Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA PENUBUHAN PENGGUNA

DITUBUHKAN OLEH

PISMP PT SEMESTER 4

AMBILAN JUN 2015

DIBAWAH SELIAAN:

UNIT KOKURIKULUM,IPGKTAA

1
1.0 Nama persatuan

Persatuan Pengguna

2.0 Moto persatuan

“MINDA BIJAK, BIJAK PENGGUNA”

3.0 Pengenalan

Persatuan ini ditubuhkan dengan usaha guru pelatih PISMP Bahasa Tamil Semester Empat
Ambilan Jun 2015 , IPGKTAA di bawah sediaan Unit Kokurikulum. Seramai 16 orang guru
pelatih dari kursus yang sama merupakan ahli dalam persatuan ini. Persatuan ini bertujuan
untuk memberikan peluang kepada guru- guru pelatih untuk melibatkan diri secara aktif dalam
menjayakan program-program yang telah dirancang. Di samping itu, persatuan ini juga mampu
memberikan pendedahan mengenai isu-isu hak pengguna.

4.0 Rasional

Seperti yang diketahui, persatuan ini telah ditubuh untuk memberi pengalaman baru kepada ahli
kelab pengguna Afzan secara langsung tentang pengguna. Pengalaman yang diperolehi ini
diharap dapat membantu guru pelatih mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang
penubuhan persatuan pengguna. Dengan persatuan ini, juga membolehkan guru pelatih lebih
jelas tentang perkara yang perlu dilakukan dalam persatuan serta dapat menyumbangkan
maklumat kepada warga IPGKTAA.

5.0 Objektif

Persatuan ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif:

a) Mengukuhkan kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin muda dalam


penubuhan kelab dan persatuan.
b) Mengukuhkan kemahiran merancang program dan melaksanakan aktiviti persatuan
semasa menjadi pemimpin di sekolah.
c) Menimba pengetahuan baru dalam kalangan guru pelatih tentang ilmu kepenggunaan
untuk diaplikasikan di sekolah kelak.

2
d) Mendapatkan maklumat tentang tujuan penubuhan persatuan pengguna pada peringkat
sekolah dan institusi pengajian tinggi.

5.0MATLAMAT

5.1Memupukkan minat dalam menyedari hak sebagai seorang pengguna yang bijak.

5.2Meningkatkan taraf kemahiran dalam menuntut hak sebagai pengguna dan menjadi
pengguna bijak.’

6.0 PERLEMBANGAAN

Rujuk lampiran 1

7.0 MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2017
PERSATUAN PENGGUNA
TARIKH : 4 JANUARI 2017
MASA : 2.30- 3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
HADIR BERSAMA : TIADA
PERKARA AGENDA
1. Kata Alu-aluan Pensyarah penasihat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar
seramai 50 orang yang berdaftar bagi tahun 2017 dan memulakan
mesyuarat dengan bacaan Ummul-kitab. Beliau berterima kasih
kepada pelajar kerana mendaftar sebagai ahli Kelab Persatuan.

1.2 Pensyarah penasihat memperkenalkan guru yang menerajui


Kelab Pengguna bagi tahun 2017 iaitu Nithyaathevi a/p Marathandy.
2. Pelantikan AJK 2.1 Pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi dipilih berdasarkan undian
Tertinggi majoriti dan berikut adalah nama yang memegang jawatan dalam
Kelab Memanah:

Penaung : Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof, SMP


Pensyarah Penasihat : Encik Jailani bin Che Isa
Pengerusi : Nithyathevi a/p Marathandy

3
Naib Pengerusi I : Shalini a/p Ravichandran
Setiausaha : Hemavati a/p Rawy
Bendahari : Nithyaarubiny a/p Rathakrisnan
2.2 Pensyarah penasihat menerangkan bidang tugas setiap
jawatankuasa dan memohon agar ahli memberi kerjasama yang
sebaik mungkin

3.Yuran Tahunan 3.1 Mesyuarat bersetuju untuk mengenakan yuran kepada ahli
sebanyak RM1.00 dan yuran bulanan sebanyak RM2.00 sebulan
boleh dibayar secara ansuran mengikut kemampuan .
3.1 Yuran boleh dibayar kepada bendahari dengan kerjasama AJK
mengikut kelas yang telah dilantik.

4. perancangan 4.1 Pensyarah penasihat menyatakan dan menerangkan aktiviti


aktiviti tahunan berkaitan dengan Persatuan Pengguna dan perancangan tahunan
tersebut akan diedarkan kepada semua ahli.

5. Hal-hal Lain 5.1 Pelajar diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan


perlembagaan Persatuan Pengguna dan sentiasa menjaga disiplin
sepanjang aktiviti yang akan dijalankan.
5.2 Kehadiran untuk perjumpaan juga diingatkan bahawa ianya
adalah wajib bagi ahli supaya aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan baik.
6. Penutup 6.1 Mesyuarat agung kali pertama bagi sesi 2017 ditangguhkan
pada jam 3.30 petang dan guru mengucapkan ribuan terima kasih di
atas kehadiran guru dan pelajar.
6.2 Mesyuarat disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al-As’ dan
perjumpaan berikutnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

4
Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………………. …………………………………………………..

(HEMAVATI A/P RAWY) (ENCIK JAILANI BIN CHE ISA)

Setiausaha Persatuan Pengguna Pensyarah Penasihat Persatuan Pengguna

IPGKTAA IPGKTAA

8.0Ahli jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof, SMP

Penasihat : Encik Dr Abdul Shatar Bin Abdul Rahman

Ketua Unit Kokurikulum : En Shukri bin Mat Yaakob

Penyelaras : Encik Jailani bin Che Isa

Pengerusi : Nithyathevi a/p Marathandy

Naib pengerusi : Shalini a/p Ravichandran

Setiausaha : Hemavati a/p Rawy

Bendahari : Seetha a/p Rajah

Ajk Dokumentasi : Nithyaarubiny a/p Rathakrisnan

Ajk aktiviti : 1) Pavitra a/p Raman

2) Alice Joy a/p Antonysamy

Ajk fotografi : Seetha a/p M.Rajah

9.0Misi persatuan

 Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab pengguna serta isu-isu


kepenggunaan semasa
 Meningkatkan pengalaman, kemahiran dan kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan.

5
 Memupuk semangat berpasukan dan bersatu padu di kalangan ahli-ahli kelab dalam
membuat keputusan dan menyuarakan pendapat dalam hal-hal kepenggunaan.

10.0Visi persatuan

Untuk membentuk generasi pengguna yang bijak, rasional, kompeten dan bertanggungjawab
dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA.

11.0Peraturan yang mesti dipatuhi

9.1 Dibuka kepada semua guru pelatih dan warga IPGKTAA.

9.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang dan yuran yang disediakan.

9.3 Ahli – ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembangan dan akan
mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

12.0 KUMPULAN SASARAN

100 Guru pelatih

13.0Logo persatuan

14.0 SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN

-Rujuk lampiran

6
15.0Cadangan/ aktiviti

Bil Cadangan dan aktiviti Catatan

1. Kempen Hak Pengguna Bulan Januari 2017

2. Pertandingan Jualan Makanan dan Bulan Februari 2017


minuman

3. Pertandingan Debat Pengguna Bulan September 2017

4. Lawatan ke JAKIM ( Bahagian Bulan November 2017


Kepenggunaan)

16.0Penutup

Penubuhan Persatuan Pengguna ini akan memberikan peluang kepada para pelajar Institut
Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan,
berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis.

Seandainya persatuan ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk
menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi
memudahkan pengurusan persatuan ini berjalan dengan lancar.

Diharap Kertas Kerja Persatuan Pengguna Afzan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya
oleh pihak atasan Institut Perguruan Afzan demi mempertingkat mutu dan kualiti seorang guru
pelatih.

Disediakan oleh,

……………………

(HEMAVATI A/P RAWY)

SETIAUSAHA,

KELAB PENGGUNA AFZAN,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

7
Disemak oleh,

……………………..

(A.JAILANI BIN CHE ABAS)

PENSYARAH PENASIHAT,

KELAB PENGGUNA AFZAN,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Disokong oleh,

…………………….

(ENCIK SYUKRI BIN MAT YAAKOB)

KETUA UNIT KOKURIKULUM,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS.

Diluluskan oleh

……………………..

(TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD TUSOF, SMP)

PENGARAH,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

8
LAMPIRAN 1

PERLEMBANGAN

PERSATUAN PENGGUNA AFZAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

1. NAMA DAN ALAMAT

Kelab ini akan dinamakan Persatuan Pengguna Afzan, IPGKTAA. Alamat persatuan
ini adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, KM10 Jalan
Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

2. MATLAMAT

2.1 Memupukkan minat dalam menyedari hak sebagai seorang pengguna yang bijak.

2.2 Meningkatkan taraf kemahiran dalam menuntut hak sebagai pengguna dan
menjadi pengguna bijak.’

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga IPG yang mempunyai pengetahuan asas hak pengguna.

3.2 Mampu menarik ramai ahli setiap tahun.

4. KEAHLIAN

9
4.1 Dibuka kepada semua guru pelatih dan warga IPGKTAA.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang dan yuran yang
disediakan.

4.3 Ahli – ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembangan
dan akan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan tujuan persatuan
ini.

5. PENSYARAH PENASIHAT

5.1 Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPGKTAA ini.

5.2 Pensyarah penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak
merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan
perlu.

5.3 Pensyarah penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama – sama ahli – ahli
semasa aktiviti dijalankan.

5.4 Pensyarah penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa mesyuarat Agung.

10
6.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasiha atau AJK Tertinggi tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan
jawatan kepada Pensyarah Penasihat atau Pengerusi.
6.6 Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri ;
 Pengerusi
 Timbalan Pengerusi
 Naib Pengerusi (bilangan ikut keperluan)
 Setiausaha ½
 Bendahari ½
 AJK Induk bergantung kepada keperluan

7. KEWANGAN
7.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung iaitu RM5.
7.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
7.3 Ahli- ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma/ yuran khas bagi membiayai ahli- ahli tersebut.

8. KEHADIRAN/ PENYERTAAN
8.1 Ahli- ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian melebihi 5 kali tanpa sebab yang munasabah boleh
dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan/ kelab.

9 . AKTIVITI

11
9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat
AJK.

9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat atau
Pengerusi dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

10. PERATURAN-PERATURAN

10.1. Peraturan Kelab Pengguna Afzan IPGKTAA menjadi peraturan asas.

10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib Kelab
Pengguna Azfan IPGKTAA.

11. TINDAKAN DISIPLIN

11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pesatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

11.2 Tindakan disiplin adalah cara berikut;

11.2.1 Amaran lisan

11.2.2 Amaran bertulis

11.2.3 Gantung keahlian

11.2.2 Pecat keahlian

11.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12
11.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Pensyarah Penasihat secara bertulis dan keputusan Pensyarah
Penasihat adalah muktamad.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembangan ini sah sehingga ia dipinda.

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK dan Pensyarah
Penasihat secara lisan dan bertulis.

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Pensyarah Penasihat dan AJK akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan


kelab/persatuan dan disahkan oleh Pensyarah Penasihat.

13. PEMBUBARAN PERSATUAN

13.1 Pensyarah Penasihat diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

13.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

14. HAL-HAL LAIN

1.4.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

13
1.4.2 Ahli – ahli hendaklah sentiasa peka dan patuh dalam mengikut setiap aktiviti yang
dengan penuh minat.

Tandatangan Setiausaha, Pengerusi, Pensyarah Penasihat

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

Cop Sekolah :
Tarikh

Pengetua

14
LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN PENGGUNA 2017

1. AMIN RAZLEE BIN SUHAIMI

2. AMIRUL KHUZAIMI BIN ZULHISHAM

3. AZAM AHMAD BIN AZHAR

4. HALIZA BINTI NOOR HASNI

5. MOHD AKMAL ARIS BIN SHAMSUL

6. MOHD AMIR HAZIQ BIN FUAD

7. MOHD AMIRUL FAIZ BIN HASHIM

8. MOHD AZRUL FITRI BIN AZHARI

9. MOHD DANIAL BIN NOOR AZAAM

10. MOHD FAIZ BIN M. DAUD

11. MOHD HAFIS BIN ABD RAHMAN

12. MOHD KUZYRIEN BIN MOHD ASRI

13. MOHD MISWAR ADHAA

14. MOHD SHAFIQ BIN ABU BAKAR

15. MOHD SHAFIQ BIN AMIRUL

16. MUHAMMAD DANIAL B. CHE LANG BESANA

17. MUHD IKMAL BIN ISMAIL

18. MUHD SYAZWAN SYAZAN BIN ABDUL HALIN

19. NUR FATIN BT MOHD ROSHID

15
Lampiran 3

SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN

Persatuan Pengguna Afzan

Institut Pendidikan Guru Kampus

Tengku Ampuan Afzan Tel: 06-3153512

Ruj.Kami : SKPK2

Tarikh : 10 Januari 2017

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus

Tengku Ampuan Afzan

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN PENGGUNA AFZAN(L/P)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Pengguna (L/P) memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Persatuan Pengguna di IPGKTAA
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan
(A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

16
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan

3.2 Senarai ahli jawatankuasa Persatuan Pengguna

3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………

(HEMAVATI A/P RAWY)

Ahli Jawatankuasa Pengguna

IPGKTAA, KUALA LIPIS

17

Anda mungkin juga menyukai