Anda di halaman 1dari 13

Kepentingan prinsip- prinsip komunikasi visual dalam mereka bentuk bahan pengajaran.

Penerangan mesti disertai dengan contoh yang kukuh.

Umumnya, semua orang tahu bahawasanya komunikasi visual sangat berguna ketika
menyampaikan sesuatu maklumat. Ia juga akan menjadi sangat berguna apabila dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika berlangsungnya proses pengajaran supaya proses
pembelajaran dapat diterima dengan berkesan.

PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN

1. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkanpencapaian

2. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit

3. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar

4. Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami

5. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur

6. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau
perkataan

7. Reka bentuk visual yang baik dapat meningkatkan komunikasi antara punca (guru) dan
penerima (pelajar)

8. Memastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)

9. Mudah untuk interpretasi mesej

10. Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar

11. Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

Prinsip Asas Rekabentuk Visual boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:


1. Visual : memilih dan mengendalikan elemen visual

2. Corak: memilih corak untuk memapar elemen

3. Susunan : menyusun elemen membentuk corak

Elemen Reka Bentuk Visual:

Elemen Visual Elemen Lisan Elemen Tarikan


Realistik Stail Huruf
Bilangan
Luar Biasa
Permukaan
Warna Interaksi
Saiz
Jarak
Analogi
Organisasi
Contoh yang paling senang, ialah proses PdP di dalam kelas. Sebagai menyahut cabaran
PAK21 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, guru hendaklah berfikir secara kreatif
dan inovatif ketika menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru boleh
menayangkan slaid yang mengandungi gambar yang pelbagai dan tulisan yang berwarna-
warni untuk menarik perhatian murid daripada hanya menggunakan buku teks dan tulisan di
papan putih. Ini kerana murid-murid lebih tertarik dengan benda yang berwarna-warni selain
dapat merangsang deria pendengaran dan penglihatan murid-murid.

Komen 1
Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari mengenai peranan visual dapat meningkatkan
pencapaian serta memotivasikan pelajar. Tanpa diragukan lagi, sememangnya komunikasi
visual dapat membantu para pelajar untuk memahami sesuatu matapelajaran itu selain
daripada guru hanya menggunakan lisan yang akan menyebabkan murid berasa bosan dan
kelas menjadi hambar. Selain itu, saya juga menyambut baik pandangan saudari berkaitan isi
bahawa prinsip asas reka bentuk boleh terbahagi kepada tiga kumpulan besar. Dapatlah saya
faham bahawa komunikasi visual ini meliputi memilih dan mengendalikan elemen visual,
memilih corak untuk memapar serta susunan yang sesuai. Gabungan tiga elemen inilah yang
akan menjadikan komunikasi secara visual berkesan dan efektif. Contoh yang diberikan juga
releven, yakni mengaplikasikan komunikasi visual ini dalam sesi PDP secara tidak langsung
menyahut saranan KPM untuk melaksanakn PAK21 di dalam kelas. Kesimpulannya,
komunikasi visual merupakan nilai tambah yang proaktif dalam sesi PDP di dalam kelas.
Komunikasi visual ialah ilmu yang mempelajari konsep komunikasi dan ungkapan kreatif,
teknik dan media untuk menyampaikan maklumat, arahan, dan sebagainya secara visual.
Visual terbahagi kepada dua visual tayangan dan visual bukan tayangan. Visual tayangan
seperti projector slaid, video, dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan seperti carta,
papan tulis, poster dan model.

Antara kepentingan prinsip-prinsip komunikasi visual dalam bentuk pengajaran yang dapat
kita lihat ialah :

a) Membantu memfokuskan perhatian murid kepada maksud yang terdapat dalam visual.

b) Menimbulkan keinginan dan minat baru murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajari.

c) Membantu perubahan efektif, kognitif, dan psikomotor murid-murid.

d) Meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap isi kandungan pelajaran yang
dibincangkan.

e) Dapat menanamkan konsep dasar, benar, konkrit dan realistik.

