis. Disini CN berkongsi dengan anda faktor/punca
kejadian pencemaran udara yang mungkin berlaku di Telok Panglima Garang.
Pelajar perlu menghuraikan sendiri faktor tersebut yer.. CN cuma berikan faktor dan
contoh sahaja. Selebihnya anda, CALON PT3 GEOGRAFI huraikan sendiri faktor
tersebut dengan kreatif dan kritis yer..
1. Pembakaran Terbuka : Sebagai contoh, pembakaran hutan gambut dan ladang
kelapa sawit yang berlaku di Jalan Kebun telah menyebabkan berlakunya pencemaran
udara di kawasan kajian.
2. Asap dari kilang : Contoh, pengeluaran asap dari kilang-kilang yang berada di Zon
Peridustrian Bebas Telok Panglima Garang antara penyebab utama pencemaran udara
di kawasan kajian.
3. Asap dari kenderaan bermotor : Contoh, Jalan Klang-Banting merupakan jalan
utama yang menghubungkan Bandar Klang dan Banting, kenderaan berat seperti lori
kontena yang melalui jalan tersebut telah melepaskan gas monoksida dan menyebabkan
udara tercemar di kawasan kajian.
Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014faktorpunca.html#ixzz36ECSBBrG
Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.

Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan


pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak

Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk


Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.

Letusan gunung berapi

Pelepasan asap kenderaan

Aktiviti Perindustrian dan pembangunan


Read more : http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014konsep-punca.html

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada


manusia dan alam sekitar di tempat kawasan
kajian
Pelajar akan diberi markah penuh iaitu 20 jika pelajar menghuraikan kesan kejadian
yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan
kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan
kajian. Berikut merupakan kesan-kesan pencemaran udara di Telok Panglima
Garang serta contohnya. Reminder, calon PT3 Geografi 2014 hendaklah
menghuraikan kesan kejadian dibawah dengan menggunakan ayat sendiri.
1. Jerebu : Contoh, indeks IPU di Telok Panglima Garang agak tinggi dan tidak sihat.
2. Gangguan kesihatan : Contoh, pencemaran udara telah menyebabkan pelbagai
penyakit seperti lelah, asma dan batuk.
3. Hujan asid : Contoh, hujan asid telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan
hidupan akuatik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh.
Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/07/pt3-geografi-2014-kesanpencemaran-udara.html#ixzz36ECX2mH2
Kesan terhadap Kesihatan Manusia

menjejaskan sistem pernafasan.

Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen


dalam darah.

Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan


mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan mengalami
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
pertumbuhan.

kerosakan dengan tiga cara iaitu


(Pertukaran warna), dan perubahan

Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan


dengan adanya gas ozon di udara.

Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi


sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan


terancam dan terbunuh.

Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang


tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam
udara.

Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah
membawa maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan


terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.

Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang
begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.

Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran


sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.

bahan

Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.


Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.

Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat


penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.

Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser


kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga
dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida


dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi


terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem


terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.

Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada
suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Read more : http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014konsep-punca.html

2.4 Mencadangkan langkah-langkah


mengurangkan pencemaran alam sekitar
tersebut.
1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman


perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan
karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas
oksigen melalui proses fotosintesisnya.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan


plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan
masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan
masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di


sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual
barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara
barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai
dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan
kertas baru.
4. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang.
5. Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan


menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan
penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan
kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters)
boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara
menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan
Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh
mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan
enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
6. Tindakan Undang-undang

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam
ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada
untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.
7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar


kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus
perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini

boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata
pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih
berkesan.
Read more : http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014langkah.html

Kredit : http://www.cekgunorazimah.com/ dan http://mieadham86.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai