Anda di halaman 1dari 1

Karangan Net

Nota Komsas, Isi Karangan, Contoh karangan SPM, Home Contoh Karangan Rangka Karangan Nota Komsas
PT3, STPM

KaranganNet » KOMSAS Search

Nota Komsas tingkatan 3 – Seloka Santap Istiadat Carian Karangan SEARCH

KOMSAS, Bahasa Malaysia

Order from
Classic Deli

Next Day Delivery


For Selected Areas

Classic Deli Malaysia

Kandungan
1. Maksud Seloka Santap Istiadat Open
2. Tema Seloka Santap Istiadat
3. Persoalan Seloka Santap Istiadat
4. Bentuk dan Ciri-ciri Seloka
5. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi Senarai Nota Semakan
6. Nilai Seloka Santap Istiadat KOMSAS Keputusan
7. Pengajaran Seloka Santap Istiadat
Contoh Rangka
8. Contoh Soalan Seloka Santap Istiadat Karangan UPSR Karangan UPSR

Contoh Rangka
Seloka Santap Istiadat karya Za’ba merupakan puisi tradisional dalam Komsas tingkatan 3.
Karangan PT3 Karangan PT3
Berikutnya maksud sajak, tema, persoalan, bentuk sajak, gaya bahasa, nilai dan pengajaran seloka
Contoh Rangka
ini.
Karangan SPM Karangan SPM

Contoh Rangka
Karangan STPM Karangan STPM

Order from Classic Deli

Next Day Delivery For Selected Areas

Classic Deli Malaysia Open

Maksud Seloka Santap Istiadat

Rangkap 1

Santap beradat, santap istiadat,


Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.

Maksud: Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut
bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk
mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar
makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.
Contoh Karangan
Rangkap 2 yang cemerlang
Contoh Karangan SPM:
Nasi disuap di tangan kanan, Kepentingan Bimbingan dan
Lauk dibinjat sopan siuman, Kaunseling
Sampai ke mulut mamah perlahan, Contoh Karangan: Kepentingan
Tanda tidak gelojoh makan. menyertai kesukarelawanan
Selesai santap nasi, Contoh Karangan SPM: Langkah
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Mengatasi Gejala Sosial
Karangan SPM: Kepentingan
Maksud: Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap Industri Kecil Dan Sederhana
menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke Karangan SPM: Cara Memajukan
mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu Industri Kecil Dan Sederhana
makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat Contoh Karangan SPM: Peranan
dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu. Koperasi Sekolah
Contoh Karangan SPM: Keburukan
Rangkap 3 Makanan Ringan
Contoh Karangan SPM:

Santap nasi suap pertama, Kepentingan Menyertai Koperasi

Berturut dengan suap kedua; Contoh Karangan SPM: Cara

Dua suap, ketiga sudah, Mengawal Pemakanan Anak

Keempatnya basuh tangan; Karangan SPM: Cara

Kelima halwa juadah, Menggalakkan Industri

Keenam mengiring buah-buahan. Pelancongan

Maksud: Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan
pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum
diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan.

Rangkap 4

Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Maksud: Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu
selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air
sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah
mereka.

Rangkap 5

Itulah santap beradat kebesaran,


Di dalam riwayat zaman yang silam.

Maksud: Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang Contoh Karangan
diajarkan oleh generasi terdahulu.
Baru
Contoh Karangan SPM: Usaha
untuk mengekalkan Budaya

TemaSeloka Santap Istiadat Karangan SPM: Kepentingan


Budaya dan Adat Resam
TemaSeloka Santap Istiadat ialah ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di Contoh Karangan SPM: Kelebihan
dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu. E-Wallet (E-Dompet)
Karangan Punca Pelajar tidak
Menyertai Aktiviti kokurikulum
Contoh Karangan SPM: Punca

PersoalanSeloka Santap Istiadat pemanasan global


Contoh Karangan SPM: Kebaikan

1. Persoalan adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis. Melancong
Teknik Menulis Karangan: Contoh
2. Persoalan kepentingan cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.
Pendahuluan dan Penutup
3. Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum. Karangan PT3: Cara Menjaga

4. Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera. Kesihatan Mental
Karangan STPM: Punca penularan
penyakit berjangkit
Contoh Karangan SPM: Punca
keruntuhan akhlak remaja
Order from Classic Deli

Next Day Delivery For Selected Areas

Classic Deli Malaysia Open

Bentuk dan Ciri-ciri Seloka


1. Terdiri daripada lima rangkap.

Rangkap pertama mempunyai lima baris

Rangkap kedua mempunyai tujuh baris

Rangkap ketiga mempunyai enam baris

Rangkap keempat mempunyai empat baris

Rangkap kelima mempunyai dua baris.

2. Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.

3. Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.


Contoh Karangan yang
4. Berbentuk bebas atau tidak terikat.
cemerlang?

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi Karangan yang cemerlang harus


mempunyai isi-isi yang menarik.
Anafora Pelajar juga dinasihat untuk
Contoh: Santap beradat, santap istiadat, menggunakan peribahasa atau
Santap raja di majlis kebesaran, ungkapan menarik dalam karangan
Santap merai, hormat-menghormat anda.
Semak: Contoh Karangan
Repetisi
Contoh: Santap beradat, santap istiadat.

Bahasa klasik
Contoh: peroman

Kata ganda
Contoh: hormat-menghormat, mulia- memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur.

Personifikasi
Contoh: Kelat jatuh ke rengkungan.

Asonansi
Contoh: Kelima halwa juadah (perulangan vokal a)

Aliterasi
Contoh: Isyarat menghormat, mulia- memuliakan. (perulangan konsonan m).

Order from Classic Deli

Next Day Delivery For Selected Areas

Classic Deli Malaysia Open

Rima akhir
Rangkap pertama ialah abacb
Rangkap kedua ialah aaaabaa
Rangkap ketiga ialah aabcbc
Rangkap keempat ialah abcc
Rangkap kelima ialah ab

NilaiSeloka Santap Istiadat


Nilai Kesopanan
Contoh: Pembaca diajarkan cara-cara makan dan minum dalam majlis secara tertib dan sopan .

Nilai Kepatuhan
Contoh: Penjamu selera yang makan dan minum perlu patuh pada segala etika yang telah
digariskan dalam majlis tersebut.

Nilai Kesederhanaan
Contoh: Pembaca diajar cara makan dan minum secara bersederhana dan bukannya makan secara
berlebihan.

Nilai Hormat-menghormati
Contoh: Seseorang perlulah makan dan minum secara sopan sebagai menghormati tetamu yang
berada dalam majlis tersebut.

Play Free Games with


Friends
Discover your next favorite game on
Facebook Gaming. Open Facebook
today to play.

facebook.com Visit Site

Dapatkan ganjaran wang dengan menjawab soal selidik dalam talian

PengajaranSeloka Santap Istiadat


Kita mestilah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.

Kita haruslah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di
dalam sesuatu majlis.

Kita perlulah mengikut peraturan dan tatacara ketika makan dengan mendahului perkara yang
utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang berikutnya.

Kita hendaklah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan
atau hawa nafsu.

Kita seharusnya mengamalkan sikap bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil
makanan yang berlebihan.

Contoh SoalanSeloka Santap Istiadat

Nyatakan persoalan yang dapat anda peroleh daripada petikan seloka tersebut.

Persoalan yang terdapat dalam seloka ialah peraturan ketikamenjamu selera dalam sesuatu majlis.
Selain itu, seloka ini juga mengambarkan persoalan masyarakat melayu yang mengamalkan nilai
bersopan-santun ketika makan serta kepentingan mengamalkan adab ketika makan.

Nyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan
sesudah makan.

Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan ialah makan buah
buahan atau kuih-muih sebagai pencuci mulut.

Berdasarkan rangkap kedua ‘Seloka Santap Istiadat’, apakah tiga adab dan tatatertib makan
nasi yang disarankan oleh penulis?

Order from Classic Deli

Next Day Delivery For Selected Areas

Classic Deli Malaysia Open

Menyuap nasi haruslah menggunakan tangan kanan.

Lauk pula harus diambil dengan sopan.

Makanan haruslah dimamah perlahan-lahan.

Hanya meneguk minuman selepas selesai makan nasi.

“Masyarakat kita sangat mementingkan adab dan tatatertib dalam kehidupan seharian.”
Pada pendapat anda, mengapakah adab sangat penting dalam kehidupan seharian?

Mencerminkan keperibadian seseorang insan dalam masyarakat.

Adab yang baik dapat menyerlahkan kualiti diri.

Adab yang baik dapat menjaga penampilan diri.

Masyarakat lebih menghormati individu yang menjaga adab.

Apakah yang diajar oleh penulis dalam rangkap ketiga seloka?

Penulis mengajar kita supaya makan dengan perlahan-lahan mengikut tertib.Selain itu, kita juga
digalakkan menjaga kebersihan dengan membasuh tangan sehingga bersih selepas makan
sebelum makan manisan.

Pada pendapat anda, apakah keburukan apabila seseorang makan secara gelojoh dan tidak
beradab.

Keburukan apabila makan secara gelojoh ialah sikap ini akan menjejaskan keperibadian seseorang
kerana sikap ini kurang baik dan dipandang serong oleh masyarakat. Selain itu, sikap gelojoh ini
akan mengakibatkan seseorang tercekik makanan yang boleh membawa bahaya terutamanya
makanan yang keras.

Huraikan maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan.

Maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan ialah rasa kelat atau pahit terasa di kerongkong.

Seloka ini memberikan panduan kepada kita tentang adab ketika makan. Nyatakan dua adab
semasa makan yang terdapat dalam seloka ini.

Dua adab semasa makan yang terdapat dalam seloka ini ialah kita hendaklah makan dengan
tangan kanan dan makan mengikut tertib dan tidak gelojoh. Selain itu, kita juga perlu membasuh
tangan selepas dan sebelum makan supaya menjaga kebersihan.

(Soalan KBAT) Makan mengikut nafsu adalah antara sikap negatif yang perlu dihindari.
Nyatakan tiga kebaikan apabila kita bersederhana ketika makan.

Kebaikan apabila kita bersederhana ketika makan ialah kita tidak akan gelojoh yang akan
menyebabkan imej kita tercemar. Selain itu, kita juga tidak makan secara berlebihan. Akhir sekali,
kita juga tidak terlalu kekenyangan.

Berdasarkan rangkap keempat ‘Seloka Santap Istiadat’, apakah adab selepas makan yang
dicadangkan oleh penulis?

Penulis mencadangkan orang yang selesai menjamu selera berkumur-kumur selepas makan.
Penulis juga menyarankan orang yang menjamu selera makan sirih supaya wajah lebih berseri-seri.

Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam seloka tersebut.

Nilai Kebersihan
Huraian: Menjaga kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang.

Nilai Sopan santun


Huraian: Bersopan santun mampu menampilkan kualiti diri.

Nilai Hormat-menghormati
Huraian: Sikap hormat-menghormati mampu memupuk persefahaman.

“Masyarakat pada zaman dahulu sangat mementingkan sikap sopan santun ketika makan
di rumah ataupun dalam majlis rasmi.“ Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan
oleh generasi muda untuk mengekalkan sikap sopan santun ketika makan di rumah ataupun
dalam majlis rasmi?

Setelah makanan dihidangkan, pastikan golongan yang lebih tua duduk dahulu kemudian diikuti
oleh golongan muda. Biarkan golongan yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian
diikuti oleh golongan muda. Seterusnya, golongan muda harus menyendukkan makanan kepada
golongan yang lebih tua. Semasa mengambil makanan, mestilah menggunakan tangan kanan.
Selain itu, jangan mengeluarkan bunyi ketika makan seperti bunyi ketika mengunyah daging.

Post yang berkaitan:

Senarai Nota KOMSAS dan Novel Nota Komsas Tingkatan 4 – Sajak Nota KOMSAS SPM – Sajak
Tingkatan 1 hingga 5 Aku Membaca Lagi Sejadah Rindu
In "KOMSAS" In "KOMSAS" In "KOMSAS"

RM50 naik bas &


tren tanpa had

Iklan Prasarana Malaysia Berhad

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name Email Website

POST COMMENT

Neve | Powered by WordPress | Privacy Policy

Applications Are Still Open Sign Up


Discover your future career through Hiredly. Sign up today. Hiredly

Anda mungkin juga menyukai