Contoh komunikasi visual dalam pengajaran ialah guru menggunakan projektor slaid untuk
menyampikan sesuatu pengajaran kepada murid-murid. Slaid tersebut boleh dihasilkan
sendiri oleh guru. Kemudahan ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid apabila
dipaparkan dalam bentuk tayangan. Gambar-gambar seperti planet, lautan, pokok-
pokok yang susah dilihat dalam bentuk realiti dapat ditayangkan melalui slaid atau video di
dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, pelaksanaan pembelajaran menggunakan komunikasi visual dapat menarik


minat murid-murid untuk belajar disamping cara pengajaran yang lebih bervariasi dan kreatif
tidak membuatkan murid-murid bosan untuk belajar.

KOMEN 2
Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari bahawa Komunikasi visual ialah ilmu untuk
mempelajari konsep komunikasi dan ungkapan kreatif, teknik dan media untuk
menyampaikan maklumat, arahan, dan sebagainya secara visual. Sememangnya, kerja akan
menjadi lebih mudah jika kita menggunakan komunikasi visual untuk menyampaikan sesuatu
perkara. Sebagai contoh menggunakan visual untuk memberi arahan. Mendisiplinkan pelajar
supaya senyap di dalam pusat sumber sekolah, cukup dengan visual iaitu gambar tangan di
mulut. Tidak perlu lagi para guru untuk menjerit dan berhabis suara mengawal keadaan. Ada
sesetengah situasi, komunikasi visual lebih berkesan berbanding secara lisan atau melalui
hukuman seperti rotan atau denda-denda yang lain. Saya tertarik dengan contoh saudari,
mengaplikasikan kreativiti serta kemahiran guru untuk menghasilkan slaid yang menarik
serta informatif. Memang agak sukar pada permulaannya untuk menyiapkan slaid yang
menarik dan interaktif, tetapi para guru perlu yakin ia mempunyai kesan jangka panjang yang
berkekalan oleh sebab slaid tersebut boleh digunakan berulang kali.
Sudah diketahui bersama bahwa komunikasi dapat terjadi walau dimana kita berada
sekalipun. Terutama didalam bidang pendidikan, mengikut kaedah topik pembelajaran,
komunikasi yang berlaku didalam bilik darjah terbahagi kepada 2, iaitu komunikasi visual
dan audio. Kedua dua Komunikasi mampu menyentuh segala aspek pancaindera manusia
untuk memberikan perhatian sewaktu komunikasi berlangsung.

Terdapat beberapa prinsip komunikasi visual yang menjadi amalan dan menjadi garis
panduan kepada semua para guru yang berhasrat menyediakan media didalam proses
pembelajaran dari sudut komunikasi visual. Komunikasi visual mengkombinasikan seni,
lambang, tipografi, gambar, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan warna dalam penyampaiannya.

Di antara kepentingan prinsip Komunikasi visual didalam teknik pengajaran dan


pembelajaran mengikut kaedah kognitif semasa ialah :

1. Menarik minat pelajar

Diantara perkara yang paling mustahak ketika proses pembelajaran berlaku didalam kelas
ialah ‘tumpuan yang penuh’ dari pelajar, sekiranya proses pembelajaran berjalan secara
sehala tanpa bantuan BBM yang menggunakan kaedah komunikasi visual, proses
pembelajaran akan menjadi suram dan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan. Dengan
kaedah komunikasi visual beserta persediaan yang lengkap, proses ‘menarik minat’ pelajar
ini dapat berlaku dengan baik.

2. Memudahkan proses pembelajaran.

Tidak dapat dinafikan terdapat beberapa subjek yang diarus perdanakan di malasyia,
kelihatan berat ataupun sukar difahami oleh sesetengah pelajar yang mempunyai prestasi
sederhana didalam kelas. Maka komunikasi visual dengan menggunakan prinsip prinsip
tertentu yang telah digariskan, mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan ini.
Perkara ini dapat memberikan manfaat kepada pada guru secara amnya dan kepada pelajar
secara khususnya. Kerana dengan kaedah komunikasi visual yang teratur subjek tertentu
dapat difahami dengan mudah, cepat dan berkesan kepada semua pelajar.

3. Menambah kemahiran soft skill guru didalam pembinaan modul pengajaran


komunikasi visual.

seorang guru yang menggunakan komunikasi visual dengan berkesan, sedikit sebanyak
mampu menambah kemahiran dan menaik nilai kebolehan seseorang didalam bidang yang
baru. Tidak dinafikan, terdapat sebahagian guru yang tidak mahir menggunakan media
didalam pembelajaran, seperti flash, tayangan gambar, video pendek berkaitan subjek, power
point dan sebagainya. Sekiranya seorang guru bermula dengan membiasakan dirinya
menggunakan kaedah komunikasi visual seperti ini, lama kelamaan, ia akan menjadi suatu
yang mudah dan tidak asing lagi bg seorang guru. seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
KOMEN 3
Saya amat bersetuju dengan poin-poin yang telah saudara utarakan. Paling menarik perhatian
saya ialah, kepentingan komunikasi visual dalam menambah kemahiran soft skill guru
didalam pembinaan modul pengajaran komunikasi visual. Acap kali kita mengetahui bahawa
PAK21 berpusat kepada pelajar guru sebagai fasilitator. Akan tetapi kesusahan guru untuk
menjalankan pak21 tidak boleh dipandang enteng. Komunikasi visual merupakan antara
mekanisme dalam menjayakan PAK21, oleh itu, tidak dapat tidak guru perlu menguasai
kemahiran mengendalikan komunikasi visual. Contoh paling mudah ialah menghasilkan slaid
yang menarik dan informatif. Seperti yang saudara kongsikan, terdapat sebahagian guru yang
tidak mahir menggunakan media didalam pembelajaran, seperti flashcard, tayangan gambar,
video pendek berkaitan subjek, power point dan sebagainya. Justeru itu, komukasi visual ini
secara tidak langsung akan menyebabkan guru untuk menyahut cabaran serta tidak lagi
memberi alasan kerana keberkesanan komunikasi visual tidak dapat disangkal lagi. Bukan
hanya pelajar yang menerima manfaat, malah guru itu sendiri dapat meningkatkan kemahiran
softskill mereka dalam pembinaan modul seperti slaid, video audio dan sebagainya.

seorang guru yang menggunakan komunikasi visual dengan berkesan, sedikit sebanyak
mampu menambah kemahiran dan menaik nilai kebolehan seseorang didalam bidang yang
baru. Tidak dinafikan, terdapat sebahagian guru yang tidak mahir menggunakan media
didalam pembelajaran, seperti flash, tayangan gambar, video pendek berkaitan subjek, power
point dan sebagainya. Sekiranya seorang guru bermula dengan membiasakan dirinya
menggunakan kaedah komunikasi visual seperti ini, lama kelamaan, ia akan menjadi suatu
yang mudah dan tidak asing lagi bg seorang guru. seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) akan dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di
sekolah-sekolah terpilih melibatkan kawasan bandar dan luar Bandar. Tidak ada sesiapa pun
dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PAK-21,
dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh
mencabar. Dalam masa yang sama kita perlu akur bahawa hakikatnya masih ada sekolah
yang memerlukan baik pulih infrastruktur sebelum teknologi terkini dapat dibawa masuk dan
digunakan dalam proses PdPc dengan berkesan. Rasionalnya, terdapat banyak faktor-faktor
yang menggalakkan pengintegrasian dalam PdPc, antaranya:

1. Meningkatkan penggunaan Inisiatif ICT dalam PdPc abad ke-21 di tahap yang optimum
selaras dengan surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015.

2. Memastikan pentadbir dan guru sekolah menggunakan Inisiatif ICT dalam PdPc abad ke-
21 sebagai satu aplikasi atas talian yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan
keberkesanan dalam penyampaian pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

3. Ibu bapa warga sekolah mendapat manfaat dengan komunikasi yang berkesan dengan
sekolah dan pemantauan kemajuan pembelajaran anak-anak secara talian.

4. Mengurangkan jurang beza antara guru kurang mahir dan mahir dalam pengggunaan
teknologi ICT dalam PdPc.

Contohnya: E-learning adalah sistem pembelajaran yang memanfaatkan teknologi komputer


dan internet sebagai media pembelajaran. Pelajar dapat mengakses matapelajaran baik berupa
video, gambar, teks ataupun suara dimana saja tanpa perlu bersemuka dengan pengajar.

KOMEN 1 FORUM 3
Saya amat bersetuju dengan factor-faktor yang telah saudari kongsikan. Paling menarik
perhatian saya ialah, dengan mengintegrasikan teknologi, ibu bapa serta warga sekolah
mendapat manfaat dengan komunikasi yang berkesan iaitu pemantauan kemajuan
pembelajaran anak-anak secara talian.Terutama di kawasan bandar, ibu bapa yang tidak
berkelapangan untuk berjumpa dengan guru bagi mengetahui prestasi anak-anak mereka,
boleh terus akses laman web atau aplikasi atas talian untuk mengetahui secara terperinci
keputusan anak-anak mereka. Bagi saya, ia amat efisien dan sesuai buat ibu bapa yang sibuk
akan tetapi masih mahu mengambil berat perihal anak-anak mereka.
) Dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Segala maklumat yang diperlukan telah dicapai dengan baik kerana persdiaan
yang dibuat merangkumi seluruh aspek pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Dengan yang
demikian, murid juga dapat memahami isi yang di sampaikan oleh guru dengan telus dan berkesan serta murid
dapat mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari.

Contohnya, guru membuka Microsoft word dan menunjukkan cara-cara pengunaan kepada
murid. Dengan kepakaran serta pengetahuan yang ada pada guru, murid dapat memahami dan
mengaplikasikan ilmu tersebut dengan baik dan pantas tanpa penerangan yang panjang.

2) Menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar.

Melalui cara ini, guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran
dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada murid secara
berkesan. Ia juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
berkesan.

Contohnya, menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video,visual. Dengan ini, murid
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran mudah,ringkas dan padat.

Dengan adanya pengintegrasian teknologi proses pengajaran dan pembelajaran dapat


dijalankan dengan cepat dan menjimatkan masa kerana murid akan didedahkan dengan
gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu, murid tidak
akan mudah berasa jemu dan bosan dalam proses pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi.

Contoh, guru menunjukkan power point tentang tajuk matapelajaran yang diajar beserta video
yang menarik perhatian murid. Dengan itu, murid dapat memahami apa yang ingin
disampaikan oleh guru tanpa penerangan yang panjang.

KOMEN 2
Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari di mana mengentegrasikan teknologi dalam
PdP dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Menggunakan
teknologi boleh dijadikan sebagai pemudah cara buat guru dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan. Pelajar juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman mereka
selanjutnya keberkesanan hasil pembelajaran juga bertambah. Selain itu, saudari juga ada
menyatakan bahawa dengan mengintegrasikan teknologi jua, ia dapat menyediakan peluang
dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Selama ini, guru hanya
menggunakan kaedah lisan dan papan putih sahaja. Kehadiran teknologi dalam proses PdPc
dapat menarik minat serta memberi kelainan, wajah baru dalam pendidikan. Ia juga akan
memberi motivasi serta menarik perhatian para pelajar. Ia juga akan menjadikan pengajaran
dan pembelajaran mudah,ringkas dan padat.

2) Faktor Murid.

Saya amat menyambut baik pandangan saudari tentang mengintegrasikan teknologi dalam
PdPc. Berjaya mencuri perhatian saya ialah poin berkaitan faktor murid. Tidak dinafikan,
muridlah merupakan ejen penggerak kepada kejayaan dalam menggunakan teknologi dalam
pembelajran selain daripada guru. Realitinya, tidak semua pelajar mempunyai kemudahan
seperti yang saudari telah nyatakan iaitu, ada murid yang tidak tahu menggunakan dan
memahami bahasa komputer kerana latar belakang dan tahap ekonomi murid yang kurang
berkemampuan. Ada juga yang tidak pernah menggunakan alatan teknologi seperti komputer,
internet dan wifi di rumah. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengambil inisiatif dengan memberikan notebook percuma kepada para pelajar kurang
mampu supaya mereka juga tidak ketinggalan dalam mendepani arus teknologi kini. Guru
juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik mereka supaya bijak menggunakan
teknologi kea rah kebaikkan.

Faktor murid juga adalah antara faktor pengintegrasian teknologi dalam PdPc pengajaran
secara berkesan. Murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan aras pembelajaran. Jadi, ada
murid yang tidak tahu menggunakan dan memahami bahasa komputer kerana latar belakang
dan tahap ekonomi murid yang tidak mampu dan tidak pernah mempunyai serta
menggunakan alatan teknologi seperti komputer, internet dan wifi di rumah. Ini akan
mewujudkan jurang digital antara murid dan secara tidak langsung turut memberikan impak
terhadap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digital di sekolah lantas
membantutkan pengintegrasian teknologi dalam PdPc. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti
pengajaran yang mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah seperti menulis
nombor,warna pecahan dan lain-lain.

Pihak kerajaan disarankan untuk menyediakan peralatan komputer untuk diletakkan di


tempat-tempat strategik dalam kawasan sekolah bagi kemudahan murid yang tidak
berkemampuan memiliki alatan komputer di rumah
Kepentingan prinsip- prinsip komunikasi visual dalam mereka bentuk bahan pengajaran.
Penerangan mesti disertai dengan contoh yang kukuh.

Prinsip- prinsip komunikasi visual merangkumi beberapa aspek utama. Antaranya


ialah dari segi ilustrasi, tipografi dan teks. Oleh itu, suka untuk saya kongsikan kepentingan
prinsip-prinsip tersebut dalam komunikasi visual untuk menghasilkan bahan pengajaran yang
efektif.

Pertama, Ilustrasi. Gambar yang membantu memperjelas isi atau tajuk. Dalam bentuk sama
ada berupa kartun, karikatur, potret manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.Contohnya, kita
menyediakan bahan pengajaran untuk tajuk jenis- jenis najis. Bagi set induksi kita boleh
bertanyakan pelajar dengan menunjukkan gambar jenis najis berat iaitu anjing dan khinzir.
Oleh itu kepentingan prinsip komunikasi ini ialah, dengan menggunakan ilustrasi sedikit
sebanyak akan meningkatkan kefahaman serta ingatan para pelajar.

Kedua, Tipografi. Satu ilmu untuk menyusun huruf melalui stail huruf, huruf besar
dan huruf kecil, warna huruf. Sebagai contoh, warna huruf. Ia turut menyumbang kepada
mesej yang hendak disampaikan. Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius.
Contohnya dalam slaid kita ingin mengajar simbol-simbol bahaya ketika di jalan raya. Kita
menggunakan font berwarna merah jambu, tentunya tidak sesuai dengan mood pembaca.
Sebetulnya perlu menggunakan font berwarna merah untuk menunjukkan bahaya atau
setidaknya berwarna hitam supaya ia jelas dan mudah difahami.

Ketiga, Teks. Bahasa yang digunakan perlulah jelas, singkat, tepat dan
mempunyai daya tarik pada perkataannya.
1. Informasi yang disampaikan jelas
Komunikasi visual merupakan komunikasi yang memiliki banyak manfaat. Salah satu
manfaat komunikasi visual adalah infomasi yang disampaikan jelas, sehingga seorang pelajar
akan dengan mudah memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh seorang guru.
Contohnya menggunakan Ilustrasi. Gambar yang membantu memperjelas isi atau tajuk.
Dalam bentuk sama ada berupa kartun, karikatur, potret manusia, binatang dan tumbuh-
tumbuhan. Contohnya, kita menyediakan bahan pengajaran untuk tajuk jenis- jenis najis.
Bagi set induksi kita boleh bertanyakan pelajar dengan menunjukkan gambar jenis najis berat
iaitu anjing dan khinzir dengan menggunakan ilustrasi sedikit sebanyak akan meningkatkan
kefahaman serta ingatan para pelajarInformasi yang disampaikan melalui visual ini sesuai
dengan fakta dan nyata. Komunikasi dalam bentuk visual digambarkan secara detail dan
menyeluruh. Artinya, gambar tersebut sudah mewakili makna yang ingin disampaikan oleh
seorang guru.
2. Meningkatkan kreativiti

Visual merupakan sebuah gambar yang bermaksud seorang guru akan memberikan
penyampaian pesan yang mudah ditangkap oleh pandangan mata pelajar. Komunikasi visual
merupakan komunikasi penglihatan. Komunikasi tersebut berfungsi dalam meningkatkan
kreativiti guru juga bukan hanya pelajar. Sebagai contoh, guru perlu bijak bermain dengan
warna dengan kreativiti yang baik. Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius.
Contohnya dalam slaid kita ingin mengajar simbol-simbol bahaya ketika di jalan raya. Kita
menggunakan font berwarna merah jambu, tentunya tidak sesuai dengan mood pembaca.
Sebetulnya perlu menggunakan font berwarna merah untuk menunjukkan bahaya atau
setidaknya berwarna hitam supaya ia jelas dan mudah difahami.
3. Menyalurkan imaginasi
Komunikasi visual bermanfaat sebagai satu wadah imaginasi. Komunikasi tidak
hanya dilakukan melalui ucapan atau tulisan guru sahaja bahkan melalui komunikasi visual
kita dapat menggalakkan pelajar untuk berimaginasi dengan baik melalui gambar atau visual.
Dan visual lebih mudah untuk mencorak kreativiti para pelajar. Tamsilan, berikan gambar
sebuah keluarga bahagia untuk mencungkil idea mereka berkaitan Adab bersama ahli
keluarga dalam Islam. Saya percaya, para pelajar tanpa henti akan mengutarakan imaginasi
mereka berkaitan adab dan keluarga bagaimana yang mereka impikan.
FORUM 3

Faktor-faktor menggalakkan pengintegrasian teknologi dalam PdPc. Penerangan anda perlu


disertai dengan contoh yang sesuai.

Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap


ICT. Jika dahulu, literasi di peringkat sekolah hanya merangkumi membaca, menulis, dan
mengira, literasi pada abad ke 21 mempunyai satu nilai tambah yang lain iaitu literasi digital.
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas
maklumat secara tuntas dan tepat. Dengan bimbingan guru dan juga kesedaran global pada
era digital menjadi daya penggalak kepada pengintergrasian teknologi dalam PdPc. Berikut
saya ingin kongsikan beberapa faktor yang menggalakkan kepada pengintegrasian teknologi
dalam PdPc.

1. Memperkayakan pengalaman pelajar.

Melalui pengintegrasian teknologi dalam PdPc, guru dapat memperkayakan pengalaman


pelajar. Contohnya, media bergerak seperti video. Kita menggunakan video untuk
menerangkan bagaimana Dr Sheikh Muszhafar Shukor menaiki Soyuz, iaitu roket ke angkasa
lepas. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami di dalam hidup mereka akan dapat
mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mereka merasainya sendiri.
Ini menjadi bukti bahawa antara faktor perlunya pengintegrasian teknologi dalam PdPc ialah
memperkayakan pengalaman pelajar.

2. Mewujudkan suasana kelas yang ceria, informatif dan padat.

Guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan
gambar yang boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar.
Tamsilan, guru bekalkan kepada pelajar komputer riba dan topik yang perlu mereka cari di
laman sesawang, sebagai contoh mencari contoh karangan Bahasa Inggeris “The advantage
of Eating Balance Diet”. Apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau
berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajari. Tugas guru
akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa dengan adanya usaha sama daripada
pelajar itu sendiri dengan cara memperoleh maklumat dengan cepat daripada Internet. Oleh
itu, manfaat gabungan atau integrasi teknologi dalam PdPc tidak dapat disangkal lagi.

3. Melibatkan pelbagai deria pelajar.

Kaedah integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga mampu memberi
perbezaan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar oleh sebab, sebelum ini guru hanya
menggunakan kaedah lisan atau hanya menulis di papan putih ketika mengajar. Justeru itu,
dengan integrasi teknologi, para pelajar akan menggabungkan pelbagai deria. Sebagai contoh,
dalam matapelajaran RBT Tingkatan 1, lukisan 3D, guru menunjukkan slaid pembelajaran
yang meransang deria lihat dan dengar. Kemudian, guru menggunakan teknologi pen Model
3D untuk membina model Rumah sebagai contohnya. Jadi di sini guru telah berjaya
menggabungkan deria sentuh pula. Penglibatan kesemua deria ini ketika proses PdPc akan
meningkatkan daya ingatan pelajar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor-faktor positif dalam pengintegrasian teknologi


dalam Pdpc.

Anda mungkin juga menyukai