Anda di halaman 1dari 3

TETAMU SENJA A.

SAMAD SAID 2007


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
26 Komen | A. Samad Said | Pautan Kekal
Dikirim oleh Admin

Biografi A. Samad Said

Februari 13, 2007

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri,
Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing
Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh
keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu
Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya
dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).
Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita
Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan
terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The
New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif
berkarya.
Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak
membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya,
Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height,
dan Almayers Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan
dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa
karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan
Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan
karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di
persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak
Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah
Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu
Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi
(1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan

puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh
Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina,
Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau
Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan
kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai
anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah
Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).
Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah
kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua
Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)
Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi
titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana
kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan
kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said
berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan
bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang
luas.
Antara Hasil karya:
A Samad Said (Antologi Puisi)
Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan
Sumber:

Anda mungkin juga menyukai