Anda di halaman 1dari 6

Yang dihormati para hakim yang bijaksana guru-

guru dan rakan-rakan seperjuangan.


Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita
yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.
Tajuk cerita saya ialah rantai emas di pinggir
sungai.

Yang berkhayal sedar-sedar kan,


yang terlena kejut-kejutkan,
yang tersesat kembali ke pangkal jalan,
dengarkan ya….. kawan-kawan. 

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang petani


miskin.

Petani itu seorang yang baik hati dan rajin bekerja.


Setiap hari pagi-pagi lagi dia sudah pergi ke
kebunnya untuk bercucuk tanam. Dia menanam
pelbagai jenis sayur-sayuran

Namun kasihan, petani itu kerana dia sering


dimarahi oleh isterinya. Setiap hari isterinya
berleter, awak malas bekerja Itulah sebabnya
hidup kita tetap miskin.
“Setiap hari saya pergi bekerja. Walaupun hidup
kita miskin, namun kita tidaklah menjadi
pengemis,” kata petani itu kepada isterinya.

“Awak memang seorang pemalas. Itulah sebabnya


hidup kita tetap miskin,” kata isterinya lagi.

Petani itu berasa sedih. Dia selalu menasihati


isterinya, “Walaupun rezeki kita hanya sedikit,
namun kita mestilah sentiasa bersyukur pada
Tuhan.

Setiap hari, petani itu gigih bekerja selain


bercucuk tanam dia melakukan pelbagai jenis
pekerjaan lain pula. Dia pergi mencari dan menjual
kayu api, mengambil upah memanjat pokok kelapa
dan lain-lain lagi.

Namun demikian, hidup petani itu tidaklah mewah


sebagaimana orang kaya raya. Oleh sebab itu,
setiap hari dia sentiasa dimarahi oleh isterinya
yang garang itu.

Pada suatu hari, petani itu diajak oleh isterinya


pergi ke sungai.
“Mulai hari ini, awak cuba pergi menangkap ikan di
sungai pula. Mungkin boleh mendapat ikan yang
banyak,” kata isterinya 

“Jika awak dapat menangkap banyak ikan, awak


boleh menjualnya di merata-rata kampung. Rezeki
kita akan bertambah dan kita mungkin akan
menjadi kaya,” kata isterinya lagi

 Terpaksalah petani itu pergi ke sungai pula untuk


menangkap ikan. Walaupun dia sudah sangat
kepenatan kerana bertungkus-lumus bekerja di
kebunnya, namun dia terpaksa patuh pada
suruhan isterinya.

 Petani itu tidak mahu bertengkar dengan


isterinya. Oleh itu dia segera membawa jalanya
pergi ke sungai.

Sepanjang petang, petani itu menjala di Sungai.


Rezekinya sangat murah dia mendapat banyak
ikan.

Isteri petani itu sangat gembira. Mereka menjual


ikan itu. Mereka mendapat banyak wang.
“Esok kita akan bersama-sama pergi ke Sungai.
Saya boleh mengayuh perahu. Awak pula boleh
menjalan,” kata isteri Petani itu. Dia sudah menjadi
tamak. Dia mahu mendapatkan lebih banyak ikan.

Keesokkan paginya, mereka pergi ke Sungai.


Apabila sampai di tengah-tengah Sungai, petani
itu segera menjala. Namun dia terkejut kerana
jalannya terasa sangat berat.

“Saya tidak terdaya hendak menarik jala ini. Jala 


ini sangat berat,” kata Petani itu.

“Tentu banyak ikan,” kata isterinya dengan


perasaan sangat gembira.

Tanpa berlengah lagi, Petani itu cuba sedaya


upayanya menarik jala tersebut. Alangkah
terkejutnya Petani itu kerana di dalam jala itu rupa-
rupanya terdapat rantai emas.

Isterinya sangat gembira. “Wah rantai emas! rantai


emas! Kita akan kaya-raya, “isterinya menjerit-jerit
kerana sangat gembira.

 “Tarik! Tarik! kata isterinya.


Petani itu terus menarik rantai emas itu. Rantai
emas itu sangat panjang.

Tarik! Tarik! kata isterinya lagi

Petani itu terus menarik lagi.

Tarik! Tarik! isterinya menyuruh lagi

“Janganlah tamak!  kita kerat sahaja rantai ini.


Cukuplah sebanyak ini. Petani itu cuba menasihati
isterinya.

Tetapi Petani itu dimarahi oleh isterinya, “Awak ini


sangat bodoh. Kita akan menjadi kaya raya. Tarik
rantai emas ini. Jangan berhenti!

Mahu tidak mahu terpaksalah petani itu terus


menarik rantai emas tersebut. Perahu yang
mereka naiki menjadi semakin berat. Akhirnya
tenggelamlah perahu itu.

Petani itu terpaksa berenang ke tebing sungai


untuk menyelamatkan dirinya. Dia tidak sempat
menyelamatkan isterinya. Matilah isterinya yang
sangat tamak itu.

Hai Kawan-kawan,
Pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini
ialah sikap tamak kebendaan akan membawa
adahan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai