Anda di halaman 1dari 4

Skrip

Pada zaman dahulu ada seorang saudagar kaya di negeri Antara. Dia menyimpan harta yang
banyak di dalam peti besi di rumahnya. Peti besi itu disimpan di dalam sebuah bilik yang
dikunci. Pada suatu beliau menerima surat jemputan kahwin anaknya. Saudagar itu terdiam
sambil berfikir seketika. Dia seorang kaya pula. Jika dia tidak hadir pada majlis perkahwinan
anak saudaranya itu, dia tentulah berasa malu. Dia juga berpendapat, inilah masanya dia
hendak bertemu dengan sanak saudaranya di negeri Sham. Tetapi satu perkara telah
mengetuk minda fikiran saudagar…Tidak mungkin aku meninggalkan harta benda. Aku mesti
cari jalan untuk ini. Tiba- tiba beliau teringat kepada seorang kawan yang tinggal di sebuah
kampung. Dia seorang yang kedekut, sudah tentu dia akan menjaga harta benda aku dengan
baik.. bisik kati saudagar. Pada keesokan harinya, saudagar pergi jumpa sahabat yang kedekut
itu.

Saudagar : Sudah lama saya berkunjung ke sini.

Sahabat : Apa hal pula saudagar ke mari?

Saudagar : Saudagar akan pergi ke perkahwinan anak. Ada satu hal penting untuk

dimaklumkan.

Sahabat : Apa yang ingin dimaklumkan oleh tuan? Sila tuan ceritakan perkara penting ini.

Saudagar : Saudagar akan pergi ke satu perkahwinan. Oleh itu, kamu harus menjaga

harta benda saya. Kalau awak menjaga harta benda saya dengan baik saya

akan bagi setengah harta benda kepada awak.

Sahabat yang kedekut itu menjadi sangat gembira kerana dalam masa yang singkat, dia akan
menjadi kaya. Dengan itu, dia setuju dengan perkara saudagar tersebut. Lalu, saudagar pun
belayarlah ke perkahwinanya. Sahabat kedekut tersebut menjadi sangat gembira. Dalam
hatinya,

“ Dapatlah aku memilikin hartanya itu” kata sahabat kedekut. “ Aku akan menjadi seorang yang
kaya. Aku akan mengganti tempat saudagar itu pula”

1
“Aku kaya, aku kaya…..,” bisik sahabat kedekut. Dia memejamkan matanya seketika.
Terbayang- bayang harta saudagar di dalam kelopak matanya itu. Pada keesokan harinya,
sahabat kedekut itu pun pergi ke rumah saudagar.

Apabila dia tengok harta karun tersebut “wah banyak harta karun, sudah tidak lama saya akan
menjadi orang kaya, dan saya harap saudagar tidak akan datang maka harta karun ini semua
akan menjadi milik aku.”.bisik hatinya.

Seminggu juga berlalu..

Seorang musafir telah datang ke rumah saudagar untuk minta bantuan.

Musafir : Saya sangat lapar tuan. Tolonglah tuan berikan sedikit makanan. Saya tidak makan

untuk beberapa hari.

Sahabat : Kenapa hamba tidak makan untuk beberapa hari? Mari naik rumah. Saya akan

berikan makanan.

Maka, sahabat kedekut tersebut memberi sedikit makanan kepada musafir tersebut. Musafir
sambil makan

Musafir : Semua harta karun saya dibolot oleh saudara saya. Mereka menipukan saya. Oleh

sebab itu saya menjadi miskin dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Sahabat : Sedih sungguh dengar cerita hamba.

Tiba- tiba teringatlah sahabat bahawa terdapat banyak harta karun yang diberi oleh saudagar.
Sahabat kedekut tersebut berasa sangat kesian terhadap musafir tersebut. Maka sahabat
kedekut tersebut mengambil keputusan untuk bagi sedikit wang emas kepada mufasir tersebut.

Sahabat : Ini beberapa keping wang emas untuk hamba. Ambilah wang emas ini.

Mufasir secara terkejut..

Mufasir : Tuan, kenapa tuan tiba- tiba bagi wang emas ini? Saya tak nak tuan. Bantuan

sekadar ini cukuplah tuan.

Sahabat : Hamba berada dalam keadaan yang sangat susah. Tidak apa. Ambillah wang emas

2
ini. Gunakanlah secara cermat.

Maka mufasir tersebut berasa sangat gembira lalu mengambil wang emas tersebut.

Mufasir : Terima kasih banyak tuan atas bantuan ini. saya tidak lupa bantuan ini tuan sehingga

hamba mati.

Sahabat : Sama- sama hamba. Gunakan secara cermat. Pulang ke rumah dengan selamat.

Maka mufasir tersebut pun balik ke rumah. Dalam perjalanannya mufasir.

Mufasir : HA HA HA HA HA HA…. Muslihat aku berjaya. HA HA HA HA HA HA HA… Sahabat

sudah mempercayai saya. Dapatlah wang emas ini. HA HA HA HA HA HA.. Sudah

dapatlah seorang lurus bendul. Maka dengan lurus bendul ini saya akan menjadi kaya

raya.

Maka mufasir pun selalu pergi ke rumah sahabat untuk tanya bantuan dengan beberapa alas
an. Sahabat kedekut yang lurus bendul tersebut juga akan mempercayai semua penipuan yang
dicakap oleh mufasir tersebut. Maka sahabat kedekut tersebut juga akan memberi semua wang
emas yang saudagar memberi untuk menjaganya. Mufasir tersebut juga akan berasa sangat
gembira.

Keadaan ini berterusan.. Mufasir menjadi orang kaya dengan mempunyai banyak harta benda.
Penduduk kampung tersebut menghargai sahabat kedekut tersebut oleh kerana hati yang baik.
Maka penduduk kampung tersebut berasa kecewa kerana selama menilai sahabat kedekut
tersebut sebagai seorang yang kedekut. Pada suatu hari, ketua kampung datang jumpa
sahabat kedekut tersebut.

Ketua kampung: Maafkanlah kita kerana selama ini kita menganggap sahabat sebagai

seorang yang kedekut. Maafkan kita.

Sahabat : Saya sudah maafkan semua. Lain kali jangan menilai orang tanpa siasatan.

Lama kelamaan, saudagar tidak datang ke kampung tersebut. Sahabat kedekut tersebut pun
menunggu ketibaan saudagar. Mufasir pun memainkan helah dengan membolot semua harta
karun saudagar.

3
Pada suatu hari, sahabat kedekut tersebut hilang dari kampung halamanyya. Penduduk
kampung mula mencari sahabat kedekut. Rumah saudagar juga dikunci. Saudagar juga telah
kembali ke kampungnya. Selepas beberapa hari, penduduk kampung dan saudagar berputus
asa untuk mencari sahabat kedekut tersebut. Semua perlakuan penduduk kampung ini
diperhatikan oleh mufasir.

Mufasir : HA HA HA HA HA HA HA HA HA.. saya berasa kesian dengan prihatin penduduk

kampung tersebut.

Sahabat : HA HA HA HA HA HA HA.. Kesiannya saudagar dan penduduk kampung. Sedih

tengok mereka mempercayai kita. Mereka tidak tahu bahawa kita dua orang kawan

baik. Kesian juga saudagar yang mempercayai saya seorang yang kedekut dan tidak

akan mengambil harta karun. HA HA HA HA HA..

Mufasir : HA HA HA HA HA HA.. biarkan.. biarkan.. sekarang kita dah jadi kaya seperti yang

diinggini..

Sahabat: Ya. Mufasir awak berlakon dengan sangat baik. Saya juga telah teruja dengan

perlakonan awak sampai penduduk kampung mempercayai saya sebagai seorang

yang baik hati. Sekarang tiada siapa boleh sangsi kita.

Mufasir: HA HA HA HA.. ya… Mari kita ke kampung kita.

Maka mufasir dan sahabat pergi ke kampungnya dengan harta karunnya.” Kesian saudagar”
bisik sahabat. Malang sungguh orang yang bersifat lurus bendul.

Anda mungkin juga menyukai