Anda di halaman 1dari 15

SI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL


2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA
PERTANDINGAN
3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN
4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA
DAN
PERMAINAN TRADISIONAL
5.0 RUJUKAN

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL


Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pendidikan
Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada
hari Khamis yang bersamaan dengan 30 April 2009.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan
Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan.
Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah sukan masingmasing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah seramai 21 orang telah
dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak jumlahnya. Setiap rumah sukan
mempunyai tiga orang peserta perempuan dan empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak
tujuh orang setiap rumah sukan.
Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru. Pada majlis
pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap rumah berkumpul di rumah

masing-masing sebelum ke acara perarakan masuk. Perarakan masuk pada pagi tersebut dimulai
dengan peserta dari Rumah Kuning, Rumah Biru, dan diakhiri dengan Rumah Merah.
Pada majlis pembukaan tersebut, Abdul Hadi bersama dengan Muhamad Ridzuan telah menjadi
pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu institut, majlis
diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik
kepada setiap peserta agar mengabil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan
bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.
Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masing-masing. Setiap
peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan mencabar rumah sukan yang
lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang melakukannya tidak serentak, namun ia
dapat diatasi dengan pengalaman yang sedia ada.
Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenlai juga
sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini
dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun
semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk
pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas.
Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturan-peraturan
dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur
pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.
Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, diikuti
dengan Lari Kepit Bola Celah Peha. Ketiga, permaian yang dipertandingan ialah Lari Bawa Bola
Dalam Sudu, dan seterusnya ialah permainan tradisional iaiti Tarik Upih dan diakhiri dengan
Baling Kasut.
Pada permainan pertama, iaitu Isi Air dalam Botol, Rumah Kuning telah memenangi acara
tersebut. Mungkin disebabkan oleh startegi yang meraka gunakan, maka permaina tersebut dapat
digenggam mereka. Namun, pada permainan kedua, persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh
setiap peserta yang mengambil bahagian.
Permainan Lari Kepit Bola Celah Peha ini telah dimenangi oleh Rumah Biru. Mungkin Rumah

Merah masih belum menunjukan kehebatan mereka yan sebenar. Secara amnya, teknikal yang
digunakan semasa permainan ini memberikan kelebihan kepada peserta. Cara dan kaedah yang
betul hendaklah digunakan oleh peserta agar bola yang dikepit tidak jatuh, dan peserta dapat
belari dengan laju dan baik.
Lari Bawa Bola Dalam Sudu merupakan permainan yang banyak menimbulkan kontraversi.
Pesert banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan pihak pengadil
membatalkan pemenang yang pertama. Olahitu, pertandingan ini telah dijalankan semula dan
tenyata Rumah Kuningmasih mampu menguasai permainan tersebut.
Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini dijalankan ialah
perserta tidak meletakkan bola betul-betul pada sudu. Sebaliknya peseta melatakkan bola
diantara sudu dan hidung menyebabkan bola melekat dan mudah dibawa lari oleh para peserta.
Selepas rehat, permainan tradisonal mendapat tempat oleh semua para peserta. Permainan Tarik
Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula. Semasa permainan ini
berlangsung, saya dapat melihat semua peserta menggunakan kudrat mereka yang ada untuk
memenangi acara ini. Malang bagi pasukan Rumah Mereka kerana mendapat upih yang sudah
tidak elok.
Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas semangat
kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Pada peringkat awal, sepatutnya Rumah Merah
layak memenanginya, tetapi disebabkan oleh kekurangan yang dinyatakan tadi, maka kemengan
Rumah Merah telah dirampas oleh rumah lain.
Permainan terakhir yang dipertandingkan ialah Baling Kasut. Sungguhpun terdapat beberapa
peraturan tambahan dikenakan, namun permainan Baling Kasut ini tetap mendapat tempat dihati
setiap peserta. Kemenangan diberikan pada semua rumah kerana markah mereka menjatuhkan
segi tiga kasut adalah sama.
Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival Sukaneka Dan permainan
Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan Biru menduduki tempat
yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama. Pada majlis penyampaian hadiah
tersebut, ia telah disempurnakan oleh En. Tan Kait Keong selaku penyarah pembimbing kami

dan En. Razak Bin Sulung selaku tutor kami.


Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang
dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia
dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan
yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA


DAN MENGELOLA PERTANDINGAN
Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid sekolah. Ini
jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga menekankan aspek
jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu menekankan aspek-aspek
tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid,
kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi
semasa aktiviti jasmani.
Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan Jasmani dan juga
sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik, maka ia akan
memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan tersebut.
Seperti contoh, pada semester ini, Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu membuat satu
lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti majlis sukan
negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan negeri, ataupun lain-lain badan yang
berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan Jasmani.
Selepas daripada lawatan tersebut, kami juga perlu menjayakan satu karnival sukaneka dan
permainan tradisional. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan apa yang telah kami
perolehi daripada lawatan yang kami jayakan selain daripada merancang bagaimana kami
menguruskan karnival tersebut.
Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik beratkan.
Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan

pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau merangka disini dapat


didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka, menyusun aktiviti dan juga menyelaras
tugas bagi melaksnakan sesuatu program. Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan
mengawal atau melaksana sesuatu program yang telah dirancang.
Lawatan ini sangat berguna kerana dengan adanya input-input yang diberikan, maka karnival
yang dijalankan dapat dijayakan dengan baik, sungguhpun pada awalnya ada beberapa
kekurangan yang dikenal pasti.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa
urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu
program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli
jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah dilantik
menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa
pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.
Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam sesuatu
jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua, selain daripada
mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti.
Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat.
Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang
diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah
yang timbul, juga membuat perbicangan untuk sesuatu perkara.
Untuk program Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat
telah pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat membincangkan perkara-perkara
penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap
jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik.
Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk menjalankan
karnival ini pada 30 Mei 2009. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam lapan pagi dan
dijangka tamat pada jam 10.45 pagi. Ini bermakna, setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap

sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan
sempurna.
Walaupun pada peringkat awal jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan KPLI Pj sebagai
peserta, namun beberapa pindaan menyebabkan PISMP Unit Pendidika Jasmani akan menjadi
perserta pada karnival tersebut.
Pada Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut, sukaneka yang
akan dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Lari Bawa Bola Dalam Sudu dan juga Lari Kepit Bola
Celah Peha. Permainan tradisional yang dimainkan pada hari tersebut pula adalah Tarik Upih dan
juga Baling Kasut.
Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba disampaikan
oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah bersesuaian dengan peringkat para
peserta kerana mereka kelihatan ceria dan semtisa menunjukan semangat bersaing dan
bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara.
Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat
penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap
jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan tugas
yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat
keputusan dan menyekesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang
kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan tugas mereka
agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan melancarkan perjalanan karnival.
Mereka juga tidak akan masuk ke bidang jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan
mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.
Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan kekurangan yang ada
pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Apabila kekurangan dan kelebihan
dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut dapat digunakan untuk mengelola sebarang
program pada masa akan datang.

3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN


Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah yang timbul.
Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program dengan lebih baik
pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.
Untuk mengelola Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini memerlukan perancangan
awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia
memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan
beretika.
Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang diperlukan di
dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan dan hendaklah disunting
semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut kelak tidak dipersalahkan jika terdapat
sebarang insiden yang tidak dingini berlaku terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada
semua.
Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat hendaklah sentiasa
mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat hendaklah
dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi yan diperlukan. Setiap masalah yang
ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati
setiap pihak.
Persiapan awal adalah sangat peting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan dengan
baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting supaya setiap jawatan
kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan program yang dirancang. Ia
juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan
sama dijinjing, berat sama dijunjung.
Juga terdapat beberapa perkara yan gperlu diberi perhatian pada masa mencari permaian yang
sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah sesuai atau tidak dengan
matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta.
Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah sesuai dan

tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan
peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak
sesuai, maka ai akan menimbulkan masalah.
Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang dipertandingkan
dan bagaimanakah menentukan pemenang. Seperti mana yang diketahui, terdapat pelbagai jenis
pertandiangan. Contohnya ialah temasya, pertandingan berlapis, kumpulan, dan piramid.
Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul sebarang
masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan rancang jumlah
perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku yang menyebabkan
kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah wang yang diperoleh.
Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini bermaksud, perserta yang telah
bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola
akan dapat membuat jangkaan awal berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga
boleh digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan
sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.

4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA


DAN PERMAINAN TRADISIONAL
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak mempunyai
kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang
lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal
kepada penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia.
Ini dapat dicapai jika pada perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan KPLI Unit
PJK ini mengambil bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan menjayakan karnival
ini. Sebaliknya, apabila PISMP Unit Pendidikan Jasmani yang mengambil bahagian sendiri,
maka ia akan mengurang jumlah peserta. Perbezaan ketara ini jelas dapat dilihat apabila dijumlah
KPLI unit PJK ialah seramai 38 orang sebaliknya PISMP unit Pendidikan Jasmani pula hanya 21

orang.
Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permaian sukaneka ataupun permainan
tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi untuk mengawal dan menjadikan
kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan tersusun. Undang-undang dan peraturanperanturan yang digunakan pada karnival ini adalah dicipta oleh pihak pengnjur atau
jawatankuasa permainan sendriri. Ini dibuat supaya dapat melicinkan lagi perjalanan permainan
tersebut.
Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka kemungkinan besar akan
berlaku kekasara dan kekechan seperti rasa tidak berpuas hati. Ini juga dapat dikait rapat dengan
permainan bersih, atau lebih dikenali dengan istilah Fair Play.
Semasa permainan Lari Bawa Bola Dalam Sudu dijalankan, terdapat beberapa kesalahan yang
dikenalpasti oleh jawatankuasa pengadilan. Maka, jawatankuasa tersebut telah membuat
perbincangan kecil untuk membuat keputusan supaya permainan ini dapat dimainkan secara adil
dan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah dibuat. Begitu juga dengan
permainan Lari Kepit Bola Celah Peha.
Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini memberi
impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang mengambil bahagian dalam
sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguh-sungguh memberikan persaingan yang sihat
dan memberikan sorakan kepada kawan yang sedang bertanding.
Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada peserta
untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat menjadikan hubungan sosial yang baik dan
membina masyarakat Malaysia yang cergas selain daripada membenteras kegiatan-kegiatan tidak
sihat.
Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang
terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan yang sesuai bertujuan untuk
mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Ia akan memberikan kesan
dan impak yang positif terhadap aspek jasmani terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.
Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga sebagai satu

cara untuk berekreasi. Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi
terdahulu. Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bahan dan sumber yang
digunakan juga adalah kebiasaanya berada dalam persekitaran kita. Seperti contoh kita tidak
memerlukan kos untuk membeli upih pinang, sebaliknya hanya perlu meminta daripada mereka
yang mempunyai poko pinang yang mempunyai upih yang sesuai.
Secara keseluruhannya, Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini dapat dijalankan
dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung,
tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun
mereka, iaitu peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka. Peralatan yang ada pada
alam sekeliling kita yang digunakan dapat menjimatkan kos dan memberikan banyak kelebihan

LAPORAN SETIAUSAHA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

Pada 19 Februari 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional


telah diadakan di Padang dan Tempat Letak Kereta IPBL dari jam 1.30 petang sehingga
5.00 petang di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan
pengajian ambilan Pismp Januari 2011 yang mengambil kursus subjek minor PJM3112.
Karnival ini telah disertai oleh sembilan kumpulan pengajian di mana sembilan buah
permainan tradisional yang berlainan telah dipilih.

Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat


ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program
ini. Setiap kelas diberi peranan dalam AJK Induk. Mesyuarat telah diadakan sebanyak
dua kali sebelum perlaksaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan
persiapan berjalan dengan lancar. Setiap ketua kumpulan pengajian diminta untuk
bekerjasama dengan AJK Induk bagi memastikan semua peralatan, persiapan padang
dan perkara yang berkaitan dengan permainan tradisional dapat diselesaikan sebelum
Karnival Permainan Tradisional berlangsung. Satu lagi taklimat ringkas telah diberikan

sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan pada keesokkannya

bagi

memastikan semua persiapan dan perancangan siap dan telah dilaksanakan. Taklimat
kali ini wajib dihadiri oleh setiap ahli kumpulan pengajian yang terlibat.

Semasa Karnival Permainan Tradisional diadakan dari jam 1.30 petang


sehingga 5.00 petang sebelum majlis penutup, persiapan padang telah di fokuskan
terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan tradisional diadakan
selamat digunakan. Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain
permainan tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang
bakal mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti
memanaskan badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan
kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja
aktiviti memanaskan badan maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga
slot keempat. Majlis penutupan di adakan di Taza pada jam 4.30petang dimana
penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Ketua Jabatan Pendidikan
Jasmani memberikan ucapan dan penyampai hadiah kepada para peserta. Selesai
sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan tradisional bergotongroyong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan
untuk aktiviti lain.

Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua


AJK Induk dan setiap kumpulan pengajian diminta untuk membuat laporan dan
menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan dan untuk setiap kelas dibukukan
sebagai bahan KKBI. Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana
memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan
merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga
program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh,

( JOSEPH ANAK BANSA)


SETIAUSAHA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

1. LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS


BAHASA MELAYU LAPORAN SETIAUSAHATarikh : 16 MAC 2013Hari :
SABTUMasa : 7.30 PAGI 12.30 TENGAHARITempat : PADANG IPG KAMPUS
BAHASA MELAYUPada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan
Tradisional telah diadakandi Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi
hingga 12.30 tengahari dimana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh
kumpulan PISMP 5Eambilan Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek
minor PendidikanJasmani dan Sukan. Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan
pelajar iaitu PISMP 1B danPISMP 1F di mana empat buahpermainan tradisional
yang berlainan telah dipilihiaitu lompat getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah
panjang. Sebelum KarnivalPermainan Tradisional berlangsung, satu taklimat
ringkastelah diadakan bagimembentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan
program ini. Setiap pelajar diberitanggungjawab dan wajib melaksanakannya.
Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program inibagi
memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Duahari
sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telahdiadakan.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua pesertamemahami segala
peraturan setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulandiminta memilih seorang
ketua dan memilih nama kumpulan yang berunsurkantradisional.

2. Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00


pagi,persiapan padang telah di fokuskan terlebihdahulu bagi memastikan tapak

atautempat permainan tradisional diadakan selamatdigunakan. Pelajar PISMP 5E


telahmenghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur
jugamenyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun.
Padajam 7.30 pagi, para peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu
untukmemastikan kehadiran semua peserta. Taklimat ringkas tentang pergerakan
peserta yang bermainpermainantradisional diadakan bagi memastikan para peserta
tahu permainan yangbakal merekamain selepas slot pertama dan slot yang
seterusnya. Aktivitimemanaskan badandiadakan sebelum permainan dimulakan
bagi mengelakkankecederaan otot atau untukmemberi kesediaan kepada para
peserta. Selesai sahajaaktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti
permainan tradisional sehinggaslot terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan
gelagat peserta yang lucu dansebagainya. Majlis penutupandi adakan di padang
tersebut pada jam 12.30 tengaharidimana penyelaras program Karnival Permainan
Tradisional dan PensyarahJabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapandan
penyampaian hadiah kepadapara peserta. Selesai sahaja majlis penutupan
makasemua pengelola permainantradisional bergotong-royong membersihkan tapak
yangtelah digunakan agar bersihdan boleh digunakan untuk aktiviti lain. Selepas
perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semuaAJKInduk diminta
untuk membuat laporan danmenyerahkan kepada AJK Laporanuntuk difailkan.
Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakankeranamemberikan pengalaman
dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untukmelihat danmerasai bagaimana
struktur pentadbiran dan organisasi sukandijalankan. Semogaprogram seperti ini
diteruskan pada masa hadapan.

3. Berikut merupakan AJK bagi Karnival Permainan Tradisional : AJK


PERMAINAN TRADISIONALTARIKH : 16 MAC 2013KELAS : PISMP 1B / PISMP
1FTEMPAT : PADANG IPG KBMPERMAINAN - GOLEK KELAPA - GALAH
PANJANG - LOMPAT GETAH - TUJU SELIPARPENGERUSI : MUHAMMAD FAHMI
BIN ZAKARINAIB PENGERUSI : NURIN IZATI BT ZAITONGSETIAUSAHA : FARITA
BT ABD. WAHABBENDAHARI : SUZILA BT IRWANAJKALATAN : MUHAMMAD
ELYAS BIN SULAIMANPENUTUPAN : MUHAMMAD ARIF BIN MAZLAN NADIATUL
LIYANA BT KHAIRULANHARHUBUNGAN : MOHD SYAHIR BIN MOHAMAD
@ISMAILJEMPUTAN/TENTATIF : NURUL SYAZWANIE BT SUHAIMI NUR ATIKAH
BT YAHYAMAKANAN : MASTURA BT ABDUL HALIM FARAH WAHIDA BT AHMAD
NADZRISIARAYA : AHMAD FARHAN BIN AHMAD ANUA MAIZATUL NABILLAH BT
GHAZALI

4. PERTANDINGAN : MUHAMMAD AMIN BIN ABU SITI ZUR AIDA BT


AHMAD NURAZLIN BT IBRAHIMCENDERAHATI : SITI AQILAH BT MOHD
ZAIDLAPORAN : GRACE EMMANUELLE A/P RAMASWARENBerikut merupakan
Agenda Mesyuarat Karnival Permainan Tradisional : AGENDA KARNIVAL
PERMAINAN TRADISIONAL 1. GALAH PANJANG 2. TUJU SELIPAR 3. GOLEK
KELAPA 4. LOMPAT GETAHPelajar : 14 orang + 13 orang = 27 orang ( 4 kumpulan )
Hadiah : 4 hamperVIP : Cik Tan*Perjumpaan Khamis ( 14.3.2013 ) - AJK induk dan
peserta -*Pertandingan- borang- peraturan- prosedur- pelan lantai- peralatan
( senarai, gambar )

Pada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di
Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di
mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP 5E ambilan
Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan Jasmani dan
Sukan.
Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu PISMP 1B dan PISMP
1F di mana empat buahpermainan tradisional yang berlainan telah dipilih iaitu lompat
getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah panjang. Sebelum Karnival Permainan
Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkastelah diadakan bagi membentuk AJK
Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi tanggungjawab dan
wajib melaksanakannya.
Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini bagi
memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua hari
sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah diadakan.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta memahami segala
peraturan setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan diminta memilih seorang
ketua dan memilih nama kumpulan yang berunsurkan tradisional.

Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi,


persiapan padang telah di fokuskan terlebihdahulu bagi memastikan tapak atau tempat
permainan tradisional diadakan selamatdigunakan. Pelajar PISMP 5E telah menghias
tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga menyediakan
tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada jam 7.30 pagi, para
peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk memastikan kehadiran
semua peserta.
Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainantradisional
diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal merekamain
selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badandiadakan
sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untukmemberi
kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, maka
bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot terakhir. Karnival ini sungguh
meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan sebagainya.
Majlis penutupandi adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari dimana
penyelaras

program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah Jabatan

Pendidikan Jasmani memberikan ucapandan penyampaian hadiah kepada para


peserta. Selesai sahaja majlis penutupan makasemua pengelola permainan tradisional
bergotong-royong membersihkan tapak yangtelah digunakan agar bersih dan boleh
digunakan untuk aktiviti lain.
Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJKInduk
diminta untuk membuat laporan danmenyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan.
Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan keranamemberikan pengalaman
dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat danmerasai bagaimana
struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semogaprogram seperti ini
diteruskan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai