Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Assalamualaikum
Hasil daripada pembentangan kumpulan pertama berkaitan tajuk pendekatan dalam pengajaran
matematik , saya memahami bahawa seseorang guru seharusnya mempelbagaikan pendekatan
dalam amalan pengaran mereka seharian. Selain itu ,seseorang guru juga harus menyesuaikan
pendekatan pengajran yang digunakan dengan kebolehan serta kemampuan para pelajarnya
disamping menyesuaikan pendekatan pengajaran dengan 'style of learning' para pelajarnya
kerana Para pelajar kebiasaanya mempunyai pelbagai gaya pembelajaran.
Pada pendapat saya , sebagai seorang guru yang mengajar matematik di sekolah rendah , saya
melihat perkongsian ilmu berkaitan pendekatan pengajaran matematik pada hari ini telah
memberikan saya suatu idea serta pengetahuan baru tentang kaedah dan pendekatan yang
perlu saya gunakan bersesuaian dengan pelajar pelajar di tempat saya mengajar. Walaupun
pada dasarnya saya telah pun mengaplikasikan hampir kesemua pendekatan yang telah
dibentangkan , saya dapat memperhalusi pengetahuan dan kemahiran saya berkaitan
pendekatan dalam pengajaran matematik
Bertepatan dengan saranan kerajaan terhadap perlaksanaan amalan pedagogi abad ke-21 di
sekolah , saya berpendapat bahawa kaedah pebgajaran berpusatkan pelajar merupakan
kaedaha tau pendekatan yang paling sesuai diamalkan kerana amalan pedagogi abad ke-21
menuntut guru untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (pdp).Antara contoh pendekatan berpusatkan pelajar ialah kaedah penyoalan,
kaedah penyelesaian masalah, kaedah inkuiri penemuan, kaedah koperatif & kaedah permainan.
Hal ini adalah sangat penting bagi memastikan para guru tidak terikat dengan amalan atau
pendekatan pengajaran tradisional yang hanya berpusatkan guru dan lebih kepada teknik
hafalan serta hanya mnegajar secara prosedural sahaja.
Kesimpulannya ,dalam menagani pelbagai isu - isu berkaitan pendekatan pengajaran
matematik , seseorang guru itu haruslah sentiasa bijak dalam membuat perancagan terhadap
aktiviti pengajaran matematik agar peancangan yang dilakukan itu mampu memberi impak yang
baik kepada pelajar dan sekaligus membantu pelajar memahami dengan baik isi pelajaran yang
dipelajari oleh mereka di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai