Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD SOFWAN BIN MAHMUD (P76186)

Pengajaran Konsep Dalam Matematik


Piaget (1952) telah lama menyatakan bahawa kanak kanak memerlukan pengalaman
konkrit untuk memahami konsep konsep dan simbol matematik yang abstrak. Peringkat ini
disebut sebagai peringkat operasi konkrit (bagi kanak kanak berumur 7 hingga 11 tahun)
dia mana pemikiran abstrak masih belum terbina sepenuhnya.Walau bagaimanapun,
keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ni adalah terhad serta
bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Justeru , dalam mengajarkan
konsep matematik kepada pelajar , para guru boleh menggunakan bahan manipulatif dalam
membantu meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep matematik yang abstrak. Para
guru haruslah melakukan inovasi bagi mencipta pelbagai bahan bahan manipulatif yang
boleh digunakan dalam usaha untuk membantu para pelajar memahami pelbagai konsep
dalam mata pelajaran matematik terutama konsep konsep matematik yang melibatkan
perwakilan simbolik kerana penggunaan bahan inovasi terutamanya objek konkrit dalam
mewakili konsep matematik memberi impak yang besar terutama kepada kanak kanak yang
masih dalam proses untuk membangunkan kemahiran perwakilan pada peringkat yang lebih
tinggi (Kira J. Carbonneau, Scott C. Marley, dan James P. Selig, 2012). Sebagai guru ,
mereka harus bijak dalam merancang strategi dan pendekatan pengajaran agar isi pelajaran
yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar . Rittle Johnson dan Koedinger (2009) juga ada
menyatakan bahawa pelbagai bentuk , kaedah dan pendekatan pengajaran harus digunakan
oleh guru dalam menyampaikan konsep matematik kepada pelajar.Justeru penggunaan bahan
bahan manipulatif dalam membantu pelajar memahami konsep- konsep matematik yang
abstrak merupakan salah satu kaedah dalam mencapai objektif pengajaran. Hal ini bertepatan
dengan dapatan kajian Ross, C. J. (2008). yang menyatakan bahawa penggunaan bahan
manipulatif dalam pengajaran matematik menggalakkan pengajaran berpusatkan pelajar serta
menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik. Roslinda Rosli (2015) pula menyatakan bahawa penglibatan aktif pelajar ketika
memanipulasi objek atau model akan memberi pengalaman konkrit dalam pembinaan
pengetahuan matematik secara konstektual. Walaupun penglibatan aktif pelajar semasa
penggunaan bahan manipulatif dalam proses pengajaran matematik diutamakan , guru harus
sentiasa memantau serta berbincang dengan para pelajar tentang konsep matematik yang
ingin diterjemahkan hasil daripada penggunaan bahan manipulatif tersebut (Uttal, D. H.,
Scudder, K. V., dan DeLoache, J. S., 1997). Hal ini bertepatan dengan kenyataan Clements
(1999) dalam Roslinda Rosli (2015) yang menyarankan agar para guru harus sentiasa
membantu pelajar membuat refleksi semasa mereka memanipulasi objek atau bahan
manipulatif dan meneroka konsep matematik . Guru juga harus memberi tunjuk ajar kepada
para pelajar agar hubungan diantara bahan manipulatif yang digunakan dengan simbol dan
konsep yang abstrak dapat difahami oleh pelajar (Van de Walle , Karp , & Bay-Williams ,
2010)
Kesimpulannya , pengajran konsep dalam matematik dapatlah didefinisikan sebagai suatu
proses pengajaran dalam membantu pelajar menterjemah dan memahami simbol dan konsep
konsep matematik yang abstrak dengan menggunakan bahan konkrit atau disebut sebagai

bahan manipulatif sebagai alat bantu mengajar dalam menerangkan sesuatu konsep
matematik.
RUJUKAN
Boon Ping Ying. (2002). Pemikiran reflektif dalam kerja kursus berportfolio. Tesis Doktor
falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Carbonneau, K. J., Marley, S. C., & Selig, J. P. (2013). A meta-analysis of the efficacy of
teaching mathematics with concrete manipulatives. Journal of Educational
Psychology, 105(2), 380.
Rittle-Johnson, B., & Koedinger, K. R. (2005). Designing knowledge scaffolds to support
mathematical problem solving. Cognition and Instruction, 23(3), 313349.
Rosli, R. (2015). Pemerkasaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Melalui Penggunaan
Bahan Manipulatif. In R. R. Effandi Zakaria, Siti Mistima Maat (Ed.), Isu Dan
Cabaran Dalam Pendidikan Matematik (pp. 114-126). Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Uttal, D. H., Scudder, K. V., & DeLoache, J. S. (1997). Manipulatives as symbols: A new
perspective on the use of concrete objects to teach mathematics. Journal of applied
developmental psychology, 18(1), 37-54.
Van de Walle, J. A. , Karp, K. S., & Bay-Williams , J. M. (2009). Elementary and Middle
School Mathematics: Teaching Developmentally (7th ed.). Boston, MA: Allyn &
Bacon/Merill

Anda mungkin juga menyukai