Anda di halaman 1dari 5

Koleksi 30 Kuih apa yang paling selamat?

Kereta apa yang dah sah kita tahu yang ia ada hon?

Bilakah masanya seseorang itu menutup aurat walaupun sebelum ini tidak?

Banyak-banyak nasi, nasi apa yang orang tidak makan dan jika diterima akan dibuang?

Banyak-banyak peralatan, peralatan apa yang selalu minta untuk ke Amerika?

JAWAPAN - Kuih koci. - Honda. - Bila dikafankan. - Nasihat. - Senduk (send UK). Koleksi 32 Apabila ditarik, yang berada diatas gembira, tetapi yang berada di bawah merana. Apakah itu?

Kenapa ultraman ada kat Jepun?

Banyak-banyak jus, jus apa untuk kamu?

8 tolak 3 = ??

Kenderaan yang paling over di dunia?

JAWAPAN - Memancing. - Sebab raksasa banyak sangat kat Jepun. - JUSt for you. - 3 akan jatuh. - Hoverkraf. Koleksi 31 Jika seorang imam sedang solat, tiba-tiba datang seekor anjing lalu menjilat kakinya. Adakah solat imam itu sah?

Ada satu jambatan yang kukuh sekali, mula-mula datang seekor gajah tetapi jambatan itu tetap teguh, kemudian datang pula seekor semut dan jambatan itu roboh. Kenapa?

Jika diberi kertas ini anda tidak akan membakarnya?

Siapa yang boleh dirunding mengenai soal hati?

Kawasan paling banyak air?

JAWAPAN

- Sah. Kerana anjing itu menjilat kakinya, bukan kaki imam. - Kerana jambatan itu hanya kukuh sekali sahaja. - Duit kertas. - Doktor la. Huhuhu... - Airport Koleksi 33 Kereta ini besar, tetapi kalu diberi percuma tiada siapa yang ingin naik. Kereta apa?

Gunung apa yang kematian suami?

Sungai apa paling banyak air?

Tie apa berbelang-belang?

Kerja apa yang wanita tak boleh join?

JAWAPAN - Kereta mayat. - Gunung Kina(balu). - Sungai Missisipi (air = i). - Tiger. - Salesman la. Kalau wanita orang panggil Saleswoman Koleksi 34 Banyak-banyak binatang, binatang apa yang boleh digunakan untuk mencapai buah di atas pokok?

Bandar ini terletak di Malaysia, tetapi kepunyaan orang putih. Bandar apa itu?

Ikan ini ada masalah kulit?

Kawasan yang suka membandingkan dirinya dengan yang lain?

Banyak-banyak coklat, coklat apa tidak boleh dimakan?

JAWAPAN - Udang galah. - Georgetown (kat penang) - Ikan Jelawat. - Tasik Banding. - Kumpulan Cokelat (dari Indonesia) Koleksi 35 Pokok apa lebih tua daripada kita?

Selain binatang, apa lagi yang makan padi?

Tempat apa yang paling suka dikunjungi oleh duda?

Binatang yang suka vacation?

Kelab bola yang ada kaitan dengan tubuh badan? JAWAPAN

- Pokok (KAK)TUS. - Pagar. (harapkan pagar, pagar makan padi) - Kampung Janda Baik. - Ikan Kelah. - LIVERPOOL (liver=hati) Koleksi 36 Telor apa yang paling ganas?

Sukan apa yang paling memenatkan?

Yang membuat tidak memerlukanya, yang membeli tidak memakainya, dan yang memakai tidak memesanya. Apa itu?

Jika orang bisu boleh bercakap, apakah perkataan pertama yang akan dicakapkan?

Sebutkan perbezaan nasi ayam dan nasi lemak?

JAWAPAN - Telor puyuh, pasal ada banyak tatu. - Catur, kerana memerlukan kita mengangkat kuda. - Batu Nisan. - Test-test 1,2,3 . - Kira-kira 50 sen.

Anda mungkin juga menyukai