Anda di halaman 1dari 11

PELAKSANAAN DASAR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan mengorganisasikan


pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan, mencipta,
merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan KBAT ini dalam
sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula 1993. Konsep KBAT atau versi asalnya
dalam Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai HOTS (High order thinking skills) adalah
berasaskan pada konsep ilmu, epistemologi dan kaedah seseorang pelajar beroleh ilmu.
Pendekatan ini direka dengan hasrat mementingkan pemikiran kritis dalam pengajaran-
pembelajaran. Proses pelaksanaan KBAT di Malaysia adalah bersumberkan Taksonomi Bloom
dan diubahsuai oleh Lorin Anderson menerusi empat hierarki teratas iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013-2025 memberi penekanan utama terhadap
konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai
keupayaan dalam pemikiran kritis dan kreatif. Pendekatan ini diperkenalkan untuk mencapai
matlamat utama pendidikan iaitu menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai
keupayaan kognitif aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran
dan pembelajaran. Namun, matlamat masih belum tercapai sepenuhnya maka pelbagai
pendekatan telah diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan
inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Bagi merealisasikan aspirasi yang termaktub di dalam PPPM ini adalah menjadi tugas
dan tanggungjawab kepada guru. Justeru, guru perlu merancang kaedah dan strategi yang
bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid. Kaedah yang dipilih perlu
menepati dan sesuai dengan objektif supaya mampu mendorong murid untuk berfikir secara
lebih terbuka dan diluar kotak kebiasaan. Guru juga perlu sentiasa membuka ruang kepada
murid untuk mengambil bahagian secara proaktif semasa sesi pembelajaran berlangsung. Guru
harus mendorong murid untuk menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dalam
menghubungkait dengan isi pembelajaran yang dipelajari. Kemahiran berfikir ini dikatakan
mampu melahirkan murid yang berdaya saing dan berpotensi tinggi kerana murid tidak terikat
dengan pengetahuan yang ‘rigid’ dan tertumpu kepada satu aliran sahaja
2.0 PENETAPAN AGENDA DASAR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan murid untuk menyusun
pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan, mencipta,
merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan KBAT ini dalam
sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula pada 1993. Proses pelaksanaan KBAT di
Malaysia adalah bersumberkan Taksonomi Bloom dan diubahsuai oleh Lorin Anderson
menerusi empat hierarki teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Transformasi kurikulum pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 telah memberi penekanan utama terhadap konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai keupayaan dalam pemikiran kritis dan
kreatif. Pendekatan ini diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama pendidikan iaitu
menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif aras tinggi melalui
pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini dibentuk
berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan tahap pencapaian akademik pelajar pada waktu itu.
Antara isu utama yang timbul ialah berdasarkan situasi di mana Malaysia muncul corot di dalam
tiga kajian yang dilakukan oleh indeks-indeks antarabangsa pada tahun 2011 iaitu :
I. UN Education Indeks yang meletakkan Malaysia di kedudukan 98 daripada 181 buah
negara.
II. Kajian Programme for Internasional Student Assessment (PISA) yang mengukur kadar
literasi pelajar-pelajar berumur 15 tahun terutama kepada subjek Matematik dan Sains
juga meletakkan Malaysia corot di tangga 55 daripada 74 buah negara.
III. Kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 juga menunjukkan
penurunan prestasi Matematik dan Sains yang berterusan sepanjang 4 kali penilaian
bermula pada tahun 1999.

Kedudukan Malaysia melalui kajian TIMSS


MATEMATIK SAINS
TAHUN KEDUDUKAN TAHUN KEDUDUKAN
1999 16 1999 22
2003 10 2003 20
2007 20 2007 21
2011 26 2011 32
Markah Purata Pelajar Malaysia melalui kajian TIMSS
(Markah di bawah 500 dikira prestasi corot)
MATEMATIK SAINS
TAHUN SKOR TAHUN SKOR
1999 519 1999 492
2003 508 2003 501
2007 474 2007 471
2011 440 2011 426

