Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Salam Sinar Keharmonian

Sedarlah, tragedi di Lembah Jaya Melabak,


Kisah pemisahan China dan Rusia,
Konflik agama di Mindanao Filipina dan
Dua puluh satu episod tragedi peperangan yang terkejam di dunia
Berlaku akibat daripada titik permuafakatan dan persefahaman yang tidak pernah bertemu.

Sekalung asprisasi buat saudara/saudari pengerusi majlis, dif dif berinovatif,


kombinasi juri berintegriti, hadirin, warga dewan yang budiman. Ayuh renungilah mauduk
pidato saya yang bertajuk “Masyarakat Sepakat Membawa Berkat”.

Masyarakat adalah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu, manakala sepakat bermaksud sependirian. Berkat pula membawa
rahmat. Tuntasnya, hidup bermasyarakat merupakan tuntutan semulajadi yang pada akhirnya
membawa berkat dan rahmat kepada kita semua. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum dan agama perlu memelihara dan mengekalkan perpaduan agar
keharmonian hidup dapat terus subur mekar dalam hidup bermasyarakat. Oleh itu, empat
kupusan idea akan saya unjurkan.

Hadirin sekalian,
Pertama,

Hidup bermasyarakat dengan mereka yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan,
pendidikan, agama, bangsa dan keturunan, adat resam dan sebagainya akan menambah lagi
pengetahuan dan kenalan kita. Antaranya, mendapat tunjuk ajar jika berjirankan dengan
seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jika berjirankan dengan seorang
doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam. Hal ini tidak termasuk
ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh masyarakat sekeliling seperti ilmu bercucuk tanam,
landskap, jahitan, komputer dan sebagainya.

Kedua,

Masyarakat yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan
setempat daripada ancaman, kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, dan
sebagainya. Hal ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan Kampung atau kempen-kempen kesedaran. Perlakuan atau gejala sosial seperti
berkhalwat, penderaan, lari dari rumah, dan banyak lagi dapat dibendung jika masyarakat
memainkan peranan dan mengambil prakarsa melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali
berlakunya perkara ganjil dan meragukan.

Menyusul pula isi saya


yang ketiga,

Sikap sepakat dan berkerjasama antara satu membolehkan kumpulan masyarakat


tersebut mengadakan program setempat. Kerjasama ini boleh dipermantapkan melalui JKK
atau Persatuan Penduduk Taman. Jawatankuasanya mesti menjalankan aktiviti bagi
merapatkan lagi hubungan silaturahim sesame jiran. Individu yang berpengaruh dan
berpengalaman luas hendaklah dipilih menerajui persatuan tersebut, manakala yang lain turut
menyumbang dalam bentuk pemikiran, wang ringgit, kebendaan, tenaga dan sebagainya bagi
menjayakan segala program yang dirancang. Aktiviti seperti bergototng-royong
membersihkan kampung, masjid, longkang dan sebagainya dapat memberi faedah yang baik
kepada masyarakat.

Hadirin,
Keempat

Masyarakat sekeliling atau jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat
tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga atau harta bendakita
diketahui oleh jiran kita terlebih dahulu. Oleh itu, jiran ialah orang yang paling dekat untuk kita
mendapatkan pertolongan pada saat kita ditimpa musibahseperti kebakaran, kecurian, atau
kematian. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada
bila-bila masa. Hanya jalinan dan kemesraanyang kuat antara jiran dan masyarakat sekeliling
dapat melahirkan suasana seperti ini.

Sebagai kesimpulan, hidup di dalam sebuah masyarakat yang sepakat dan harmoni
merupakan keperluansemua manusia. Hidup dalam masyarakat yang harmoni akan
menambahkan lagi kenalan dan pengetahuan, menjamin keselamatan kawasan setempat,
program setempat dapat dijalankan serta pertolongan semasa kecemasan dapat diberikan.
Keharmonian hidup berjiran juga memberi kita kemudahan, dan jalan keluar bagi satu-satu
kesulitan atau masalah. Oleh itu benarlah bak kata pepatah “Masyarakat Sepakat Membawa
Berkat”.

Anda mungkin juga menyukai