dengan baik semua simbol atau informasi yang ada pada peta. Kalau anda dapat membaca peta dengan baik dan benar, maka anda akan memiliki gambaran mengenai keadaan kawasan yang ada dalam peta, walaupun belum pernah melihat atau mengenal muka bumi secara langsung. Apa yang perlu dilihat dalam peta? 1. Tajuk peta / nama kawasan peta 2. Lokasi kawasan, melalui letak garis lintang dan garis bujur. 3. Arah, melalui petunjuk arah (orientasi). 4. Jarak atau luas suatu tempat di lapangan, melalui skala peta. 5. Ketinggian tempat, melalui titik trianggulasi (ketinggian) atau melalui garis kontur. 6. Kecerunan lereng, melalui garis kontur dan jarak antara garis kontur yang berdekatan. 7. Sumber alam, melalui petunjuk.
Teknik asas menggunakan peta dan kompas Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendah anda pergi.(arah yang hendak dituju). Ikut segala prosudur yang telah ditetapkan contoh: (a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara (b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui, (c) Merancang untuk memudahkan untuk sampai ke destinasi. Langkah Pertama:
1.Letakan kompas anda pada peta, tandakan tempat yang hendak dituju, berdasarkan bearing yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu). 2.Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. 3.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'.
4.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada). Langkah Kedua:
1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan
2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di peta.
3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta.
Langkah Ketiga:
1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.
2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan anak panah. 3.kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi.
Peringatan. Elakkan sebarang halangan dengan membuat bearing baru dan apabila halangan sudah dielak, kembali semula ke arah yang ingin dituju. semasa anda berjlan atau berlari ke kawasan yang ditujui, kemungkinan kompas "capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa ke semasa agar anda tidak tersasar. Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak ditujui.