Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-20215 telah


menyatakan bahawa kerajaan menegaskan tentang isu pengabaian terhadap asas
pendidikan yang mana tidak membantu Malaysia dalam membentuk sebuah negara
maju. Oleh sebab itu, penekanan keapda enam ciri utama perlu ada pada setiap murid
utnuk bersaing di peringkat global bagi memantapkan sistem pendidikan negara yang
sedia ada. Unsur yang paling penting adalah meningkatkan kemahiran berfikir yang
mana murid mampu menguasai kemahiran berfikir yang betul dan komprehensif
selaras dengan kehendak negara yang mana standing dengan negara-negara maju
yang mempunyai kualiti pendidikan tinggi seperti Finland, Korea, Jepun, China dan
banyak lagi. Alat bantu berfikir seperti penggunaan peta pemikiran secara visual
boleh membantu guru dalam proses pengajaran guru. Menurut Abdul Fatah Hassan
dalam kajian Mohd Sidek et.al (2013), penggunaan pengurusan grafik dalam amalan
pengajaran guru di Malaysia seperti peta minda masih di tahap yang rendah serta
tidak menggalakkan murid menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pembelajaran
mereka.

Untuk memastikan murid lebih kreatif dan serba boleh dari segi pemikiran
maka guru perlu memikirkan sesuatu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid dalam pembelajaran. Sistem pendidikan kita yang kurang menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi serta pembinaan skema yang produktif menjadikan
perkara tersebut sebagai fenomena baru di Malaysia. Pembelajaran yang berbantukan
bantuan pengajaran berkesan setiap hari adalah perlu untuk mereka meneroka alam
mereka (Mohd Sidek et.al, 2013). Unsur-unsur dalam kemahiran berfikir aras tinggi
harus diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ia perlulah
bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Sebagai seorang guru, amatlah penting
untuk kita wujudkan satu peluang pembelajaran yang bermakna bagi murid kerana
mereka mudah menerima sesuatu perkara yang baharu dan berinovasi. Oleh itu,
fokus kepada kaedah pengajaran yang betul adalah salah satu faktor yang
mengukuhkan pedagogi seorang guru bagi membantu guru untuk mengubah amalan
pengajaran tradisional yang mana mampu menarik minat murid, menyeronokkan,
mudah, berinformasi dan menjimatkan masa serta kos.

Anda mungkin juga menyukai