Isu seterusnya ialah berkaitan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia yang
berlandaskan peperiksaan. Melalui peperiksaan awam yang dijalankan secara berpusat, pelajar
dilihat lebih cenderung untuk menghafal dan mengingat fakta semata-mata berbanding
kefahaman atau mensintesis serta menilai maklumat. Pelajar tidak terarah untuk mengaplikasi
pengetahuan berdasarkan situasi atau rutin kehidupan harian. Pelajar semata-mata seperti
memuntahkan kembali fakta yang pernah dipelajari. Ini berdasarkan dari soalan-soalan yang
terdapat pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Menengah
yang tidak dinafikan telah diterapkan elemen-elemen penyelesaian masalah dengan kritis
seperti KBKK tetapi peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit iaitu 20 peratus bagi
UPSR dan 20 hingga 25 peratus sahaja pada PMR/PT3 pada tahun 2015. Hal ini
membenarkan pelajar-pelajar memfokus untuk menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-
soalan awal yang hanya memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya. Sub-soalan KBKK
yang lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa
menjejaskan markah keseluruhan pelajar atau menggagalkan pelajar.

Kebanyakan soalan PMR dan SPM yang kerap disusun dengan cara yang begitu mudah
diramal (predictable) juga menyumbang kepada timbulnya isu berkaitan pemikiran pelajar yang
berada di tahap rendah. Pelajar cenderung untuk menghafal fakta di dalam setiap topik atau
subtopik. Amalan guru-guru juga yang membantu pelajar untuk menghafal jawapan
berdasarkan ramalan soalan juga menyumbang kepada penurunan keupayaan pelajar untuk
berfikir di samping bengkel-bengkel menjawab soalan yang berfungsi untuk membantu murid
menghafal set-set jawapan yang telah ditentukan. Maka, pelajar tidak dilatih untuk menjawab
soalan di ujian TIMSS dan PISA di mana aras soalannya lebih berbentuk analisis dan sintesis
berbanding PMR dan SPM yang arasnya hanyalah kefahaman dan aplikasi.
3.0 PELAKSANAAN DASAR KBAT BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

Pada tahun 2013, atas dasar peningkatan kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menawarkan program kesinambungan daripada Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK) iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk diserapkan ke dalam kurikulum.
KBAT dilaksanakan sebagai usaha menaiktaraf prestasi sistem pendidikan setelah memperoleh
keputusan yang kurang memberangsangkan dalam PISA. Transformasi ini dilancarkan
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) atas dasar mempersiapkan
generasi hari ini untuk menghadapi masa depan yang begitu mencabar (KPM, 2014).

Pengenalan aspirasi dasar pendidikan di Malaysia menuntut kepada perubahan yang


perlu dilaksanakan untuk memastikan pengajaran berteraskan abad ke-21 dapat dilaksanakan
sepenuhnya. Perubahan yang dimaksudkan memerlukan pembentukan persekitaran sekolah,
suasana bilik darjah, kesediaan guru dan keupayaan kepimpinan yang tersusun serta
bergerak ke arah melahirkan murid berkemampuan mengaplikasikan KBAT (Rosnani Hashim,
2012; Che Noraini, 2014).

Tuntutan pengajaran berasaskan KBAT ini perlu dijalankan dalam semua mata kurikulum
arus perdana. Keperluan pelaksanaan ini termasuk ke atas KBD/KBT yang telah diiktiraf
sebagai kurikulum kebangsaan pada tahun 2012. Hal ini selaras dengan hasrat kementerian
yang mahu ”menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja
berasaskan nilai dan Tasawur Islam yang kukuh” (KPM, 2015).

Kemahiran berfikir aras tinggi tidak diajar secara langsung dalam mata pelajaran
KBD/KBT di peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, ia ditekankan secara penyebatian atau
penerapan menerusi kandungan pelajaran subjek terlibat di bawah kurikulum ini daripada
Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Dalam kurikulum ini, terdapat keperluan untuk
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan matlamat utama pelaksanaan KBD
iaitu mahu melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang berasaskan ’aqli dan naqli bagi
menyediakan bakal ulama dan agamawan muthaqqaf (BPI, 2015). Keupayaan mengaitkan
antara ’aqli dan naqli adalah proses berterusan yang boleh dilatih melalui kandungan pelajaran
dengan disiplin ilmu lain mahupun konteks kehidupan harian. Latihan ini memerlukan
ketrampilan kognitif 11 (cognitive competence); kekuatan daya fikir yang fleksibel dalam
memerhati dan mengiktiraf realiti sekeliling serta menyesuaikan diri menghadapinya.
Maka, mata pelajaran KBD/KBT tidak boleh hanya ditumpukan kepada pemindahan
maklumat dan hafalan kerana kaedah ini tidak mampu mengembangkan daya fikir murid.
Menurut Robbins (2014), ilmu itu hakikatnya bukan hanya dilihat kepada fakta dan teori
sahaja, akan tetapi kebolehupayaannya untuk diaplikasi dalam kehidupan. Ini adalah kerana
pembelajaran itu merupakan proses bertahap yang memerlukan penguasaan ilmu yang tidak
memadai hanya kefahaman konsep semata-mata, namun berkeupayaan untuk diaplikasi,
dianalisis dan dinilai sehingga mampu menghasilkan suatu makna yang baru (Norasmahani
et.al, 2015). Kemahiran ini dapat membantu murid memahami, mengaplikasi dan menguasai
pembelajaran dengan menilai, meneliti ketepatan, kebaikan dan kelemahan serta membuat
pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.

Dari aspek strategi pengajaran, KBAT menekankan kepada penglibatan aktif murid
dalam proses berfikir. Guru dikehendaki membuat perancangan yang sistematik dan teratur
untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam proses merangsang
perkembangan pemikiran murid. Walaupun penerapan KBAT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kurang berkesan sekiranya tidak mendapat kerjasama murid serta
sokongan pihak pentadbiran dan juga ibu bapa, namun guru adalah tunggak kepada corak
pengajaran berasaskan KBAT dalam bilik darjah. Kebijaksanaan guru menggunakan strategi
pengajaran yang menarik dan pelbagai akan meningkatkan perkembangan mental dan daya
berfikir aras tinggi dlam kalangan murid (Rajendran, 2002). Justeru, kajian penerapan KBAT
oleh guru adalah signifikan kerana penambahbaikan terhadap kualiti kemahiran berfikir murid
dalam sistem pendidikan negara masih dalam proses usaha yang berterusan, dan belum
mencapai tahap kematangannya lagi (Nooraini & Khairul Azmi, 2014).

4.0 PENILAIAN DASAR KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenalkan secara meluas oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013 bagi meneruskan kesinambungan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Terdapat tiga komponen penting yang menerajui
pelaksanaan KBAT iaitu perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Terdapat isu
dan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan KBAT
khususnya dalam aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Isu dalam aspek kurikulum
merangkumi peranan guru bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam kurikulum mampu
bertukar realiti. Dari aspek pedagogi, cabaran utama guru adalah bagaimana memilih cara-cara
tertentu dalam menjalankan pengajaran bagi memastikan objektif KBAT tercapai. Tambahan
pula, KBAT adalah sinonim dengan pemikiran mencapah dan menyediakan ruang untuk pelajar
memikirkan jalan penyelesaian masalah secara bukan rutin. Manakala dalam aspek
pentaksiran, kaedah penilaian atau pentaksiran yang akan mengukur KBAT antara dilema yang
dihadapi oleh guru.

Isu Dalam Aspek Kurikulum

Kekurangan modul untuk guru-guru bagi memberi penekanan kepada mengajar anak-anak
kemahiran berfikir saintifik terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang telah membangunkan beberapa
modul untuk guru-guru bagi memberi penekanan kepada mengajar anak-anak kemahiran
berfikir saintifik. Walau bagaimanapun, mengajar kemahiran berfikir saintifik secara dasarnya
masih lagi bermasalah (Rosnani et al., 2003). Menurut Chick & Stacey (2013), kebanyakan
murid tidak dapat menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan berbentuk kemahiran berfikir aras rendah (KBAR)
juga kadangkala tidak dapat dijawab oleh pelajar. Oleh itu, pembelajaran sains di peringkat
menengah memerlukan pelajar untuk berada di peringkat operasi formal. Menurut Piaget
peringkat perkembangan kognitif dengan majoriti pelajar masih berada di peringkat konkrit
(Adey et al., 1994). Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga telah dimasukkan elemen-
elemen KBAT. Setiap tahun bermula tahun 2014 telah ditambah jumlah soalan berbentuk
KBAT. Dalam menghadapi peperiksaan TIMMS dan UPSR, pelajar perlu ditanam dengan
kemahiran berfikir aras tinggi seawal yang mungkin Walau bagaimanapun guru-guru yang telah
menghadiri kursus KBAT hanya didedahkan dengan KBAT secara umum dan cara membina
soalan KBAT di dalam mata pelajaran sains. Mereka tidak didedahkan dengan pedagogi
pengajaran yang membolehkan KBAT disebatikan di dalam pengajaran dan pembelajaran
sains. Keadaan ini menunjukkan guru-guru masih kurang jelas tentang konsep infusi KBAT di
dalam pengajaran sains walaupun telah menghadiri kursus selama sehari di peringkat daerah.

Menurut dapatan kajian Hassan, Mohd & Mustapha, Ramlee & Yusuff, Nik & Mansor,
Rosnidar (2017), guru juga memerlukan set panduan atau modul yang sesuai yang boleh
dijadikan sebagai garis panduan kepada mereka untuk melaksanakan proses penyebatian
KBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Juga guru-guru memerlukan panduan pedagogi
yang berkesan bagi membantu menerapkan KBAT di dalam ,masa dan aktiviti-aktiviti yang
boleh meningkatkan penguasaan KBAT di dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Modul yang
akan dibina juga perlulah mengandungi langkah-langkah untuk mengajar KBAT bagi setiap
tajuk di dalam sukatan pelajaran sains sekolah rendah.
Isu Dalam Aspek Pedagogi

Rajendran (2001) ada menyebut guru memerlukan murid yang aktif bagi pelaksanakan
kemahiran berfikir di dalam kelas. Murid yang pasif tidak dapat menjayakan kemahiran berfikir
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid yang pasif biasanya
tidak akan mengeluarkan idea mereka semasa perbincangan dan mereka lebih cenderung
untuk mendengar pendapat orang lain. Walaupun membentuk perbincangan berkumpulan
bersama rakan, murid pasif masih diam dan hanya menyetujui cadangan rakan mereka dan ini
bagaikan merujuk kembali kepada pengajaran menggunakan kaedah tradisional. Pelajar pasif
juga lebih cenderung untuk menghafal nota yang diberi.

Kesediaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan kemahiran


berfikir merupakan salah satu isu terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kerana murid
jarang diketengahkan dalam menjawab soalan kemahiran berfikir oleh guru. Apabila murid
diminta untuk menyelesaikan soalan berbentuk kemahiran tinggi, biasanya mereka akan
meninggalkan soalan tersebut tanpa jawapan kerana struktur soalan kemahiran tinggi yang
berantai dan berayat membuat murid malas untuk membaca apatah lagi untuk berfikir. Jika
soalan kemahiran tinggi dilaksanakan sebagai peperiksaan maka keputusan yang diperoleh
murid amat mengecewakan. Ini dapat dibuktikan daripada pencapaian Malaysia dalam Trend in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student
Assessment (PISA) di mana sejak Malaysia berada di bawah skor purata selepas daripada
tahun 2003.

Menurut Yahya Othman daripada Wan Hasnah (1997) menyatakan bahawa satu kajian
telah dijalankan di mana terdapat kelemahan dalam kalangan guru pelatih dalam aspek
kefahaman dan kemampuan mereka dalam menggunakan unsur kemahiran berfikir aras tinggi
(KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Guru akan merasakan
tidak yakin untuk menggunakan kemahiran tersebut dalam pengajaran kerana lemah dalam
aspek kefahaman serta kemampuan dalam kemahiran mereka. Apabila guru merasa tidak
yakin dalam pengajaran mereka maka padagogi dan rancangan pengajaran yang mereka
sediakan untuk menarik minat murid tidak akan berjaya. Hal ini kerana cara penyampaian guru
yang kelihatan was-was membuatkan murid berasa tidak yakin terhadap pengajaran guru di
samping itu guru terlampau memikirkan cara pengajaran mereka sama ada pengajaran yang
diberikan meninggalkan kesan kepada murid ataupun tidak. Ini boleh menyebabkan murid tidak
dapat memahami pengajaran yang diberikan oleh guru seterusnya murid tidak akan berminat
mengenai pengajaran yang menggunakan kaedah kemahiran berfikir dalam pengajaran. Selain
itu, pemikiran murid yang merasakan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) tidak penting
dalam pelajaran mereka merupakan salah satu isu.
Struktur soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berlainan berbanding
soalan-soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan awam di mana struktur soalan
kemahiran berfikir lebih tertumpu pada soalan bukan rutin dan cara persembahan soalan
tersebut adalah berayat. Pemikiran murid terlalu menumpukan pengajaran yang berpusatkan
peperiksaan menyebabkan mereka tidak mengendahkan soalan kemahiran berfikir kerana
soalan kemahiran berfikir kurang diterapkan dalam peperiksaan awam malah sikap mereka
yang malas untuk berfikir bagi menjawab soalan kemahiran berfikir kerana soalan tersebut
dikatakan susah untuk diselesaikan.

Faktor masa juga memainkan peranan dalam pengabaian murid terhadap soalan
kemahiran berfikir ini. Murid yang bakal menghadapi peperiksaan awam khasnya akan
menumpukan perhatian mereka kepada pembelajaran dan antara salah satu langkah mereka
ialah murid akan mencuba untuk menjawab pelbagai jenis soalan peperiksaan yang diperoleh
daripada pelbagai sumber. Murid kekurangan masa mencukupi untuk menjawab soalan
kemahiran tinggi kerana mereka terpaksa membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran
yang terdahulu di samping mereka terpaksa menjawab soalan peperiksaan bagi mendapatkan
skor yang terbaik.

Isu dalam aspek pentaksiran

Isu terhadap pelaksanaan pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam peperiksaan
pusat. Pentaksiran sekolah di Malaysia menilai semua aspek kehidupan terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan sekolah dan penumpuan kepada peningkatan
prestasi sekolah. Peningkatan kualiti soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
penilaian akan menjadi kritikal dan bukan sahaja bergantung dengan peratusan sahaja kerana
soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penilaian di Malaysia perlu
penambahbaikan dalam beberapa bidang. Hal ini kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) sering berulang-ulang dan arahan sama setiap tahun, soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) juga dibuat secara terhad dan menggunakan rangsangan asas, soalan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa membimbing
murid ke arah jawapan dan kebanyakannya soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhad
kepada kata arah berimpak rendah. Oleh itu, terdapat lima ciri utama melakukan
penambahbaikan dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu rangsangan,
pemikiran berlapis, kandungan bukan rutin, situasi sebenar dan tidak berulang.

Bagi ciri pertama iaitu rangsangan, guru boleh menggunakan stimulus secara ekstensif
untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis dalam soalan kemahiran berfikir. Ini
bermaksud guru perlu membuat soalan yang boleh memberi dorongan kepada murid untuk
membuat kesimpulan berdasarkan soalan tersebut di mana guru boleh meletakan soalan jenis
bercerita, gambar rajah, graf mahupun petikan supaya murid boleh berimaginasi dan berfikir
untuk menjawab soalan tersebut. Ciri seterusnya ialah pemikiran berlapis di mana guru perlu
mentaksir soalan kemahiran berfikir mengikut pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif
untuk memberi impak yang besar kepada soalan. Domain kognitif yang dicadangkan ialah
domain kognitif taksonomi Bloom di mana guru perlu menumpukan empat yang tertinggi dalam
domain kognitif taksonomi Bloom. Empat domain tersebut ialah mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. Penumpuan tertumpu pada empat domain ini kerana domain tersebut
akan menghasilkan soalan yang boleh membuatkan murid untuk berfikir jika dibandingkan pada
soalan yang berada di aras rendah di mana murid hanya perlu menyatakan jawapan sahaja.
Ciri yang ketiga ialah konteks yang baharu. Ciri ini merujuk kepada situasi baharu yang tidak
lazim kepada murid di mana guru boleh membuat soalan yang mempunyai pelbagai jalan
penyelesaian dan tidak tertumpu pada satu jawapan sahaja. Erti kata lain, guru boleh
menggunakan soalan rutin dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Apabila guru
memberikan soalan rutin, murid tidak perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi kerana
operasi atau soalan yang dikemukakan adalah jelas dan biasanya jawapan yang diperlukan
berkonsepkan fakta sahaja. Jika dibandingkan dengan soalan bukan rutin, terdapat pelbagai
manfaat yang akan diperoleh oleh murid antaranya soalan bukan rutin memerlukan tahap
pemikiran pada aras tinggi dan jawapan dan prosedur yang perlu digunakan oleh murid tidak
serta-merta jelas.

Selain itu, soalan rutin ini menggalakkan murid untuk memikir lebih daripada satu
strategi untuk menyelesaikan soalan. Ciri yang keempat ialah situasi sebenar dalam kehidupan
sebenar. Melalui ciri ini, guru boleh mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah
kehidupan sebenar sebagai contoh mengira luar suatu bilik atau mengukur panjang pagar.
Murid juga dapat membayangkan soalan tersebut berdasarkan kehidupan seharian mereka dan
melalui soalan ini, mereka dapat mengaplikasikan teknik jawapan mereka dalam kehidupan
seharian. Ciri yang terakhir dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah item yang
tidak berulang di mana item yang pelbagai pada setiap tahun melangkaui bahan buku teks bagi
mewujudkan situasi baru. Apabila soalan yang dikemukakan sering kali berulang, murid
kebanyakannya akan mengingati ciri soalan tersebut dan seterusnya mereka akan cuba untuk
menghafal ciri jawapan tersebut.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan


pembelajaran amat penting bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Bagi
melahirkan murid yang berdaya saing, para guru digalakkan untuk mengajar kemahiran berfikir
melalui mata pelajaran di sekolah malah mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap bukan sahaja mata pelajaran di sekolah malah bagi kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) juga. Apabila para guru telah menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran pedagogi dan sikap sepenuhnya, maka mereka akan berasa berkeyakinan untuk
menggunakan kemahiran berfikir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berlangsung.

Bagi murid, penguasaan dalam kemahiran berfikir amat penting dalam abad ke-21 di
mana dalam setiap jurusan pekerjaan memerlukan bakal pekerja berfikiran kreatif dan kritis dan
ini telah disokong oleh Suib dan Azmawati (2001) di mana mereka menyatakan bahawa setiap
graduan perlu memperoleh kemahiran berfikir kerana kemahiran tersebut bukan lagi satu
kelebihan dalam mencari pekerjaan. Malah melalui pengajaran menggunakan kemahiran
berfikir ini, murid boleh dilatih untuk berkomunikasi dan memberikan pendapat mereka sendiri
seterusnya melatih mereka supaya berani untuk bersuara. Oleh itu, jika kemahiran berfikir ini
diteruskan dalam pengajaran maka bilangan murid pasif akan berkurangan. Walaupun pelbagai
masalah wujud dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah, namun
peranan pihak Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) perlulah lebih proaktif dalam menegaskan kepentingan
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP).

Penegasan dari pihak atas ke bawah dapat membantu peningkatan moral dan sikap
guru dalam memastikan kejayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pihak daripada Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) perlu memberikan satu panduan yang lebih jelas mengenai
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) supaya dapat memudahkan guru dalam
menterjemahkan kemahiran tersebut di dalam kelas. Selain itu, pentadbiran sekolah juga perlu
memberikan sokongan yang kuat dalam membantu guru mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan memberi
pemantauan yang bersistem seperti melaksanakannya melalui sesi pencerapan pengajaran
yang boleh dilakukan oleh ketua bidang mata pelajaran. Pemantauan yang berkesan boleh
memberikan kesan terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Menurut Oliver Wandell–Holmes terdapat tiga aras intelek dengan jendela langit,
mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para intelek aras
satu, aras kedua pula akan membanding beza, menaakul, membuat kesimpulan dengan
menggunakan fakta-fakta yang dikumpul manakala aras ketiga merupakan mereka yang
berupaya untuk membuat tanggapan, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi dari cahaya
yang masuk melalui jendela langit. Oleh itu, bagi menyahut Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025 di mana salah satu pelan ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa dan melahirkan murid setanding dengan murid antarabangsa, maka semua pihak
harus memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).

Anda mungkin juga menyukai