Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat merupakan satu inisiatif
kearah pembinaan dan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek
kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan murid dengan
seni visual dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat murid-murid di SK Permatang
Tok Mahat dalam pelbagai bidang yang terdapat dalam seni visual. Selain itu, persatuan ini
juga memberi peluang kepada murid yang mempunyai minat untuk melibatkan diri atau
mencungkil bakat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam persatuan ini.
Dengan menyertai persatuan ini, ahli-ahli persatuan akan didedahkan dengan teknik-teknik
untuk menghasilkan karya yang tepat dan juga boleh mempelajari cara yang betul untuk
menghasilkan karya yang menarik, mempunyai nilai estetika, bersifat komersial dan berkualiti.
Persatuan ini juga dapat membantu murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan persatuan ini juga melahirkan murid-murid yang


mempunyai pengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas mengenai seni visual.
Pelaksanaan persatuan ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berminat dalam
bidang ini.

2.0 Matlamat

Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat ini bermatlamat untuk
memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seni untuk
meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya
menjadikan Persatuan Seni Visual sebagai medium penting dalam membentuk modal insan
yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras
pembangunan kemajuan negara Malaysia. Penubuhan persatuan ini juga bermatlamat untuk
menerapkan salah satu daripada elemen yang terdapat dalam Elemen Merentas Kurikulum
iaitu kreativiti dan keusahawanan.
3.0 Rasional

3.1 Belum pernah ditubuhkan persatuan Seni Visual di SK Permatang Tok Mahat
3.2 Menjadi titik permulaan untuk menarik murid mendekati bidang Seni Visual
3.3 Membantu murid mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
3.4 Menjana idea yang kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam kalangan murid

4.0 Objektif

4.1 Untuk memahami kepentingan Seni Visual dalam kehidupan seharian.


4.2 Untuk mengetahui teknik-teknik penggunaan warna yang betul.
4.3 Untuk mengaplikasikan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
menghasilkan karya.
4.4 Untuk mengaplikasikan teknik-teknik dalam menghasilkan karya serta
penggunaan warna yang betul.
4.5 Untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang bidang-bidang yang terdapat
dalam Pendidikan Seni Visual.
4.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan
jantina.

5.0 Lokasi
Perjumpaan akan diadakan di blok akademik kelas 5 Bestari. (Lokasi tertakluk kepada
sebarang perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.)

6.0 Kumpulan Sasaran


Murid tahap 2 SK Permatang Tok Mahat yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6.

7.0 Jurulatih
Semua guru subjek Pendidikan Seni Visual di SK Permatang Tok Mahat.
8.0 Identiti
8.1 Cadangan Nama
Persatuan Seni Visual (PERSENI)

8.2 Logo

Diskripsi Logo
8.3 Moto
“Seni Citra Kehidupan”

8.4 Lagu

Marilah kita mengamalkan seni,


Di dalam kehidupan,
Janganlah malas untuk berseni,
Kelak buruh padahnya.

Seni itu indah,


Seni itu ceria,
Seni itu warna,
Warna kehidupan.

Amalkanlah seni,
Dalam kehidupan,
Semoga dengannya,
Damai hidup kita.
8.5 Visi
Persatuan Seni Visual berusaha memberi peluang kepada murid untuk memupuk
minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.

8.6 Misi
Persatuan Seni Visual berusaha melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual dalam kehidupan seharian.

9.0 Struktur Jawatankuasa

9.1 Jawatankuasa Induk

9.2 Jawatankuasa Pelaksana

10.0 Langkah-langkah Penubuhan Persatuan


11.0 Carta Alir Penubuhan Persatuan

12.0 Perlembagaan Penubuhan Persatuan

13.0 Perancangan Aktiviti

Aktiviti Bulan
Ceramah penggunaan teknik-teknik penggunaan Februari
warna.
Program 1 murid 1 catan Februari
Sesi membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti Mac
murid.
Program mural di sekolah Mac
Lawatan sambil belajar ke pusat kraftangan Pulau April
Pinang.
Membuat arca menggunakan bahan kitar semula Mei
Membuat kraftangan kraf tradisional atau kraf Jun
temporari
Pameran karya-karya murid Julai
Membuat baner Hari Kemerdekaan Ogos
Gotong-royong memceriakan kawasan sekolah. September
Jamuan akhir tahun Oktober

14.0 Kewangan
14.1 Sumber Kewangan

14.2 Anggaran Perbelanjaan


Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah
(Unit) (RM) (RM)
1. Warna plaka 3 (merah, 20.00 60.00
kuning, Biru)
2. Baju Persatuan 20 30.00 600.00
3. Berus 30 5.00 150.00
4. Kertas lukisan 2 10.00 20.00
5. Kain putih 1 20.00 20.00
JUMLAH KESELURUHAN 850.00

15.0 Surat Perkeliling


16.0 Penutup

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Seni Visual dapat meningkatkan kualiti murid


di SK Permatang Tok Mahat. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang
diusulkan kerana Persatuan Seni Visual dapat memberikan manfaat, kemahiran dan
pengalaman yang berguna kepada murid SK Permatang Tok Mahat disamping murid dapat
meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai