Anda di halaman 1dari 2

Penerokaan dan Penjelajahan Barat

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada
abad ke 15 dan 16.
Pengenalan :
o
Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.
o
Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
o
Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.
o
Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan
penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan
(gospel).
Isi :
Gerakan Renaissance :
o
gerakan
ini
merubah
cita-cita
dan
bangsa
Eropah
serta
humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.
o

menyemai

ciri-ciri

Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul
zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.

Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :


o
Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam
perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut
kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.
o

Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme


yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasankawasan baru.

Menyebarkan agama Kristian :


o
Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian
di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin
meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.
o

Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan
kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan
tersebut.

Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :


o
Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas.
Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan
besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.
o
o

Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut
ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu
Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Perang Salib :
o
Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini
melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiarsiar dan belayar.
o

Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan
rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Perlumbaan diantara negara-negara bangsa :


o
Pertugis ,Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu
sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang
mereka.
Kemajuan dalam teknologi pelayaran :
o
Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut.
Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada
abad ke15.
o

Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.

Pengetahuan tentang dunia luar :


o
Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina
mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.
o

Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan
Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

Kesimpulan :
o
Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan
penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.
o

Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan
perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai