Anda di halaman 1dari 9

BAB1:KEDUDUKAN

Mengenal Latitud / Garis Lintang


Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis
lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke
arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis
lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U hingga 90U manakala di Hemisfera Selatan diberi
nilai 1S hingga 90S

Garis-garis lintang yang utama ialah:

GarisanKhatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )

Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi
kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian

Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas
peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis
longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi
nilai 0. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.
Terdapat sebanyak 360 garis longitud.

Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T,
manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B. Oleh
kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180T dan 180B adalah garisan yang sama.
Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti
nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan
kepada 60 minit ( ).

Nama Tempat Garis Latitud Garis Longitud


Kudat 6 54U 116 51T
Tuaran 6 10U 116 14T
Kota Belud 6 22U 116 26T
Ranau 5 58U 116 43T
Kota Kinabalu 5 40U 116T
Beufort 5 20U 115 46T
Tenom 5 2U 115 57T
Tawau 4 16U 117 53T
Semporna 4 29U 118 36T
Lahad Datu 5 6U 118 20T
118T
Sandakan 5 45U

Mengira Waktu Tempatan


Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada
waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi berputar dari
barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu
daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan
di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)

Waktu di Bombay ( 73T )

Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73- 0 = 73
Cari perbezaan masa 73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi

Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah


Cari perbezaan garis longitud 58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa 58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu
kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia
waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang
melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap
zon waktu meliputi 15 garis longitud.

-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T.Garisan ini menjadi
pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah
malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA
dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.


Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika
Selatan, dia akan untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di
benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.
BAB 2:ARAH

Pengenalan

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah ().
Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh
adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0
hingga 360.
Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja
luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut
arah pusingan jam bermula 0 hingga 360 .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.

Contoh pengiraan bearing sudutan :


Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254

Anda mungkin juga menyukai