Anda di halaman 1dari 5

________________________________________________________________________

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU


GUIDELINES FOR GROUP ASSIGNMENT
_____________________________________________________________________________
ARAHAN UMUM
1. Tugasan ini akan dibuat secara individu.
2. Wajaran markah bagi tugasan individu adalah 50%.
3. Setiap pelajar akan diberi tajuk oleh pensyarah masing-masing. Tajuk merujuk
kepada sub tema / sub tajuk dalam Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua dan boleh
disokong dengan penggunaan artikel suratkhabar, majalah, artikel jurnal dan
sebagainya bagi tema / tajuk yang sama.
4. Pelajar dikehendaki membuat ulasan mengikut pengamatan, pemahaman,
pandangan dan pemikiran pelajar sendiri terhadap tema sub / sub tajuk yang
diberi. Panjang ulasan tidak melebihi tiga (3) halaman bercetak tidak termasuk
muka hadapan.
5. Penulisan ulasan mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4
langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis aksara sama ada Times New Roman
(bersaiz 12). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku
Panduan Menulis Tesis dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang.
6.

Semua tugasan mesti mengikut format berikut:


Muka hadapan
Biodata
Isi kandungan
Penulisan Tugasan (Pengenalan, Isi, Penutup)
Rujukan
Lampiran - sekiranya ada

7. Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah
digalakkan.
8. Pada bahagian rujukan, pelajar perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 10
rujukan yang terdiri daripada adalah buku, jurnal, artikel dan laman sesawang.
9. Semua rujukan hendaklah berasaskan format American Psychology Association
(APA) (Rujuk Panduan Menulis Tesis) seperti berikut:
10. Pastikan muka hadapan tugasan dinyatakan dengan jelas perkara seperti:
Nama institusi/ Logo
Tajuk tugasan
Nama pensyarah
Nama pelajar (disusun mengikut abjad)
Nombor matrik
Tahun pengajian
11. Tugasan hendaklah dihantar pada minggu ke lima dalam bentuk hardcopy.
Penghantaran lewat akan ditolak markah mengikut bilangan hari.

* Panduan Am (General Guidelines):


Muka Depan Tugasan (Front Page)

Nama Institusi /Logo (Name of Uni./


Logo)
Tajuk Tugasan (Name of
Assignment)
Nama Pensyarah (Name of
lecturer)
Nama Pelajar (Name of
student)
No. Matrik (Matric no.)
Tahun Pengajian (Year of

__________________________________________________________________________
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU (100%)
RUBRIC FOR INDIVIDU ASSIGMENT
_____________________________________________________________________________

Rubrik

Item dan Keterangan

(%)
90-100

70-80

50-60

40-50

30-40

10-20

- tiga (3) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan


/hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti
nama am, kata kerja dan sebagainya).
- Kemasan (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya
penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.
- tiga (3) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan
/kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti
nama am, kata kerja dan sebagainya).
- Kemasan yang baik (pemerangganan, margin, mengikut format,
gaya penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.
- dua (2) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan
/hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am,
kata kerja dan sebagainya).
- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format,
gaya penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.
- dua (2) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan
/kembangan /hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am,
kata kerja dan sebagainya).
- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format,
gaya penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.
- satu (1) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan
/hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am,
kata kerja dan sebagainya).
- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya
penulisan dan bersih).
- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak
tidak termasuk biodata dan muka hadapan.
- satu (1) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan
/hujahan yang baik untuk menyokong setiap isi utama.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am,
kata kerja dan sebagainya).

- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya


penulisan dan bersih).
- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak
tidak termasuk biodata dan muka hadapan.
** Penulisan yang melebihi tiga (3) halaman bercetak akan diberi
separuh markah dari rubrik yang diperolehi (contoh; markah yang
diperolehi dari rubrik pemarkahan adalah 5, sekiranya pelajar
menulis melebihi tiga (3) halaman maka pelajar hanya layak
mendapat 2.5 markah sahaja.
** Pelajar yang didapati meniru / plagiat hanya akan diberi markah
komitmen iaitu satu (1).

____________________________________________________________________________
PANDUAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (50%)
GUIDELINES FOR GROUP PRESENTATION
_____________________________________________________________________________
ARAHAN UMUM
1. Pembentangan laporan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk penyampaian yang
kreatif. Paling minima penyampaian adalah dalam bentuk slide show (power
point).

2. Tempoh pembentangan adalah di antara 15-20 minit.


3. Pelajar dikehendaki menyediakan 3 soalan yang berkaitan dengan topik
pembentangan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar lain sejurus selesai
pembentangan.
4. Pembentangan aktif iaitu pembentangan yang banyak menerima pertanyaan,
pendapat dan cadangan dari pendengar lain amat digalakkan. Ini menunjukkan
penyampaian yang dibuat mampu diterima dan difahami oleh pendengar lain.
____________________________________________________________________________
RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (20%)
RUBRIC FOR GROUP ASSIGMENT
_____________________________________________________________________________
Item Penilaian
Isi
Kreativiti
Pengurusan
Team Work
Ketrampilan
Grand Total

Markah
40
15
15
15
15
100

Anda mungkin juga menyukai