Anda di halaman 1dari 1

SK TUN HUSSEIN ONN

JALAN 2, KAMPUNG PANDAN,


55100 KUALA LUMPUR
E-mel : wba0005@moe.edu.my Tel : 03-92842316

ENCIK SABERI BIN HJ ALI,


YDP PIBG,
SK TUN HUSSEIN ONN,
KUALA LUMPUR

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN JERSI PASUKAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SKTHO akan menghantar pasukan sekolah ke perlawanan


sukan seperti Bola Baling, Bola Sepak dan Bola Jaring. Oleh itu, kami memerlukan dua set (16x2 helai)
jersi yang boleh digunakan bergilir-gilir oleh semua pasukan di setiap perlawanan dari tahun ke tahun.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan berjumlah RM800 (RM25 x 16
helai x 2) daripada pihak tuan untuk membeli jersi pasukan sekolah.

4. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan-Nya dan murid-murid dapat
menggunakan jersi tersebut dengan baik di dalam setiap perlawanan. Keprihatinan yang diberikan
amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

………………………………………
(AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD ALIAS)
JURULATIH BOLA BALING
SK TUN HUSSEIN ONN
KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai