Anda di halaman 1dari 12

Disediakan untuk:

Profesor Madya Dr. Mohd Asri Bin Mohd Noor


Pensyarah
Analisis Dasar Dalam Pendidikan Lanjutan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Disediakan oleh:

Puan Nora’ini Binti Abdul Rahman (Q20211000951)


Puan Anita Md Saman (Q20211002195)
Puan Punitha A/P Nelligan @ Nelikan (Q20211002452)
Puan Siti Nor’ain Binti Mohd Hashim (Q20211001651)

DASAR KBAT (HOTS)

1.0 PENGENALAN

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan mengorganisasikan


pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan, mencipta,
merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan KBAT ini
dalam sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula 1993. Proses
pelaksanaan KBAT di Malaysia adalah bersumberkan taksonomi bloom dan diubahsuai
oleh Lorin Anderson menerusi empat heiraki teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM ) 2013-2025 memberi penekanan utama terhadap konsep kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai keupayaan
dalam pemikiran kritis dan kreatif. Pendekatan ini diperkenalkan untuk mencapai
matlamat utama pendidikan iaitu menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai
keupayaan kognitif aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Namun, matlamat masih belum tercapai sepenuhnya
maka pelbagai pendekatan telah diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang
cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia. Menurut (Amabile et al, 2010).

2.0 PENETAPAN AGENDA DASAR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan murid untuk
menyusun pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan,
mencipta, merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan
KBAT ini dalam sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula
pada 1993. Proses pelaksanaan KBAT di Malaysia adalah bersumberkan Taksonomi
Bloom dan diubahsuai oleh Lorin Anderson menerusi empat hierarki teratas iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Transformasi kurikulum pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan utama terhadap konsep
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai
keupayaan dalam pemikiran kritis dan kreatif. Pdekatan ini diperkenalkan untuk
mencapai matlamat utama pendidikan iaitu menghasilkan lebih banyak pelajar yang
mempunyai keupayaan kognitif aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini dibentuk berdasarkan isu-isu yang
timbul berkaitan tahap pencapaian akademik pelajar pada waktu itu. Antara isu utama
yang timbul ialah berdasarkan situasi di mana Malaysia muncul corot di dalam tiga
kajian yang dilakukan oleh indeks-indeks antarabangsa pada tahun 2011 iaitu :
I. UN Education Indeks yang meletakkan Malaysia di kedudukan 98 daripada 181
buah negara.
II. Kajian Programme for Internasional Student Assessment (PISA) yang mengukur
kadar literasi pelajar-pelajar berumur 15 tahun terutama kepada subjek
Matematik dan Sains juga meletakkan Malaysia corot di tangga 55 daripada 74
buah negara.
III. Kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 juga
menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains yang berterusan
sepanjang 4 kali penilaian bermula pada tahun 1999.

Kedudukan Malaysia melalui kajian TIMSS


MATEMATIK SAINS
TAHUN KEDUDUKAN TAHUN KEDUDUKAN
1999 16 1999 22
2003 10 2003 20
2007 20 2007 21
2011 26 2011 32

Markah Purata Pelajar Malaysia melalui kajian TIMSS


(Markah di bawah 500 dikira prestasi corot)
MATEMATIK SAINS
TAHUN SKOR TAHUN SKOR
1999 519 1999 492
2003 508 2003 501
2007 474 2007 471
2011 440 2011 426

Isu seterusnya ialah berkaitan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia


yang berlandaskan peperiksaan. Melalui peperiksaan awam yang dijalankan secara
berpusat, pelajar dilihat lebih cenderung untuk menghafal dan mengingat fakta semata-
mata berbanding kefahaman atau mensintesis serta menilai maklumat. Pelajar tidak
terarah untuk mengaplikasi pengetahuan berdasarkan situasi atau rutin kehidupan
harian. Pelajar semata-mata seperti memuntahkan kembali fakta yang pernah
dipelajari. Ini berdasarkan dari soalan-soalan yang terdapat pada Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Menengah yang tidak dinafikan telah
diterapkan elemen-elemen penyelesaian masalah dengan kritis seperti KBKK tetapi
peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit iaitu 20 peratus bagi UPSR dan 20
hingga 25 peratus sahaja pada PMR/PT3 pada tahun 2015. Hal ini membenarkan
pelajar-pelajar memfokus untuk menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan
awal yang hanya memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya. Sub-soalan KBKK
yang lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan
tanpa menjejaskan markah keseluruhan pelajar atau menggagalkan pelajar.

Kebanyakan soalan PMR dan SPM yang kerap disusun dengan cara yang begitu
mudah diramal (predictable) juga menyumbang kepada timbulnya isu berkaitan
pemikiran pelajar yang berada di tahap rendah. Pelajar cenderung untuk menghafal
fakta di dalam setiap topik atau subtopik. Amalan guru-guru juga yang membantu
pelajar untuk menghafal jawapan berdasarkan ramalan soalan juga menyumbang
kepada penurunan keupayaan pelajar untuk berfikir di samping bengkel-bengkel
menjawab soalan yang berfungsi untuk membantu murid menghafal set-set jawapan
yang telah ditentukan. Maka, pelajar tidak dilatih untuk menjawab soalan di ujian
TIMSS dan PISA di mana aras soalannya lebih berbentuk analisis dan sintesis
berbanding PMR dan SPM yang arasnya hanyalah kefahaman dan aplikasi.

3.0 PELAKSANAAN DASAR KBAT BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN


PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

Pada tahun 2013, atas dasar peningkatan kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menawarkan program kesinambungan daripada Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kritis (KBKK) iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk diserapkan
ke dalam kurikulum. KBAT dilaksanakan sebagai usaha menaiktaraf prestasi sistem
pendidikan setelah memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan dalam
PISA. Transformasi ini dilancarkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) atas dasar mempersiapkan generasi hari ini untuk menghadapi
masa depan yang begitu mencabar (KPM, 2014).

Pengenalan aspirasi dasar pendidikan di Malaysia menuntut kepada perubahan


yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pengajaran berteraskan abad ke-21 dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Perubahan yang dimaksudkan memerlukan pembentukan
persekitaran sekolah, suasana bilik darjah, kesediaan guru dan keupayaan
kepimpinan yang tersusun serta bergerak ke arah melahirkan murid berkemampuan
mengaplikasikan KBAT (Rosnani Hashim, 2012; Che Noraini, 2014).

Tuntutan pengajaran berasaskan KBAT ini perlu dijalankan dalam semua mata
kurikulum arus perdana. Keperluan pelaksanaan ini termasuk ke atas KBD/KBT
yang telah diiktiraf sebagai kurikulum kebangsaan pada tahun 2012. Hal ini selaras
dengan hasrat kementerian yang mahu ”menyediakan pendidikan agama berkualiti
tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan
untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan Tasawur Islam yang kukuh”
(KPM, 2015).

Kemahiran berfikir aras tinggi tidak diajar secara langsung dalam mata
pelajaran KBD/KBT di peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, ia ditekankan secara
penyebatian atau penerapan menerusi kandungan pelajaran subjek terlibat di bawah
kurikulum ini daripada Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Dalam kurikulum ini,
terdapat keperluan untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan
matlamat utama pelaksanaan KBD iaitu mahu melahirkan murid yang seimbang dan
cemerlang berasaskan ’aqli dan naqli bagi menyediakan bakal ulama dan agamawan
muthaqqaf (BPI, 2015). Keupayaan mengaitkan antara ’aqli dan naqli adalah proses
berterusan yang boleh dilatih melalui kandungan pelajaran dengan disiplin ilmu lain
mahupun konteks kehidupan harian. Latihan ini memerlukan ketrampilan kognitif
11 (cognitive competence); kekuatan daya fikir yang fleksibel dalam memerhati dan
mengiktiraf realiti sekeliling serta menyesuaikan diri menghadapinya.

Maka, mata pelajaran KBD/KBT tidak boleh hanya ditumpukan kepada


pemindahan maklumat dan hafalan kerana kaedah ini tidak mampu mengembangkan
daya fikir murid. Menurut Robbins (2014), ilmu itu hakikatnya bukan hanya dilihat
kepada fakta dan teori sahaja, akan tetapi kebolehupayaannya untuk diaplikasi dalam
kehidupan. Ini adalah kerana pembelajaran itu merupakan proses bertahap yang
memerlukan penguasaan ilmu yang tidak memadai hanya kefahaman konsep semata-
mata, namun berkeupayaan untuk diaplikasi, dianalisis dan dinilai sehingga mampu
menghasilkan suatu makna yang baru (Norasmahani et.al, 2015). Kemahiran ini dapat
membantu murid memahami, mengaplikasi dan menguasai pembelajaran dengan
menilai, meneliti ketepatan, kebaikan dan kelemahan serta membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.

Dari aspek strategi pengajaran, KBAT menekankan kepada penglibatan aktif


murid dalam proses berfikir. Guru dikehendaki membuat perancangan yang sistematik
dan teratur untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam proses
merangsang perkembangan pemikiran murid. Walaupun penerapan KBAT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan sekiranya tidak mendapat
kerjasama murid serta sokongan pihak pentadbiran dan juga ibu bapa, namun guru
adalah tunggak kepada corak pengajaran berasaskan KBAT dalam bilik darjah.
Kebijaksanaan guru menggunakan strategi pengajaran yang menarik dan pelbagai
akan meningkatkan perkembangan mental dan daya berfikir aras tinggi dlam kalangan
murid (Rajendran, 2002). Justeru, kajian penerapan KBAT oleh guru adalah signifikan
kerana penambahbaikan terhadap kualiti kemahiran berfikir murid dalam sistem
pendidikan negara masih dalam proses usaha yang berterusan, dan belum mencapai
tahap kematangannya lagi (Nooraini & Khairul Azmi, 2014).

4.0 PENILAIAN DASAR KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenalkan secara meluas oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013 bagi meneruskan
kesinambungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Terdapat tiga
komponen penting yang menerajui pelaksanaan KBAT iaitu perubahan dalam
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Terdapat isu dan cabaran yang dihadapi oleh
sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan KBAT khususnya dalam aspek
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Isu dalam aspek kurikulum merangkumi peranan
guru bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam kurikulum mampu bertukar realiti.
Dari aspek pedagogi, cabaran utama guru adalah bagaimana memilih cara-cara
tertentu dalam menjalankan pengajaran bagi memastikan objektif KBAT tercapai.
Tambahan pula, KBAT adalah sinonim dengan pemikiran mencapah dan menyediakan
ruang untuk pelajar memikirkan jalan penyelesaian masalah secara bukan rutin.
Manakala dalam aspek pentaksiran, kaedah penilaian atau pentaksiran yang akan
mengukur KBAT antara dilema yang dihadapi oleh guru.
Isu dalam aspek kurikulum
Kekurangan modul untuk guru-guru bagi memberi penekanan kepada mengajar anak-
anak kemahiran berfikir saintifik terutamanya dalam mata pelajaran Sains.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang
telah membangunkan beberapa modul untuk guru-guru bagi memberi penekanan
kepada mengajar anak-anak kemahiran berfikir saintifik. Walau bagaimanapun,
mengajar kemahiran berfikir saintifik secara dasarnya masih lagi bermasalah (Rosnani
et al., 2003). Menurut Chick & Stacey (2013), kebanyakan murid tidak dapat
menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan berbentuk kemahiran berfikir aras rendah (KBAR)
juga kadangkala tidak dapat dijawab oleh pelajar. Oleh itu, pembelajaran sains di
peringkat menengah memerlukan pelajar untuk berada di peringkat operasi formal.
Menurut Piaget peringkat perkembangan kognitif dengan majoriti pelajar masih berada
di peringkat konkrit (Adey et al., 1994). Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga
telah dimasukkan elemen-elemen KBAT. Setiap tahun bermula tahun 2014 telah
ditambah jumlah soalan berbentuk KBAT. Dalam menghadapi peperiksaan TIMMS dan
UPSR, pelajar perlu ditanam dengan kemahiran berfikir aras tinggi seawal yang
mungkin Walau bagaimanapun guru-guru yang telah menghadiri kursus KBAT hanya
didedahkan dengan KBAT secara umum dan cara membina soalan KBAT di dalam
mata pelajaran sains. Mereka tidak didedahkan dengan pedagogi pengajaran yang
membolehkan KBAT disebatikan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Keadaan ini menunjukkan guru-guru masih kurang jelas tentang konsep infusi KBAT di
dalam pengajaran sains walaupun telah menghadiri kursus selama sehari di peringkat
daerah.
Menurut dapatan kajian Hassan, Mohd & Mustapha, Ramlee & Yusuff, Nik &
Mansor, Rosnidar (2017), guru juga memerlukan set panduan atau modul yang sesuai
yang boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada mereka untuk melaksanakan
proses penyebatian KBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Juga guru-guru
memerlukan panduan pedagogi yang berkesan bagi membantu menerapkan KBAT di
dalam ,masa dan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan KBAT di dalam
kalangan pelajar sekolah rendah. Modul yang akan dibina juga perlulah mengandungi
langkah-langkah untuk mengajar KBAT bagi setiap tajuk di dalam sukatan pelajaran
sains sekolah rendah.
Isu dalam aspek pedagogi
Rajendran (2001) ada menyebut guru memerlukan murid yang aktif bagi pelaksanakan
kemahiran berfikir di dalam kelas. Murid yang pasif tidak dapat menjayakan kemahiran
berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid yang
pasif biasanya tidak akan mengeluarkan idea mereka semasa perbincangan dan
mereka lebih cenderung untuk mendengar pendapat orang lain. Walaupun membentuk
perbincangan berkumpulan bersama rakan, murid pasif masih diam dan hanya
menyetujui cadangan rakan mereka dan ini bagaikan merujuk kembali kepada
pengajaran menggunakan kaedah tradisional. Pelajar pasif juga lebih cenderung untuk
menghafal nota yang diberi.
Kesediaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan
kemahiran berfikir merupakan salah satu isu terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) kerana murid jarang diketengahkan dalam menjawab soalan kemahiran berfikir
oleh guru. Apabila murid diminta untuk menyelesaikan soalan berbentuk kemahiran
tinggi, biasanya mereka akan meninggalkan soalan tersebut tanpa jawapan kerana
struktur soalan kemahiran tinggi yang berantai dan berayat membuat murid malas
untuk membaca apatah lagi untuk berfikir. Jika soalan kemahiran tinggi dilaksanakan
sebagai peperiksaan maka keputusan yang diperoleh murid amat mengecewakan. Ini
dapat dibuktikan daripada pencapaian Malaysia dalam Trend in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student
Assessment (PISA) di mana sejak Malaysia berada di bawah skor purata selepas
daripada tahun 2003.
Menurut Yahya Othman daripada Wan Hasnah (1997) menyatakan bahawa satu
kajian telah dijalankan di mana terdapat kelemahan dalam kalangan guru pelatih dalam
aspek kefahaman dan kemampuan mereka dalam menggunakan unsur kemahiran
berfikir aras tinggi (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik
darjah. Guru akan merasakan tidak yakin untuk menggunakan kemahiran tersebut
dalam pengajaran kerana lemah dalam aspek kefahaman serta kemampuan dalam
kemahiran mereka. Apabila guru merasa tidak yakin dalam pengajaran mereka maka
padagogi dan rancangan pengajaran yang mereka sediakan untuk menarik minat murid
tidak akan berjaya. Hal ini kerana cara penyampaian guru yang kelihatan was-was
membuatkan murid berasa tidak yakin terhadap pengajaran guru di samping itu guru
terlampau memikirkan cara pengajaran mereka sama ada pengajaran yang diberikan
meninggalkan kesan kepada murid ataupun tidak. Ini boleh menyebabkan murid tidak
dapat memahami pengajaran yang diberikan oleh guru seterusnya murid tidak akan
berminat mengenai pengajaran yang menggunakan kaedah kemahiran berfikir dalam
pengajaran. Selain itu, pemikiran murid yang merasakan soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) tidak penting dalam pelajaran mereka merupakan salah satu isu.
Struktur soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berlainan
berbanding soalan-soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan awam di mana
struktur soalan kemahiran berfikir lebih tertumpu pada soalan bukan rutin dan cara
persembahan soalan tersebut adalah berayat. Pemikiran murid terlalu menumpukan
pengajaran yang berpusatkan peperiksaan menyebabkan mereka tidak mengendahkan
soalan kemahiran berfikir kerana soalan kemahiran berfikir kurang diterapkan dalam
peperiksaan awam malah sikap mereka yang malas untuk berfikir bagi menjawab
soalan kemahiran berfikir kerana soalan tersebut dikatakan susah untuk diselesaikan.
Faktor masa juga memainkan peranan dalam pengabaian murid terhadap soalan
kemahiran berfikir ini. Murid yang bakal menghadapi peperiksaan awam khasnya akan
menumpukan perhatian mereka kepada pembelajaran dan antara salah satu langkah
mereka ialah murid akan mencuba untuk menjawab pelbagai jenis soalan peperiksaan
yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Murid kekurangan masa mencukupi untuk
menjawab soalan kemahiran tinggi kerana mereka terpaksa membahagikan masa
untuk mengulang kaji pelajaran yang terdahulu di samping mereka
terpaksa menjawab soalan peperiksaan bagi mendapatkan skor yang terbaik.

Isu dalam aspek pentaksiran


Isu terhadap pelaksanaan pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
peperiksaan pusat. Pentaksiran sekolah di Malaysia menilai semua aspek kehidupan
terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan sekolah dan
penumpuan kepada peningkatan prestasi sekolah. Peningkatan kualiti soalan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penilaian akan menjadi kritikal dan bukan
sahaja bergantung dengan peratusan sahaja kerana soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam penilaian di Malaysia perlu penambahbaikan dalam beberapa
bidang. Hal ini kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sering berulang-
ulang dan arahan sama setiap tahun, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga
dibuat secara terhad dan menggunakan rangsangan asas, soalan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa membimbing murid ke
arah jawapan dan kebanyakannya soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhad
kepada kata arah berimpak rendah. Oleh itu, terdapat lima ciri utama melakukan
penambahbaikan dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu rangsangan,
pemikiran berlapis, kandungan bukan rutin, situasi sebenar dan tidak berulang.
Bagi ciri pertama iaitu rangsangan, guru boleh menggunakan stimulus secara
ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis dalam soalan
kemahiran berfikir. Ini bermaksud guru perlu membuat soalan yang boleh memberi
dorongan kepada murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan soalan tersebut di
mana guru boleh meletakan soalan jenis bercerita, gambar rajah, graf mahupun petikan
supaya murid boleh berimaginasi dan berfikir untuk menjawab soalan tersebut. Ciri
seterusnya ialah pemikiran berlapis di mana guru perlu mentaksir soalan kemahiran
berfikir mengikut pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak
yang besar kepada soalan. Domain kognitif yang dicadangkan ialah domain kongnitif
taksonomi bloom di mana guru perlu menumpukan empat yang tertinggi dalam domain
kognitif taksonomi bloom. Empat domain tersebut ialah mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. Penumpuan tertumpu pada empat domain ini kerana domain
tersebut akan menghasilkan soalan yang boleh membuatkan murid untuk berfikir jika
dibandingkan pada soalan yang berada di aras rendah di mana murid hanya perlu
menyatakan jawapan sahaja. Ciri yang ketiga ialah konteks yang baharu. Ciri ini
merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid di mana guru boleh
membuat soalan yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan tidak tertumpu
pada satu jawapan sahaja. Erti kata lain, guru boleh menggunakan soalan rutin dalam
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Apabila guru memberikan soalan rutin, murid
tidak perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi kerana operasi atau soalan
yang dikemukakan adalah jelas dan biasanya jawapan yang diperlukan berkonsepkan
fakta sahaja. Jika dibandingkan dengan soalan bukan rutin, terdapat pelbagai manfaat
yang akan diperoleh oleh murid antaranya soalan bukan rutin memerlukan tahap
pemikiran pada aras tinggi dan jawapan dan prosedur yang perlu digunakan oleh murid
tidak serta-merta jelas. Selain itu, soalan rutin ini menggalakkan murid untuk memikir
lebih daripada satu strategi untuk menyelesaikan soalan. Ciri yang keempat ialah
situasi sebenar dalam kehidupan sebenar. Melalui ciri ini, guru boleh mencabar murid
untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar sebagai contoh mengira luar
suatu bilik atau mengukur panjang pagar. Murid juga dapat membayangkan soalan
tersebut berdasarkan kehidupan seharian mereka dan melalui soalan ini, mereka dapat
mengaplikasikan teknik jawapan mereka dalam kehidupan seharian. Ciri yang terakhir
dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah item yang tidak berulang di
mana item yang pelbagai pada setiap tahun melangkaui bahan buku teks bagi
mewujudkan situasi baru. Apabila soalan yang dikemukakan sering kali berulang, murid
kebanyakannya akan mengingati ciri soalan tersebut dan seterusnya mereka akan
cuba untuk menghafal ciri jawapan tersebut.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran amat penting bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
Bagi melahirkan murid yang berdaya saing, para guru digalakkan untuk mengajar
kemahiran berfikir melalui mata pelajaran di sekolah malah mereka perlu menguasai
ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap bukan sahaja mata pelajaran di
sekolah malah bagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga. Apabila para guru telah
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap sepenuhnya, maka
mereka akan berasa berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran berfikir semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.
Bagi murid, penguasaan dalam kemahiran berfikir amat penting dalam abad ke-
21 di mana dalam setiap jurusan pekerjaan memerlukan bakal pekerja berfikiran kreatif
dan kritis dan ini telah disokong oleh Suib dan Azmawati (2001) di mana mereka
menyatakan bahawa setiap graduan perlu memperoleh kemahiran berfikir kerana
kemahiran tersebut bukan lagi satu kelebihan dalam mencari pekerjaan. Malah melalui
pengajaran menggunakan kemahiran berfikir ini, murid boleh dilatih untuk
berkomunikasi dan memberikan pendapat mereka sendiri seterusnya melatih mereka
supaya berani untuk bersuara. Oleh itu, jika kemahiran berfikir ini diteruskan dalam
pengajaran maka bilangan murid pasif akan berkurangan. Walaupun pelbagai masalah
wujud dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah, namun
peranan pihak Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) perlulah lebih proaktif dalam menegaskan
kepentingan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP).
Penegasan dari pihak atas ke bawah dapat membantu peningkatan moral dan
sikap guru dalam memastikan kejayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pihak
daripada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) perlu memberikan satu panduan yang
lebih jelas mengenai pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) supaya dapat
memudahkan guru dalam menterjemahkan kemahiran tersebut di dalam kelas. Selain
itu, pentadbiran sekolah juga perlu memberikan sokongan yang kuat dalam membantu
guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dengan memberi pemantauan yang bersistem seperti
melaksanakannya melalui sesi pencerapan pengajaran yang boleh dilakukan oleh
ketua bidang mata pelajaran. Pemantauan yang berkesan boleh memberikan kesan
terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Menurut Oliver Wandell–Holmes terdapat tiga aras intelek dengan jendela langit,
mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para
intelek aras satu, aras kedua pula akan membanding beza, menaakul, membuat
kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul manakala aras ketiga
merupakan mereka yang berupaya untuk membuat tanggapan, berimaginasi, meramal
dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit. Oleh itu, bagi
menyahut Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di mana salah satu pelan ialah
untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa dan melahirkan murid
setanding dengan murid antarabangsa, maka semua pihak harus memainkan peranan
yang penting dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Anda mungkin juga menyukai