Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

TAJUK PROPOSAL :

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAHU BAHASA ARAB: KAJIAN TERHADAP BUKU AL- MIFTAH I
METODOLOGI PENYELIDIKAN TXGA6102

PENSYARAH

: Prof. Madya Dr. Faridah Noor Mohd Noor Dr. Jawakhir Binti Mior Jaafar

DISEDIAKAN OLEH : Nor Syahida Binti Ahmad TGA090006

SESI 2011/2012
1

ISI KANDUNGAN BIL 1. Bab 1: Pendahuluan 1.11.21.31.41.51.62. Pengenalan Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian PERKARA HALAMAN 1 1 2 2 3 3 4 5 5 5 6 7 7 7 9 9 9 9 10 10 12 2

Bab 2: Kajian Literatur 2.1- Pengenalan 2.2- Kajian Perpustakaan 2.3- Bahasa Arab di Pusat Asasi UIAM 2.4- Latar Belakang Buku Al- Miftah 2.4.1- Biodata Pengarang Buku Al- Miftah 2.4.2- Buku Al- Miftah

3.

Bab 3: Metodologi Kajian 3.1- Pengenalan 3.2- Reka Bentuk Kajian 3.3- Lokasi Kajian 3.4- Subjek Kajian 3.5- Instrumen Kajian 3.6- Analisis Data

4.

Rujukan

13

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bahasa Arab (BA) merupakan salah satu bahasa terpenting di dunia dan ia terus berkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global masa kini. Tidak dinafikan bahasa ini mula mendapat penerimaan yang baik samada di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Menyedari betapa pentingnya bahasa asing sebagai alat komunikasi untuk kita berinteraksi dengan pelbagai kaum dan bangsa, maka telah banyak usaha dijalankan untuk mempertingkatkan teknik-teknik pengajaran dan pembelajarannya supaya pelajar-pelajar lebih mudah menerima dan mempelajarinya. (Mudhakkirat Al-Daurat Al-Tarbawiyyat Al-Qasirat : 1992 : 1) Begitu juga halnya dengan pendidikan BA di Malaysia, pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu dan terkini telah digabungkan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Namun, masih terdapat kekurangan dan masalah yang sering diperbincangkan dari semasa ke semasa. Antara masalah yang sering dihadapi oleh para pengajar dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran BA ialah buku teks ataupun bahan pengajaran BA. Bahan-bahan yang

disajikan kepada pelajar di negara ini kebanyakannya berasal dari timur tengah. Terdapat juga bahan-bahan yang diterbitkan di Malaysia, namun isi kandungannya tidak sesuai dengan konteks pengajaran dan pembelajaran BA di Malaysia. Inisiatif penulis dalam kajian ini, akan mengkaji, menganalisis dan menilai buku alMiftah I yang dijadikan sebagai buku teks di Pusat Asasi UIAM untuk melihat kesesuaian 41

penggunaan buku ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran BA terutamanya dalam mempertingkatkan mutu nahu BA para pelajar. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Faktor kesesuaian buku teks untuk mempelajari BA masih dianggap penting dan perlu diberi perhatian serius walaupun zaman sekarang ini telah dilambakkan dengan pelbagai kemudahan teknologi baru yang turut membantu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini kerana penulis mendapati kurangnya penyelidikan terhadap buku teks yang menyentuh aspek Nahu BA untuk semua peringkat sama ada di peringkat permulaan, pertengahan ataupun lanjutan. Kebanyakan kajian terhadap buku teks yang dijalankan adalah untuk mengkaji aspek kemahiran berbahasa pelajar. Masalah utama yang menyebabkan penulis memilih buku al-Miftah 1 sebagai kajian ialah kerana ia merupakan sumber rujukan utama para pelajar yang mempelajari BA di Pusat Asasi UIAM, namun daripada pemerhatian penulis ianya masih tidak menepati ciri- ciri

pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan. Oleh itu, penulis ingin mengkaji dan menilai buku tersebut dari aspek kekuatan dan kekurangan dalam meningkatkan pemahaman Nahu BA di kalangan para pelajar serta memberikan cadangan-cadangan yang mungkin dapat mengatasi kekurangan yang wujud sebagai usaha penambahbaikan. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dilakukan oleh penulis mempunyai beberapa objektif iaitu: 1.3.1 Mengkaji kesesuaian buku al-Miftah I dalam membantu pengajaran pensyarah BA di Pusat Asasi UIAM dalam bidang Nahu BA.

5 2

1.3.1 Menyelidik keberkesanan buku al- Miftah I dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap Nahu BA. 1.3.2 Memperkenalkan teknik- teknik pengajaran yang menarik dan sesuai digunakan

terutamanya dari aspek meningkatkan pemahaman Nahu BA.

1.4

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut: 1.4.1 Bagaimanakah buku al- Miftah I dapat membantu para pengajar meningkatkan mutu pengajaran mereka khususnya dalam Nahu BA? 1.4.2 Bagaimanakah buku al- Miftah I dapat membantu para pelajar meningkatkan BA dalam

pemahaman Nahu BA mereka? 1.4.3 Apakah teknik- teknik dan cara pengajaran yang sesuai bagi memudahkan pelajar memahami Nahu BA?

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berdasarkan kepada beberapa kepentingan, antaranya: 1.5.1 Diharap dapat memberi garis panduan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Nahu BA. 1.5.2 Dapat memudahkan pihak yang terlibat dalam penulisan dan penyusunan kurikulum BA untuk mengatur rancangan dan strategi yang sesuai bagi menghasilkan buku teks yang menepati kehendak pensyarah dan pelajar dalam mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap Nahu BA.

36

1.6 BATASAN DAN SKOP KAJIAN Pengkaji memfokuskan kajiannya terhadap buku al- Miftah I dengan membincangkan aspek kekuatan serta kelemahan buku tersebut dari sudut Nahu BA. Kajian hanya melibatkan 20 orang pensyarah, (10 orang berbangsa Melayu dan 10 orang berbangsa Arab) serta 60 orang pelajar berbangsa Melayu (30 lelaki dan 30 perempuan) yang sedang belajar BA di tahun satu dalam kursus aliran sains dan telah mempunyai asas pengajian dalam BA sehingga tingkatan 3 di sekolah.

47
1

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan tentang kajian perpustakaan, BA di Pusat Asasi UIAM dan latar belakang buku al- Miftah I. 2.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN Nahu merupakan satu ilmu yang merangkumi apa sahaja kaedah dan rumus yang membantu seseorang menggunakan bahasa dengan betul, termasuklah kaedah sarf/ morfologi. (Mat Taib Pa, 2006: 17) Pembelajaran Nahu BA sering dianggap susah oleh para pelajar Melayu yang mempelajari BA sebagai bahasa kedua mereka. Ini kerana ia mempunyai makna, struktur dan kaedah yang padat dan kompleks berbanding Nahu bahasa Melayu (BM). Ekoran daripada itu, isu tentang pengajaran Nahu BA sering dibahaskan bagi mencapai kata sepakat tentang kaedah pengajaran yang sesuai bagi memudahkan pemahaman pelajar. Menurut Mat Taib Pa (2006), nahu merupakan satu ilmu yang perlu dimiliki oleh setiap orang yang ingin mempelajari BA, tanpanya mereka tidak dapat menggunakan BA dengan betul. Justeru itu, beliau berpendapat bahawa Jabatan Pendidikan Islam Malaysia (JAPIM) perlu membuat pembaharuan dalam membina kurikulum dan menyusun buku teks BA yang sedia ada. Dr. Arif Karkhi (1993) dalam penulisannya menyatakan bahawa BA mempunyai 7 cabang ilmu yang perlukan kepada teknik- teknik khusus dalam pengajarannya, antaranya ialah ilmu nahu. Selain daripada penglibatan guru, teknik- teknik lain seperti buku sukatan adalah penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam BA. Manakala Mohd Puzhi Usop (2002) dalam kajiannya terhadap buku teks BA yang digunakan Di Pusat Asasi UIAM mendapati kebanyakan pensyarah berpendapat bahawa ia tidak 8 5
1

sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran berdasarkan kelemahannya dari banyak aspek termasuk aspek penerangan Nahu BA yang tidak jelas dan disusun tidak mengikut keutamaan. Mohd Yusnan Hj. Yusof (1996) pula menyatakan bahawa terdapat tiga unsur utama untuk memastikan pengajaran BA beroleh kejayaan iaitu guru, pelajar dan buku teks. Daripada maklumat yang diperolehi di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara buku teks dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa BA di Malaysia kerana ia merupakan sumber rujukan asasi yang digunakan di dalam kelas bagi membantu para guru dan pelajar. Oleh itu, penggunaan buku teks yang sesuai, berkualiti dan terkini dipercayai dapat menarik minat para pelajar mendalami serta memudahkan mereka memahami BA terutamanya bidang ilmu Nahu. 2.3 BAHASA ARAB DI PUSAT ASASI UIAM Kursus BA di Pusat Asasi UIAM diletakkan di bawah Jabatan Bahasa al- Quran di bawah seliaan Pusat Bahasa Dan Pembangunan Pra-Akademik ( CELPAD ) di kampus induk UIAM, Gombak. Kursus ini telah dijadikan sebagai kursus teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar termasuk tempatan dan luar negara. Para pelajar dikehendaki mengambil kursus BA berdasarkan keputusan Ujian Kelayakan Bahasa Arab (APT) yang dijalankan pada minggu pertama pendaftaran pelajar di UIAM. Kursus yang ditawarkan ini akan memperkenalkan kepada pelajar tentang fonologi, sintaksis dan morfologi BA serta pendedahan dengan struktur-stuktur kalimah, ayat dan gaya bahasa yang berteraskan kepada al- Quran, Hadith dan juga bahan rujukan Islam. Selain daripada itu, pelajar juga akan diajar dengan 4 kemahiran bahasa yang utama iaitu kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis (Student Handbook, 2011: 35) 9 6
1

2.4

LATAR BELAKANG BUKU AL- MIFTAH

2.4.1 Biodata ringkas pengarang buku al-Miftah. Pengarang buku al- Miftah diketuai oleh Dr. Mohd Puzhi Usop dengan bantuan beberapa tenaga pengajar dari Jabatan Bahasa Al-Quran UIAM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam BA dan kesusasteraan serta Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam BA di Universiti Malaya. Sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Al- Quran di Pusat Asasi UIAM. 2.4.2 Buku al-Miftah. Buku ini dikarang untuk penutur BA dan juga penutur bukan BA yang mengambil jurusan sains. Ia dibahagikan kepada dua bahagian : a) Buku al-Miftah 1 Buku ini khusus untuk para pelajar yang mengambil kursus BA di peringkat permulaan. b) Buku al-Miftah 2 Buku ini dipelajari oleh pelajar yang telah lulus di peringkat pertama dan juga bagi pelajar yang telah mempunyai asas dalam BA dan telah lulus dengan markah tertentu yang melayakkan mereka untuk belajar buku ini tanpa perlu mempelajari buku al- Miftah I. Secara asasnya, buku al- Miftah ini mengandungi 12 bab, diikuti dengan 4 pelajaran bagi setiap bab. Ia bermula dengan pengenalan terhadap fonologi BA, penulisan, dan perbendaharaan kata. Pelajar- pelajar dibekalkan dengan teks- teks yang mudah samada berbentuk dialog ataupun esei, diikuti dengan latihan pengukuhan bagi memantapkan kefahaman mereka. Ia juga diselitkan dengan ayat- ayat al- Quran dan hadith Nabi serta doa- doa pilihan untuk dihafal dan dihayati

10 7
1

oleh para pelajar di samping topik- topik nahu dan saraf yang diajar kepada para pelajar dalam setiap bab beserta permainan bahasa yang berkaitan dengan topik yang dipelajari.

11 8
1

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Di dalam bahagian ini, perbincangan adalah berkisar tentang metodologi yang digunakan termasuk reka bentuk kajian, lokasi kajian, subjek kajian, instrumen kajian dan analisis data bagi melaksanakan kajian ini. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Sulaiman Masri (2003) menyatakan reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan dengan melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Ia juga akan menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data. Untuk kajian ini, pengkaji telah membahagikan data kepada dua bahagian utama iaitu data primer dan data sekunder. Jadi, untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji telah menetapkan metod yang digunakan iaitu metod kajian soal selidik, temu bual dan ujian bertulis untuk mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Manakala untuk data sekunder, pengkaji menggunakan metod kajian perpustakaan untuk mendapatkan segala maklumat.

3.3

LOKASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling

Jaya, Selangor.

12 9
1

3.4

SUBJEK KAJIAN Subjek kajian terdiri daripada 20 orang pensyarah (10 berbangsa Melayu dan 10

berketurunan Arab). Seramai 60 orang pelajar berbangsa Melayu (30 lelaki dan 30 perempuan) tahun satu telah dipilih daripada beberapa kursus aliran sains. Kesemua pelajar yang dipilih telah mempunyai asas dalam BA sehingga tingkatan 3. Ktiteria tersebut diambil kira bagi memudahkan pengkaji menjalankan ujian pra pada minggu pertama pengajian kerana mereka telah mempunyai asas dalam BA. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini berbentuk kuasi eksperimental yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen: 3.5.1 Temu bual

Temu bual merupakan perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian secara bersemuka antara penemubual dan responden (Chua, 2011: 128). Pengkaji

menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengajar BA tentang kesesuaian penggunaan buku al- Miftah I dalam pengajaran mereka terutamanya dari aspek mengajar Nahu BA. Satu set soalan telah disediakan (akan diubah suai semasa sesi temubual) bagi menemubual 20 orang pensyarah yang telah dipilih. Soalan- soalan terbahagi kepada dua bahagian iaitu, 1) Bahagian A : Maklumat Demografik Peribadi Pensyarah. Soalan melibatkan latar belakang pensyarah dari segi jantina, umur, bangsa, pengalaman mengajar, bidang kursus, kelulusan tertinggi dan institusi pengajian. 2) Bahagian B : Pandangan dan pengalaman pensyarah menggunakan buku al- Miftah I dalam pengajaran Nahu BA. 13 10
1

Soalan berkisar tentang pendapat terhadap Nahu BA, penggunaan kaedah tertentu dalam pengajaran Nahu BA, pandangan tentang topik Nahu yang disediakan dalam buku al- Miftah 1 mengikut kesesuaian tahap pelajar serta cadangan, susunan topik Nahu mengikut keutamaan dan cadangan.

Pemilihan pensyarah mengambil kira tempoh pengalaman mengajar dan kepelbagaian latar belakang bagi mendapatkan data yang pelbagai. 3.5.2 Soal selidik

Soal selidik adalah alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik (Rohana Yusof, 2003:132). Untuk kajian ini, pengkaji membina soalan berdasarkan rangka konseptual yang mengandungi beberapa bahagian seperti berikut: 1) Bahagian A: Maklumat Demografik Peribadi Pelajar. -Soalan yang dikemukakan melibatkan latar belakang pelajar dari segi jantina, umur, tahun pengajian, bidang kursus, sekolah lepas, asas BA, tingkatan terakhir belajar BA dan keputusan peperiksaan BA. 2) Bahagian B: Pengetahuan Asas Tentang Subjek BA & Nahu BA. -Soalan merangkumi minat mempelajari BA, tujuan mempelajari BA, kepentingan Nahu BA, tajuk Nahu BA yang disukai, cara belajar Nahu BA dan pandangan teantang Nahu BA. 3.5.3 Ujian Bertulis Nahu BA dipilih melalui

Seramai 60 orang pelajar yang dikenali sebagai kumpulan kawalan

borang soal selidik, akan diberikan satu ujian pra (pre test) berkaitan Nahu BA, mengikut sukatan BA tingkatan 3 pada minggu pertama pembelajaran (sebelum menggunakan buku teks

14 11
1

al- Miftah 1). Soalan tersebut mengandungi asas- asas Nahu BA seperti Kata Nama. Kata Kerja, Kata Ganti Nama, Kata Sendi, Ayat Aktif dan Ayat Pasif. Keputusan yang akan diperolehi tidak akan didedahkan kepada pelajar. Kemudian, kumpulan yang sama akan diberikan ujian kedua (post test) menggunakan soalan yang sama pada minggu akhir pembelajaran (selepas menggunakan buku teks al- Miftah 1) bagi mendapatkan hasil perbandingan sebelum dan selepas menggunakan buku tersebut. Keputusan ujian tersebut akan diumumkan kepada para pelajar.

3.6

ANALISIS DATA Penganalisisan data yang diperoleh daripada temu bual, soal selidik dan ujian bertulis

adalah dengan menggunakan kaedah analisis statistik mudah iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Temu bual yang dijalankan secara terbuka dirakam dengan menggunakan perakam MP3 yang kemudiannya akan diberikan kod, diletakkan tarikh dan ditranskripsikan secara verbatim. Selepas itu, data akan dianalisa dengan menggunakan perisian NVIVO7 bagi mewujudkan tematema yang berkaitan, akhirnya akan dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan pengesahan Cohen Kappa. Untuk soalan kaji selidik, data daripada bahagian A dianalisis menggunakan nilai kekerapan dan peratusan bagi memperolehi maklumat yang berkaitan. Manakala Skala Likert pula digunakan bagi menganalisis soalan-soalan di bahagian B yang kemudiannya dianalisa dalam bentuk peratusan dan min.

15 12
1

Dalam skala Likert, responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada sangat setuju kepada sangat tidak setuju (Mohd Nawi Ab Rahman, 2000:88). Contoh Skala Likert adalah seperti yang diberikan di bawah: 5- Sangat setuju (SS) 4- Setuju (S) 3- Tidak Pasti (TP) 2- Tidak setuju (TS) 1- Sangat tidak setuju (STS) Bagi menganalisis data daripada soalan kaji selidik dan ujian bertulis, pengkaji

menggunakan pakej bantuan analisis statistik iaitu pengaturcaraan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 11. SPSS dibina khas untuk menampung penganalisisan data yang banyak dan berulang-ulang dengan cepat dan cekap. Di samping itu, SPSS juga dibina dengan mengambil kira paras ukuran yang sering digunakan di dalam penyelidikan pendidikan seperti ukuran-ukuran nominal, ordinal, sela dan nisbah. (Mohd Majid Konting, 1990: 288). Proses penganalisisan data yang dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kekerapan, peratusan dan min (purata) bagi setiap item yang dikemukakan.Hasil analisis kemudiannya akan disusun dalam bentuk jadual supaya lebih mudah difahami.

16 13
1

RUJUKAN Arif Karkhi. (1993). Majalah Pengajian Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan. (edisi kedua). Shah Alam: McGraw-Hill Education. Mat Taib Pa, Mohd Rosdi Ismail. (2006) .Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Nawi Ab Rahman. (2000). Teras Penyelidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mohd Puzhi Usop. (2002). Buku al- Qalam 1: Pendekatan dan Penggunaan. (Tesis Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Mohd Puzhi Usop et.al. (2011 ). Miftah al- Arabiyyah. (edisi pertama). Kuala Lumpur: IIUM Press. Mudhakkirat Al-Daurat Al-Tabawiyyat Al-Qasirat. (1992). Universiti Islam Imam Muhammad Suud. Muhammad Yusnan Hj. Yusof. (1996). Tahlil Wa Taqwim Kitab Al-Lughat Al-Arabiyyat AlIttisaliyyat Li Al-Sanat Al-Ula Bi Al-Madaris Al-Thanawiyyat Bi Maliziya. Tesis Sarjana Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur).

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pts Publication & Distributors Sdn Bhd. Student Handbook 2011/2012. Admission & Records Department, Centre For Foundation Studies, Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

17 14
1

18

Anda mungkin juga menyukai