Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Untuk Melahirkan Insan Yang
Berkemahiran, Berhaluan, Berupaya, Beriman, Berdikari, Mampu Merancang Dan
Menguruskan Kehidupan Serta Menyedari Potensi Diri Sendiri Sebagai Seorang Individu
Dan Ahli Masyarakat Yang Seimbang Dan Produktif Selaras Dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

MISI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan


Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendididkan Negara

VISI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Untuk
Menjadikan Mereka Insan Yang Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberi Sumbangan Bakti
Kepada Masyarakat Dan Negara

OBJEKTIF
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

1. Menyediakan Peluang Dan Kemudahan Pendidikan Untuk Murid-Murid Dengan Keperluan


Khas
2. Menyediakan Pendidikan Yang Sesuai Dan Releven Kepada Setiap Murid Dengan Keperluan
Khas
3. Menyediakan Peluang Untuk Mencungkil Bakat Terpendam Dan Mengembangkan Potensi
Murid Dengan Keperluan Khas
4. Menyediakan Bahan Pengajaran Yang Mencukupi Dan Terkini
5. Memastikan Tenaga Pengajaran Yang Mencukupi Dalam Bidang Pendidikan Khas
6. Memberikan Pendidikan Sebaik Mungkin Supaya Kanak-Kanak Keperluan Khas Boleh
Menguasai 3M
7. Menyediakan Satu Bidang Kemahiran Hidup Bagi Kanak-Kanak Pendidikan Khas.
8. Mempertingkatkan Kemahiran Pengurusan Diri Dari Masa Ke Semasa Bagi Kanak-Kanak Yang
Kurang Upaya.
9. Melahirkan Murid Pendidikan Khas Yang Cemerlang Dalam Kokurikulum.

MATLAMAT
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Melahirkan Murid-Murid Pendidikan Khas Yang Mempunyai Matlamat Dalam Kehidupan. Belajar
Hidup Berdikari Dengan Keyakinan Diri Sendiri Dengan Dibantu Oleh Masyarakat Penyayang.
KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN RAKYAT PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING

1.1. Pendahuluan

Program Karnival Sukan Rakyat Pendidikan Khas anjuran Program Pendidikan Khas
Integrasi SK Desa Petaling merupakan program yang dirancang untuk memberikan pendedahan
dan pengalaman awal kepada semua warga sekolah, ibubapa dan penjaga murid Pendidikan Khas
dan guru-guru Pendidikan Khas seluruh Kuala Lumpur. Secara tidak langsung ia memperkenal
dan mempromosikan Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Desa Petaling sekaligus
memperkenalkan dan memperkasakan permainan sukan rakyat agar tidak luput ditelan zaman.
Program ini juga sejajar dengan matlamat utama untuk mengintegrasikan Program Pendidikan
Khas Integrasi.

1.2. Matlamat

Matlamat utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada
semua warga sekolah secara lebih dekat mengetahui bagaimana Program Pendidikan Khas
Integrasi dijalankan. Perkongsian ilmu antara ibu bapa dan penjaga, dan juga guru-guru
pendidikan khas juga terjalin. Secara tidak langsung ia dapat meningkat dan mengembangkan
potensi murid pendidikan khas melalui perbincangan tersebut. Semua murid, ibu bapa dan guru
dapat sama-sama berintegrasi dan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan seterusnya
membentuk satu organisasi pendidikan yang berkesan seiring dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia

1.3. Objektif

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk :


1. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang Program Pendidikan
Khas Integrasi.
2. Mempromosikan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Petaling kepada
masyarakat setempat.
3. Merasai pengalaman bersama murid Program Pendidikan Khas Integrasi.
4. Merapatkan hubungan siraturahim antara semua warga sekolah dan keluarga
pendidikan khas seluruh Kuala Lumpur.
5. Mencambahkan perkongsian ilmu antara semua warga sekolah, ibu bapa dan guru
pendidikan khas seluruh Kuala Lumpur.
6. Memahami keperluan yang diperlukan seterusnya dapat menyediakan pendidikan
yang berkualiti.
7. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan
keperluan khas
8. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan
keperluan khas
9. Menyediakan peluang untuk mencungkil bakat terpendam dan mengembangkan
potensi murid dengan keperluan khas.
10. Memperkenalkan dan mencungkil kebolehan MBK dalam sukan rakyat agar ia tidak
luput ditelan zaman.

1
1.4. Pelaksanaan

1.4.1. Tarikh : 17, 18 dan 19 April 2018 (Selasa hingga Khamis )


1.4.2. Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
1.4.3. Tempat : Kompleks Sukan Bandar Tun Razak
1.4.4. VVIP : 1. Datuk Bandar Kuala Lumpur
2. Pengarah Pendidikan JPNWPK
3. Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Bangsar & pudu.
4. Ketua Sektor Unit Pendidikan Khas dan Swasta
5. Ketua Unit Pendidikan Khas

1.4.5. Kumpulan Sasaran :


1.4.5.1. Semua guru dan murid SK Desa Pertaling , ibu bapa dan penjaga murid
SK Desa Petaling
1.4.5.2. Murid-murid dan guru- guru Pendidikan Khas seluruh Kuala Lumpur.

1.4.6. Cadangan Permainan


Bil Permainan Kategori
1 Congkak Rendah(BP/BD)
2 Dam haji Rendah(BP/BD)
3 Batu seremban 7 biji Rendah(BP/BD)
4 Galah panjang Rendah(BP/BD)
5 Sepak raga (timbang bola raga) Rendah (BP/BD)
6 Tarik tali Rendah(BP/BD/BL)

1.4.7. Aturcara Majlis :-

SELASA (17 April 2018)


8.00 Pagi Pendaftaran / Gerai Kraftangan
Pertandingan Batu Pertandingan Dam Haji
9.30pagi – 11.30 Tgh Seremban (SK BP / BD)
(SK BP/BD)

RABU (18 April 2018)


8.00 Pagi Pendaftaran / Gerai Kraftangan
Pertandingan congkak Pertandingan galah
(SK BP / BD) perempuan Panjang
8.30pagi – 12.30 tgh
(SK BP/BD)

KHAMIS (19 April 2018 )


8.00 Pagi Pendaftaran / Gerai Kraftangan
8.30pagi – 10.30 Pertandingan sepak raga
Tgh (SK BP/BD)
10.30pagi- Pertandingan tarik tali
12.30 petang (SK BP/BD)
12.30 Tgh Majlis penyampaian Hadiah dan PerasmianPenutup

2
1.4.8. Jawatankuasa Induk :
Penasihat : Pn Azizah bt Abd Ghani
(Guru Besar SK Desa Petaling)

Pengerusi : Pn Syahida Binti Mohamed Mokhtar


(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Naib Pengerusi : Pn Suganthi a/p Arumugam


(Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
En Mustapa bin Kidam
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn Halimatun Saadiah bt Bakar
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Program : En Hairil Faiz Bin Ahmad


Pen. penyelaras : En Saifuddin bin Mohamad
Setiausaha : Puan Hanizawaty bt Abdullah

Bendahari : Pn Nurul Saadah bt Mat Zian

1.4.9. Jawatankuasa Kerja

1. Sambutan
Pn Azizah bt Abd Ghani
(Guru Besar SK Desa Petaling)

Pn Syahida Binti Mohamed Mokhtar


(Penolong Kanan Pendidikan Khas

Pn Suganthi a/p Arumugam


(Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)

En Mustapa bin Kidam


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Pn Halimatun Saadiah bt Bakar


(Penolong Kanan Kokurikulum)

2. Ketua Protokol Dan Pengiring


Pn Hanizawaty bt Abdullah

3. Floor Manager Perasmian / Buku Program:


Pn Nurul Saadah bt Mat Zian

4. AJK Perhubungan Luar / Penajaan


Pn Syahida Binti Mohamed Mokhtar (PK Pendidikan Khas SK Desa Petaling)
En Saifuddin bin Mohamad

5. AJK Siaraya / Banner


En Hairil Faiz bin Ahmad

6. AJK Juruacara Majlis Rasmi


Pn Faridah bt Abuu Kasim

3
7. AJK Pendaftaran / Penyambut Tamu / Jamuan VIP
Pn Suriani bt Kasim
Pn Nurul Aini bt Zulrahman

8. AJK Penyelia Peserta / Kebersihan / Juru Gambar


Pn Anita bt Abdullah
Pn Noor Akidah bt Abdullah

9. AJK Hadiah, Sijil dan Cenderahati


Pn Nur Hazwani bt Rahim
Pn Nor Fazlina bin Anuar

10. AJK Logistik / Keselamatan


Pn Nurul Ashikin binti Shaari

11. AJK Pengurusan Murid


Pn Nor Fazlina bin Anuar
Pn Nurul Aini bt Zulrahman
Pn Zafirah bt Supian

12. Penyelaras Aktiviti:

BIL AKTIVITI PENYELARAS AKTIVITI


1 Pertandingan Dam Haji (SK BP/BD) Pn Noor Akidah bt Abdullah
Pn Nur Fazlina bt Anuar
2 Pertandingan Batu Seremban(SK BP/BD) Pn Anita bt Abdullah
Pn Nurul Ashikin bt Shaari
3 Pertandingan congkak (SK BP/BD) En Saifuddin Bin Mohamad
Pn Zafirah bt Supian
4 Pertandingan Galah Panjang (SK BP/BD) Pn Hanizawaty bt Abdullah
Pn Nur Fazlina bt Anuar
5 Pertandingan sepak raga (SK BP/BD) Pn Suriani Bt Kasim
Pn Nur Hazwani Bt Rahim
6 Pertandingan Tarik Tali (SK BP/BD) Pn Hanizawaty bt Abdullah
Nor Azlina Bt Kiban

1.4.10. Senarai Bidang tugas AJK

BIL AJK BIDANG TUGAS


Floor Manager 1. Memastikan majlis perasmian berjalan lancar
1.
Perasmian sebagaimana dirancang
1. Menentukan, menyambut dan menjemput tetamu khas
pada majlis perasmian dan majlis perasmian penutup.
2. Menyediakan bunga roset untuk tetamu kehormat.
2. Protokol / Sambutan 3. Memastikan susun atur tempat duduk VIP.
4. Memastikan kelancaran majlis perasmian & perasmian
penutup.

1. Menguruskan sumbangan tempat program


Perhubungan Luar /
3. 2. Mendapatkan sumbangan PA Sistem /Kerusi /Meja
Penajaan
/Pentas Utama daripada pihak DBKL.

4
3. Mendapatkan sumbangan hadiah.
4. Mendapatkan sumbangan / tajaan artis jemputan
untuk majlis perasmian & perasmian penutup.
5. Mendapatkan sumbangan kewangan untuk program.

1. Menyediakan Borang Pertandingan Seperti Borang


Pendaftaran, Penyertaan, Penghakiman, Pemarkahan
Dan Senarai Nama Peserta
2. Mengendalikan Undian Pertandingan
3. Memberi Taklimat Kepada Pengurus Pasukan
4. Penyelaras pertandingan
4. Mengumpul Borang Yang Diterima Dari Sekolah
5. Menyusun Kedudukan Peserta Selepas Undian
6. Membuat Statistik Markah
7. Membuat Senarai Pemenang.

1. Menjadi Pengacara Majlis


2. Menguruskan Aturcara Perasmian Penutup
3. Menyediakan Buku Program Majlis Perasmian Dan
Juruacara Majlis / Buku
5. Penutupan
Program
4. Menyediakan Buku Program Khas Untuk VIP
5. Mendapatkan Maklum Balas Dari Semua AJK Untuk
Dimasukkan Dalam Laporan
1. Menyediakan Peralatan Siaraya
6. Siaraya / Banner 2. Memastikan Peralatan Berfungsi Semasa Pertandingan
3. Menyediakan 2 Banner
1. Menyediakan Pendaftaran Peserta
Pendaftaran /
2. Menyediakan Menu Jamuan Untuk VIP.
7. Penyambut Tamu /
3. Menguruskan Jamuan VIP
Jamuan VIP
4. Mengagihkan Makanan Dan Minuman Untuk Jemputan
1. Menjadi Penunjuk Arah Kedudukan Lokasi
Pertandingan
Penyelia Peserta /
2. Menyediakan Plastik Sampah Dan Memastikan
8. Kebersihan / Juru
Kawasan Pertandingan Bersih
Gambar
3. Menyediakan Juru Gambar Dan Mengambil Gambar
Untuk Semua Lokasi Pertandingan
1. Menyediakan Hadiah Kepada Semua Pemenang Dan
Cenderahati VIP
2. Menguruskan Majlis Penyampaian Hadiah Kepada
Hadiah / Cenderahati/
9. Pemenang
Sijil
3. Menyediakan Sijil Penghargaan Kepada Ahli
Jawatankuasa Kerja
4. Menyediakan Sijil Penyertaan Pertandingan
1. Menyediakan Senarai Peralatan Yang Diperlukan
Setiap Lokasi Pertandingan
10. Logistik / Keselamatan 2. Membuat Susun Atur Kerusi/Meja Dan Sebagianya
Memastikan Keselamatan Peserta Dan Guru Yang
Hadir
1. Menetapkan Barangan Yang Dijual
11. Gerai 2. Membuat Proses Pembungkusan Barangan Jualan
Menguruskan Proses Urusan Jualan

5
1.5 Senarai Hadiah

BIL HADIAH
BIL TARIKH ACARA KATEGORI KEDUDUKAN
1 2 3
3. Pertandingan Batu SK BP 1 1 1
4. Selasa Seremban SK BD 1 1 1
7. (17 April 2018) SK BP 1 1 1
Pertandingan Dam Haji
8. SK BD 1 1 1
9. SK BP 1 1 1
Pertandingan Congkak
10. Rabu SK BD 1 1 1
13. (18 April 2018) Pertandingan Galah SK BP 6 6 6
14. Panjang (6 orang) SK BD 6 6 6
21. Pertandingan Sepak SK BP 5 5 5
Khamis
22. raga (5 orangorang) SK BD 5 5 5
(19 April 2018)
25. Pertandingan Tarik SK BP 8 8 8
26. Tali (8 orang) SMK BD 8 8 8
JUMLAH HADIAH 44 44 44
JUMLAH KESELURUHAN HADIAH 132

1.6 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kos Perbelanjaan :
1. Sewa Tempat & Peralatan : RM 7000.00
2. Hadiah Pemenang – Piala ( 120 X RM 10.00 ) : RM 1320.00
3. Sijil / Cenderahati : RM 150.00
4. Cenderahati VIP : RM 200.00
5. Cenderahati Hakim : RM 500.00
6. Makanan dan Minuman VIP/Hakim/Jemputan : RM 1500.00
7. Banner Dan Backdrop : RM 500.00
8. Pengangkutan : RM 500.00
9. Lain-lain : RM 300.00

Jumlah : RM 11 970

1.7 SENARAI CADANGAN GO YANG AKAN MENYERTAI

BIL NAMA NGO


1 Program HUGS, Club Lions KL Capital
2 Pejabat Kebajikan Masyarakat
3 Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia
4 Persatuan Down Sindrom Malaysia
5 Persatuan Disleksia Malaysia
6 Malaysian Advocates For Cerebral Palsy
7 Mom & Tots Shoppe

6
1.8 PENUTUP

Semoga aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan dengan jayanya dan dapat memberi
impak kepada semua warga sekolah ke arah pembangunan Program Pendidikan Khas Integrasi
yang berkesan. Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.
Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.
Justeru, komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan. Ini kerana
kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan jalinan kerjasama semua pihak khususnya
guru-guru dan ibu bapa murid-murid PPKI bagi menentukan kebolehupayaan murid-murid
berkeperluan khas menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

___________________________ ______________________________________
(EN HAIRIL FAIZ BIN AHMAD) (PN SYAHIDA BINTI MOHAMED MOKHTAR)
Penyelaras Program Penolong Kanan Pendidikan Khas
Karnival Sukan Rakyat SK Desa Petaling

Ulasan Guru Besar :

________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

___________________________
PN NOOR AZIZAH BT ABD GHANI
Guru Besar
SK Desa Petaling
Kuala Lumpur

7
8

Anda mungkin juga menyukai