Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik. Hal ini adalah selari dengan dapatan kajian Siti
Marlina Sabran (2013) yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi adalah satu
elemen penting yang mesti dikuasai oleh pelajar dalam penyelesaian masalah Matematik. Hal ini
kerana pelajar pada masa kini lebih ditekankan dengan soalan aras tinggi berbanding sebelum
ini soalan banyak berfokus kepada pengetahuan dan kefahaman sahaja. Justeru , kerajaan
mengambil inisiatif dengan menjadikan KBAT sebagai salah satu perkara utama yang ditekankan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebagai usaha
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar bagi berdepan dengan cabaran pendidikan
masa kini.
Kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam ciri- cirri utama yang perlu ada bagi
seseorang murid untuk bersaing diperingkat global termasuklah pengetahuan , identiti sosial
,kemahiran memimpin , kemahiran dwibahasa serta etika dan kerohanian (Kementerian
Pendidikan Malaysia , 2013).

Trend serta cabaran pendidikan masa kini memerlukan pelajar untuk membina kemahairan
berfikir aras tinggi seperti pemikiran sistematik , penyelesaian masalah dan membuat keputusan
berdasarkan analisis situasi tidak hanya dari aspek pengetahuan dan kefahaman sahaja
berdasarkan apa yang digariskan dalam Taksonomi Bloom (1956).. Justeru menjadi
tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk merealisasikan transformasi pendidikan ini dalam
memupuk KBAT dalam kalangan pelajar di sekolah

Salah satu alat yang boleh membantu dalam meningkatkan KBAT dikalangan pelajar dalam
matapelajaran matematik ialah melalui program i-THINK yang wujud dalam salah satu elemen
PPPM 2013-2025. I-THINK membawa maksud innovative thinking iaitu pemikiran inovatif.
Program i-THINK merupakan sebuah program untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan
kritis serta inovatif disamping memupuk kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid dan
mampu berdaya saing di peringkat global (KPM , 2013). Program ini memberi 2 penekanan
kepada cara untuk meningkat KBAT di kalangan murid iaitu melalui penggunaan peta pemikiran
i-THINK dan teknik penyoalan aras tinggi berdasarkan aras kognitif seperti yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom (1956).Data daripada KPM (2014) , sebanyak 10 buah sekolah merangkumi
enam buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah dipilih sebagai perintis bagi
program ini dan pada tahun 2014 telah diperluas kepada 8994 buah sekolah bagi menjayakan
program ini.

Pernyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami transformasi sehinggalah kini telah wujud Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menekankan kepada konsep
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar bagi bersaing di peringkat global.
Justeru ,semua pihak perlu mengambil peranan serta memberi sokongan terhadap apa yang telah
dirancang oleh pihak kementerian.
Berdasarkan pentaksiran antarabangsan yang dijalankan oleh Trends in Mathematics and
Science

Study

(TIMSS)

2011

menunjukkan

penurunan

prestasi pelajar

dalam

matapelajaran Matematik sepanjang empat kali penilaian sejak tahun 1999. Laporan
TIMMS (2011) menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan 26 daripada 56 buah
Negara bagi mata pelajaran matematik berbanding kedudukan 20 daripada 56 buah negara
pada tahun 2007.Hal ini jelas menunjukkkan penurunan pencapaian murid murid di
Malaysia dalam mata pelajaran matematik. Begitu juga dengan laporan pentaksiran
antarabangsa yang dikeluarkan melalui Programme for International Student Assessment
(PISA) 2012 mendatangakan kerisauan kepada bidang pendidikan di negara kita kerana
Negara kita berada pada tangga ke-57 daridapa 74 buah Negara yang mengambil
bahagian. Perkara ini sangat menggusarkan pihak kerajaan berikutan kejatuhan
pencapaian yang mana jika tidak dibendung boleh membawa kepada masalah yang lebih
besar di masa kan datang.

Teknik pengajaran guru di dalam kelas yang hanya memberi fokus kepada
pengetahuan dan kefahaman sahaja tetapi kurang memberi focus kepada pengajaran
berbentuk aplikasi, sintesis , analisis dan menbuat penilaian dilihat sebagai salah satu
punca kejatuhan pencapaian pelajar dalam pentaksiran TIMMS dan PISA. Hal ini kerana
pendidikan

di

Malaysia

mengamalkan

pendidikan

berorientasikan

peperiksaan

menyebabkan para guru memberi penekanan kepada teknik hafalan sahaja sehingga
menyebabkan KBAT pelajar tidak dapat ditingkatkan. Hal ini selari dengan dapatan
UNESCO

(2011)

yang

menyatakan

bahawa

kebanyakan

guru

mengajar

hanya

berfokuskan untuk peperiksaan sahaja. Sebagai tambahan , soalan soalan peperiksaan di


malaysia lebih memberi fokus kepada soalan aras rendah berbanding dengan soalan
soalan peperiksaan yang dikeluarkan oleh negara negara luar seperti Australia dan
Singapura yang lebih memberi fokus kepad KBAT.

Selaian itu , salah satu daripada 11 anjakan dalam PPPM 2013-2025 menyatakan

bahawa, untuk

meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, rombakan semula

peperiksaan dan pentaksiran harus dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
pelajar disamping menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif .Justeru , bermula
tahun 2016 soalan soalan peperiksaan awam kan lebih memberi focus kepada KBAT.

Disamping itu , dalam PPPM 2013-2025 Malaysia mensasarkan skor purata 500 dalam
TIMMS menjelang 2015 manakala

menjelang 2025, Malaysia perlu mencapai 1/3 tempat

teratas dalam TIMSS dan PISA (KPM , 2013). Justeru , bagi mencapai hasrat Negara tersebut,
kemahiran berfikir aras tinggi dikalangan murid perlu diperkukuhkn melalui pelbagai kaedah
yang telah dirancang oleh pihak kementerian dan salah satu daripadanya dengan menggunakan
peta pemikiran i-THINK.

Anda mungkin juga menyukai