Anda di halaman 1dari 6

KESALAHAN TATABAHASA

LATIHAN 1
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
5 semula.

Bil Ayat Jawapan


1 Setiap petang, Puan Azlina menjual goreng keledek di hadapan
rumahnya.
2 Hamzah marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung.
3 Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hassan itu.
4 Semua pelajar-pelajar asrama itu diminta berkumpul di dewan utama
seawal pukul 8.00 pagi.
5 Mahani sangat suka akan biskut yang kakaknya bakar.
6 Mereka-mereka yang diculik berada dalam keadaan selamat.
7 Semua butir rancangan akan dicatat dalam minit mesyuarat.
8 Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
9 Buku cerita itu ada dengan Salmah.
10 Apakah benar kata-katamu itu?
11 Kain ini bukan cantik.
12 Kami bukan membaca buku.
13 Baju-baju di kedai itu cantik-cantik belaka.
14 Aminlah pemain yang paling terhandal.
15 Kami tidak boleh datang kerana hujan.
16 Setiap orang warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada negara.
17 Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan.
18 Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq
menyerang Kuwait.
19 Bangunan itu tertinggi.
20 Norafizah tidak mengetahui akan hal itu.
21 Saya memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dihiraukannya.
22 Encik Aziz mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sejak dua puluh
tahun yang lalu.
23 Rakyat negeri itu sangat gembira apabila menonton istiadat pelantikan
sultan di televisyen.
24 Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan
pengaliran wang ke luar negara.
25 Samad marah akan abangnya yang sudah dua setengah tahun tidak
pulang ke kampung.
26 Kedua-dua orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di
atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam
pertandingan penulisan esei itu.
27 Gulai ayam untuk kenduri ini dimasak oleh saya sejak pagi tadi.

10 LATIHAN 2
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amin telah berjaya menempa nama dalam
bidang perniagaan.
5
____________________________________________________________________________
2. Setiap petang, Puan Asmalia menjual mee goreng di restorannya.

____________________________________________________________________________
10 3. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.

____________________________________________________________________________
4. Alia menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.

15 ____________________________________________________________________________
5. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Antarabangsa tempoh hari.

____________________________________________________________________________
6. Ayam goreng itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
20
____________________________________________________________________________
7. Sikap saling hormat-menghormati wajar dipraktikkan dalam masyarakat.

___________________________________________________________________________
25 8. Aiman memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah rambutan di dusun
datuknya.

_____________________________________________________________________________
9. Zaini menghadiahkan Saedah sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari
30 lahirnya.

____________________________________________________________________________
10. Nian indah pemandangan matahari tenggelam di pulau itu pada waktu senja.

35

Cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja


40
NILAI PENGAJARAN LATAR CONTOH
MASYARAKAT
Kita hendaklah _________ masyarakat yang Hakim menuntut hak milik tanah
menuntut hak kita yang ........................ datuknya yang diambil raja di
dirampas oleh orang lain. mahkamah.

Kita hendaklah _______ masyarakat yang Hakim gigih berusaha untuk


berusaha dalam melakukan ........................ mendapatkan
sesuatu pekerjaan. kelulusan bank bagi menjayakan
projek penternakan ayam walaupun
terpaksa meminda kertas projeknya
beberapa kali
Kita hendaklah ________ masyarakat yang Hakim berani mengusahakan tanah
menceburi bidang ........................ peninggalan datuknya dengan
perniagaan menjalankan penternakan ayam
untuk dijual.

Kita hendaklah _________ masyarakat yang Azam membantu sahabatnya


golongan yang memerlukan ........................ dengan menjadi peguam bagi
bantuan. mendapatkan hak milik tanah
datuk Hakim.

Kita harus ___________ masyarakat yang Hakim tabah untuk meneruskan


menghadapi cabaran dan ........................ usaha menternak ayam walaupun
dugaan. dia terpaksa menanggung beban
hutang

10

15

20

25

LATIHAN 1 (9 markah)

“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar
30 dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku
sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara
pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global
Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama
35 singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia
selalu sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat
mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan makanan
rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan
tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?

SET 1
(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan cara-cara Hakim memanfaatkan tanah Pak Kaduk? [2 markah]
5 (i) _________________________________________________________ialah Hakim
__________________________________________secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar.

(ii) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memajukan tanah yang terbiar
di negara kita? [3 markah]
10 (ii) _____________________________________________________________________
adalah menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran di tanah terbiar . Langkah lain adalah dengan
menjadikan tanah terbiar sebagai tapak kawasan perumahan . Cara lain adalah dengan mengusahakan kolam
ternakan ikan sangkar di tanah terbiar.

15 (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam _______ ialah kita hendaklah bijak melakukan sesuatu perancangan.
Contohnya, Hakim merancang untuk menjalankan perusahaan penternakan ayam di tanah datuknya yang baru
ditebus.
20 (* Kita hendaklah mengusahakan tanah yang terbiar. Hakim mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha memajukan
dan memanfaatkan tanah Pak Kaduk. )
Satu pengajaran lain daripada ________ tersebut yang tidak terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah ________
menghadapi cabaran hidup. Contohnya, Hakim tabah menghadapi masalah dalam mengusahakan ternakan
ayamnya sehingga terpaksa membayar hutang.
25
SET 2
(i)
Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam? [2 markah]
(i) _____________________________________________________, Hakim mendapatkan ...............................
30 ............................................................................. Selain itu, Hakim juga berbincang dengan agensi kerajaan yang
bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.

(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam melaksanakan
projek penternakan seperti Hakim? [3 markah]
35 (ii) _________________________________________ adalah dengan mempunyai modal yang lebih besar untuk
membina syarikat. Selain itu, kerjasama dengan syarikat besar dapat membantu kita memperbesar dan membuka
cawangan yang banyak. Kita juga boleh mendapat nasihat dan kemahiran berkaitan dengan selok-belok perniagaan.

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen
40 tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
(iii) Satu persoalan dalam __________ ialah persoalan kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan.
Contohnya, Hakim berbincang dengan ____________________ yang bertanggungjawab untuk memajukan bidang
pertanian.
Persoalan dalam keseluruhan _________ ialah persoalan ____________ menuntut hak. Contohnya, Hakim berani
45 menuntut hak tanah datuknya, Kaduk di mahkamah sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula .

Burung Terbang Dipipiskan Lada


SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA (2 markah)
50 1 Berikan maksud keduanya sama orang yang berasal.
Maksud keduanya sama orang yang berasal ialah kedua-duanya berketurunan pembesar

2. Berikan maksud terlalu banyak tiada terpermanai lagi.


Terlalu banyak tiada terpermanai lagi bermaksud sangat banyak .
55
3. Berikan maksud perahunya olang-oleng.
Maksud perahunya olang-oleng ialah sampannya terhuyung-hayang (terumbang- ambing / tidak stabil)
4 Berikan maksud menjadi berkasih-kasihan?
Maksud menjadi berkasih-kasihan ialah hubungan yang sangat rapat.

5 5. Berikan maksud Benar seperti kata Tun Perak itu.


Maksud Benar seperti kata Tun Perak itu ialah bersetuju dengan kata-kata Tun Perak itu.

6. Berikan maksud jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan


Maksud jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan ialah sekiranya dibenarkan /dipersetujui oleh raja
10
7. Berikan maksud rangkai kata menyampaikan titah raja
Maksud rangkai kata menyampaikan titah raja ialah memberitahu / mengkhabarkan arahan / perintah sultan.

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


15 SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA (2 markah)
1. Berikan maksud diperjamunya makan minum.
Maksud diperjamunya makan minum ialah dihidangkan dengan jamuan.

2. Berikan maksud patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.
20 Maksud patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang ialah kami telah dirompak sehingga tiada apa-apa
yang tinggal untuk kami lagi

3 Berikan maksud terlalu banyak dengan lembing perisai.


Maksud terlalu banyak dengan lembing perisai ialah senjata yang sangat banyak.
25
4. Berikan maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.
Maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku ialah Kertala Sari mahu mengambil isteri raja yang
muda untuk dijadikan isterinya
.
30 5. Berikan maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya.
Maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya ialah bunyi yang sangat kuat
( sangat bising ( tidak keruan / riuh-rendah )

35

40

45

50

55
5

Anda mungkin juga menyukai