Anda di halaman 1dari 4

Penerimaan buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah

bermula pada tahun 1975. Skim ini melibatkan semua sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara yang
lebih berpandu.

Kepentingan Buku Teks


SPBT
Bebanan kewangan tidak akan menjejaskan pendidikan anak-anak dengan
adanya buku teks SPBT. Semua murid yang tidak berkemampuan dari segi
kewangan tiada alasan untuk mendapatkan buku teks. Hal ini dapat
mengelakkan keciciran.

Tanggungjawab Guru dan


Murid
Setiap guru, khususnya guru pengurus SPBT dan guru kelas perlu
memastikan semua murid telah mendapat buku teks yang sewajarnya untuk
pembelajaran mereka.

Murid dengan bimbingan ibu bapa pula perlu menjaga buku teks sebagai satu
amanah yang besar. Memandangkan buku tersebut akan diwarisi oleh murid
pada tahun-tahun akan datang, buku perlulah dibalut dan dijaga dengan rapi.

Kerosakan Buku Teks SPBT


Hal yang mendukacitakan adalah kerosakan dan kehilangan. Buku teks yang
rosak perlu dibaik pulih. Sekiranya keadaan terlalu uzur, ibu bapa perlu
menggantikan buku tersebut dengan buku yang baharu.

Surat Gantian Buku Teks SPBT


(Ibu Bapa)
Kehilangan buku teks juga perlu gantian untuk mengelakkan timbul masalah
bagi pengguna tahun berikutnya. Ibu bapa perlu membeli buku gantian di
kedai-kedai buku berhampiran untuk menggantikan yang hilang.

Sekiranya sukar untuk mendapatkan buku gantian akibat stok terhad atau
kesukaran capaian pasaran, ibu bapa perlu membuat gantian wang ringgit
sejumlah harga yang tertera pada buku tersebut.
PERATURAN PENGGUNAAN BUKU TEKS

1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam


ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul
plastik sahaja
3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di di tempat
awam dalam maktab seperti psp, makmal, jabatan, DS, café,
Koop, surau, dikoridor.
4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat
buku yang mempunyai kod bar.
5. Pelajar tidak boleh meminjam, mencuri, menyembunyikan
buku teks rakan yang lain.

6. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama


dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi
semasa peminjaman buku pada awal tahun.
7. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun
akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya
dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan
dikenakan denda RM1.
8. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa
ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran
kedua diberi.

B) PROSES  PEMINJAMAN BUKU TEKS SPBT BAGI TINGKATAN 1 DAN  TINGKATAN 4 BAGI
SESI PERSEKOLAHN  2013

PERATURAN SEMASA PROSES PEMINJAMAN BUKU TEKS SPBT.

1. PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBAWA DOKUMEN LENGKAP MENGESAHKAN TAWARAN


KE TINGKATAN 1 DAN 4
2. DIIRINGI OELH IBU BAPA ATAU PENJAGA SEMASA PROSES PEMINJAMAN TERSEBUT
DIJALANKAN.
3. SEBARANG KEHILANGAN BUKU TEKS YANG DIPINJAM AKAN
DIKENAKAN DENDA BERDASARKAN HARGA BUKU TERSEBUT. PELAJAR DIBERI
PILIHAN UNTUK MEMBAYAR HARGA BUKU TERSEBUT ATAU PUN MEMBELI BUKU
YANG BAHARU UNTUK DIGANTIKAN KEPADA UNIT SPBT.
4. BUKU TEKS YANG DIRAMPAS AKAN DIKIRA SEBAGAI HILANG DAN PERLU DIGANTI
JIKA TEMPOH PENEBUSAN BUKU TERSEBUT TELAH PUN TAMAT.
5. SEBARANG KESALAHAN BERKAITAN DENGAN BUKU TEKS
AKAN MENANGGUHKAN PROSES PEMINJAMAN BUKU TEKS UNTUK TAHUN
BERIKUTNYA.
6. DENDA WAJIB DIBAYAR UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG TINDAKAN DIKENAKAN.

Anda mungkin juga menyukai