Anda di halaman 1dari 10

RABU, 5 JUN 2013

a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner b. Peranan ibu dan bapa


dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas . d.
Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.
TUGASAN 2
a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner
b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar
cerdas .
d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

BIL
2a
1.0
2.0
2b
1.0
2.0
3.0

2c
1.0
2.0

2d
1.0
2.0
3.0

PERKARA
SEKAPUR SIRIH
LAPAN KECERGASAN

PENGERTIAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.


PANDANGAN PENGKAJI.
IBU BAPA MENGALAKKAN BELAJAR MELALUI
BERMAIN

ABSTRAK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
PINTAR CERDAS.

EMOSI
SOSIAL
MASALAH DAN STRATEGI MENANGANI MASALAH
EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

TUGASAN 2

CATATAN

2 a.

Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Horward Gardner.

SEKAPUR SIRIH.
1.1

Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau

mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut
Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap
pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk
yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
1.2

Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua

ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga
bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara muridmurid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional.
1.3

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap

yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam
hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapanlapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,
pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai.
2.0

LAPAN KECERGASAN

2.1

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang

melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza
dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin
tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.
Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :
2.2

Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.
Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat, memahami perkataan
2.3

Visual-Ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan
untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini
ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan
menterjemah imej secara visual.
2.4

Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam

sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.


2.5

Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk


berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.
2.6

Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,


tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
2.7

Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba
untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,
kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
2.8

Logik-Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
2.9

Muzik

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,
membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi,
memahami struktur dan rentak muzik.
TUGASAN 2
2b

Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cergas.

1.0

Pengertian kanak-kanak pintar cerdas.

1.1

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat.

Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan
pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutamanya yang dikenali sebagai pelajar
pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan
seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dan berbakat
merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan
maka suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

2.0

Pandangan pengkaji..

2.1

Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana

individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui
peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu
perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Perkembangan kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkaraperkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ianya juga adalah proses peningkatan keupayaan
pemikiran, pengetahuan dan intelektual di mana berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak
yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.
3.0

Kanak-kanak belajar melalui bermain. Ibu bapa dapat mewujudkan suasanapembelajaran yang

bermakna berlaku terutama ketika bermain. Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi rangka
yang penting bagi memperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu bidang.
Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu
konsep. Melalui permainan juga, ia dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang
ingin diketahui oleh mereka. Konsep bermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi intrinsik (dalaman)
dan menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung semasa bermain.
3.1

Permainan Lego. Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik yang terkenal di seluruh

dunia bagi semua golongan kanak-kanak atau remaja. Dalam proses menyiapkan model lego
keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba
dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang sebenar, mereka akan cuba lagi untuk
membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya
melalui permainan lego, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi
juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.
Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana lego melibatkan imaginasi
dan daya pemikiran. Permainan lego ini adalah satu permainan yang dapat menguji tahap pemikiran
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun kerana pada peringkat umur ini mereka
mempunyai kuasa ingin tahu dan daya imaginasi yang tinggi, kuat meneroka dan mula memanipulasikan
sesuatu benda yang menarik perhatian mereka.
3.2

Permainan catur. Catur adalah permainan yang paling popular di dunia, ia menggambarkan

bukan sahaja satu permainan tetapi juga merupakan satu seni dan satu sains. Catur juga dilihat sebagai
permainan perang yang abstrak kerana merupakan satu permainan yang dikenali sebagai permainan
seni mempertahankan diri dimana kanak-kanak perlulah menggunakan minda dalam menyelesaikannya
dan mengajar catur kepada kanak-kanak ini juga dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan
minda mereka dalam menyelesaikan masalah yang kompleks ketika bermain dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih berkesan lagi. Permainan ini juga amat sesuai bagi
kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun untuk melatih mereka dari segi perkembangan kognitif dimana
memerlukan penggunaan otak dalam berfikir bagi merancang strategi semasa bermain permainan ini.
3.3

Kubus Rubiks. (Dendam Kiub, Kiub Rubik, Kiub Profesor dan Kiub Poket).

Permainan kubus rubiks merupakan permainan teka-teki mekanik 3D yang diperkenalkan oleh Prof Erno
Rubik iaitu seorang professor seni bina di Hungarian pada tahun 1974. Aktiviti ini memerlukan daya
kognitif yang tinggi untuk menyelesaikannya dalam masa yang telah ditetapkan. Kubus ini digunakan
sebagai alat pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami objek 3D selain merupakan satu alat

untuk dijadikan aktiviti teka-teki kepada mereka dimana memerlukan strategi bagi menyelesaikan
permainan tersebut.
3.4

Menyusun Puzzle Gambar.Puzzle merupakan permainan menyusun kepingan gambar sehingga

menjadi sebuah gambar yang lengkap. Ianya juga terdiri daripada pelbagai jenis gambar dimana kanakkanak dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingan tersebut untuk menjadikan
ianya sebuah gambar. Selain itu, puzzle juga adalah satu bentuk permainan yang memerlukan penelitian,
melatih kanak-kanak supaya fokus atau memberi sepenuh perhatian ketika melakukannya serta harus
mempunyai ingatan jangka panjang semasa menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga
selesai. Di samping itu, melalui puzzle juga mereka dapat belajar memahami konsep bentuk, warna,
ukuran dan jumlah, maka bagi kanak-kanak pintar cerdas puzzle yang seharusnya diberikan kepada
mereka adalah berbentuk kompleks iaitu dari segi jenis gambar supaya mereka dapat berimaginasi
dengan lebih tinggi lagi dalam menyelesaikan permainan tersebut. Hal ini dapat mengembangkan
keupayaan kognitif mereka apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk
sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut.
3.5

Aktiviti Luar. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk merangsang

pemikiran kanak-kanak. Melakukan aktiviti di kawasan peranginan bukan sahaja akan menarik minat
kanak-kanak malah ia akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluaskankan lagi pandangan
mereka terhadap segala apa yang ada di sekeliling mereka. Bahan-bahan yang digunakan membolehkan
kanak-kanak akan
menggunakan daya kreatif mereka untuk mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti.
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka sendiri.
Mereka akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mereka sendiri secara bebas
dan tidak terbatas. Mereka melakukannya berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau
halangan dari pihak orang yang lebih dewasa. Aktiviti ini juga melibatkan daya pemikiran yang tinggi
dalam proses menjayakannya. Aktiviti ini juga dapat memperkembangkan lagi daya imaginasi dan dapat
meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
TUGASAN 2
2c

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak

pintar cerdas.
1.0 ABSTRAK.
1.1

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang Dikategorikan mempunyai

keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding
rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang
bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).
1.2

Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan

dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
1.3

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan

bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah

melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat
iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.
1.4

Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan

sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka
merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.Kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkanciri-ciri berikut:
Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan
matlamat yang tinggi untukpencapaiannya.
Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar.
Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.
Kebolehan untuk memimpin.
Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.
2.0

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas.

2.1
Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tigajenis program:
Pengasingan,
Pemecutan (acceleration)
Pengayaan
2.2

Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di

mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini
bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu
perkembangannya secara optima.
2.3

Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka

untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan
belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid
tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu
merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan
sebaya.
2.4

Penggayaan Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman

pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium
atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan
murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara
bersendirian.
2.4.1

Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada

situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan
kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana
mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang
yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di
antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat
setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.

2.4.2

Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan

kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial
kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak
langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk
mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.
2.4.3

Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping

meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.


2.4.4

Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan

hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti
berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi
yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi
dalam satu kumpulan
yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan
watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu
persembahan.
2.4.5

Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak

tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam
mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat.
Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka.
Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.
2.4.6

Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk

komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat
perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai
kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.
Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk
meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa
imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
2.4.7

Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar

berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu
kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang
di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian
menunjukkan banyak
faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa
tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan
diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.
TUGASAN 2
2d

Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

1.0

Emosi

1.1

Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti

sedih, marah dan lain-lain). Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) pula menyatakan emosi
sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu,
keseronokan atau gangguan pada perasaan).
1.2

The Oxford Dictionary of

Current English (1986) pula menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam
terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.
1.3

Menurut Daniel Golemen (2002:411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan pikiran yang khas,

iaitu suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkain kecenderungan untuk
bertindak dan pada dasarnya juga adalah dorongan untuk bertindak. Emosi biasanya merupakan
reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri seseorang individu.
1.5

Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1992) pula, Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan

yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi,diri dan psikologi.
1.6

Emosi dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi

yang tergolong dalam kategori emosi positif ialah seperti seronok, ghairah, bersemangat dan gembira.
Manakala emosi yang negatif pula seperti marah, sedih, cemas, rasa bersalah dan sebagainya.
1.7

Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara dua peringkat iaitu peringkat

emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran. Secara umumnya emosi idea ini menggambarkan
bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan
emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanakkanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan
siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk
tindak balas gerakan fizikal.
2.0

Sosial.

2.1

Perkembangan sosial, menurut Syamsu Yusuf (2007) adalah merupakan pencapaian

kematangan dalam hubungan sosial, proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma- norma
kelompok dan tradisi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama.
Lewis, 1995 ; Lewis Books- Gunn, 1979 mengatakan perkembanagan sosial juga merupakan satu
proses apabila anak-anak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
orang lain. Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, penghargaan kendiri, kawalan
kendiri dan juga pembentukkan kendiri. Identiti sosial dan juga kefahaman kanakkanak yang berkembang dalam dua peringkat iaitu kewudan kendiri dan kategori kendiri.
2.1

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan

kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat
serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan
kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu
persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa
aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan
kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

2.2

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang

dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang
diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang
sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi
ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya
mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial
yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
2.3

Hubungan sosial individu dengan persekitaran dan juga perkembangan psikososial ini mampu

membentuk personaliti manusia. Terdapat 8 peringkat tahap perkembangan sosial. Erik Erikson dan
setiap peringkatnya pula, mengandungi
kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai
kecekapan tertentu dalam meghadapi setiap peringkat perkembangan.
3.0

Masalah dan strategi untuk menangani masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas. 3.1 kanak-

kanak pintar cerdas selalunya mempunyai masalah dalam emosi iaitu mempunyai emosi yang tidak
stabil. Antara strategi yang biasa digunakan adalah sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah yang
dihadapi. Langkah dan cadangan akan diajukan bagi membolehkan kanak-kanak ini membuat pilihan
akan cara untuk
menangani masalah yang dihadapi olehnya. Melalui cara ini, dapat mengurangkan masalah emosi
yang dialami olehnya. Semasa memberi kaunseling, perlu perbanyakkan berkomunikasi dengan
responden iaitu tanya masalah dan punca sebenar tercetusnya masalah emosi. Umumnya mereka
mempunyai masalah emosi iaitu sukar untuk menerima sesuatu kegagalan dan mudah tertekan.
3.2

Berikan sokongan psikologi dengan memberikan kata-kata semangat dan kata-

kata peransang agar mereka dapat membentuk konsep diri yang positif. Mereka perlu menerima
kenyataan bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan, Tetapi setiap kelemahan boleh
diimbangi dan diperbaiki. Kepercayaan negatif terhadap diri sendiri atau menyalahkan diri sendiri ini
akan mencetuskan lebih banyak kekecewaan dan rasa tidak berupaya yang akan melemahkan usaha
seseorang untuk memperbaiki sesuatu keadaan.
Kesimpulan
Perkembangan diri adalah merupakan aspek perubahan yang dialami oleh seseorang individu dan
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku
dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan akan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu dan
biasanya dijangkakan.
Perkembangan biasanya dipengaruhi oleh baka dan juga persekitaran. Baka akan
menentukan had-had perkembangan manakala persekitaran pula akan membantu individu bagi
mencapai tahap perkembangan yang maksimum.Perkembangan adalah merupkan satu bahagian yang
saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Rujukan
Rogers K. B. (2008) Expert Approaches To Support Gifted Learners: Professional Perspectives, Best
Practices Dan Positive Solutions. United State: Free Spirit Publishing.
Sousa D. (2003) How The Gifted Brain Learns. London : Sage Publication Algozzine B. & Ysseldyke J.
(2006) Teaching Students With Gifts Dan Talents: Apractical Guide For Every Teacher. United State:
Corwin Press.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: Basic Books.
Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Todays Children. Madison, WI: Brown and
Benchmark.
Goleman, D. (1995), Emotional Intelligence, New York: Bantam
George D. (2003) Gifted education Indentification and Provision. London : Fultion Publisher

Anda mungkin juga menyukai