Anda di halaman 1dari 31

TOPIK10 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS MEMBUAT INFEREN

MEMBUAT INFEREN

Kita lebih menghargai persekitaran kita jika kita mampu membuat interpretasi dan menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita. Kita belajar untuk mengenal corak dan menjangkakan corak itu akan berulang lagi dalam keadaan yang sama. Banyak tingkahlaku kita adalah berdasarkan inferen yang kita buat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku.Saintis membina hipotesis berdasarkan inferen yang dilakukan terhadap sesuatu penyiasatan. Sebagai guru kita selalu membuat inferen mengenai mengapa murid berkelakuan sedemikan. .

Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995, p 69.

Pemerhatian adalah pengalaman yang di perolehi melalui satu atau lebih deria,membuat inferen adalah penerangan atau interpretasi sesuatu pemerhatian itu.

105

Proses ini selalunya dikaitkan dengan pengalaman lampau. Pengalaman yang baru hanya akan membawa makna jika kita boleh membuat hubungan dengan apa yang telah diketahui. Untuk membuat inferen bermaksud untuk membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus dan apa yang telah diketahui dari penglaman yang lampau.

MEMBUAT INFEREN

Apa yang telah diketahui dari pengalaman

Apa yang diperhatikan secara terus?

Sebagai contoh ianya hujan dan anda melihat satu pancaran cahaya yang trrang di luar jendela. Hamper serta merta selapas pancaran itu anda mendengar bunyi yang kuat. Anda kemudian berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari situ. Ini adalah inferen anda kepada pemerhatian tentang sinar cahaya dan bunyi bising tersebut. Ianya berdasarkan pengalamanyang lampau dengan kilat dan guruh yang termasuk pengetahuan tentang tempoh masa antara cahaya dan bunyi yang boleh mengukur sejauh manakah kilat itu akan berdentum.

Suatu inferen adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada bukti yang sedikit atau tiada bukti. Bila membuat inferen,adalah penting untuk mengikuti langkah-langkah berikuts:
Buat seberapa banyak pemerhatian tentang sesuatu objek atau peristiwa 106

Imbas kembali pengalaman lampau tentang maklumat yang relevan tentang objek atau peristiwa yang boleh digarapkan dengan apa yang telah diperhatikan. Nyatakan setiap inferen supaya ianya berbeza dengan pernyataan yang lain. daripada apa yang diperhatikan saya membuat inferen bukti mencadangkan . Mungkin telah terjadi penjelasan yang munasabah dari apa yang saya lihat adalah daripada apa yang saya perhatikan saya merumuskan

Selalunya

apabila

sudah

membuat

inferen

daripada

suatu

set

pemerhatian,maklumat baru mungkin akan timbul dan menyebabkan anda berfikir semula inferen yang asal. Ini kadangkala akan memperkukuhkan inferen anda. Pada masa yang lain maklumat tambahan mungkin menyebabkan anda mengubahsuai atau menolak inferen yang anda fikirkan penting pada satu ketika dulu. Pemerhatian yang baru menjurus kepada pengubahsuaian corak pengalaman untuk melakukan akodomasi maklumat yang baru.

Berikut adalah sebahagian pemerhatian dan inferen yang dilakukan oleh seseorang mengenai satu duit siling. (Jadual 1).

107

Pemerhatian Duit siling itu berwarna tembaga

Inferen Saya membuat inferen ianya diperbuat dari tembaga

Duit siling ini mempunyai tarikh 1994 di Duit siling itu kemungkinan di buat atasnya pada tahun1994

Duit siling ini mempunyai huruf timbul Saya membuat inferen ianya diperbuat di atasnya dan ianya jelas dan dengan menggunakan mesin mempunyai sains yang sekata.

Bila saya jatuhkan duit siling itu ke atas Saya membuat inferen duit siling itu meja ia menghasilkan bunyi clink adalah pejal dan tidak berongga dan kosong Duit siling itu mempunyai suatu bahan Mungkin duit siling itu berada dalam air hijau disatu belahnya dan menjadi terhakis

The coin has one long deep scratch on Maybe someone deliberately gouged one side the coin with a sharp instrument
Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995, p 73. Jadual 1: Pernyataan pemerhatian dan inferen mengenai satu duit siling

Anda juga boleh membuat inferen mengenai sesuatu peristiwa. Setiap inferen mestilah berdasarkan pemerhatian.Oleh yang demikian anda perlulah membuat pemerhatiam yang teliti dan membuat interpretasi atau menerangkan pemerhatian tersebut. Interpretasi mengenai pemerhatian ini adalah inferen.

108

Anda telah membuat inferen jika anda .. 1. Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang munasabah. 2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian. 3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferen. 4. Menguji ketepatan inferen melalui pemerhatian yang lanjut. 5. Menggunakan inferen sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut yang sesuai.

(PPK, 1994)

109

Aktiviti 1 Latihan membuat inferen jejak kaki

Rajah dibawah menunjukkan tiga jalur jejak kaki selepas setiap satu iaitu jalur 1 diikuti dengan jalur 2 dan kemudian jalur 3. Siri jejak kaki dilihat dipantai. Titik disekeliling jejak kaki dalam jalur2 menunjukkan kasut itu tela meninggalkan kesan yang dalam

1.

2.

3.

Berdasar rajah ,tuliskan pemerhatian anda pada setiap jalur jejak dan rekodkan inferen anda. Anda boleh membuat inferen melebihi satu bagi setiap kes.

110

PEMERHATIAN

INFEREN

jalur 1

jalur 2

jalur 3

Bandingkan senarai inferen anda dengan rakan anda. Adakah anda merasakan inferen anda lebih baik? Kenapa?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

111

Aktiviti 2

Perhatikan rajah di bawah. Untuk setiap garis lukiskan bentuk seterusnya dalam kotak sebelah kanan.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

112

Soalan

1.

Bagaimana anda mendapatkan jawapan bagi bentuk yang seterusnya?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

2.

Adakah pengalaman anda membantu anda untuk membuat keputusan?

___________________________________________________________

Dapatkan buku teks. Cuba dan latih semua cadangan yangtelah dibincangkan di atas. Adakah ianya membantu anda untuk mengingat dengan lebih baik?

1) Dibawah adalah beberapa contoh pernyataan pemerhatian dan inferen.Gariskan pernyataan inferen dengan menggunakan pen merah.

a) Tombol tembaga pintu itu tidak cerah dan berkilat. b) Saya membuat inferen yang pejabat ini tidak selalu digunakan. c) Seseorang telah menumpahkan bahan yang beracun disini d) Terdapat satu tompok didepan rumah saya yang tidak ditumbuhi rumput. e) Saya perhatikan iodin bertukar warna menjadi ungu bila saya letakkan di atas secicip kentang. f) Ia boleh diinferenkan sisip itu mempunyai kanji didalamnya.

g) Mungkin buku itu sudah lama atau kertas itu diwarnakan kuning supaya kelihatan lama. h) Mukasurat buku itu berwarna kuning. 113

i) j)

Melalui tingkap itu saya Nampak bendera itu berkibar Ianya mesti berangin diluar

k) Ikan itu terapung dipermukaan tangki air. l) Mungkin tiada orang yang memberi makan kepada ikan tersebut

m) Mungkin ianya telah dicemari n) Air minuman saya berbau seperti telur busuk. o) Sayuran yang sedang tumbuh di kebun saya telah hilan dan terdapat najis di atas tanah. p) Ada bukti yang arnab telah berada disitu.

1) Perhatikan jejak di dalam salji dalam Rajah 3.7. Berdasarkan pemerhatian anda ,tuliskan inferen anda. (Untuk membantu anda berfikir secara lebih logic mengenai rajah,ianya telah dibahagikan kepada tiga bahagian.)

Courtesy of INVESTIGATING THE EARTH, Fourth Edition by American Geological Institute.

