Anda di halaman 1dari 23

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil. 09 Tahun 2009

Tarikh Dikeluarkan

1 November 2007

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

ii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1 1-2 2-7 7

1. 2. 3. 4. 5.

Latar Belakang Pemantauan Penilaian Impak Laporan Lampiran

Skop Pelaksanaan Pemantauan Borang pemantauan Program Pendidikan Prasekolah (Aspek Fizikal) Panduan Menggunakan borang pemeriksaan Kebersihan Tempat Penyediaan Makanan Borang Pemantauan program Pendidikan Prasekolah (Aspek Pemakanan Dan Kebersihan) Borang Penilaian Peserta Bengkel

9-21

22-28

29-33

34

iii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

F G H 6. Rujukan

Borang Penilaian Penceramah Borang Penilaian Impak Format Laporan

35 36 37 38

iv

BAB 7 GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

1.

Latar Belakang

Sejak Program Pendidikan Prasekolah mula dilaksanakan oleh KEMAS pada tahun 70-an tiada satu garis panduan yang seragam berkaitan dengan pemantauan ini disediakan.

Garis Panduan Pemantauan, Penilaian Impak dan Laporan ini adalah bertujuan untuk menggariskan dan menjelaskan kaedah bagi menilai hasil (outcome) yang diperoleh melalui Program Pendidikan Prasekolah dan Impak yang diperoleh hasil daripada kemudahan ruang pengajaran dan pembelajaran, bekalan

peralatan dan kelengkapan yang telah disediakan di premispremis Tabika KEMAS. Justeru itu, aspek pemantauan, penilaian impak dan pelaporan merupakan satu kaedah untuk membantu KEMAS mempertingkatkan mutu dan keseragaman di samping memastikan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

2.

Pemantauan

2.1

Pemantauan pada umumnya ialah proses mengenal pasti masalah melalui kajian dan pemerhatian secara terperinci

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

dan

sistematik.

Pemantauan

juga

merupakan

proses

menganalisis prestasi sebenar program pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan asal. Tujuan utama pemantauan adalah untuk memperbaiki proses perancangan bagi program atau projek yang sama pada masa hadapan.

2.2

Proses pemantauan melibatkan beberapa peringkat seperti sebelum, semasa, dan selepas sesuatu tindakan itu diambil ke atas sesuatu program/projek seperti bekalan makanan tambahan, baik pulih dan bekalan peralatan.

2.3

Pemantauan

akan

melibatkan

lawatan,

pemerhatian

terhadap pengurusan kemudahan, pengurusan bangunan, prestasi kanak-kanak dan persekitaran. 2.4 Di samping itu, pemantauan juga akan dilaksanakan sekiranya wujud isu-isu tertentu di sesebuah premis Tabika. 2.5 Perlaksanaan pemantauan prasekolah adalah berdasarkan 2 skop utama seperti di Lampiran 7 (A). 2.6 Borang Pemantauan daripada Bahagian Pengurusan dan Pemakanan akan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu: a) Borang Pemantauan - Aspek Pengurusan (Lampiran 7(B) b) Borang Pemantauan - Aspek Pemakanan (Lampiran 7(C)

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

3.

Penilaian Impak

3.1

Impak merupakan kesan daripada perlaksanaan program dalam jangka panjang. Kaedah penilaian impak berbeza antara satu program dengan program yang lain. Penilaian boleh dibuat secara kuantitatif, kualitatif, atau gabungan kedua-duanya.

3.2

Penilaian impak merupakan satu kaedah untuk melihat keberkesanan sesuatu program ataupun aktiviti yang telah dilaksanakan oleh KEMAS.

3.3

Penilaian

impak

penting

untuk

memastikan

setiap

perancangan yang telah dibuat, merangkumi keseluruhan aktiviti prasekolah.

3.4

Penilaian impak dapat dilihat melalui perubahan gred pada bangunan, peralatan, serta pertumbuhan kanak-kanak sama ada dari aspek fizikal dan juga mental.

3.5

Proses Penilaian

3.5.1 Proses penilaian mempunyai enam langkah seperti di bawah:

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

i)

Langkah 1 Pengenalpastian Program; Pemilihan program yang dinilai perlu merujuk kriteria pada Skop Penilaian.

ii)

Langkah 2 Penggubalan Cadangan Penilaian; Penggubalan cadangan penilaian program pembangunan

hendaklah meliputi tiga aspek utama, iaitu:

a)

Penyediaan Terma Rujukan; Terma Rujukan menerangkan kaedah dan tugas yang perlu dilaksanakan Program bagi

membuat

penilaian

Pendidikan

Awal Kanak-Kanak. Sehubungan itu, penilai mesti dilantik bagi menjalankan tugas-tugas penilaian jabatan. selepas mendapat cadangan

b)

Mengenal Pasti Objektif Objektif program perlu dikenal pasti sebelum sesuatu penilaian dapat dibuat.

c)

Pembentukan Pencapaian( IP )

Petunjuk

(Indicator)

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

Petunjuk Pencapaian (IP) digunakan untuk mengukur hasil dan keberkesanan sesuatu program. Petunjuk ini perlu dikenal pasti dan ditetapkan sebelum proses penilaian impak dilaksanakan.

d)

Ciri-ciri IP adalah seperti berikut:

Khusus atau spesifik

Berkait

rapat

atau

relevan

dengan

objektif program

Sejauh

mana

boleh,

IP

hendaklah untuk

berbentuk

kuantitatif

membolehkan pengukuran dan analisis dilaksanakan. Ukuran berdasarkan

pemerhatian atau kualitatif juga boleh dijadikan IP.

Data yang digunakan mestilah sahih dan boleh dipercayai.

e)

Keupayaan IP IP mestilah berupaya mengukur

keberkesanan program dari aspek:


5

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

Sejauh mana program yang hendak di laksana menepati keperluan sebenar kumpulan sasar.

Akses

kumpulan

sasar

sebenar

terhadap program yang dilaksanakan Keupayaan dan kemampuan sebenar jabatan/kerajaan dalam menyediakan keperluan program.

iii)

Langkah 3 Pengumpulan Data; Pengumpulan data perlu mengikut bersesuaian metodologi dengan penyelidikan skop kajian. yang Sumber-

sumber data bergantung kepada IP yang dikenal pasti meliputi:

Data dan Maklumat Primer Kaedah Kajian Kaedah kajian sangat sesuai untuk

memperoleh pendapat atau pandangan orang ramai tentang program yang

dilaksanakan. Kaedah ini boleh dijalankan

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

melalui soal selidik, borang maklum balas atau temu duga.

Pemerhatian Kaedah ini biasa yang digunakan dinilai itu apabila tidak

aspek-aspek

mempunyai unit ukuran piawaian atau tidak ada maklumat. Hasil dapatan

pemerhatian mestilah diwujudkan dan boleh diubah menjadi bentuk kuantitatif seperti peratusan dan jumlah.

iv) Langkah 4 Penganalisisan Maklumat

Setelah maklumat di peroleh, langkah seterusnya adalah menganalisis maklumat tersebut. Tujuan analisis adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Pendidikan Awal KanakKanak mencapai objektif jabatan. Analisis ini dibuat berdasarkan beberapa elemen

pengukuran yang telah ditetapkan bagi menilai setiap IP. Maklumat penilaian perlu diperoleh melalui format laporan seperti dalam Lampiran 7(G).

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

v)

Langkah 5 Penulisan Laporan Laporan perlu disediakan bagi penilaian program prasekolah yang dijalankan. Ia perlu

menggunakan format seperti di lampiran.

vi)

Langkah 6 Penyerahan Laporan Laporan Bahagian mendapat hendaklah Pengurusan kelulusan dikemukakan Pemakanan daripada kepada setelah pegawai

bertanggungjawab sama ada di peringkat daerah atau negeri.

4.

Laporan

Hasil Laporan pemantauan dan penilaian impak hendaklah dihantar kepada Bahagian Pengurusan dan Pemakanan untuk dikaji dan diteliti bagi setiap perkara yang berbangkit. Semua laporan yang dikemukakan akan dibawa kepada mesyuarat pengurusan berkaitan. untuk tindakan bahagian-bahagian lain yang

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

5.

Penutup

Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan dan menyediakan kaedah pemantauan dan penilaian impak bagi membantu pihak KEMAS negeri dan daerah membuat penilaian terhadap Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang

dilaksanakan. Garis panduan ini juga telah menetapkan bahawa setiap laporan akan diteliti, dianalisis dan dirumuskan oleh Jabatan sama ada peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat.

Dengan adanya garis panduan ini diharap agar pemantauan dan penilaian impak yang dijalankan akan dapat menentukan sama ada Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini benar-benar mencapai objektif dan memberi faedah kepada kumpulan sasar. Proses pemantauan, penilaian impak serta laporan ini juga akan dapat membantu pihak jabatan dalam mengubah suai,

menambah baik, merangka, dan menetapkan dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika KEMAS dari masa ke semasa.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

PANDUAN MENGGUNAKAN BORANG PEMERIKSAAN KEBERSIHAN TEMPAT PENYEDIAAN MAKANAN

1.

Latar Belakang Borang pemeriksaan ini digunakan oleh pegawai yang bertugas bagi menyelia kebersihan dan keselamatan makanan di tempat penyediaan makanan di Tabika/ Taska.

Kekerapan pemeriksaan perlu ditentukan oleh KEMAS Negeri seperti seminggu sekali atau dua kali sebulan, mengikut kesesuaian.

Aspek yang perlu diperhatikan dalam pemeriksaan adalah seperti di bawah.

2.

Makanan

2.1

Kesegaran atau keadaan bahan mentah i) Bahan makanan mentah hendaklah segar mengikut panduan pemilihan bahan makanan j) k) Tiada penggunaan bahan dari bekas guna semula Pembungkusan yang baik, tidak kemek dan tidak berkarat l) Mempunyai label makanan yang lengkap.

10

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

2.1

Pengasingan

makanan

bermasak

dengan

bahan

makanan mentah. Makanan mentah hendaklah disimpan secara berasingan dari makanan yang boleh dimakan terus.

2.2

Kebersihan tempat menyediakan makanan Tempat menyediakan makanan hendaklah tinggi dari lantai Bersih dan kalis air

2.3

Penyimpanan bahan makanan di dalam peti sejuk

2.3.1 Peti sejuk hendaklah bersih dan susunan hendaklah teratur

2.3.2 Suhu penyimpanan hendaklah sesuai iaitu: > 63 oC < 4 oC < - 18oC

i) Suhu makanan panas ii) Suhu makanan sejuk iii) Suhu makanan beku

: : :

3. Pengendali Makanan

2.1

Kesihatan Pengendali Makanan

11

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

2.1.1 Pengendali Makanan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan pelalian Typhoid.

2.1.2 Pengendali Makanan hendaklah bebas dari sebarang penyakit atau luka di tangan semasa mengendalikan makanan.

2.2

Kebersihan diri Pengendali Makanan

2.2.1 Pengendali Makanan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan bersih

2.2.2 Memakai kasut, apron dan penutup kepala

2.3

Amalan Pengendali Makanan

2.3.1 Pengendali

Makanan

hendaklah

mengamalkan

amalan yang baik.

3.

Peralatan dan Perkakas

3.1

Kebersihan dan kesempurnaan peralatan dan perkakas untuk penyediaan makanan

3.1.1 Peralatan hendaklah bersih untuk digunakan

12

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

3.1.2 Tidak rosak, retak, calar atau sumbing dan bebas dari bahan kimia

3.1.3 Peralatan dan perkakas hendaklah dalam keadaan sempurna

3.2

Elakkan kesesakan ruang dapur.

3.2.1 Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan dalam ruang menyediakan makanan

3.2.2 Barang-barang disusun dengan teratur dan kemas.

3.3

Kebersihan dan kesesuaian tempat pencucian pinggan mangkuk

3.3.1 Tempat pencucian hendaklah bersih, kalis air dan tidak rosak

3.3.2 Kedudukan hendaklah tinggi dari paras lantai

13

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

4.

Bekalan Air

4.1

Bekalan air hendaklah bersih, mencukupi dan selamat digunakan

4.2

Tidak

menggunakan

bekas

racun

sebagai

bekas

menyimpan air

5.

Perlimbahan / Perparitan / Longkang

5.1

Pengaliran air limbah 5.1.1 Pengaliran air limbah hendaklah tanpa sekatan oleh sampah atau sebagainya

5.1.2 Pelupusan akhir hendaklah sempurna sama ada lubang serapan atau longkang besar

5.2

Kebersihan longkang Taska

di sekeliling bangunan Tabika /

5.2.1 Longkang sekeliling bangunan hendaklah selalu dibersihkan

5.2.2 Semua kerosakan kecil hendaklah segera dibaiki

5.2.3 Tiada sisa makanan dibuang di dalam longkang


14

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

6.

Kemudahan tandas

6.1

Kebersihan tandas

6.1.1 Semua tandas hendaklah dibersihkan dan dalam berkeadaan baik

6.1.2 Tidak berbau

6.1.3 Aliran air yang baik

6.1.4 Pastikan pam tandas berfungsi

6.2

Sabun untuk mencuci tangan dan kain pengelap

6.2.1 Sabun hendaklah disediakan secukupnya ( sabun cuci tangan dan sabun dalam tandas )

6.2.2 Kain pengelap yang bersih hendaklah disediakan

7.

Pelupusan sampah dan sisa makanan Tong / Bakul Sampah

7.1

Kebersihan

7.1.1 Disediakan dengan bilangan yang secukupnya


15

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

7.1.2 Selalu dibersihkan

7.1.3 Lengkap dengan penutup dan beg palstik

7.2 Pengumpulan sisa makanan

7.2.1 Sisa makanan hendaklah yang sesuai dan bertutup

dikumpul dalam bekas

7.2.2 Dilupuskan dengan sempurna

8.

Lantai, Dinding, Siling, Pengudaraan dan Pencahayaan

8.1

Kebersihan lantai kantin Bersih dan tidak rosak

8.2

Kebersihan dinding dan siling Bersih dari kotoran dan sawang

8.3

Pengudaraan

8.3.1 Laluan udara bebas tanpa terhalang melalui tingkap atau sebagainya

16

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

8.3.2 Dilengkapkan kipas penyedut udara (exhaust fan) di mana perlu

8.3.3 Stor penyimpanan bahan makanan mempunyai pengudaraan yang cukup

8.3.4 Pewangi disediakan dalam ruang kelas

8.4

Pencahayaan

8.4.1 Pencahayaan terutamanya

tambahan di ruang

hendaklah menyediakan

disediakan makanan

sekiranya pencahayaan semulajadi tidak mencukupi

9.

Lain-lain

9.1

Kebersihan keseluruhan tempat penyediaan makanan

9.1.1 Sentiasa bersih dan teratur

9.1.2 Kaki lima sekeliling bangunan penyediaan makanan tidak diletakkan dengan barang-barang yang tidak perlu

9.1.3 Kebersihan persekitaran ruang penyediaan makanan

17

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

9.2

Langkah-langkah keselamatan

9.2.1 Bahan beracun tidak disimpan di dalam Tabika / Taska

9.2.2 Peti Pertolongan Cemas disediakan lengkap dan diselenggarakan sebaiknya

9.3

Langkah-langkah pencegahan atau penghapusan LILATI dan Anai-anai ( Lipas, Lalat, Tikus dan Anai-anai)

9.3.1 Hindarkan punca pembiakan LILATI dan Anai-anai

9.3.2 Bebas dari hurungan LILATI

18

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS


BAB 7: GARIS PANDUAN PEMANTAUAN, PENILAIAN IMPAK DAN LAPORAN

RUJUKAN

Bil

Nama

Jawatan

Jabatan / Kementerian

Alamat Jabatan / No Telefon


Aras 2, Zon A Bangunan Persekutuan , Anak Bukit, Alor Setar, Kedah 013 4719136

Puan Hindon bt Zainon

Pegawai Operasi 1 KEMAS Negeri Kedah

Pegawai KEMAS 2 Cik Hubong Uyo Sibu, Sarawak KEMAS Negeri Sarawak

Tkt. 8 Wisma Persekutuan, Blok 3, Jln. Persiaran Brooke, 96000 Sibu, Sarawak 014 8880821

Nor Liza bt Awang Hamat

Pem. Pembangunan Masyarakat

Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur

D/a Pusat Latihan Kor Polis Tentera, Kem Genting Klang, K. Lumpur 013 2087073`

19

Anda mungkin juga menyukai