Anda di halaman 1dari 1

KONSEP MIKRO

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Mengikut Wallace dalam Rahil (1997), pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Ia merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan.

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesion perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang

digunakan oleh guru dalam perhubungan bersemuka di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro berfokus kepada proses melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

Anda mungkin juga menyukai