Rajah 3.7: Tracks in The Snow

114

Laksanakan Inferring Exercises dan bincangkan jawapan di dalam kelas.

Persembahkan satu situasi kepada rakan sebaya anda dan biarkan mereka membuat inferen. Komen jawapan mereka.

Bacaan lanjut mengenai cara-cara membuat inferen dan sediakan satu TUTORIAL ringkasan

LATIHAN MEMBUAT INFEREN

Teliti pemerhatian dibawah. Kemudian buat inferen untuk setiap pemerhatian. Ingat, terdapat lebih daripada satu penjelasan yang munasabah.

Pemerhatian 1: Anda memerhatikan langit diwaktu tengahari gelap.

Inferen anda:___________________________________________________

________________________________________________________________

115

Pemerhatian 2: Pengetua anda masuk ke kelas dan memanggil pelajar.

Inferen anda:___________________________________________________

________________________________________________________________

Pemerhatian 3: Semua murid sekolah menengah membawa makan tengahari dari rumah.

Inferen anda:___________________________________________________

________________________________________________________________

Pemerhatian 4: Bekas ahli kumpulan rock n roll mempunyai daya pendengaran yang lemah.

Inferen anda:___________________________________________________

________________________________________________________________

Pemerhatian 5: Anda meninggalkan pawagam dan melihat jalan itu basah.

Inferen anda:____________________________________________________

________________________________________________________________

116

Pemerhatian 6: semasa berjabat tangan,anda merasakan tapak tangan orang itu kasar dan keras.

Inferen anda:____________________________________________________

________________________________________________________________

Pemerhatian 7: lampu bilik darjah terpadam.

Inferen anda:____________________________________________________

________________________________________________________________

Pemerhatian 8: Siren kedengaran disekolah.

Inferen anda:____________________________________________________

________________________________________________________________

117

TOPIK11

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

SINOPSIS

Sekarang anda telah menguasai semua asas kemahiran proses sains, anda sekarang telah bersedia untuk mempelajari kemahiran yang memandu anda

mengeksperimen atau menjalankan penyiasatan. Kemahiran proses sains bersepadu termasuklah mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah,

memberikan definisi operasi, mentafsir data, membuat formula dan menguji hipotesis serta melakukan eksperimen. Mempelajari kemahiran ini

mengupayakan anda untuk menjawab banyak soalan-soalan memandangkan anda telah mempunyai alat-alat untuk mentafsir apa yang anda cerap berupaya mereka bentuk penyiasatan untuk menguji idea anda sendiri. dan

HASIL PEMBELAJARAN.

Pada akhir pembelajaran topik ini anda akan boleh;

1. Mengenalpasti pemboleh ubah satu penyiasatan. 2. Mengkelaskan pemboleh ubah manipulasi dan yang bergerak balas.

118

KERANGKA KANDUNGAN TOPIK

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

1. Mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah


Pemboleh ubah manipulasi Pemboleh ubah bergerak balas

Pemboleh ubah malar

Rajah 1 : Skop Kandungan

119

MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Dengan mengkaji tindakan dan gerak balas, seperti bagaimana kismis di dalam larutan soda penaik, anda telah mempelajari bahawa pemerhatian dan membuat inferen adalah asas bagi sains. Tindakan dan tindak balas dalam dunia semula jadi selalunya kompleks. Kadang-kadang ianya sangat besar (seperti letupan gunung berapi) , atau terlalu kecil ( seperti pergerakan euglena) atau mengambil masa ( seperti pergerakan glasier) adalah mustahil untuk minda manusia untuk memahami keseluruhannya. Pendekatan saintifik bagi memahami peristiwa sedemikian adalah satu proses yang dimana peristiwa yang kompleks dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang boleh dikaji dan difahami. Bahagian-bahagian peristiwa atau sistem ini dinamakan pemboleh ubah. Pemboleh ubah adalah faktor-faktor, keadaan, dan perhubungan yang boleh mengubah atau diubah dalam satu peristiwa atau sistem. Bagi tujuan mempelajari tentang penyiasatan saintifik anda perlu terlebih dahulu mempelajari kemahiran yang berkaitan dengan mengenal pasti dan memanipulasikan pemboleh ubah. Satu pemboleh ubah adalah sesuatu yang boleh berubah. Apakah pemboleh ubah dalam kenyataan berikut?

Pernyataan 1: Masa yang diambil oleh seorang atlit untuk berlari satu kilometer bergantung kepada bilangan latihan yang diperolehi oleh seseorang itu. Pemboleh ubah: Masa diambil untuk berlari satu kilometer.

Pernyataan 2: Semakin tinggi suhu air, semakin cepat telur masak. Pemboleh ubah: Suhu air Masa yang diambil untuk telur masak Mengawal pemboleh ubah adalah mengenalpasti semua pemboleh ubah yang terdiri daripada aspek yang boleh mempengaruhi hasil sesuatu eksperimen, dan menjalankan eksperimen dengan memanipulasikan hanya satu pemboleh ubah dan menetapkan pemboleh ubah yang lain sebagai konstan. Penyiasatan adalah untuk mengetahui kesan satu pemboleh ubah keatas pemboleh ubah yang lain. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah. 120

1. Pemboleh ubah dimanipulasi; Faktor atau keadaan yang dimanipulasi atau diubah untuk menguji kesannya keatas eksperimen. Dalam kenyataan di atas: Masa yang diambil untuk berlari satu kilometer Suhu air

Ini juga dikenali sebagai pemboleh ubah

2. Pemboleh ubah bergerak balas :Hasil eksperimen yang bergerak balas atau bertindak terhadap satu faktor atau keadaan yang berubah. Dalam kenyataan di atas, Jumlah latihan Masa untuk telur masak

Ini juga dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar.

3. Pemboleh ubah konstan): Pemboleh ubah yang dikawal atau ditetapkan. Examples: Jenis latihan Saiz telur

Pemboleh ubah bebas adalah nama lain bagi pemboleh ubah yang dimanipulasi.

Ia secara bebas dipilih oleh pengeksperimen untuk dimanipulasikan. . Pemboleh ubah bersandar di perhatikan oleh pengekperimen dan akan bergerak balas terhadap pemboleh ubah dimanipulasi atau pemboleh ubah bersandar jika terdapat perhubungan. Bila kita memplot maklumat pada graf pemboleh ubah dimanipulasi seringkali di plot pada paksi X dan pemboleh ubah bergerak balas seringkali diplot paya paksi- Y.

121

AKTIVITI 1 Bilangan paku-paku yang ditarik oleh ektromagnet akan bertambah jika lebih banyak bateri

diletakkan dalam litar. Jika sekiranya penyiasatan dilakukan terhadap masalah di atas. Apakah pemboleh ubahnya ?

AkTIVITI 2 Seorang pelajar hendak menguji bagaimana jisim kertas yang digunakan memberi kesan kepada jarak ia akan terbang. Kelip kertas ditambah sebelum ujian penerbangan dilakukan. Selepas kelip kertas ditambah, kapal terbang kertas dibaling untuk menentukan berapa jauh ia akan terbang. Reka satu eksperimen yang ringkas bagi aktiviti ini. Apakah pemboleh ubah yang ada. 1. Bagi setiap pernyataan atau penerangan berikut kenalpastikan pemboleh ubah

dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. (a) Pelajar-pelajar dalam kelas sains menjalankan penyiasatan dimana lampu suluh

dipancarkan pada satu layar. Mereka berharap dapat mengetahui jika jarak daripada cahaya ke layar memberi kesan keatas saiz kawasan yang disinari. 122

(b) Jabatan perhutanan telah mengira bilangan musang di Negeri Pahang. Adakah bilangan musang mempunyai kesan terhadap populasi arnab? (c) Skor dalam ujian akhir bergantung kepada bilangan kemahiran subordinat yang diperolehi. (d) Lebih banyak kentang akan dihasilkan jika lebih banyak baja digunakan dalam tanah. 2. Anda diberi satu wayar, satu suiz, satu ammeter (0-1 A), satu voltmeter (0-5V), satu

reostat, 3 bateri, satu pemegang bateri, dan wayar-wayar penyambung. Lakukan satu eksperimen untuk menyiasat kesan panjang keatas rintangan konduktor. Nyatakan tiga pemboleh ubah dalam kajian ini.

1.

Lakukan aktiviti

mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah. Bincangkan hasil

eksperimen di dalam kelas 2. Lakukan Penerbangan helikopter dan bandingkan dapatan anda dengan dapatan

rakan anda.

Kaji buku teks bagi tahun 1 hingga 6 dan senaraikan istilah alternatif bagi pemboleh ubah yang digunakan pada waktu ini.

123

TUTORIAL 1 MENGENALPASTI DAN MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Bahan-bahan : (bagi tiap kumpulan berempat)


4 kiub gula Gula pasir 4 bikar Kertas tisu atau span 2 sudu berlainan saiz Jam randik

Kaedah: 1.Setiap oran gpelajar diberikan 4 gula kiub, 4 bikar dan 2 sudu. 2. Tuangkan 100 ml air paip ke dalam tiap bikar dengan serentak. 3. Larutkan tiap kiub gula dalam bikar. Dalam satu bikar terdapat satu kiub dan air, satu mengandungi satu kiub, sudu (untuk mengacau) dan air, satu lagi ada gula pasir dan air dan yang terakhir mengandungi gula pasir, sudu dan air. 4. Pelajar meramal bekas mana yang akan menunjukkan kadar melarut yang paling cepat dengan menggunakan jam randik. 5. Plotkan hasil ke dalam graf. Adakah hasil yang diperolehi berbeza? Adakah semua kaedah mengeksperimen sama? Terangkan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ __________________________________________________________

124

Lakukan sumbang saran bilangan pemboleh ubah dimanipulasi/ bebas yang mungkin memberikan kesan kepada eksperimen (kadar larutan). Masukkan cadangan pada satu carta.

Pemboleh ubah bebas ramalan

Nota eksperimen

Pemerhatian

saiz sudu

amoun air

penempatan sudu

kiub gula lama kiub baru

vs. . . .

pelarut berbeza

Anda mungkin akan menemui beberapa peristiwa luar jangka. Bagaimana anda mencadangkan untuk eksperimen yang lebih baik. Bincangkan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ __________________________________________________________

TUTORIAL 2 Helicopter Materials:


Kaedah: 125 Gunting Pembaris Ruler Worksheet Corak helikopter

1.Dengan berhati-hati potong pola bagi objek yang berputar dan ikuti arahan yang ditetapkan. 2. Uji rekaan yang dibuat dan pelajari bagaimana ia berfungsi. Catatkan pemerhatian dan inferen-inferen anda. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ____________________________

Apakah beberapa pemboleh ubah yang mungkin mempengaruhi bagaimana ia terbang? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ____________________________

126

Objek

yang

berputar

bagi

Helikopter

127

TOPIK12 KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU MENDEFINISI SECARA OPERASI

MENDEFINISI SECARA OPERASI Kaedah atau prosedur yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dinamakan definisi operasi. Definisi operasi ini memberitahu apakah operasi yang dilakukan dan di perhatikan dan bagaimana ia diukur. Jika anda boleh mengukur pemboleh ubah secara langsung dengan menggunakan sistem pengukuran yang piawai, anda tidak perlu untuk

mendefinisikan secara operasi. Contoh: kedalaman-pembaris, suhu-termometer, masa-jam randik.

Mendefinikan seara operasi melibatkan cara yang sama bagi mengukur sesuatu secara tan langsung dimana pengukuran langsung tidak dapat dilakukan dengan mudah. Contohnya- aktiviti bandul-Mengukur tempoh masa satu ayunan dilakukan dengan menentukan bilangan ayunan bagi tempoh 15 saat. Ini adalah kerana masa bagi satu ayunan tidak dapat diukur dengan mudah. Penyiasat berbeza mungkin menggunakan definisi operasi yang berbeza bagi pemboleh ubah yang sama. atas ketahanan seseorang. Pemboleh ubah Ketahanan seseorang boleh didefinisikan secara operasi dengan berbagai cara; Bilangan jam seseorang boleh berjaga Jarak larian tanpa henti seseorang Bilangan lompatan yang dilakukan sebelum letih Contoh: Penyiasatan untuk menentukan kesan vitamin E ke

Definisi operasi perlulah eksplisit supaya pengkaji yang lain boleh melakukan pengukuran tanpa maklumat lanjut daripada pengkaji.

128

ACTIVITI 1:

Satu kajian telah dilakukan untuk menentukan adakah iklan keselamatan mempunyai kesan keatas kemalangan keenderaan. Bilangan papan iklan yang berbeza diletakkan di Bukit Mertajam sepanjang tempoh 4 bulan untuk melihat sama ada bilangan mereka yang

dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalan raya akan dipengaruhi. Pada bulan januari, empat papan iklan yang mengandungi mesej keselamatan, pada bulan febuari

terdapat 10 papan iklan, bulan mac terdapat 15 dan dalam bulan april ada 20 buah. Rekod bilangan orang yang dimasukkan kehospital akibat kemalangan jalan raya di tentukan.

Kenalpastikan Pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

Pemboleh ubah dimanipulasi: Iklan keselamatan Responding Variable: Kemalangan kenderaan

Bagaimana setiap pemboleh ubah didefinisikan secara operasi?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

129

ACTIVITI 2:

Satu kajian telah dilakukan untuk menentukan kesan latihan keatas denyutan nadi. Guru pelatih mengayuh basikal untuk bilangan kilometer yang berbeza dan denyutan nadi mereka diukur. satu kumpulan mengayuh sejauh 10 km, kumpulan kedua sejauh 20 km, kumpulan ketiga pula mengayuh sejauh 30 km dan kumpulan keempat mengayuh sejauh 40 km. Selepas aktiviti, kadar denyutan nadi dikira serta merta untuk tempoh seminit. Kenalpasti pemboleh ubah yang dimanipulasi dan yang bergerak balas

Pemboleh ubah yang dimanipulasi: Jarak kayuhan Pemboleh ubah bergerak balas: denyutan nadi Bagaimanakah setiap pemboleh ubah didefinisikan secara operasi?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.

Satu kajian dilakukan untuk melihat jumlah hakisan yang dipengaruhi oleh kecerunan tanah. Hujung kerusi yang diperbuat daripada plastik yang mengandungi pasir diangkat pada empat ketinggian yang berbeza. 1 liter air dicurahkan di satu hujung kerusi tersebut. Selepas air air mengalir diatas pasir tersebut, kedalaman lekukan yang dihasilkan oleh air diukur. 130

Apakah definisi operasi bagi kecerunan tanah? (A) (B) (C) (D) Jisim tanah yang terhakisl Kedalaman lekukan yang dihasilkan oleh air pada tanah Jisim air yang digunakan pada meja. Ketinggian hujung meja yang dinaikkan.

2. Satu penyiasatan dilakukan untuk melihat bagaimana suhu awal satu larutan mempengaruhi banyak mana air yang tersejat.

Terangkan sekurang-kurangnya tiga cara dimana banyak mana sejatan boleh didedifinisikan secara operasi.

Tutorial 1 Latihan tentang definisi operasi.

Tutorial 2 Bincangkan definisi operasi bagi latihan-latihan

Semak buku teks bagi tahun 1-6 dan senaraikan beberapa contoh definisi operasi.

131

TUTORIAL 1 MENDEFINISIKAN PEMBOLEH UBAH SECARA OPERASI. 1. Seorang guru berminat untuk menyiasat tentang kesan kerja rumah keatas hasil ujian. Apakah dua definisi operasi bagi pemboleh ubah kerja rumah? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________ 2. Seorang penjaga kedai hendak mengetahui jika poster di tingkap kedai memberi kesan ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ __________________________ 3. Seorang pelajar hendak mengukur jenis pizza yang manakah yang disukai oleh rakannya. Apakah definisi operasi bagi pemboleh ubah jenis pizza yang disukai. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________ Apakah satu definisi operasi? Satu daripada keputusan secara operasi yang diambil oleh seorang saintis adalah untuk menentukan bagaimana pengukuran sesuatu pemboleh ubah dilakukan. Kaedah yang

digunakan untuk mengukur sesuatu pemboleh ubah dinamakan definisi operasi. Definisi operasi menunjukkan cara bagaimana pengukuran dilaksanakan. Bila seseorang saintis telah memilih satu kaedah, kaedah itu mesti dilaporkan kepada saintis lain, supaya mereka juga boleh menguji hasil penyiasatan tersebut. Seseorang saintis boleh membaca definisi operasi dan dengan mudah memahami atau melaksanakan pengukuran yang sama. Contoh-contoh berikut definisi operasi bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah. 132

Contoh satu. Seorang pelajar hendak melakukan ujian keatas kesan vitamin C keatas kesihatan pelajar di kelasnya. Pemboleh ubah kesihatan pelajar boleh didefinisikan dengan cara berikut; Bilangan kali mengalami selsema dalam sebulan Bilangan hari tidak hadir dalam sebulan Bilangan hari tidak hadir kerana sakit dalam sebulan Bilangan orang yang batuk da lam sebulan.

Contoh kedua Seorang pelajar hendak menguji kesan poster jangan buang sampah keatas masalah sampah sarap di sekolahnya. Pemboleh ubah masalah sampah sarap boleh didefinisikan dengan cara berikut;

Bilangan bungkusan gula-gula di padang Bilangan plastik sampah yang dikumpulkan Bilaangan tin aluminium minuman di gudang

Tugas anda adalah untuk memikirkan definisi operasi yang mungkin digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dalam beberapa situasi. Sebelum anda mula, marilah lihat pada satu contoh. Seorang pelajar hendak mengukur penyerapan kertas pengelap, jadi penyerapan adalah pemboleh ubahnya. Pelajar itu mesti menetukan satu definisi operasi bagi mengukur penyerapan kertas pengelap. Beliau membina tiga definisi operasi yang mungkin bagi kajian ini.

133

Isipadu air yang tertinggal/tidak diserap:

Isipadu air yang tertinggal selepas

gumpasan kertas penyerap di letakkan dalam 25 ml air selama lima minit.

Isipadu air yang diserap: dimasukkan ke dalam 25 ml air.

Mengukur isipadu air yang dikumpulkan selepas

Ketinggian air: Mengukur ketinggian air yang ditunjukkan selepas kesemua kertas penyerap yang di gumpal dicelup dalam air selama 15 minits.

Fikirkan tentang definisi operasi yang boleh digunakan untuk mengukur pemboleh ubah berikut; 1. Seorang pelajar berminat dengan magnet-magnet. Dia hendak mengukur kekuatan magnet yang diminatinya. Definisi operasi bagi pemboleh ubah kekuatan magnet ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Seorang pelajar berminat untuk menyiasat percambahan biji benih. Definisi operasi bagi pemboleh ubah percambahan ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Seorang pelajar hendak menentukan minuman ringan manakah yang lebih digemari oleh rakan-rakn sekelasnya. Definisi operasi bagi minuman ringan yang digemari 134

___________________________________________________________________ _____________________________________________________________ ________________________________________________________________ 4, Seorang pelajar ingin mengetahui sejauh mana minat rakan sekelasnya membaca buku tentang sains. Definisi operasi bagi pemboleh ubah minat membaca buku tentang sains ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 5. Seorang pelajar ingin mengetahui jika belajar memberi kesan kepada gred dalam sains. Definisi operasi bagi pemboleh ubah belajar ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Definisi operasi bagi gred sains ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

135

Anda mungkin juga menyukai