Anda di halaman 1dari 7

Definisi Ujian Kefasihan

Ujian kefasihan merupakan sejenis ujian yang


diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah
untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk
menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan
juga untuk mengukur pencapaian murid secara
menyeluruh.
Umumnya ujian kefasihan digunakan untuk
menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan
dan kebolehan mereka.
Contonya, sama ada mereka harus masuk dalam
kumpulan peringkat awal, pertengahan ,
peringakt tinggi dan sebagainya.

Tujuan Ujian Kefasihan
Menentukan setakat mana seseorang menguasai
sesuatu bahasa. Menilai umum seseorang dalam
bahasa yang dipelajari.
Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam
kumpulan pembelajaran yang sesuai.
Berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian
kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi
pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global
(umum) pada bahasa yang dipelajari murid
terbabit.
Ujian ini juga selalunya dijadikan asas oleh
pihak kerajaan atau majikan untuk memilih
pekerja-pekerjanya.
Dalam konteks ini, di Malaysia, peperiksaan
Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia bolehlah dianggap sebagai ujian
kefasihan kerana ketulusan dengan kepujian di
peringkat ini menjadi syarat untuk memegang
jawatan dalam perkhidmatan kerajaan dan
sesetengah sektor awam.

ASPEK PENILAIAN

DINILAI DARI SEGI
Penyebutan dan pengucapan yang betul dan
jelas.
Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan
yang dibaca.
Intonasi dan nada yang betul.
Pemilihan ungkapan yang jelas. Mimik muka
yang jelas.
Posisi tubuh yang betul.
Kedudukan buku yang betul. Pergerakan
mata.
Pembacaan yang fasih boleh dikenalpasti
struktur ayat.
Pembuatan menunjukkan ketika
membaca boleh mengganggu kefasihan
bacaan.

Anda mungkin juga menyukai