Anda di halaman 1dari 12

TOKOH-TOKOH AHLI SUFI YANG MASYHUR

Syeikh Abdul Qadir al Jilani.


 
Nama beliau dan keturunan sebelah ayah.

Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin
Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al
Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam
Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni
bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib,
KarramAllahu wajhah.
Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin
Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i
(lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al
Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al
Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al
Batul.
Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 471H dan beliau kembali kerahmatullah
pada 561H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 90 tahun. Beliau
dimakamkan diserambi madrasahnya. Nasaruddin mengkebumikan beliau pada
paginya sambil membacakan Qasidah yang berbunyi “ Kesedihan (merujuk
kepada kematian) pada pagi ini merupakan kekalahan Jilani, di mana beliau
merupakan sumber makrifah yang terkenal”

Penampilan Abdul Qadir;

Al Imam Muwafik Al Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad
bin Qudamah Al Muqaddisi berkata, “Shaykh Al Islam Al Shaykh Mahyuddin Abu
Muhammad Abdul Qadir alJilani r.a. Merupakan seorang yang kurus dan tinggi
dan berupa baik dengan bulu keningnya bercantum. Suara beliau nyaring dan
beliau berpengetahuan luas.
Abd Qadir dibesarkan dengan menghafal Al Quran sejak kecil
dan sehinggalah pada umur beliau 18 tahun, beliau mula
merantau ke Baghdad pada tahun 488H.

KISAH DIPELIHARA OLEH ALLAH


PENDIDIKAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Baghdad menjadi pusat keilmuan terbesar di dunia Islam.
Menjadi kebiasaan perjalanan untuk menuntut ilmu
disesuaikan dengan usia penuntut ilmu tersebut. Jika usia
sudah mencukupi, mereka akan pindah daripada kampung
halaman untuk mencari ilmu sebagai manfaat dalam hidup
mereka. Syeikh Abdul Qadir Jailani menuju ke Baghdad
pada tahun 488 Hijrah dan usianya ketika itu adalah 18
tahun.Beliau menuntut ilmu selama 32 tahun dan di dalamnya
terdapat pelbagai ilmu yang dipelajari seperti ilmu syariat kemudian
mula mengajar pada tahun 520 Hijrah.
Walaupun beliau harus menempuh perjalanan jauh, mengalami
kesulitan hidup selama menuntut ilmu, tetapi semua itu tidak
mengurangi semangatnya dan tidak melemahkan azamnya untuk
menuntut ilmu. Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang
penderitaan yang dialami oleh beliau. Di mana pada suatu hari
ketika beliau pulang melalui tengah-tengah kota, beliau tidak
menjumpai satu tumbuhanpun kecuali sudah didahului oleh orang
lain, sehigga beliau tiba di masjid Yasin di pasar Rayyahin di
Baghdad. Badannya sudah lemah dan akhirnya terjatuh ditepi
masjid tersebut dan beliau merasakan sudah hampir mati. Tiba-tiba
masuklah seorang pemuda bukan arab yang membawa roti lazat
berisi daging. Pemuda tersebut duduk dekat dengannya dan
makan.
• Tiba-tiba orang asing itu menoleh kepadanya sambil berkata
Bismillah,ambillah ini wahai saudaraku. Tetapi beliau menolaknya,
lalu dia bersumpah kepadanya. Beliaupun tetap menolaknya
dengan bersumpah. Tetapi akhirnya saya menerima pemberian
itu, lalu beliau makan sedikit. Pemuda tersebut bertanya
kepadanya apakah pekerjaan, asal dan namanya. Beliau
menjawab saya seorang pelajar daripada Jailan. Pemuda
tersebut juga berasal daripada Jailan dan sedang mencari
seorang pemuda yang bernama Abdul Qadir. Maka beliau berkata
akulah orannya. Pemuda itu berasa bimbang kerana telah
menggunakn sedikit wang tersebut yang dikirimkan oleh ibu
Syeikh Abdul Qadir. Pemuda tersebut meminta maaf lalu
memaafkannya.
GURU-GURU SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Syeikh Abdul Qadir Jailani Allah yarham mempunyai ramai guru
yang daripada merekalah beliau mengambil ilmu dan amal. Diantara
guru beliau adalah Hammad bin al-Dibas. Hammad bin al-Dibas
merupakan guru yang sangat tegas dalam mendidik anak didik
beliau, terutamanya Syiekh Abdul Qadir Jailani. Ketika Syeikh Abdul
Qadir datang lambat ke kelas, beliau telah dimarahi dan dipukul
dengan teruk oleh gurunya dan gurunya berkata kamu adalah
seorang pelajar yang degil kepada para fuqaha'. Alasan gurunya
berbuat demikian bukanlah kerana gurunya membenci beliau. Tetapi
hanyalah untuk mendidik Syeikh Abdul Qadir Jailani menjadi seorang
yang mempunyai akhlak yang mantap dan lebih sabar.
MURID-MURID SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
• Syeikh Abdul Qadir Jailani seorang yang berjaya dalam
pendidikan. Disebabkan kejayaan tersebut, maka berduyun-
duyunlah manusia ingin menjadikan beliau sebagai guru mereka.
Telah merekod al-Syatnufi dalam kitabnya bahawa seramai 117
nama daripada orang-orang yang berguru kepada beliau. Ramai
juga dikalangan ulama dan para fuqaha yang menjadikan beliau
sebagai guru mereka. Antara orang-orang yang berguru kepada
Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah anak-anaknya sendiri. Beliau
mempunyai 49 anak dan ramai diantara mereka yang hidup dan
menuntut ilmu daripada ayah mereka, lalu menyebarkan ke
penjuru negeri.
KARYA-KARYA DAN KEDUDUKANNYA SECARA
ILMIAH
• Disebabkan kesibukan beliau dalam menuntut ilmu dan
memberikan nasihat, keperihatinan beliau dalam bidang penulisan
dan karya ilmiah sangat terhad. Seandainya beliau mahu menulis
ilmu dan pengetahuannya seperti ulama-ulama yang lain yng
sezaman dengannya atau yang hidup sebelum dan sesudahnya,
tentulah beliau meninggalkan warisan keilmuan yang besar dan
bermanfaat kepada kita. Tetapi beliau ada menulis beberapa kitab
atas permintaan anak murid dan sahabat beliau seperti kitab Al-
Ghinyah, Futuh al-Ghaib dan kitab al-Fath al-Rabbani wa al-Faidh
al-Rahmani.
KESIMPULAN
• Untuk menjadi seorang mukmin yang terbilang kita mestilah
menjadikan Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai contoh teladan
dalam kehidupan seharian kita. Khususnya dalam menuntut ilmu.
Kita seharusnya mengambil iktibar daripada semangat dan
kegigihan beliau didalam mencari ilmu. Kita juga digalakkan untuk
menerapkan sifat-sifat terpuji Syeikh Abdul Qadir Jailani dalam diri
kita seperti dengan menghormati guru, saling memberi peringatan
sesama rakan dan tidak terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak bermoral.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai