Anda di halaman 1dari 7

SHELLA DAUD GAN PISMP BM C PENGENDALI : NURUL MAIYAH YAHYA (SISTEM RESPIRATORI : MASALAH)

1. Masalah pernafasan yang sering berlaku : Masalah sistem pernafasan yang sering berlaku adalah: Asma Untuk pesakit asma, saluran sistem pernafasan mereka selalunya berada dalam keadaan hipersensitif dan bila ia dirangsang, saluran nafas akan terjerut. Saluran nafas yang terjerut ini akan menimbulkan masalah semasa bernafas. Serangan asma boleh berlaku disebabkan asap tembakau, asap kilang, pelarut pembersih, jangkitan, debunga, habuk, sesetengah makanan seperti makanan laut yang bercengkerang, susu dan kacang, udara sejuk dan sebagainya. Walau bagaimanapun, rangsangan yang menyebabkan serangan asma adalah berlainan di antara setiap individu.

Bronkitis Akut Bronkitis Akut ialah sejenis keradangan pada tiub bronkiol di dalam peparu, di mana ia adalah saluran udara utama ke paru-paru. Biasanya radang tersebut disebabkan oleh jangkitan bakteria ataupun jangkitan viral. Apabila jangkitan ini melemahkan sistem pernafasan seseorang, Simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas, sakit dada, pertambahan mukus dan kelesuan akan wujud. Bronkitis akut akan berlarutan selama 4 hingga 6 minggu.

Sinusitis Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang belakang pipi, bulu kening dan rahang. Biasanya lendir yang dihasilkan oleh sinus akan disalirkan ke dalam hidung, di mana lendir itu akan membersihkan bakteria dan habuk yang masuk ke dalam badan kita semasa kita bernafas. Bulu halus akan menyalurkan lendir keluar dari sinus. Sinusitis berlaku apabila membran mukos dijangkiti bakteria, virus atau kulat. Sinus akan membengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus atau bendalir daripada sinus di dalam hidung dan tekak. Akhirnya ia akan menyebabkan tekanan dan keradangan pada rongga sinus. Sinusitis akut akan bermula dengan demam yang kemudiannya akan

menjadi jangkitan bakteria. Alergi, pencemaran, masalah hidung dan sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan sinusitis.

Pneumonia Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang mana biasanya berlaku kerana jangkitan virus ataupun bakteria. Tiga penyebab utama jangkitan paru-paru ini adalah bakteria, virus dan fungi. Anda juga boleh dijangkiti Pneumonia secara tidak langsung dengan menghidu cecair ataupun bahan kimia. Pheumonia yang paling umum dikenali sebagai pneumococcal pneumonia, sejenis jangkitan bakteria yang paling kerap menyebabkan pneumonia. Sesetengah pneumonia adalah sederhana dan sesetengah jenis pula memerlukan rawatan hospital yang intensif. Orang tua dan bayi yang berumur 2 tahun ke bawah adalah golongan yang mudah dijangkiti oleh pneumonia. 2. Punca punca pernafasan terhenti dan prosedur rawatan untuk memulihkan pernafasan pesakit : Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca-punca asfiksia :

Lemas Keracunan gas dan asap yang berbahaya Tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-

Benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam

Ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat

Terhimpit dada - runtuhan tanah Serangan penyakit

Termakan racun

Prosedur rawatan : A - Airways (saluran Pernafasan)


Terbuka atau tersekat Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada.

B - Breathings (pernafasan)

Boleh bernafas atau tidak Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C - Circulation (peredaran darah)


Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak Jika tiada, lakukan pemulihan cpr (cardio-pulmonary resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

3. Definisi kegagalan pernafasan jenis 1 & jenis 2 serta penyebab :


Kegagalan Sistem Pernafasan Jenis 1 : Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60 mmHg). Dalam kegagalan pernafasan Jenis 1, paras CO2 boleh jadi normal, ataupun sedikit rendah dari biasa. Biasanya, masalah kegagalan pernafasan Jenis 1 adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pernafasan dan aliran darah (V/Q mismatch). Antara yang menyebabkan masalah kegagalan sistem pernafasan Jenis 1 ialah:

Radang paru-paru Paru-paru berair (Pulmonary oedema) PE Asma/semput Emphysema (lubang dalam paru paru) Fibrosing alveolitis ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome)

Kegagalan Sistem Pernafasan Jenis 2 : Didefinisikan oleh kurangnya paras oksigen dalam darah (PaO2 < 60mmHg) dengan disertai oleh peningkatan paras karbon dioksida (PaCO2 > 45mmHg). Masalah ini adalah berpunca daripada kurangnya kerja bernafas. Antara penyebab masalah ini termasuk:

Penyakit paru-paru:

Asma Masalah rokok COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) Radang paru-paru (pneumonia) Pulmonary fibrosis Masalah terjaga dari tidur akibat salur pernafasan tersumbat (sleep apnoea)

Kurangnya dorongan untuk bernafas:

Ubat

penenang

dapat

menyebabkan

pernafasan menjadi

terganggu

sekiranya diambil secara berlebihan


Tumor Saraf tunjang (CNS)

Penyakit Otot dan saraf


Kerosakan saraf servikal (menjejaskan pernafasan) Lumpuh saraf diafragma (diaphragmatic paralysis) poliomyelitis (penyakit yang menyebabkan lumpuh, dan kaki bengkok dalam kanak kanak)

myesthenia

gravis

(penyakit

yang

menyebabkan

rasa

amat

penat

terutamanya bahagian mata dan muka)

sindrom Guillain Barre (masalah saraf sengal pada tangan dan kaki dan diakhiri dengan masalah pernafasan)

Masalah dada:

tulang rusuk patah (flail chest) bongkok atau scoliosis (kyphoscoliosis)

4. Faktor yang menyebabkan pernafasan tersekat sewaktu tidur dan simptom simptom yang menunjukkan seseorang menghadapi masalah pernafasan tersebut :

Masalah pernafasan tersekat sewaktu tidur berdengkur adalah masalah yang disebabkan oleh tertutupnya salur pernafasan di bahagian belakang anak tekak (pharynx) sewaktu tidur. Masalah ini menyebabkan individu yang mengalaminya berhenti daripada bernafas dalam beberapa saat sebelum terjaga. Biasanya, penghidap masalah ini adalah individu yang mempunyai berat badan berlebihan, lelaki dewasa umur pertengahan, individu yang kuat berdengkur, dan ini semua menyebabkan tidur yang terganggu dan kebiasaannya mereka akan berasa mengantuk di siang hari.

Antara tanda dan simptom seseorang itu mempunyai masalah ini ialah:

Berdengkur dengan kuat Mengantuk di siang hari Tidur yang tidak memuaskan Sakit kepala di siang hari Kurang nafsu seksual Kemampuan kognitif yang terganggu.

Kekurangan pernafasan sewaktu tidur menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke paru-paru. Ini menyebabkan salur darah ke paru-paru mengalami pencerutan (vasoconstriction) dan menyebabkan meningkatnya tekanan darah dalam sistem pernafasan (pulmonary hypertension). Kekurangan pernafasan yang amat serius seterusnya menyebabkan kegagalan pernafasan Jenis 2 yang didefinisikan oleh kurangnya bekalan oksigen dalam darah (PaO2<60mmHg) dan meningkatnya pengumpulan karbon dioksida dalam darah (PaCO2>45mmHg).

5. i. Lakaran pertukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida :

ii. Cadangan untuk pernafasan yang sihat :

Dilarang Merokok

Amalkan polisi "dilarang merokok" ketika berada di rumah dan tempat kerja. Elakkan diri daripada menghidu asap rokok.

Air Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Minum air suam untuk membersihkan dan menipiskan mukus yang terdapat di saluran pernafasan.

Menjaga kebersihan lingkungan tempat tinggal Bersihkan rumah anda sekerap mungkin untuk menyingkirkan habuk, hama, debunga dan sebagainya. Kekalkan kebersihan bantal, selimut dan comforter.

Melakukan senaman atau aktiviti Berjalan dengan cepat, joging, berenang, menunggang basikal, lompat tali, yoga, senaman aerobik dan aktiviti fizikal yang lain dapat menguatkan jantung dan paru-paru anda.

Bernafas Bernafas atau lebih tepat lagi, menarik dan bukan nafas dalam-dalam pendek dengan dengan

menggerakkan

diafragma

anda

bernafas

menggerakkan sangkar tulang rusuk. Pernafasan secara mendalam dapat mengisi paru-paru dengan udara segar dan ia juga akan mengeluarkan udara yang mengandungi toksin dari badan kita.

Anda mungkin juga menyukai