Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PELAKSANAAN PROGRAM KEPENGGUNAAN TAHUN 2023

1.0. NAMA PROGRAM


Pendidikan kesihatan pengguna (minda dan emosi sihat)

2.0. TAJUK PROGRAM


Pengguna Bijak : Bina Diri, Bimbing Rakan

3.0. DOMAIN CEI :


Purchasing Decision / Redress / Financial Literacy

4.0. TUJUAN / LATAR BELAKANG

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan


pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN
KSH) bagi pelaksanaan program “Pengguna Bijak : Bina Diri Bimbing Rakan”.

Pada masa kini di Malaysia terdapat kira-kira 1.7 juta penjawat awam yang
terdiri dari pelbagai latar kaum, bangsa dan agama. Mereka merupakan
kelompok pengguna yang memberikan kesan besar terhadap ekonomi
negara. Penjawat awam mempunyai kuasa beli besar dan lebih stabil kerana
menerima pendapatan secara tetap secara bulanan dan terdapat peningkatan
pendapatan tahunan.

Menjadi satu keperluan kritikal untuk membimbing penjawat awam agar


membuat keputusan yang bijak dalam berbelanja. Pengguna yang bijak dapat
memantapkan ekonomi keluarga dan seterusnya mengelakkan mereka
membuat keputusan yang salah dan merugikan.

Justeru itu satu program literasi pengguna yang mengunakan aplikasi


pendekatan psikologi (psychological approach) dan bimbingan boleh di
adakan sebagai langkah pencegahan isu-isu kepenggunaan di kalangan
penjawat awam.

1|Page
5.0. OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini peserta akan:

i. Mengetahui dan memahami personaliti diri sendiri dan orang lain yang
berbeza dan unik.
ii. Mengaplikasikan pengetahuan asas psikologi untuk menjadi seorang
pengguna yang rasional dan mampu mengawal emosi.
iii. Menggunakan pengetahuan kepenggunaan untuk membina keyakinan
diri dan membimbing rakan-rakan sekerja.

6.0. OUTCOME PROGRAM


Outcome dari program ini adalah seperti berikut:

i. Melahirkan pengguna pintar di kalangan ahli AKRAB dan penjawat


awam muda.
ii. Melahirkan ahli AKRAB dan penjawat awam muda yang mampu
memahami dan mengawal emosi.
iii. Melahirkan ahli AKRAB bersedia membimbing rakan sekerja berkaitan
literasi kepenggunaan.

7.0. MAKLUMAT PELAKSANAAN


i. Lokasi : Hotel / Institut Latihan Awam (ILA) / Premis awam
ii. Penganjur : Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)
MAK yang ditubuhkan pada 7 Ogos 2015, adalah sebagai sebuah
organisasi kebangsaan bagi ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Awam (AKRAB) yang berperanan sebagai agen penggerak kepada
pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan
untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha
membantu Pengurus Sumber Manusia di sektor awam. Disamping itu,
AKRAB juga berperanan menjadi penyumbang kepada usaha
membangunkan modal insan yang kompetan dan berdaya saing.

iii. Tarikh Pelaksanaan : bulan Februari dan Jun 2023

2|Page
8.0. KUMPULAN SASAR
i. Ahli AKRAB dari pelbagai kementerian / jabatan dan agensi.
ii. Penjawat awam muda (18 – 40 tahun) dari pelbagai
kementerian / jabatan dan agensi.

9.0. BILANGAN PESERTA


100 orang x 2 Siri = 200 orang

10.0. PENGISIAN PROGRAM

10.1. Aktiviti yang akan dijalankan :


i. Taklimat Urus Setia – 15 minit
ii. Pengenalan Program dan Taaruf (Ice Breking) – 60 minit.
ii. Kembara Personaliti – 120 minit.
iii. Psikologi dan Pengguna – 120 minit.
iv. Perkongsian Pengalaman / Latih amal – 30 minit .
v. Rumusan & Penilaian – 30 minit.

10.2. Aturcara Majlis:

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Pendaftaran peserta
Sarapan
9.00 pagi Taklimat Urus Setia
9.15 pagi Slot 1 - Pengenalan Program & Taaruf (Ice Breking)
10.15 pagi Minum pagi
10.30 pagi Slot 2 - Kembara Personaliti
12.30 tghri Rehat / Makan Tengahari
2.00 petang Slot 3 - Psikologi dan Pengguna
4.00 petang Slot 4 - Perkongsian Pengalaman / Latih amal
4.30 petang Rumusan dan Penilaian
Majlis Penutup
Minum petang
5.00 petang Bersurai

3|Page
11.0. BILANGAN PENCERAMAH / FASILITATOR

i. Penceramah – 2 orang.
(Pegawai Psikologi, Ahli AKRAB yang terlatih atau penceramah
yang mahir dalam tajuk yang berkaitan).
ii. Fasilitator – 5 orang.
(Ahli AKRAB yang terlatih / AKRAB Pakar Modul i-MIND).
Catatan : Modul i-MIND telah dibangunkan oleh MAK dengan
Kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.

12.0. ANGGARAN TERPERINCI PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


(RM)
1 Pakej makan minum RM50 x 120 orang x 2 12,000.00
Peserta & Urus Setia / Siri
Pengendali kursus
2 Bayaran penceramah RM300 x 6 jam x 2 Siri 3,600.00
3 Bayaran Fasilitator RM200 x 5 orang x 2 Siri 2,000.00
4 Saguhati Juruteknik / RM100 x 2 orang x 2 Siri 400.00
Petugas ICT / Teknikal
5 Nota dan bahan kursus RM35 x 100 orang x 2 7,000.00
Siri
6 Sewaan dewan & RM2,500 x 1 hari x 2 Siri 5,000.00
Peralatan Audio Visual
7 Kos pengangkutan / RM2,500 x 2 Siri 5,000.00
Promosi / Cetakan /
Bahan guna habis /
Telekomunikasi / Sijil
JUMLAH 35,000.00

4|Page
13.0. PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN AMAUN


1 Persatuan 1,000.00
2 Sumbangan / Sumber Lain (KPDNHEP) 32,000.00
3 Bayaran Peserta (RM10 x 100 orang x 2 Siri) 2,000.00
4 Lain-lain (nyatakan) Tiada
JUMLAH 35,000.00

14.0. KESIMPULAN / PENUTUP

14.1. Program “Pengguna Bijak : Bina Diri, Bimbing Rakan” ini wajar
dilaksanakan agar ianya dapat melahirkan penjawat awam yang celik
hak sebagai pengguna dan hidup sejahtera.

14.2. Ilmu kepenggunaan berdasarkan aplikasi psikologi dapat membantu


memantapkan lagi kompetensi ahli AKRAB dalam aspek membimbing
dan melahirkan warga penjawat awam muda yang celik ilmu
kepenggunaan.

5|Page

Anda mungkin juga menyukai